Sezon 2

Sürüm bilgisi

The Apothecary Diaries - S02E04 - Mirror may
Şunun yorumuyla Mr Nas

Etiketler

webdl
Yayınlandı: 2025-04-05
İndirmeler: 147
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 200 satır.

DITULIS OLEH HYUUGA NATSU

KISAH INI FIKSYEN DAN SEMUA NAMA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN.

SELAIN ITU, KISAH INI TIADA KAITAN DENGAN INSIDEN DAN PERISTIWA HIDUP SEBENAR.

Hei, tengok, Maomao.

Memang hebat.

Betul, bukan?

Begitu, kamu panggil untuk tunjuk ini.

Ia cermin yang menakjubkan, bukan?

Awak tahu ia diperbuat daripada apa?

Pantulan ini, adakah ia diperbuat daripada kaca?

Betul.

Wah, Cik Puan seperti ada dua.

Cermin kaca sukar untuk dihasilkan,

dan hanya boleh diimport dari Barat.

Ia barang yang sangat mewah.

Kalau kamu pecahkan tanpa sengaja, saya tak terkejut kalau kamu dipenggal.

Ada cermin tangan kaca juga sebelum ini,

tapi Yinghua pecahkan.

Berhenti ingatkan semula!

Nasib baik Cik Puan Gyokuyou seorang yang pemaaf.

Maomao, awak juga berminat?

Ya. Bagaimana ia dihasilkan?

Jika ia boleh dihasilkan besar-besaran dalam negara,

kita boleh buat banyak duit...

Ya, betul.

Awak tahu, cermin panjang ini,

ialah hadiah daripada utusan negara asing.

Utusan awak cakap?

Apabila awak kata begitu, doktor penipu itu juga ada kata sesuatu...

Karavan besar yang tiba itu

sepatutnya kumpulan awal untuk mengalu-alukan utusan asing.

Nampaknya mereka juga hantar hadiah kepada gundik berpangkat tinggi lain.

Jangan cakap begitu.

Termasuk Gundik Gyokuyou, terdapat empat gundik berpangkat tinggi.

Walaupun sebagai utusan, mereka tak boleh pilih kasih.

Membawa empat cermin panjang yang begitu megah,

sama ada menyeberangi padang pasir atau laut, pastinya sesuatu yang sukar.

Pergi sejauh itu untuk mengambil hati gundik,

mereka mungkin merancang perjanjian perdagangan besar dengan negara ini.

Xiaomao, boleh saya cakap dengan awak sekejap?

Tuan Gaoshun, kenapa awak ke sini?

Saya nak mohon pendapat awak tentang sesuatu.

Pn. Hongniang, boleh saya guna ruang ini sebentar?

Boleh, saya tak kisah.

Tapi, ia sesuatu yang peribadi?

Puan Hongniang juga sertai kami kerana tak elok jika hanya kami berdua.

Tapi, selepas tahu Tn. Gaoshun ada isteri dan anak,

nampaknya semua minat dia telah hilang.

Saya tak pasti kalau saya boleh bantu,

tapi apa awak nak cakap?

Sebenarnya, kawan saya dalam masalah besar

dan kisahnya agak luar biasa.

Ada dua anak perempuan dalam keluarga yang dihormati.

Dua beradik itu, yang umur dan wajah hampir sama,

dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa mereka.

Tetapi apabila mereka dewasa, ibu bapa mereka jadi terlalu melindungi.

Bukan sahaja seorang disekat,

tapi mereka berdua tidak dibenarkan keluar

dan pembantu rumah ditugaskan memerhati mereka.

Dua beradik itu habiskan hari mereka terkurung di rumah.

Pembantu rumah kasihan melihat mereka, kadangkala bawa mereka keluar.

Namun, apabila ayah mereka dapat tahu,

dia meletakkan hamba di luar bilik untuk memerhatikan mereka.

Waktu malam, ayah mereka akan kunci pintu,

supaya mereka tak boleh keluar.

Mereka pada asalnya dua beradik introvert

yang menghabiskan masa menyulam di dalam bilik mereka.

Tapi, suatu hari...

Ayah, adik saya

mengandungkan anak dewa.

Itu...

Memang kisah yang luar biasa.

Mungkin pembantu rumah secara senyap bawa mereka keluar lagi?

Tidak, pembantu rumah yang benarkan mereka keluar

telah dipecat sebagai amaran.

Pembantu rumah baharu tak banyak interaksi dengan dua beradik itu.

Jadi, walaupun ia kisah memalukan,

mungkin dia ada hubungan dengan hamba yang berjaga?

Itu juga sukar.

Hamba itu tidak dibenarkan

mendekati bilik untuk pengawasan.

Ia memang kisah yang sukar, tapi

saya tak rasa saya boleh bantu awak.

Kalau awak nak tahu kalau perempuan boleh mengandung

tanpa ada hubungan dengan lelaki, saya faham niat awak.

Tapi, ia boleh berlaku?

Ia bukan tentang kehamilan,

tapi lebih kepada ilusi tubuh yang hamil.

Di rumah pelacuran, pelacur muda

pernah beritahu saya dia mengandungkan

anak kepada lelaki yang dia cintai.

Dia tak mengandung sebenarnya?

Betul. Walaupun begitu, haid dia berhenti

dan dada dan perut dia membesar.

Rasa percaya beri kesan ketara kepada badannya.

Awak pasti adik dia mengandung?

Ya, mungkin.

Mari percaya begitu.

Isunya ialah

sama ada si adik berjaya keluar tanpa disedari oleh pengawasan.

Jadi, awak tahu bagaimana dua beradik itu diperhati?

Ya, saya ada pelan lantai di sini.

Dua beradik itu tinggal

di bangunan terpisah di sebelah utara, yang bersambung

dengan rumah utama oleh koridor barat.

Di mana bilik air?

Ia di dalam bangunan terpisah.

Kalau si adik menyelinap keluar...

Satu-satunya jalan keluar ialah koridor barat.

Terdapat tingkap di sebelah timur dan selatan,

tapi ada hamba berjaga.

Di mana hamba ditempatkan?

Tingkap menghadap ke selatan diperhatikan dari tingkat tiga

dan tingkap menghadap ke timur dipantau dari tingkat satu.

Kawasan yang boleh dilihat agak terhad, bukan?

- Dalam bilik tak akan nampak langsung. - Ya.

Tapi, nampaknya dua beradik itu

kerap duduk di tingkap untuk menyulam.

Daripada semua benda, hobi menyulam itu agak pelik.

Nampaknya mereka asalnya keluarga perantau.

Yakah...

Saya rasa sesuatu yang penting sengaja tidak diberitahu.

Tingkap timur dan selatan nampaknya berada di bilik yang sama.

Dua beradik itu tidur di bilik berasingan.

Adakah bangunan terpisah ini sebenarnya untuk tetamu?

Mata awak memang tajam.

- Berapa orang hamba yang memerhati? - Dua orang.

Mereka berdua di kedudukan sama sepanjang masa.

Nampaknya dia tahu banyak maklumat.

Tapi, dia tak kongsikan semuanya.

Perasaan ini...

Adakah ini betul kisah seorang "kawan"?

Adakah saya patut cakap sesuatu atau diamkan diri saja?

Saya hampir terlupa, Xiaomao.

Saya ada sesuatu daripada Tuan Jinshi.

Ia permohonan maaf kerana lewat menghantar bezoar lembu.

Bezoar lembu! Bila awak ingatkan, saya belum terima lagi.

Saya diam untuk elak dihantuk kepala lagi, tapi penghantarannya lewat!

Maafkan saya, tapi nampaknya permintaannya tiba-tiba meningkat.

Kenapa tiba-tiba?

Kebelakangan ini, saya dengar

ramai orang hantar elixir yang jarang ditemui kepada Tuan Jinshi.

Khabar angin mengatakan dia begitu berminat dengannya.

Itu kisahnya.

Apa pun, ini dia.

Apa itu?

- Hempedu beruang. - Ia pundi hempedu kering beruang.

Walaupun rasanya pahit, ia herba berharga yang diguna dalam penyakit pencernaan!

Saya gembira awak suka.

Pada asalnya Tuan Jinshi nak beri sendiri kepada awak.

Jadi, awak ada perasan apa-apa daripada apa saya beritahu?

Faham.

Boleh awak tunggu sebentar?

Anggap kacang-kacang ini mewakili dua beradik itu,

adakah ini sepadan dengan di mana mereka duduk?

Ya, betul.

Ada dua hamba memerhati.

Mereka berdua di kedudukan sama sepanjang masa.

Jadi...

Bagaimana kalau kita letak cermin seperti ini?

Seperti ada satu lagi kacang.

Begitu juga,

bagaimana kalau ada cermin besar berhampiran tingkap timur ini?

Daripada kedudukan pemerhati, ia mungkin terlalu jauh dan

sukar dikesan, walaupun ia kelihatan agak pelik.

Dalam erti kata lain, hanya ada seorang dalam bilik itu,

dan satu lagi hanya pantulan cermin?

Jika dua beradik itu seiras,

mungkin sukar untuk hamba membezakan mereka.

Tapi Maomao, bagaimana dengan sulaman?

Bukan mereka berdua menyulam dua sulaman berbeza?

Ya, saya dengar mereka menyulam haiwan.

Saya rasa ia burung dan arnab.

Sebagai contoh,

bagaimana kalau gambar itu kelihatan seperti ini?

Kalau awak terbalikkan gambar ini,

bukan senyuman itu menjadi marah?

Jadi, awak nak cakap sulaman itu juga hanya maya?

Jika ia dipantulkan dalam cermin dan diterbalikkan dari kiri ke kanan,

corak itu mungkin kelihatan seperti sesuatu yang berbeza sama sekali.

Sementara salah seorang daripada mereka menyulam di tepi tingkap selatan,

yang seorang lagi boleh keluar melalui pintu masuk barat.

Saya rasa itu tak mustahil.

Begitu.

Sudah tentu, dengan kaedah ini,

tak mustahil untuk menyelinap keluar untuk pertemuan rahsia.

Cermin yang dibawa oleh utusan asing...

Memandangkan pantulannya begitu indah,

mudah tersilap pandang sesuatu apabila dilihat dari jauh.

Dulu ayah saya belajar di luar negara di negara barat

dan katanya sulaman adalah keistimewaan kelas tinggi untuk kanak-kanak.

Tuan Gaoshun kata

yang wanita muda daripada keluarga dihormati

menyelinap keluar rumah dan mengandung.

Saya skeptikal dengan sejauh mana ia benar.

Apa yang dia sorokkan sebenarnya

mungkin rahsia yang berbeza sama sekali.

Ada kalanya seseorang disyaki sebagai perisik

dialu-alukan sebagai tetamu.

Namun, saya tak nak korek lebih dalam untuk perkara seperti ini.

More Malay subtitles for The Apothecary Diaries

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left