İlk 200 satır.
BERDASARKAN KISAH BENAR
"Bagi saya, apa yang Keane lakukan adalah luar biasa.
Karyanya memang bagus.
Jika teruk, tak ada orang yang akan menyukainya."
Andy Warhol -
California Utara. 1958.
Tahun 50-an adalah masa kegemilangan, jika kamu seorang lelaki.
Saya Dick Nolan. Saya mereka cerita untuk hidup. Saya seorang wartawan.
Ini adalah cerita yang paling aneh yang pernah saya tulis.
Ianya bermula pada hari itu di mana Margaret Ulbrich melarikan diri daripada suaminya yang menyusahkan,
lama dahulu sebelum ianya menjadi perkara yang biasa untuk dilakukan.
Ayuh, Janie.
North Beach, San Francisco.
Sayang! Kau berjaya lakukannya!
- Kau di North Beach! - Tengoklah diri kau, Deirdre!
- Dee-Ann. - Oh! Dee-Ann.
Aku tahu, Deirdre bunyi seperti sesuatu...
...yang mak aku akan panggil. Jadi adakah kau seronok?
- Kau sudah menyesuaikan diri? Bagaimana dengan Jane? - Jane sihat sahaja.
Dia akan pergi ke sekolah baru yang cantik itu.
Kau tahu, ianya susah tanpa bapanya, dan aku...
- ...tak tahu jika kami... - Hentikan.
- Apa? - Baik kau lupakan.
Antara kita berdua, aku tak pernah sukakan Frank.
- Dulu kau pengapit aku. - Tepat sekali.
Sebab itu aku tak boleh kata apa-apa. Tapi sekarang kalau kau buat silap lagi,...
...aku akan beritahu. Sekarang, mari kita bergembira.
Untuk jazz, pergi ke Hungry I. Untuk makanan Itali, Vanessi's.
Untuk bertaubat, cuba ke kuil Buddha. Untuk seni, Six Gallery.
- Mereka hanya pamerkan seni moden? - Semua orang hanya pamerkan seni moden.
Dan di tingkat bawah, mereka ada espresso.
Espresso, apa itu? Sejenis ganja?
Banyak benda yang kau kena pelajari.
Dulu, wanita tidak lari.
Tidak tanpa sebarang kerja atau perancangan.
Apa yang dia ada adalah lukisan-lukisannya,...
...dan anak perempuannya di tempat duduk belakang.
Semoga berjaya.
Okey.
Kami tidak mempunyai ramai perempuan di sini.
Jadi, suami kamu benarkan kamu bekerja?
Uh, saya dan suami sudah berpisah.
Berpisah? Hm...
Saya sedar saya tiada pengalaman bekerja,...
...tapi saya amat perlukan kerja ini. Saya ada anak yang saya perlu tanggung.
Saya tidak pandai untuk menerangkan, tapi saya suka melukis.
Jadi kalau saya tunjukkan sahaja portfolio saya.
Um, saya belajar di Institut Seni Watkins di Nashville,...
...kemudian saya ambil beberapa kelas ilustrasi di New York.
Ini ialah...lukisan pastel yang saya buat.
Dan, uh, ini adalah potret pensel.
Kamu faham bukan yang ini adalah syarikat perabot?
Okey, bunyinya hebat.
- Kamu lihat apa-apa yang kamu suka? - Saya suka yang itu.
- Cantik. - Ya.
- Lukisan kamu comel. - Terima kasih.
- Berapa? - Hari ini istimewa, $2.
Saya hanya boleh beri kamu $1.
- Baiklah. - Baiklah, pergilah, Dylan.
Pergi ke sana dan duduk.
- Siapa nama kamu? - Nama saya Dylan.
- Dylan. Dan berapa umur kamu? - Saya sembilan tahun.
Sembilan tahun, wow.
- Ianya seperti Monet. - Monet?
Monet? Itu pujian yang melampau.
Kalau boleh, saya dengan segala hormatnya tidak bersetuju.
Saya lebih kepada tradisional seperti Pissarro.
Mari, dekat sikit. Mari. Bagus!
Nampak pancaran cahaya dari warna yang tebal dan berani ini?
Mahu menyentuhnya? Ayuh.
Pergilah, sentuh. Ianya tebal. Awak tak akan rosakkannya.
Ianya $35.
Boleh maafkan saya sebentar?
Siap.
- Ini dia. - Terima kasih.
Oh, terima kasih.
Awak lebih mahal daripada duit syiling. Awak tak sepatutnya jual dengan murah sangat.
- Saya cukup asal mereka sukakannya. - Oh! Awak tak boleh begitu.
Jiwa awak ada dalam karya awak.
Siapa nama awak?
Margaret.
Beginilah, bukankah lebih baik awak memikat gadis-gadis di sana?
Tak. Saya sukakan awak, Margaret...
...Ulbrich.
Awak tahu, Margaret Ulbrich, awak menilai diri awak dengan rendah.
Biar saya tunjukkan bagaimana caranya.
Gadis kecil!
Mahu potret kamu dilukis...
...oleh pelukis terkemuka Margaret Ulbrich, Ratu Pantai?
Dalam hanya beberapa minit, dia menangkap jiwa kamu!
- Tak. - Apa "tak"?
Kamu tak berharap bahawa ianya kamu dalam lukisan-lukisan yang cantik ini?
Tapi itu memang saya.
Dan itu juga saya, dan yang itu pada mulanya saya,...
...kemudian mak tukarkannya menjadi budak lelaki Cina.
Hm... Maafkan saya. Saya tersalah situasi.
Baik saya pergi dengan senyap-senyap...
...sebelum En. Ulbrich datang dan memukul saya.
Tiada En. Ulbrich
- Selamat petang, Henri. - Oh, Encik Keane!
Maaf kerana tidak menelefon terlebih dahulu.
Encik, tempat biasa encik sudah sedia. Puan, selamat petang. Selamat datang.
Terima kasih.
Saya tak perlu bayar di sini.
Kerana saya berikan chef sebuah lukisan.
- Tahu apa dia kata? - Apa?
Dia kata, "Tiada siapa yang melukis Montmartre seperti Walter Keane!"
Saya tak percaya yang awak pernah tinggal di Paris.
Saat terindah dalam hidup saya.
Saya tak pernah pun naik kapal terbang.
Oh, awak perlu mengalaminya. Awak perlu usaha untuk dapatkannya.
Saya mahu menjadi artis, dan terus saya pergi!
Belajar melukis di Beaux-Arts.
Tinggal di dalam studio Left Bank. Hidup dengan hanya roti dan wain.
- Awak romantiklah. - Tepat sekali.
Sudah tentu, meninggalkan kehidupan seperti itu tidak mudah.
Saya terpaksa berhenti kerja...meninggalkan isteri.
Ya, pilihan ini bukannya mudah.
Saya tidak pernah berasa bebas.
Saya adalah seorang anak, kemudian menjadi seorang isteri, kemudian ibu.
Lukisan saya semuanya berdasarkan Jane kerana dialah satu-satunya yang saya ada.
Jangan merendahkan karya awak. Awak ada bakat yang menakjubkan.
Awak boleh lihat seseorang dan menangkap mereka di atas kanvas.
Awak boleh lukis manusia.
Saya hanya boleh melukis objek.
Ya, lukisan pemandangan saya adalah...menawan...
...tetapi ianya hanyalah koleksi bangunan-bangunan dan siar kaki.
Walter, saya yakin awak boleh lukis apa saja.
Bila awak tengok saya seperti itu, saya boleh jatuh dengan teruk sekali.
Maafkan saya. Semuanya berlaku terlalu pantas.
Sudah lama saya tidak bertemujanji.
Jane, sayang, jangan bergerak.
Ibu, setelah sekian lamanya, ibu mesti sudah tahu bagaimana melukis wajah saya.
Hei. Kanvas encik kosong.
- Kita tak boleh tergesa-gesa mencari inspirasi. - Jane.
Jangan ganggu En. Keane. Kamu tahu kreativiti datangnya dari dalam.
Jangan risau. Dia tidak menggangu saya.
Saya perlu tanya awak sesuatu.
- Kenapa dengan mata yang besar itu? - Oh.
Saya percaya bahawa kita boleh tahu banyak perkara dengan melihat pada mata.
Mata adalah tingkap kepada jiwa.
Ya, tapi...awak lukiskan ia seperti penkek.
Tidak seimbang.
Mata adalah bagaimana saya mengekpresikan emosi saya.
Saya selalu melukis ia begitu.
Semasa kecil, saya menjalani pembedahan yang menyebabkan saya pekak sementara,...
...dan saya tidak boleh mendengar, jadi saya cuba untuk memerhati.
Saya bergantung pada mata orang.
Walter? Hei, Walt!
- Dah agak dah memang kau! - Hai, Don.
Gembira aku dapat jumpa kau!
Hei, ada apa-apa maklumbalas dari perbandaran tentang anjakan itu?
Orang-orang aku amat perlukan varians untuk tingkat pertama.
- Kita akan tahu pada Khamis ini. - Ya? Itu bagus!
Aku akan beritahu arkitek aku. Okey.
Apa tadi itu?
Saya tak mahu awak tahu.
Saya menjual hartanah komersial.
- Awak ejen hartanah? - Ya.
Seorang ejen hartanah yang berjaya.
Pendapatan tertinggi dalam syarikat tiga tahun berturut-turut.
Awak malu dengannya?
Semua orang boleh menjadi ejen.
Apa yang saya mahu adalah untuk menjana pendapatan dengan melukis.
Saya cuba, tetapi tidak mampu.
Saya hanyalah pelukis pada hari Ahad.
Awak sangat baik, mengangkut semuanya sepanjang perjalanan.
Terima kasih. Um, bawa ke sini.
Letakkan ia di sini. Saya suka...
- Di sini? - Ya. Bagus. Saya suka...
...kalau ianya tidak mengganggu.
Ini...yang saya tengah buat.
Awak boleh lihat yang...saya sedang menyiapkannya.
Mak dapat surat.
Surat...
Kenapa?
Oh... Um...Frank mahu bawa Jane pergi.
- Dia kata saya ibu yang tidak layak... - Awaklah yang paling layak.
Hm...
Dia beritahu mahkamah, um, dia tidak dapat tinggal di rumah yang selesa...
...dan ianya di luar kemampuan saya sebagai seorang ibu tunggal...
Kahwini saya.
- Walter! Saya... - Shh.
Jangan fikirkan sebarang alasan untuk katakan tidak,...
...kerana saya ada sejuta sebab untuk katakan ya.
- Saya tahu ianya tidak masuk akal. - Ya, ianya tidak...
Tapi bayangkanlah segala keseronokan yang kita akan alami!
Dan saya akan jaga kamu berdua.
- Oh! - Margaret, Saya sedang berlutut!
Ayuh, apa awak nak kata? Mari berkahwin.
- Kita boleh berada di Hawaii pada hujung minggu ini. - Oh, Hawaii? Kahwin?
Saya tak tahu, Walter, saya gilakan awak.
Saya sangat terharu sekarang ini. Kenapa kita kena pergi ke Hawaii? Kenapa?
Kerana awak adalah seorang puteri dan awak layak untuk berkahwin di syurga.
Awak memang betul! Ini adalah syurga!
- Hanya Tuhan yang mampu mencipta warna ini. - Saya tahu awak sukakannya.
- Tak bolehkah kita tinggal di sini selama-lamanya? - Saya tak pasti tentang itu.
Tapi saya boleh panjangkan untuk seminggu lagi.
Itu air terjun itu, dan udaranya begitu nyaman sampai kau boleh rasakannya.
Itu, um, altar purba.
No comments yet. Be the first to leave one.