Sezon 1

Sürüm bilgisi

The Apothecary Diaries - S01E02 - Chilly Apothecary may
Şunun yorumuyla Mr Nas

Etiketler

webdl
Yayınlandı: 2025-04-05
İndirmeler: 45
İşitme Engelliler: No

Malay altyazı önizlemesi

İlk 169 satır.

NATSU HYUUGA

KISAH INI REKAAN, SEMUA TOKOH DAN ORGANISASI IALAH REKAAN,

CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN KEJADIAN DAN PERISTIWA SEBENAR.

Hei!

Ia racun!

Tak guna! Siapa bagi kau arahan?

Tunggu.

Kita kena rawat askar dulu.

- Racun? - Makanan disediakan di dalam kampung.

Kami telah tangkap ketua kampung

kerana berpihak kepada orang asing. Kami sedang tunggu arahan awak.

Faham. Beri saya sedikit masa.

Baik, tuan.

Satu lagi.

Saya dengar awak lantik

dang perwara baharu untuk istana Gundik Gyokuyou.

Ya.

Gundik Gyokuyou ada empat pembantu.

Seorang lagi gundik berpangkat tinggi,

Gundik Lihua ada lebih dari sepuluh. Ia jauh lebih sedikit.

Dia perlu kekalkan maruah sebagai gundik berpangkat tinggi.

Ya.

Namun, walaupun Gundik Gyokuyou seorang wanita yang ceria dan tenang,

dia juga bijak dan berhati-hati.

Saya tak akan lantik orang sembarangan sebagai pembantu dia.

Menjadi kesayangan Maharaja bermakna

dia perlu kekal curiga sepanjang masa.

Nyawa dia sentiasa dalam bahaya.

Jadi, siapa pembantu baharu ini?

Gaoshun, saya jumpa buah catur yang sempurna.

Dia pembantu rumah berjagat itu.

Dia arif tentang ubat-ubatan. Kita boleh gunakan itu.

Saya faham.

Tapi, bagaimana kalau dia tikam kita dari belakang?

Kita hanya perlu pastikan ia tak akan berlaku.

Mudah saja.

Untuk selamat, saya boleh guna godaan.

Cemburunya awak dapat jaga gundik berpangkat tinggi!

Saya tak gembira.

Apa?

Apotekari.

Dah bersedia untuk pindah?

Ya, saya akan ke Astaka Jed sekejap lagi.

Awak perlukan apa-apa?

Tak, saya tak perlu apa-apa.

Apa?

Jadi, kenapa ke sini? Dah tak ada kerja lain?

Berkhidmat untuk Gundik Gyokuyou dengan tekun.

Maafkan saya.

Semoga berjaya, Maomao!

Menjijikkan.

Awak Maomao?

Ya, puan.

Saya ketua dang perwara untuk Gundik Gyokuyou, Hongniang.

Saya akan bawa awak pusing Astaka Jed. Ikut saya.

Ya.

Selamat datang ke Astaka Jed.

Kami menunggu awak, Maomao.

Nampaknya Xiaoling juga mengalu-alukan awak.

Saya tak sabar nak awak sertai kami.

Ya, puan.

Ini bilik menyambut tetamu.

Di sini di mana kita sambut tetamu kita.

Besarnya.

Ini dapur. Kita boleh masak makanan ringkas di sini.

Di sini ruang tamu.

Biar saya perkenalkan semua.

Semua pembantu Astaka Jed.

Berkumpul, semua!

Ya, puan!

Gembira jumpa awak, saya Yinghua.

Tanya saja saya apa-apa, okey?

Helo, saya Guiyuan. Gembira jumpa awak.

Saya Ailan.

Sangat gembira jumpa awak.

Saya Maomao. Terima kasih terima saya.

Kami tak ambil pembantu rumah di Astaka Jed.

Jadi, kami bahagikan tugas dan buat sendiri.

Itu kami boleh buat untuk Gundik Gyokuyou

supaya dia boleh selesa.

Jadi, saya juga akan...

Berehat saja di bilik awak.

Selesakan diri awak.

Memandangkan awak akan buat tugas khas itu.

"Tugas khas"?

- Maomao, saya akan tunjuk bilik awak. - Baiklah.

Kamu nampak lengan kiri dia?

Dia cuba sembunyikan dengan pembalut, tapi ia parut, bukan?

Dia mungkin telah didera oleh ibu bapa dia di rumah

dan dijual ke istana harem.

Tak cukup dengan itu, dia juga akan buat tugas berat itu.

Kasihannya budak itu!

- Duduk diam sehingga awak dipanggil. - Tapi...

Nampaknya saya dinaikkan ke pangkat begitu tinggi.

Astaka Jed ada pasukan staf yang kecil.

Saya dah agak mereka tak akan terima sangat orang baharu.

Tapi, mata mereka...

Simpati?

Kenapa?

Perasa makanan.

Itu kerja awak, Apotekari.

Perasa.

Perasa makanan?

Tidak, bertenang.

Makanan yang disediakan untuk gundik

dikendalikan oleh beberapa orang sebelum dibawa masuk ke sini.

Ada kemungkinan untuk makanan itu diracun semasa dalam proses itu.

Apabila Gundik Gyokuyou hamil, makanan dia

telah diracuni dua kali.

Perasa makanan itu, seorang pembantu, mengalami kerosakan saraf dan

tangan dan kaki dia masih lumpuh.

Saya faham. Patutlah pembantu lain bersimpati dengan saya.

Baiklah.

Silakan.

Mangkuk ini.

Tiada kelainan warna.

Tiada bau pelik.

Tiada rasa kebas juga.

Ini nampaknya tidak diracun.

Dulu semasa di daerah pelacuran,

saya uji pelbagai racun pada lengan, memanggilnya "eksperimen."

Saintis gila ini.

Saya perlahan-lahan sesuaikan badan saya dengan racun,

jadi kebanyakan racun tak berkesan kepada saya.

Sejujurnya, saya tak sesuai untuk peranan perasa makanan.

Apa pun, saya sangat bertuah dapat jawatan ini.

Dia ketawa.

Saya rasa awak patut hidang makanan

dalam mangkuk perak kerana ia bertindak balas pada racun.

Tuan Jinshi betul.

Kami sengaja guna mangkuk seramik. Dia nak uji awak.

Itu niat lelaki itu selama ini?

Kemahiran awak memang boleh jadi racun dan ubat.

Kerja saya dalam bidang apotekari.

Kalau kami tahu awak boleh menulis,

awak boleh dapat gaji lebih tinggi.

Saya telah diculik dan dibawa ke sini.

Saya marah apabila memikirkan penculik masih menerima

sebahagian daripada gaji saya.

Jadi, awak nak cakap awak begitu sebab tak nak beri mereka

duit untuk minum arak sehingga awak turunkan gaji sendiri.

Tidak! Ini sangat mahal.

Gaji pembantu tak akan boleh bayar balik.

Nak hantar elaun balik rumah pun tak boleh.

Saya patut minta duit daripada awak.

Tidak! Maafkan saya, puan.

Tolong ambil duit daripada elaun saya.

Jika tak cukup, ambil simpanan saya.

Baiklah, saya akan uruskan kertas kerja.

Satu lagi.

Gaji tambahan sebagai perasa makanan. Ia duit kerja berbahaya.

Hampir sama dengan gaji saya sekarang.

Oleh sebab tiada duit akan dihantar kepada penculik,

ia sebenarnya kenaikan gaji.

Terima kasih, puan.

Dia pandai guna kuasa dia.

Tak apa!

Berehat saja!

Kami memang dah cukup orang.

Bosannya!

Saya hanya dipanggil sebagai perasa makanan

untuk dua kali makan dan minum petang pada tengah hari.

Akhirnya saya dapat bilik sendiri.

Kalau saya ada ular berbisa, saya boleh buat eksperimen.

- Maomao? - Ya?

Puan panggil saya, Puan Gyokuyou?

Dia panggil awak.

Kenapa tak berkesan padanya?

Apa urusan awak hari ini?

More Malay subtitles for The Apothecary Diaries

Yorumlar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left