200 dòng đầu tiên.
Terjemahan Oleh: MaN SeMpOi @ sUkMaN
91, 92...
- Ada disini. - Bagaimana kalau mereka tahu?
Ada 1 juta botol minuman didalamnya.
Kau rasa mereka tahu tak walaupun telah hilang 1 botol?
Cuaca memihak kepada kita, tuan.
Kita akan sampai ke pelabuhan dalam beberapa jam lagi.
Bagus.
Sama-sama, tuan.
Aku tak pernah hidu bau sebusuk ini. Walaupun ketika kau sedang buang air besar.
Oh, jadi, tahi kau bau bunga ros ke?
Hey, tengok tu.
Cepat-cepat.
- Kau kata tong ni berisi minuman? - Itu yang tertulis dalam kertas muatan.
Kapten, lampu amaran menyala di bahagian bawah. Tengok.
- Seksyen berapa? - 101
Sial, kau pandu!
- Ya, tuan - Sial!
- Tutup pintu. - Ambil topeng gas.
Tak guna.
Uruskan mereka.
- Selamat pagi. - Pasport kau.
Ombak yang besar?
Laut sedang tenang, tapi pesta kami agak liar, kau faham maksud aku.
- Ibiza. - Ya.
Terima kasih.
Ketika aku kecil dulu, ayah aku selalu ajak aku memancing.
Aku tak tahu bagaimana dia boleh tahu tempat lubuk ikan.
Tempat dia baling mesti ada ikan.
Pemeriksaan Keselamatan.
Muka aku menganggu keselamatan ke?
Sila keluar dari kereta dan bawa dokumen kau ke pejabat.
Dokumen aku ada sini, tuan.
Komputer ada di pejabat.
Perempuan tu juga.
Dia sedang tidur.
- Bawa juga dokumen dia. - Baiklah.
Cepat, ikan tu boleh terlepas nanti.
Sikit lagi, inspektor, sikit lagi.
Pasti ikan besar! ke kiri, ke kiri.
Jangan sampai terlepas, jangan sampai terlepas.
Sikit lagi!
Ke kiri, ke kiri, ke kanan!.
Mesti dapat Moby Dick, Nak aku tolong?
tak perlu, terima kasih, Frank.
Aku dah memancing di perairan ini sebelum kau lahir lagi.
Kau dah nak dapat dah, sikit lagi, inspektor.
Kan bagus kalau kita orang Perancis boleh mengembangkan selera kita.
Dengan penuh hormat, orang Perancis menganggap Jerry Lewis seorang genius.
- Jerry Lewis memang genius. - Dean lagi genius.
Tak, Dean cuma berdiri dengan segelas minuman dan sebatang rokok.
Maksud aku, semua orang boleh terjatuh dan ditertawakan.
Tapi berapa ramai orang yang boleh berdiri sambil minum dan hisap rokok?
Aku rasa ketenangan kita dah berakhir.
Ada kes besar di Marseille.
Ada orang gila memandu sebuah Audi dengan kelajuan tinggi.
Jangan pandang aku.
Inilah tempat pertama yang Ketua Polis suruh aku perhatikan.
Tapi aku akan cakap dengan dia yang kau ada alibi yang kukuh.
Seperti biasa.
Tacorni.
Cepatlah! Maafkan aku, Frank.
- Umpan pertama aku disambar! - Ya, ya.
- Tolonglah! - Ya.
- Hentikan perahu tu, cepatlah! - Tidak.
- Tak, tak, Frank. - Cepatlah.
Apa tujuan kau datang ke sini, En. Johnson?
Perniagaan.
Perniagaan apa?
Perlindungan Alam Sekitar.
- Kau boleh jalan. - Terima kasih!
Tuan Menteri, anda akan memberi ucapan perasmian persidangan...
Kesatuan Eropah mengenai kesan alam sekitar di Odessa esok.
- Apa yang akan menjadi keutamaan anda? - Ucapan ringkas,
Ada 1 barang: Alam sekitar dan cara untuk melindunginya.
Dalam menghadapi peningkatan tekanan...
daripada industri-industri yang berdaya saing di dalam Ekonomi Global,
tujuan itu kadang-kala bertentangan dengan beberapa kenyataan kejam.
Tidak sekejam seperti mencemarkan dan menjadikan bumi tidak boleh dihuni.
Hadirin, jika anda dah bersedia,
ada pokok yang saya kena diselamatkan, dan ada industri yang mesti dikecewakan.
- Teks ucapan untuk besok. - Ucapan yang ringkas kan?
- Akan membuat ramai orang kecewa. - Bagus.
Hello?
Tuan Menteri.
Siapa ni?
Nama aku tak penting.
Aku ditugaskan untuk membuat rundingan,
kau mewakili ECO Corp,
telah mengeluarkan lesen untuk melakukan urus niaga di Ukraine.
Kau mesti salah maklumat, Encik "Siapa Pun Nama Kau".
Aku telah tutup pintu rindungan itu.
Aku rasa kau akan pertimbangkan semula setelah kau baca dokumen di dalam sampul tu.
Aku akan hubungi lagi.
Ya, telah berlaku kemalangan.
Hantar ambulans ke sini.
8 Route de la Falasie.
Malcolm!
Malcolm!
Aku tanya kau harga sewa. Apa benda ni?
Seorang lelaki berminat untuk melakukan kerja ni, orang ini nak.
Bos aku kata kau orang yang paling sesuai untuk kerja ini.
Bos kau salah orang.
Ada 2 perkara yang perlu kau tahu mengenai bos aku.
Dia tak pernah salah orang, dia tak pernah kata "tidak" untuk jawapannya.
Rasanya, ini kali pertama dia buat silap.
Bukan sekarang kot.
Kau tak kan berbuat demikian kan.
Aku rasa kau perlu beritahu aku apa yang boleh aku lakukan, dan yang tidak boleh dilakukan.
Kau ada 10 saat untuk ubah fikiran.
Aku beri kau 5 saat untuk lepaskan tangan kau.
Malcolm! Malcolm!
Kau dengar suara aku tak?
Mal, memang aku pernah cakap kau boleh singgah pada bila-bila masa, tapi aku tak bermaksud...
- Aku tak tahu nak kemana lagi. - Bertenang, okay?
Jangan bawa aku keluar dari kereta ini.
- Cuma ambulans yang akan datang ke sini. - Aku tak perlukan ambulans.
Kau perlukan doktor, kau kena tembak. Aku tidak pandai nak rawat luka ini.
Jangan jauh dari kereta!
Bertenang.
Bertenang okay, kami akan rawat kau dengan segera.
Dia ada di dalam. Cepat, luka dia serius.
Encik?
- Kau kena berhati-hati mengangkatnya. - Kami tahu kerja kami, okay?
Encik, kau boleh dengar aku?
Kereta ni... jangan...
Jika kau boleh dengar aku, genggam tangan aku.
Kereta ini...
Aku berada di syurga ke?
Sebenarnya, kau ada di dalam masalah.
Kau tolong aku keluar dari masalah?
Bergantung sejauh mana kau terlibat.
- Jangan percaya pada seiapa pun. - Aku tak sependapat dengan kau.
- Jom. - Tidak, jangan tinggalkan kereta ini.
- Apa istimewanya kereta ni? - Bukan kereta ni.
Tunggu!
Kan aku dah cakap.
Jangan percaya pada sesiapa pun.
Kan aku dah cakap.
Aku tahu kau suka pakai pakaian itu.
Terutama jika kau sedang bekerja, betul kan?
Betul, tapi aku tak bekerja.
- Tengok tu bos? Kan aku dah cakap tadi. - Tolonglah, Joseph.
Cara kau tidak efektif untuk menjelaskan tujuan kita.
Terima kasih.
Seperti yang aku dah cakap...
kami datang berjumpa dengan kau dengan niat yang baik.
Kau cakap kau tak bersedia.
Kami hubungi orang dalam nombor telefon yang kau beri tu, tapi tidak efektif.
Dan sekarang, aku masih ada urusan yang belum diselesaikan lagi.
Apa yang aku nampak, ini tanggungjawab kau.
Aku faham maksud kau.
Tapi aku belum bersedia.
Bos, boleh aku cakap sikit?
Siapa lagi yang nak cakap?
Bagus.
Carikan aku orang yang lebih cerdik.
Kau ada 3 saat untuk ubah fikiran...
atau kau terus tidak bersedia untuk selama-lamanya.
1,
2...
Satu syarat.
Aku mendengarnya.
Aku pandu kereta aku sendiri.
Setuju.
Berdasarkan jawapan kau, kami memperbaharui kunci kereta kau.
Tukar minyaknya, ubah suai enjin dan buang barang-barang yang tidak diperlukan.
Tukar nombor plat, semuanya.
Tukar GPS buatan kami sendiri, telah diprogramkan semula.
Cara kerja yang lebih efisyen.
Aku memang inginkan orang terbaik untuk buat kerja ini.
Kita dah cipta permainan yang lebih hebat setakat ini.
Jangan fikir ini ia cuma satu kerja, anggap kerja ini sebuah misi.
Aku gembira kita melakukan kerja ini bersama-sama.
Aku buat perjanjian dan inilah perjanjiannya, macam kau.
Kau tak suka beritahu nama, begitu juga aku, di samping...
seorang pun dari kami mempunyai kepentingan untuk melakukan tugas berbayar ini,
tugas yang telah diberikan, itu semua peraturan kau, kan?
Kau lupa satu perkara.
- Aku bekerja sendiri. - Aku rasa kau suka kalau ditemani.
Kau nak aku selesaikan sebuah misi.
Betul cakap kau, aku akan melakukanya.
Tunggu!
Apa, kau nak ubah peraturan ke?
Setiap peraturan ada pengecualian. Hari ni kita buat pengecualian.
Kau adalah ketua nya.
Ada apa-apa lagi?
Perhiasan, ada lagi yang patut aku tahu?
Kau ingat tak badut-badut yang cuba letupkan pesawat...
dengan menyeludup cecair dan mencampurkannya di dalam pesawat?
Prinsipnya sama, cuma disempurnakan.
25 kaki dari kereta,
lampu kuning menyala, isyarat cecair pertama sudah bersedia.
50 kaki, oren.
Cecair kedua mengalir masuk ke dalam kebuk.
75 kaki, kau akan tengok lampu merah.
Masa untuk pergi.
Telefon ini telah diprogram untuk menghubungi 1 nombor, nombor aku!
Ketika kau dah sampai tol pertama menuju ke utara, hubungi aku. Okay?
Duit, untuk beli minyak dan makanan.
No comments yet. Be the first to leave one.