İlk 149 satır.
NATSU HYUUGA
KISAH INI REKAAN, SEMUA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN,
CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN KEJADIAN DAN PERISTIWA SEBENAR.
Maomao.
Boleh hantarkan ubat ke Rumah Verdigris?
Baiklah, orang tua.
Ramai wanita diculik kebelakangan ini.
Berhati-hati.
Jangan risau.
Saya akan singgah ladang.
Baiklah. Terima kasih.
Saya pergi dulu!
RUMAH VERDIGRIS
Itu saja awak ada?
Tolonglah, ini seluruh harta saya!
Tak boleh.
Itu salah seorang Tiga Puteri berharga Rumah Verdigris,
Pairin yang terkenal!
Tak bayar tak boleh tengok!
Ia tak sembuh dengan cukup cepat. Saya akan tukar resipi.
Oh, Maomao.
Kak Pairin!
Tengok semua parut baharu itu!
Oh, ini?
Macam biasa, ia eksperimen untuk ubat saya.
Awak jaga makan awak?
Benda itu memang mengagumkan macam biasa.
Maomao! Kalau salah satu eksperimen kamu
letupkan bilik ini, saya tak akan maafkan kamu!
Atau kamu nak bekerja di sini sebagai pelacur?
Alamak!
Nenek, saya tinggalkan ubat!
Sapa orang tua itu untuk saya!
Aduhai.
Saya dengar suara Maomao.
- Maomao pergi mana? - Dia berlari pergi.
Nenek menjengkelkan itu...
Tak habis-habis suruh saya jadi pelacur!
Adakah mereka penculik?
Orang tua itu akan risaukan saya.
Pewaris Istana Timur telah dilahirkan!
Tahniah, Puan Lihua!
Bayi dia telah dilahirkan tanpa masalah.
Begitu, baguslah.
TIGA BULAN KEMUDIAN
Saya teringin nak makan sate di pasar.
Saya harap orang tua itu jaga makan dia.
Menjengkelkan betul. Saya tak tahu saya dijual atau diguna sebagai kambing hitam,
tapi dah tiga bulan saya di sini.
Tak banyak beza antara istana dengan daerah pelacuran.
Saya nak elak daripada terlibat dengan istana harem kalau boleh.
Tapi, memandangkan saya di sini, ia tak boleh dielak.
Walaupun hidup saya agak baik sebagai seorang apotekari.
Istana harem ialah kawasan perempuan sahaja untuk melahirkan anak maharaja.
Lelaki dilarang sama sekali memasuki kawasan ini.
Mereka yang boleh masuk ke sini ialah golongan bangsawan dan saudara mereka.
Selain daripada itu, hanya sida-sida, atau "bekas lelaki"
yang kehilangan "bahagian berharga" boleh masuk.
Semua gundik dan wanita istana berjumlah 2,000.
Bersama dengan 1,000 sida-sida, ia kawasan kediaman besar.
Tak seperti gundik berpangkat tinggi, pertengahan dan rendah,
kami pembantu rumah yang melakukan kerja kasar
boleh kehilangan nyawa kami pada bila-bila masa.
TUJUH BELAS
Selepas kami, gundik berpangkat rendah yang berkurung.
Sekurang-kurangnya, kami dibayar gaji.
Hei, Maomao!
Awak tahu tanda ini untuk bilik mana?
Ini Wisteria Sembilan, jadi ia di sana.
Terima kasih!
Ada ramai pembantu rumah yang tak pandai membaca.
Sebelum bekerja di istana harem,
kami dilatih ketat dalam asas adab.
Tapi, berbeza dengan membaca dan menulis.
Walaupun kamu dapat gaji lebih tinggi kerana pandai membaca,
penculik pula akan ambil bahagian lebih tinggi daripada gaji kamu.
Tapi, ada kes terpencil
di mana pembantu rumah dinaikkan pangkat kepada gundik rendah.
Dengan erti kata lain,
rupanya.
Berjagat, berdada kecil.
Bentuk badan tak menarik.
Jadi, ia tiada kena mengena dengan saya.
Jika saya terlalu menonjol, nyawa saya akan terancam.
Saya lebih rela kekal begini.
Kalau diam dan bekerja saja, saya boleh keluar selepas dua tahun.
Saya nak minum arak!
- Hei, awak ada dengar? - Apa?
Nampaknya ada seorang sida-sida yang sangat cantik di kawasan tengah.
Semua orang asyik bercakap tentang itu kebelakangan ini.
Begitu.
Kalau dia secantik itu, saya teringin nak tengok walau sekali, bukan?
Seorang sida-sida?
- Berat badan dia banyak susut. - Ya.
Xiaoling.
Malangnya,
pakar perubatan sangat sibuk dengan Istana Timur.
Saya faham.
Mereka hanya berumur tiga dan enam bulan, bukan?
Ya, kedua-dua Istana Timur dan Puteri Lingli.
Awak rasa itu sumpahan macam mereka kata?
Ini tentang apa?
Awak tak tahu, Maomao?
Seluruh istana harem sedang bercakap tentangnya!
Tentang kematian bersiri waris di istana harem!
Semua tiga anak Maharaja
semakin lemah selepas dilahirkan dan meninggal dunia!
Pelik, bukan?
Ketiga-tiga bayi?
Nampaknya perkara sama sedang berlaku sekarang.
Bayi sedang sakit?
Betul! Jadi kali ini, ada doktor di kedua-dua kediaman
Puan Gyokuyou dan Puan Lihua!
Maharaja sekarang tiada maharani,
jadi Pn. Lihua yang lahirkan waris untuk Istana Timur akan jadi maharani!
Sudah tentu.
Jika maharaja tiada permaisuri, gundik di Istana Timur,
Gundik Lihua, di kedudukan tertinggi di istana harem.
Tapi, khabar angin mengatakan, kesayangan maharaja
adalah Puan Gyokuyou.
Orang kata itu mungkin ada kena-mengena dengan semua ini.
Perebutan kuasa politik?
Saya tertanya-tanya kalau keadaan Puan Lihua lebih serius.
Saya dengar doktor berada di sisi dia sepanjang hari.
Puan Lihua juga tak sihat?
Ya, kedua-dua ibu dan anak.
Saya dengar mereka sakit kepala, sakit perut dan juga loya.
Sakit kepala, sakit perut dan loya.
Saya dah agak! Ia pasti sumpahan!
- Sumpahan? Awak pasti bergurau. - Apa?
Sakit kepala, sakit perut dan loya.
Adakah pembunuhan dengan racun satu kemungkinan?
Tidak. Kalau mereka mahukan takhta, tiada sebab untuk puteri menjadi sasaran.
Besar kemungkinan mereka tidak diracun.
Ia mungkin penyakit, atau...
Adakah dalam darah mereka?
Kenapa saya begitu serius dengan khabar angin?
Ia hanya spekulasi.
Hanya spekulasi. Tapi...
Saya boleh periksa sekejap.
Seperti dijangka, bangunan gundik berpangkat tinggi tinggal,
satu tiangnya lebih sofistikated
daripada bangunan yang kami tinggal.
Ini salah awak!
Puan Gyokuyou!
Disebabkan awak lahirkan anak perempuan,
awak nak sumpah anak lelaki saya sampai mati!
Awak tahu itu mustahil.
Xiaoling menderita sama seperti anak awak.
No comments yet. Be the first to leave one.