Sezon 2

Sürüm bilgisi

The Apothecary Diaries - S02E10 - A Ghost Story may
Şunun yorumuyla Mr Nas

Etiketler

webdl
Yayınlandı: 2025-04-05
İndirmeler: 133
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 171 satır.

DITULIS OLEH HYUGA NATSU

KISAH INI FIKSYEN DAN SEMUA NAMA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN.

SELAIN ITU, KISAH INI TIADA KAITAN DENGAN INSIDEN DAN PERISTIWA HIDUP SEBENAR.

Mari saya perkenalkan mereka kepada awak, Maomao.

Mereka pembantu baharu di Astaka Jed.

Mereka tiga beradik.

Saya Haku-u.

Saya Koku-u.

Saya Seki-u.

Mereka memang seiras.

Awak apa khabar?

Baik. Dah lama tak jumpa.

Kamu berdua kenal?

Ya, kami dari kampung yang sama dan kenal satu sama lain.

Kakak sulung, Haku-u,

sebaya dengan Cik Puan Gyokuyou.

Jadi, mereka kelilingi Cik Puan dengan orang dari kampung halaman dia?

Untuk Cik Puan Gyokuyou yang hampir dibunuh sebelum ini,

aturan ini lebih selamat.

Awak pula?

Saya Maomao, perasa makanan, Puan Koku-u.

Saya bukan Koku-u.

Oh, jadi awak pasti Puan Seki-u...

Saya Haku-u.

Mulai sekarang, kami akan pakai reben rambut yang padan dengan nama kami.

- Supaya awak boleh bezakan kami. - Faham.

Saya memang tak boleh bezakan mereka.

Lama-kelamaan saya akan kenal juga.

Tapi, apa lebih penting...

Maomao!

Kembali ke bilik yang ditetapkan!

Tidak, saya tak kisah dengan bilik simpanan.

Puan Hongniang sendiri beritahu ini bilik saya,

jadi saya akan terus gunakan.

Saya tak akan benarkan!

Awak sekali lagi terlalu ambil serius dengan arahan itu!

Tapi, barang saya semua dah dipindah ke sini.

Ia tak akan beri contoh yang baik kepada pembantu baharu!

Apa kamu berdua buat?

Alamak.

Adakah bilik simpanan telah diubah sepenuhnya menjadi sarang Maomao?

Ikut awak nak buat apa dengan bangsal itu.

Tapi bila awak tidur, sila tidur di bilik yang ditetapkan.

Faham.

Mereka orang atasan yang sangat baik.

Dengan kehadiran pembantu baharu,

bebanan kerja setiap orang telah berkurang dengan drastik.

Cik Puan Gyokuyou sedang mengandung,

Astaka Jed akan perlukan lebih ramai pembantu.

Jadi mengukuhkan tenaga kerja sememangnya sesuatu yang baik.

Tapi ini juga mungkin satu usaha untuk imbangkan keadaan

dengan Cik Puan Loulan di Astaka Garnet, yang mempunyai orang gaji yang ramai.

Terima kasih atas kerja keras.

Kalau begitu, saya akan ke bangsal.

Maomao!

Puan Yinghua, betulkah Maomao tinggal di bangsal,

daripada bilik yang elok?

Yakah? Walaupun dia pembantu Cik Puan Gyokuyou?

Sebenarnya...

Sebab kenapa Pn. Yinghua cuba hentikan saya daripada mengurung diri di bangsal

ialah kerana dia risau dengan keadaan saya.

Dia nak saya cepat selesa dengan pembantu baharu.

Dia memang begitu.

Saya minta maaf begitu pentingkan diri.

Tak apa, tapi...

Hei, Maomao, awak ada rasa menyesal walau sedikit?

Ada, sudah tentu.

Yakah? Betul awak rasa bersalah?

Ya, sudah tentu...

Saya dah agak!

Jadi, malam ini awak akan ikut saya!

Malam ini, orang yang lapang hanya saya dan awak, Maomao!

Bagusnya!

Saya diperangkap...

Apa Puan Hongniang kata tentang keluar malam ini?

Tak apa. Saya dah minta izin dia.

Sebelah utara istana belakang.

Sepatutnya hanya ada bangunan lama di sini.

Maomao, di sini.

Pakai ini macam ini.

Tak panas?

Tak apa. Awak akan rasa sejuk nanti.

Kita dah sampai.

Selamat datang. Dua peserta, betul?

Ya, kami tak sabar-sabar.

Sama.

Padamkan tanglung dan guna ini sebagai ganti.

Dia cantik, tapi wanita istana yang dah agak berumur.

Baiklah, mari mulakan.

Tempat ini diguna semasa pemerintahan maharaja sebelum ini.

Wanita istana sekarang lebih sedikit daripada ketika itu.

Tapi untuk sesuatu seperti ini, ia sempurna.

Duduk saja di mana-mana ada ruang.

Semua dah ada.

Mengumpul 12 orang di bilik tertutup di hari yang panas...

Kamu semua dah bersedia untuk dengar cerita?

Malam ini, mari nikmati 13 kisah menyeramkan.

Tiga belas kisah?

Oleh itu...

Setiap malam, di parit pintu gerbang utara,

ada kelibat seorang orang gaji terjun berulang kali.

Merasa kasihan, seorang wanita istana mengapungkan bunga di atas air,

apabila tiba-tiba, ada suara kedengaran...

Dia melihat ke dalam parit dengan terkejut dan

wajah pucat orang gaji itu terapung ke permukaan.

Apabila wanita istana itu panik dan cuba untuk lari,

kakinya tiba-tiba ditarik.

Orang gaji itu yang merangkak keluar dari air berkata...

"Orang yang tolak saya hari itu,

adakah awak?"

Saya macam pernah dengar cerita ini sebelum ini.

Dia takut, tapi nampaknya suka.

Nampaknya, majlis ini melibatkan bercerita hantu mengikut turutan tempat duduk

dan meniup lilin selepas habis bercerita.

Tapi, kebanyakan cerita ini hanya khabar angin istana belakang.

Tak menyeramkan sangat pun.

Lagipun, tak banyak hiburan di istana belakang.

Mungkin sebab itu berkumpul begini dibenarkan.

- Selamat malam. - Shisui.

- Nak sikit? - Boleh.

Baiklah.

Kisah ini dari kampung halaman saya.

Terdapat sebuah hutan,

yang sudah lama dikatakan dilarang masuk.

Sesiapa yang masuk akan disumpah

dan roh mereka akan dimakan oleh syaitan.

Tapi suatu hari,

seorang budak melanggar larangan itu.

Tanaman tahun itu telah gagal,

dan budak itu yang tak tertahan lapar,

masuk ke dalam hutan itu untuk mencari makanan.

Budak itu beritahu ibunya,

"Saya nak beritahu berita baik.

Ada banyak makanan dalam hutan itu."

Namun, apabila orang kampung tahu budak itu masuk ke dalam hutan itu,

budak itu dan ibunya diusir keluar dari kampung itu.

Terpinggir dan tanpa apa-apa untuk dimakan,

mereka menjadi semakin lemah.

Namun, tiada siapa bantu mereka.

Satu malam,

seseorang ternampak cahaya berkelip

masuk ke rumah budak itu dan ibunya.

Keesokan harinya, selepas mendengar berita itu,

ketua kampung pergi melawat rumah mereka.

Tapi, budak itu telah mati

dan ibunya sedang nazak.

Dengan nafas terakhirnya, dia berkata kepada ketua kampung,

"Saya ada berita baik..."

Selepas itu, dia mati.

Wajahnya terlihat senyuman menyeramkan.

Akhirnya, tiada siapa tahu apa dia mahu katakan.

Sehingga sekarang hutan itu digeruni sebagai tanah larangan.

Mereka juga kata yang syaitan muncul

di rumah mereka yang melanggar larangan itu,

memakan roh mereka.

- Begitu... - Begitu apa?

Saya akan beritahu kemudian.

Saya agak mengantuk.

Begitu ramai orang di tempat sempit.

Rasa pening dengan ramai orang.

Sekarang giliran awak.

Okey.

Cerita ini dari tanah yang jauh di timur.

Seorang sami,

dalam perjalanan balik selepas selesai pengebumian di tempat jauh,

apabila dia sedar malam telah berlabuh.

Kawasan itu ialah dataran terbuka yang diliputi rumput perak

dan nampaknya sekumpulan anjing liar bersembunyi berhampiran.

Apabila si sami yang risau itu meninjau sekeliling,

dia ternampak sebuah rumah tua yang usang.

Maaf mengganggu di lewat malam. Ada orang di rumah?

More Malay subtitles for The Apothecary Diaries

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left