My Dear Guardian

My Dear Guardian (爱上特种兵)

Malay সাবটাইটেল ডাউনলোড করুন

সিজন 1

রিলিজ তথ্য

My Dear Guardian S01E19 1080p iQ WEB-DL my
ভাষ্য লিখেছেন অজানা

ট্যাগ

webdl
প্রকাশিত: 2026-06-17
ডাউনলোড: 9
শ্রবণপ্রতিবন্ধীদের জন্য: No

Malay সাবটাইটেল প্রিভিউ

প্রথম 200টি লাইন।

Perisa durian?

Saya akan makan di luar.

Makanlah di sini, tak mengapa.

Saya sudah biasa dengan bau durian.

Kalau begitu, cuba rasanya.

Tak payah.

Awak masih tidak suka.

Saya memang tidak suka.

Habis, kenapa awak buat kek berperisa durian?

Itu sebab awak suka.

Dengar kata

Doktor Zhang,

awak telah ditukarkan ke Jabatan Kecemasan.

Awak dapat sesuaikan diri?

Sebenarnya, saya masih tidak dapat sesuaikan diri.

Dua hari ini,

tiga orang daripada pesakit saya

sudah meninggal dunia.

Seorang lagi

masih terlantar di hospital

akibat keracunan parakuat.

Dia nampak okey sekarang.

Tapi dia mungkin akan mula mengalami

kegagalan hati tengah hari esok.

Kemudian, dia

akan alami pneumonia, atelektasis,

edema pulmonari

ataupun fibrosis pulmonari.

Akhirnya,

dia akan mati akibat sesak nafas.

Sehingga mati pun

pesakit berada dalam keadaan sedar.

Bukankah ia menakutkan?

Tiada

kes yang berjaya diselamatkan?

Ada.

Tapi sangat jarang.

Ia bergantung pada masa

dan kuantiti parakuat yang diambil oleh pesakit.

Kalau kuantiti kurang daripada sepuluh mililiter

dan sempat melakukan lavaj gaster,

melakukan perfusi darah

serta bernasib baik,

mungkin...

Dia hanya berkemungkinan

ada peluang untuk hidup.

Kalau begitu, bagaimana keadaan

pesakit awak sekarang?

Saya tidak pasti.

Dia enggan cakap apa-apa.

Kenapa dia cuba bunuh diri?

Berapa kuantiti racun yang diminumnya?

Sudah berapa lama berlalu?

Dia enggan cakap apa-apa.

Ayah dia juga tidak jelas tentangnya.

Kalau dia minum banyak,

maka dia tidak perlu diselamatkan lagi.

Macam mana kalau bukan?

Macam mana kalau dia cuma minum sedikit?

Macam mana kalau dia masih ada peluang hidup?

Dia hanya berusia 18 tahun.

Cuma 18 tahun, usia muda yang indah.

Kenapa dia buat begitu?

Dia sangat comel.

Dia baru saja masuk universiti.

Dia sangat cantik dan disukai ramai.

Dia cuma keluar makan

bersama rakan universiti.

Selepas balik rumah pada malam itu, dia pun mula minum racun.

Kenapa?

Apa yang terjadi pada dia?

Kenapa dia minum racun?

Dia telah dirogol.

Apa?

Awak kata, gadis itu muda dan cantik.

Dia baru masuk universiti.

Dia tidak pernah bercinta pun.

Kenapa dia membunuh diri

selepas balik dari makan?

Mungkin disebabkan kena rogol,

jadi dia cuba membunuh diri.

Oleh itu,

dia tidak ingin cakap.

Liu Ran.

Liu Ran, awak dengar suara saya?

Liu Ran, dengar cakap saya.

Awak perlu beritahu saya berapa banyak yang awak minum.

Setengah penutup botol?

Ataupun, satu penutup botol?

Kalau awak tidak beritahu saya,

saya tidak dapat kenal pasti dos ubat untuk awak.

Dengar tak, Liu Ran?

Liu Ran...

Doktor Song, keadaan pesakit katil no.16 sangat kritikal.

Cepat pergi lihat dia.

Awak jaga Liu Ran.

Saya doktor residen di wad kecemasan.

Nama saya Xia Chu.

Liu Ran,

dengar baik-baik.

Saya tahu,

awak pasti telah mengalami detik-detik yang amat sukar,

sebab itu awak buat pilihan ini.

Saya sangat memahami penderitaan awak.

Saya bercakap benar.

Tapi saya ingin beritahu awak,

tak kira...

Tak kira badan awak

mengalami seksaan yang macam mana,

awak tetap awak.

Awak tidak perlu rasa bersalah atau rendah diri

kerana seksaan itu.

Macam...

Macam ulser dalam mulut awak sekarang.

Itu cuma luka di badan.

Selain itu,

ia langsung tidak bermakna.

Awak perlu ingat,

awak tidak bersalah.

Orang yang patut dihukum

bukan awak juga.

Awak langsung tidak bersalah.

Liu Ran.

Awak dengar tak?

Awak tidak bersalah.

Saya tidak bersalah.

Saya tidak bersalah.

Saya tidak bersalah.

Doktor.

Tolonglah...

Tolong selamatkan saya.

Saya masih ingin belajar di universiti.

Saya masih ingin belajar di universiti.

Jangan takut.

Awak akan selamat.

Tapi awak perlu beritahu saya,

berapa banyak yang awak telah minum?

Ahli keluarga Liu Ran.

Saya di sini, doktor.

- Bagaimana keadaan anak saya? - Cepat pergi bayar bil perubatan.

Baik.

Sebelah sana.

Betul, saya pergi sekarang.

Betul cakap awak.

Dia

sudah beritahu saya.

Berapa banyak yang dia minum?

Dia tidak telan,

hanya biarkan ia di dalam mulut.

Disebabkan dia tidak tahan bau itu,

jadi dia ludahkannya.

Kalau begitu, adakah dia masih dapat diselamatkan?

Bahaya parakuat

adalah biarpun dia tidak telan,

ia masih boleh meresap ke dalam darah

melalui kulit

dan bergabung dengan protein plasma.

Maksudnya...

Doktor, saya sudah bayar bil.

Baik.

[Langkah pertama, rawatan ubat perlu dijalankan.]

[yang sangat penting dalam proses penyelamatan.]

[Termasuk imbasan CT pada toraks, ujian darah dan urin.]

[Pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan pada setiap masa]

[untuk memerhatikan keadaan pesakit pada setiap masa.]

[Kalau lepas hari pertama, kita akan lihat hari ketiga.]

[Kalau lepas hari ketiga, kita akan lihat hari ketujuh.]

[antara hari ketujuh hingga hari ke-14 merupakan peringkat keadaan merosot.]

[Hidup mati seseorang akan ditentukan dalam masa 14 hari.]

[Ramai orang yang gagal melepasi peringkat itu.]

Liang Mu Ze!

Doktor Xia.

Saya...

Saya sudah rasa kek itu.

Ia masih hangat.

Jadi saya rasa,

orang yang hantar kek belum pergi jauh.

Nampaknya tidak sia-sia awak membaca novel detektif.

Bukan.

Tiada kaitan dengan novel detektif.

Itu kerana hanya awak

akan hantar kek yang baru siap

ke hospital untuk saya.

Maaf, saya agak lapang kerana sedang bercuti.

Kek sangat sedap.

Perisa rum.

Kek semalam berperisa coklat.

Hari sebelum itu ialah perisa pic kuning dengan krim.

Saya rasai setiap suap

dengan sepenuh hati.

Baguslah awak suka.

Saya amat suka.

Awak sudah habis kerja?

Belum.

Paru-paru kiri Liu Ran

telah timbul fibroblas foci pulmonari.

Tiada kaedah rawatan yang lain?

Biarpun ada,

bukan saya yang tentukannya.

Liang Mu Ze, adakah awak

My Dear Guardian subtitles in other languages

More Malay subtitles for My Dear Guardian

মন্তব্যসমূহ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left