To All the Boys: P.S. I Still Love You

To All the Boys: P.S. I Still Love You

Malay Altyazısını İndir

Sürüm bilgisi

To All the Boys PS I Still Love You 2020 Semua NF WEBDL
Şunun yorumuyla ShasyaLala
Netflix Rasmi.

Etiketler

webdl
web
WEBDL
Yayınlandı: 2020-10-25
İndirmeler: 40
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

Dia menghampiriku dan mengajakku menari

Dia nampak baik dan aku mengambil peluang ini

Aku tak tahu nak buat apa

Jadi aku berbisik kepadanya yang aku mencintainya

Dia beritahu dia mencintaiku dan menciumku

Kemudian dia melamarku

Dan mahu aku selalu berada di sisinya

Aku amat gembira sehingga hampir menangis Lalu dia menciumku

Berseronok ketika menjaga budak? Biar betul, Lara Jean?

Ini bukan masanya nak berangan hidup dalam filem era 80-an.

Tapi hari ini berbeza sebab ini bukan fantasi.

Inilah kehidupan sebenar saya. Saya nampak berbeza?

Tak, saya tak nampak perbezaan. Perbezaan bagaimana?

Seperti seseorang yang ada kekasih.

Awak nampak macam dia akan sampai tak lama lagi, tapi awak belum bersiap.

Awak dah mandikah?

Keluarlah.

Saya nak mandi.

Orang kata kisah dongeng tak wujud.

Tapi kadangkala…

bahagia selamanya memang wujud.

Saya mula fikirkan saat ini sejak saya mula baca novel cinta.

Janji temu pertama saya.

- Bagaimana rupa saya? - Sempurna.

Nampak cantik.

Baiklah.

Hai.

Hei.

Apa khabar?

- Biasa saja. - Yakah? Saya bawa sesuatu.

- Terima kasih. - Hei, Kitty.

- Untuk awak. - Ini bunga kesukaan saya.

- Dr. Covey. - Awak pilih restoran apa?

Saya tahu yang terbaik.

Ayah? Letak ini dalam air. Pergi.

Cakap dengan kuat. Pukul 11:00?

Pukul 11:00.

- Okey, berseronoklah. - Jangan terlalu berseronok.

Selamat tinggal.

- Oh Tuhan, saya tak pernah ke Cardona. - Restoran ini bagus.

- Terujanya. - Yakah?

Restoran ini bagus. Ya!

- Saya dah agak awak akan suka. - Oh Tuhan, cantiknya.

- Untuk cik. - Terima kasih.

- Untuk encik. - Terima kasih.

Besarnya menu di sini.

Makin besar menu, makin mewah restoran. Semua orang tahu.

Ini restoran dua garpu.

Kita diberi garpu kedua manalah tahu garpu pertama jatuh.

Tak, bukan begitu.

- Betul. - Bukan.

- Lihat. Sedia? - Jangan.

Peter, sudah. Malulah.

- Apa berlaku? - Kenapa…

Peter.

Mujur ada garpu kedua.

Ini janji temu pertama saya.

Saya tak pernah ada kekasih sebelum ini.

Harapnya saya mahir.

Hei, berikan kunci awak.

Betulkah awak nak memandu?

Saya dah pandai memandu!

Saya takut memandu semasa salji turun, tapi sekarang tiada salji.

- Baik, jangan buat kita terbunuh. - Ya!

Tolonglah?

Bagaimana awak tahu tentang tempat ini?

Adalah.

Okey, awak tulis hajat awak dan lepaskannya ke langit.

- Itu bukan hajat. - Apa maksud awak?

Ia sedang berlaku sekarang, jadi ia bukan hajat.

- Apa? Kenapa? - Apa?

Saya tak nak kita berpisah.

Sekarang awak sedang fikirkan yang kita akan berpisah?

- Saya cuma terfikir saja, okey? Cuma… - Keluarkannya daripada fikiran awak!

Jangan fikirkannya di janji temu pertama.

Saya cuma tak nak kita melukai hati satu sama lain.

Saya janji saya takkan melukai hati awak.

LJ DAN PK

Saya janji takkan melukai awak.

- Awak suka? - Ya.

- Tengoklah! Hebatnya. - Tulisan awak cantik.

Kita boleh buat.

Awak boleh buat.

Biarkan ia mengembang.

Hebatnya.

- Oh, Tuhan! - Ia terbang.

Kita berjaya.

Cantiknya.

Semua orang boleh nampak parap kita.

Saya tak akan terbiasa dengan ketinggian kereta awak.

- Betul. - Sangat tinggi.

- Kereta ini agak tinggi. - Ketika turun, rasa seperti jatuh.

Awak patut tunggu, saya akan turun dan sambut awak.

Jadi…

Bagaimana janji temu pertama?

Jawab seolah-olah bukan saya yang bawa awak keluar.

Ia…

sempurna.

Yakah?

- Okey, selamat malam. - Selamat malam.

Selamat malam.

Terbalikkan bahagian besar di tangan kanan di atas bahagian kecil di tangan kiri.

Perlukah kita memakainya? Budak yang lain takkan pakai.

Kita perlu pakai. Ini yang ayah nak.

Kamu nampak cantik. Saya suka Tahun Baru Korea.

- Saya harap saya ada di sana. - Ya, kami juga.

- Kami akan hantar banyak gambar! - Dah tiba masa! Mari pergi!

Anak-anak ayah.

Alamak, dia mula lagi.

Seperti dua mawar kecil yang cantik.

Adakah itu Margot?

- Sayang, ayah harap awak ada di sini. - Saya pun sama.

- Saya sayang kamu. - Selamat tinggal.

Saya berjaya.

Ya, saya tak sangka.

- Selamat pagi. Kamu nampak cantik. - Terima kasih!

- Nah, doktor. - Terima kasih.

Awak tak rasa tersisih tak memakai hanbok ?

Ya, mak. Saya benar-benar sedih.

Terima kasih.

- Nak bir, Dan? - Ya, boleh juga.

Dan, awak ada kekasih?

- Carrie! - Saya cuma bertanya!

Itu tak bermakna awak perlu menduda selamanya.

Ayah saya cakap penting untuk kami mengekalkan budaya Korea.

Tapi saya tahu sebab sebenar kami beria-ia menyambutnya

kerana berada bersama keluarga mak buat ayah rasa dekat dengan mak.

Jadi awak ada kekasih?

Jangan tersinggung, saya ingat awak akan bercinta selepas masuk kolej.

Nama dia Peter dan dia takkan keluar dengan Lara Jean

kalau bukan sebab saya. Dia tak tahu pun Lara wujud.

Saya pos surat cinta yang dia tulis. Sebenarnya, dia tulis lima.

Mereka pura-pura bercinta untuk buat bekas kekasihnya cemburu,

dan untuk rahsiakan perasaan dia

tapi keadaan berubah dan mereka mula bercinta.

Sekarang mereka betul-betul bercinta dan sangat comel.

Kisah yang comel. Agak keterlaluan, tapi comel.

Tunjuk Haven gambar dia.

- Biar betul? Itu kekasih awak? - Ya, kenapa?

Saya tak nak beritahu awak,

tapi ada video dia dan seorang gadis bermesra di tab panas.

Ya, sayalah gadis itu.

Tapi bukan begitu, kami cuma cium.

Itu…

sangat hebat.

- Ayah nak makan aiskrim. Kamu nak? - Boleh juga.

- Surat untuk awak. - Terima kasih.

Semasa Kitty pos surat cinta saya, saya ingat hidup saya dah musnah.

Selama berminggu-minggu saya berdoa surat John Ambrose hilang.

Apabila dia tak balas saya ingat mimpi ngeri dah berakhir.

Nampaknya ia belum berakhir.

Lara Jean,

apabila buka surat itu saya tak sangka ia daripada awak.

Sudah lima tahun kita tak berjumpa, bukan?

Saya tak marah. Saya gembira dapat surat itu.

Awak sangat matang ketika berusia 11 tahun. Oh,Tuhan.

Ketika saya seusia itu, mak saya masih sediakan snek untuk saya

selepas sekolah, tapi awak dah ada fikiran dan emosi yang rumit.

Saya tak sangka.

Surat awak mengingatkan saya masa kita dilarang masuk sekolah.

Awak ingat lagi?

Kita ke rumah pokok Robertsons dan baca Harry Potter sehingga malam.

Kalau masa itu saya tulis surat cinta kepada awak tentu ia berbunyi begini

"Saya suka baca dengan awak.

Awak sangat cantik."

Tapi surat awak amat mendalam.

Saya nak tanya. Kenapa baru hantar sekarang?

Apa pun sebabnya, saya gembira dapat baca.

Yang ikhlas, John Ambrose.

Oh, Tuhan.

John Ambrose McClaren tulis surat untuk saya.

Nanti, maksudnya dia pun suka saya semasa di gred enam?

Dia suka saya sekarang?

Okey, bertenang.

Ini bukannya surat cinta. Tapi surat untuk ucapkan terima kasih.

Saya tak perlu balas.

Tapi, bukankah tak sopan kalau saya tak membalasnya?

Itu sangat tak bertimbang rasa, jadi saya patut balas.

Tapi sebagai kawan. Cuba bersopan.

Ucapkan terima kasih dan teruskan hidup.

Ke hadapan John Ambrose, saya harap awak terima surat ini.

Awak berjaya teruskan minat dalam bidang politik dan diplomasi?

Saya pasti awak lebih pintar, bertimbang rasa dan comel…

Apa yang saya tulis? Saya tak boleh tulis begitu.

Ke hadapan John Ambrose, tulisan awak sangat cantik.

Masa nampak nama awak di sampul, hati saya berdebar dan saya…

Saya memang teruk.

Ke hadapan John Ambrose, terima kasih kerana membalas surat saya.

Gembira dapat berhubung setelah sekian lama.

Saya ingat kita membaca di rumah pokok hingga malam.

Awak kata awak Rumah Hufflepuff dan itu rumah saya juga,

dan itu mungkin petanda kita ditakdirkan bersama.

Oh, Tuhan. Saya tak boleh buat.

Perlukah beritahu Peter tentang ini?

SUKARELAWAN!

Pelajar junior diminta melaporkan diri ke kafeteria

untuk program khidmat masyarakat musim bunga.

Apa khabar, Covey?

- Sedia? - Sentiasa.

- Apa awak sedang fikirkan? - Apa maksud awak?

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left