The first 147 lines.
Kita dikesan oleh musuh yang menyusahkan!
Naga yang menyemburkan api di sini cuma mereka!
Keturunan penguasa Pegunungan Lombong Besi.
Naga tulen, naga api!
Glennairi!
Naga tulen? Setahap Morisberi?
Benar. Tetapi!
Berbeza semasa Morisberi,
ia tidak terluka dan kita kekurangan kesatria!
Jika diserang, kita mungkin selamat,
tetapi Cersei dan Malcius akan mati.
Mati!
Ada cara untuk melawannya?
Misalnya tiruan naga ini boleh menyemburkan api.
Ini hanya tiruan naga! Roh kerinduan terhadap langit!
Hanya boleh terbang.
Mahu tidak mahu kita mesti turun melawannya!
Mustahil hanya kita berdua!
Apatah lagi awak tak memakai topi keledar! Melarikan diri ialah pilihan terbaik!
Sepatutnya naga api tak peduli dengan "naga palsu" ini, mengapa boleh terjadi?
Apakah itu!
Meriam antinaga Kaum Pelombong!
Namun, ia tidak berkesan!
Tetap cukup untuk mengalihkan perhatian! Kita turun!
- Aduh! - Hampir mati!
Saya hampir mati!
Tuan Deru Guruh baik sahaja?
Terima kasih atas bantuannya!
Ia lawan kita!
Kita tewas pada angin! Lebih baik kita berundur!
Siap! Tinggalkan meriam, semua! Kemudian, cepat berundur!
Berundur ke terowong empat!
Cik semua juga ke mari!
Tetapi!
Jangan lihat!
Lihatlah kemuncak ilmu kimia kaum kami!
Cepat lari!
Ya!
Sera! Tahan nafas awak! Tiarap!
Kita... berjaya melepaskan diri?
Nampaknya berjaya.
Awak ada terluka, Sera?
Berkat pertolongan awak, saya selamat.
Bagaimana dengan awak pula? Awak baik sahaja?
Hanya terbakar sedikit, tiada masalah.
Puteri Serafina!
Kalian berdua selamat?
Ya, syukurlah kalian juga selamat.
Aduh, saya terkejut apabila pengawas melaporkannya dengan tergesa-gesa.
Terima kasih. Tanpa bantuan kalian, mungkin akan ada mangsa terkorban.
Sepatutnya ia jarang muncul?
Ya, sepatutnya cuma di wilayah kawah.
Tidak kebiasaannya ia muncul sehingga ke bawah lereng.
Kita tidak boleh meneka fikiran naga.
Yang penting, kita raikan dahulu kerana berjaya selamat!
Benar juga.
Nah, kita sudah tiba!
Jadi ini...
desa Kerdil!
Selamat datang ke desa Kaum Pelombong!
Tungku Bawah Tanah!
Kaki gunung boleh ditebuk serapi ini.
Saya tidak dapat membayangkan teknologi dan kerja kerasnya.
Sungguh gembira jika dipuji setulus itu.
Kerana penyelidikan dan penggalian lubang memang menjadi kebanggaan kami.
Begitu rupanya. Memang kebiasaan Kerdil.
Maaf kerana terlewat berkenalan. Saya Serafina de Lavillant.
Bom kilat awak tadi sangat hebat.
Jangan bercakap terlalu formal sebegitu!
Badan saya meremang mendengarnya! Bercakaplah dengan santai.
Ya.
Nama saya Kimaki. Salam perkenalan.
Ya, salam perkenalan Tuan Kimaki.
Panggilan "Tuan" juga tidak perlu.
Ya, baiklah.
Baiklah! Alang-alang sudah saling kenal, hari ini biar saya yang memandu!
Tidak adil, Kimaki.
Untung sungguh.
Siapa cepat dia dapat.
- Aduh! - Awak buta arah, bukan?
Walaupun sudah berkenalan sebegini,
namun kaum mereka sukar dibezakan.
Sangat panas. Belum lagi...
Kemudian, bau khas apakah ini?
Ini bau belerang.
Belerang?
Bahan mentah serbuk bedil jika tak salah. Pernah dibaca dalam buku panduan tentera.
SEBENARNYA BAU HIDROGEN SULFIDA BELERANG TIDAK BERBAU
Semuanya, di sini.
Jika berbicara tentang sungai air panas, di sinilah tempatnya!
Air panasnya benar-benar mengalir!
Pemandangan ini sungguh tidak nyata!
Kalian baru pertama kali ke kolam air panas?
Saya pernah mendengarnya sebelum ini.
Sekarang airnya sedang mendidih,
nanti akan disejukkan di sana sehingga sesuai.
Sera, nanti kita berjumpa lagi.
Oh! Jelas terpisah rupanya.
Apakah ini? Mahu bersama-sama Tuan Veor?
Saya tidak berkata begitu!
Ini budaya Kaum Pelombong!
Anehnya, bilik persalinan dan pintu masuk lelaki dan perempuan diasingkan.
Malah bagi saya, desa awak yang tidak diasingkan itu lebih aneh.
Silakan.
Mungkin kerana ia untuk Kerdil? Silingnya agak rendah.
Semuanya diperbuat daripada logam.
Kayu yang panjang sebagai bahan binaan ialah barang nadir. Sangat sukar dibawa.
Oleh itu, kami boleh menggunakan banyak batu dan logam.
Hasilnya, terbinanya bangunan sebegini.
Perwatakan daerah rupanya.
Cik Sera. Saya bantu tanggalkan perisainya.
Saya juga bantu!
Ya, tolong saya.
Kolam air panas, ya.
Tertanya-tanya bagaimanakah rasanya kolam semula jadi sebegini.
Ke manakah hilangnya budaya mengasingkan lelaki dan perempuan tadi!
Apatah lagi secara terang-terangan sebegini!
Begini, walaupun awak masih kecil, mengintai orang menyalin pakaian itu...
Oh! Tunggu sebentar!
Nampaknya suara saya menjadi tenggelam akibat kelengkapan ini!
Sekarang sudah jelas, bukan?
Eh! Masih belum percaya?
Jika ini bagaimana!
Awak seorang perempuan!
"Perempuan" apanya, pada tahun ini saya sudah berumur lima puluh lima tahun.
Lima puluh lima? Lebih tua?
Jika berdasarkan umur manusia, saya berumur sekitar dua puluh tahun.
Dahulu juga ada orang Barat yang terkejut kerana wajah saya seperti kanak-kanak.
Anggapan bahawa semuanya berjanggut itu hanyalah prasangka semata-mata!
Padahal sepatutnya ia unsur cerita kuno yang diceritakan secara turun-temurun.
Sepertinya soal janggut itu berawal daripada kesalahan melihat kain wajah ini.
Lelaki mahupun perempuan wajib memakai topeng antiracun dan habuk di kawasan ini.
Cerita rakyat memang sedemikian rupanya.
Suasana sebegini sudah lama tidak dirasakan.
Awak sudah tahu, tetapi berdiam diri sahaja!
Teringat sewaktu awak baru tiba di tempat Tuan Veor.
Namun mengapa awak merenung Cik Serafina menyalin pakaian sebegitu?
Saya melihat benda itu.
Perisai saya?
Cik Sera...
Begini, sebagai balasan jamuan kami,
Saya mahu membongkar perisai Barat itu ke setiap sudut lalu merawatnya.
Jika dirawat, sepatutnya saya yang perlu membayar...
Tidak perlu!
Kerana... Kerana...
Melihat barangan seseksi itu tetapi tidak menyentuhnya merupakan satu dosa besar!
Citarasanya sangat liar!
No comments yet. Be the first to leave one.