Ang unang 200 linya.
Kita bersama hari ini di Seat of the Sea...
untuk mengembalikan Lady Laena dari House Velaryon...
ke perairan abadi, kerajaan Raja Merling...
dan Dia akan menjaganya selepas ini.
Bakal berlayar buat kali terakhir...
Lady Laena meninggalkan dua puterinya di daratan.
Walaupun ibu mereka takkan kembali daripada pelayaran ini...
mereka akan kekal terikat bersama dengan darah.
Garam mengalir di dalam darah setiap Velaryon.
Darah kita pekat.
Darah kita sejati.
Ia tak boleh berkurang.
Anak buahku.
Semoga kamu setabah angin bertiup...
semoga laut setenang jiwa kamu...
dan jaring kamu sepenuh hati kamu.
Dari laut kita lahir.
Dari laut juga kita dikembalikan.
Mana bapa kamu?
Sepupu kamu baru kehilangan ibu mereka.
Mereka perlukan semangat.
- Saya juga perlukan yang sama. - Jace.
Kita sepatutnya di Harrenhal...
meratapi Lord Lyonel dan Ser Harwin.
Itu tidak patut.
Velaryon keluarga kita, bukan Strong.
Tengok mak. Kamu faham?
Tangan memutar akik.
Gegelung hijau, gegelung hitam.
Naga menyulam naga bersulam.
Tangan memutar akik.
- Gegelung hijau, gegelung hitam. - Kami tiada persamaan.
- Dia adik kita. - Kahwinlah dengan dia.
Saya akan pikul tugas saya, kalaulah ibu tunangkan kami.
"Kalau".
Ia akan kuatkan keluarga kita, menyucikan darah Valyrian kita.
Dia tak siuman.
Dia bakal permaisuri awak.
Gegelung hitam.
Kita ada satu persamaan.
Kita berdua suka makhluk dengan kaki panjang.
Wanita! Seorang lagi!
Aegon...
Naga menyulam naga bersulam.
Anak Lyonel Strong telah merenung tuanku permaisuri...
sejak kita tiba.
Tanpa rasa malu.
Ini cuma kerana dia bangga, Ser Criston.
Larys Tuan Harrenhal yang baru.
Tempat datuk dan High Tide akan jadi milik kamu nanti, Lucerys.
Abang kamu akan jadi raja, tentunya.
Dia akan sibuk dengan majlis dan upacara.
Lord of the Tides mengawal lautan.
Maaf, saya tak nak.
Ia dalam darah kamu.
Jika saya Lord kepada Driftmark, bermakna semua orang dah mati.
- Takziah. - Terima kasih.
- Puteri nenek. - Nenek.
Saya tak nak mak pergi.
Ambil tuan awak.
Abang.
Anak perempuan kamu seiras ibu mereka.
Kehangatan dan kedinginan, jika saya ingat.
Para dewa mungkin kejam.
Kejam layanan mereka pada abang.
Ya.
Kembali bersama kami di King's Landing.
- Waktu untuk pulang. - Pentos rumah saya.
- Begitu juga anak saya. - Daemon.
Kita ada salah faham, tapi biarkanlah masa melupakannya.
Ada tempat untuk awak di istana, jika awak nak.
Saya tak nak apa-apa.
Adik...
Saya bersimpati atas kehilangan putera.
Walaupun ia dah gemuk, lintah tak pernah berhenti makan.
- Pergi tidur. - Namun, mak...
Sekarang, pergi tidur.
Beta nak tidur, Aemma.
Perlu patik jaga Permaisuri Alicent, tuanku?
Tidak payah, Ser Harrold.
Kamu berkawal malam ini, Ser Criston.
Ketua Komander.
Abang!
Pergi tidur.
Dia nak pulang.
Namun Daemon menghalang.
Daemon buat yang dia rasa terbaik.
Daemon cuma fikirkan yang terbaik untuk Daemon.
Laena perlukan maester-maester kita.
Tukang bedah di Pentos juga sehandal maester kita.
Awak cuba salahkan seseorang atas takdir para dewa.
Mungkin dewa mengherdik kita.
Atas kesombongan kita.
Takhta sepatutnya milik awak.
Sehingga Majlis Agung tak guna rampas ia...
daripada awak.
Salahkah suami awak cuba dapatkannya semula?
Malam ini, tolonglah lupakan kisah ini.
Awak bukannya lakukan untuk isteri awak...
tapi keinginan awak sendiri.
Awak sendiri mahukan takhta itu.
Jika bukan untuk awak, awak mahukan untuk keluarga ini.
Saya dah lama lupakan takhta itu.
Awak, suami saya, yang tidak ingin melupakannya...
walaupun kehilangan anak sendiri.
Apa gunanya hidup yang singkat ini...
tanpa mengejar legasi?
Legasi mungkin tujuan hidup awak, Corlys.
Saya nak...
Driftmark jadi milik Baela, keturunan Laena.
Keturunan Velaryon yang sejati.
Isytihar sekarang, ketika kita berkumpul.
Kita katakan ia untuk menyanjung Laena.
Kemudian singkirkan anak lelaki kita?
Dia akan menjadi suami Ratu.
Anak lelakinya akan mewarisi Iron Throne.
Awak akan buat saya menimbulkan persoalan...
terhadap bapa sebenar anak-anak itu.
Kita bersendirian.
Cakap saja kebenarannya, yang kita tahu.
Anak Rhaenyra bukan keturunan awak.
Namun, anak-anak Laena, ya.
Mereka legasinya.
Sejarah tidak mengira keturunan.
Ia mengira nama.
Dah bertahun Laenor rasa gelisah, tapi sekarang, dia sia-sia saja.
Atau lebih teruk.
Saya paling tahu yang perkahwinan kami palsu.
Setidaknya, saya cuba kelihatan bahagia.
Kamu terpaksa.
Ya, itulah situasi saya sejak jadi waris takhta ayah saya.
Kami dah cuba.
Menghasilkan anak.
Kami cuba sebaik mungkin.
Namun, sia-sia.
Tiada keseronokan dalamnya.
Saya jumpa di tempat lain.
Seronok rasanya jika diingini.
Saya tahu Ser Harwin agak taat kepada kamu.
Ya, memang.
Saya percayakan dia.
Saya patut halang Ser Harwin daripada kembali ke Riverlands.
Sumpahan Harren dikatakan lebih kuat berbanding sebelum Penaklukan.
Itu kisah hantu.
Kisah yang pasti Ser Otto dan permaisuri suka.
Saya pasti Alicent takkan sekejam begitu.
Namun...
Semua orang mampu melakukan perbuatan keji.
Melepasi jangkauan pemikiran.
Saya percaya pak cik pun.
Jika kamu nak tuduh pak cik, sila khususkan.
Saya keseorangan.
- Pak cik tinggalkan saya. - Saya lepaskan awak.
Kamu masih kecil.
Ya. Ya, dulu saya masih kecil.
Tengoklah hidup saya tanpa pak cik.
Tragedi.
Apa kamu rasa tentang hidup saya pula?
Saya tak tahu sangat.
Pak cik cintakan dia?
Kami bahagia.
Itu satu pencapaian yang hebat.
- Maaf. - Tak perlu.
Setidaknya, saya dapat meratapi kehilangan.
Rhaenyra.
Saya bukan budak lagi.
Saya nakkan awak.
Aduhai...
Ya!
Jace. Bangun.
- Seseorang curi Vhagar. - Apa?
Siapa?
- Jace, apa awak buat? - Dia.
- Saya. - Vhagar naga ibu saya.
Ibu awak dah mati.
- Vhagar ada penunggang baru. - Ia milik saya.
Jadi awak patut cuba tuntutnya.
Mungkin sepupu awak boleh berikan khinzir untuk ditunggang. Sesuai.
Serang saya lagi, saya suruh naga saya makan awak.
Awak akan mati terbakar, sama macam ayah awak.
- Anak haram. - Ayah saya masih hidup!
Dia tak tahu, bukan? Lord Strong.
Jace!
Hentikannya!
Pergi!
Putera. Tuan Putera. Mari saya lihat.
Oh, Tuhan.
Kenapa kamu biarkan ia berlaku?
Beta nak jawapannya.
Putera sepatutnya dah tidur, tuanku.
Siapa yang sedang berjaga?
Tuan putera diserang sepupunya, tuanku.
Kamu bersumpah untuk lindungi dan pertahankan waris beta!
Maaf, tuanku.
Pengawal Diraja tak pernah lindungi putera daripada...
Itu bukan jawapannya!
Ia akan sembuh, bukan?
Dagingnya akan sembuh.
Namun, matanya dah tiada, tuanku.
- Kamu di mana tadi? - Saya?
No comments yet. Be the first to leave one.