İlk 200 satır.
Apabila bercakap tentang tempat tumpuan jerung
kita fikirkan Australia, Caribbean atau Pulau Amity.
Namun tempat perlindungan jerung terbesar di dunia
terletak di salah satu sudut paling terpencil di dunia
di Kepulauan Marshall.
Terletak jauh di Pasifik Tengah
tempat perlindungan jerung ini seluas 750,000 batu persegi
sebuah kawasan empat kali ganda saiz California.
Ia melindungi 27 spesies jerung
termasuk beberapa populasi terbesar
yang boleh ditemui di mana-mana lautan kita.
Anda mungkin tertanya-tanya
apa kaitannya dengan Expedition X?
Di mana Phil dan Heather?
Jawapannya adalah baru-baru ini kawasan ini telah mengalami
beberapa siri serangan jerung yang ganas
dan sekarang keluarga diraja Kepulauan Marshall
telah meminta pasukan saya untuk menyiasat dengan segera
kerana mereka tertanya-tanya jika ada sesuatu yang mengejutkan
sama ada jerung ganas ini mungkin telah tercipta
oleh sejarah atom pulau yang mengerikan.
EXPEDITION X, BUKTI
FAIL KES
Di luar pantai pulau syurga
sesuatu yang dahsyat bakal berlaku.
Seorang wanita berenang
bersama kawan-kawan dan anak lelakinya
tiba-tiba diserang oleh pemangsa puncak.
Seekor jerung sirip menggigit kakinya
menyerangnya ketika dia bergelut untuk melepaskan diri.
Berdarah dan ketakutan
dia bergegas untuk kembali ke bot.
Dia bernasib baik kerana selamat, tapi jerung itu meninggalkan kesan.
Serangan yang kelihatan tanpa provokasi ini
adalah yang terbaharu
dalam peningkatan jumlah insiden di seluruh Kepulauan Marshall
kawasan di tempat jerung melebihi manusia dengan nisbah 25:1.
Bukan saja jerung sirip yang ganas
yang merisaukan penduduk tempatan.
Jerung semilang
yang dianggap
sebagai pemangsa paling jinak di lautan
kini turut dilaporkan menyerang manusia.
Penduduk tempatan ketakutan
memikirkan sesuatu yang mengejutkan.
Mungkinkah tingkah laku jerung yang menakutkan ini
hasil daripada sejarah malapetaka atom di rantau ini?
Antara tahun 1946 dan 1958
tentera AS menggunakan Kepulauan Marshall
sebagai tapak ujian senjata nuklear.
Sebanyak 67 letupan melepaskan
lebih daripada 100 megatan kuasa atom
kekuatan yang sama
dengan 7,000 bom di Hiroshima.
Hasil yang besar menyebabkan
situasi luruhan serius di Bikini
dan beberapa atol lain mengikut angin dari sifar bumi.
Isotop yang ditinggalkan oleh letupan itu
terus terbukti membawa maut walaupun selepas 80 tahun
menjadikan sebahagian besar Kepulauan Marshall
masih tak selamat untuk didiami manusia
dan perairannya
antara yang paling radioaktif di planet ini.
Pakar bimbang akibat atom ini
mungkin punca di sebalik serangan tanpa provokasi ini.
Mereka membuat teori bahawa zarah nuklear berbahaya
mungkin telah memasuki rantai makanan dalam air
dan akhirnya dimakan oleh pemangsa puncak.
Adakah luruhan radioaktif penyebab jerung-jerung ini termutasi
menjadikannya lebih ganas kepada manusia?
Sekarang bukti baharu hanya menyokong teori ini.
Gambar terbaharu ini menunjukkan seekor jerung semilang
kehilangan salah satu daripada dua sirip dorsalnya
keabnormalan fizikal yang jarang ditemui
yang sesetengah saintis percaya
boleh dikaitkan dengan mutasi genetik.
Pihak berkuasa telah meminta bantuan kami.
Apa yang berlaku di perairan ini
dan adakah bom atom harus dipersalahkan?
Phil dan Heather mengembara ke tempat yang tak diketahui
untuk mencari jawapan sama ada Lautan Pasifik
menyembunyikan Godzilla sebenar
jerung mutan raksasa radioaktif.
EXPEDITION X PULAU MARSHALL, JERUNG ATOM
Pasukan saya dah sehari dan 5,000 batu
dalam perjalanan epik mereka ke Kepulauan Marshall
untuk mencari jerung mutan
tapi perjalanan mereka masih jauh.
Kami mengharungi 11 jam penerbangan
dari New York ke Honolulu.
Kami akan teruskan dengan lima jam penerbangan
menaiki Island Hopper ini.
Dari Oahu, Hawaii
pasukan ini mengharungi penerbangan selama lima jam
di laluan terkenal Island Hopper
bergerak lebih 2,000 batu jauh ke dalam Lautan Pasifik.
Air nampak sangat biru dan jernih.
Kami berjaya tiba di Kepulauan Marshall.
Namun Phil dan Heather tak berada di darat untuk tempoh yang lama.
Seterusnya, mereka belayar
untuk bahagian terakhir perjalanan mereka.
Pelayaran selama dua hari ke dalam perairan Marshall
tempat bom atom pernah dijatuhkan.
Para pengembara saya yang berani.
Bagaimana perjalanan awak setakat ini?
Kami berada di sini, Josh.
Ya, betul.
Perjalanan udara dan laut selama 72 jam yang memenatkan
tapi akhirnya kami berjaya
ke salah satu tempat paling terpencil di bumi
bersedia untuk menyiasat
khabar angin luar biasa tentang jerung mutan.
Saya tak percaya
kami akan masuk ke dalam air
untuk memburu sesuatu yang seperti Godzilla dalam air.
Phil, bukan nak cerewet
tapi Godzilla di dalam air tetaplah Godzilla.
Habitatnya di dalam air.
Okey, saya akan mencarinya juga.
Namun menemui sebarang bukti mutasi ini
akan jadi sesuatu yang bersejarah.
Selain mutasi jerung
tak dapat dinafikan
yang radiasi masih lagi isu besar dan sangat berbahaya di sini.
Kebanyakan pulau yang kami lalui
masih rosak akibat luruhan nuklear
sehingga kami tak boleh jejakkan kaki di sana dengan selamat
sehingga tentera AS melarang akses
- tujuh puluh tahun kemudian. - Betul.
Ironinya
ia lebih selamat di dalam air berbanding di darat.
Air bertindak sebagai perisai radiasi.
Selamat daripada radiasi
tapi mungkin bukan daripada jerung radioaktif.
Ini sememangnya ekspedisi yang sangat berbahaya.
Hati-hati di luar sana dan maklumkan saya, okey?
Kami akan hubungi awak, Gates.
Untuk menjawab persoalan
sama ada jerung di perairan ini ialah mutan
siasatan kami disertai
oleh pasukan saintis antarabangsa
yang diketuai oleh Luke Tipple.
LUKE TIPPLE, AHLI BIOLOGI MARIN
Hei, semua.
Baiklah, Luke, apa yang kita lakukan di sini?
Luke membawa kami ke Troy's Coral Head.
Terumbu yang dipenuhi jerung
tempat penyelam tempatan baru-baru ini menemui
jerung sirip dan semilang yang luar biasa agresif
jadi kami datang untuk menyiasat.
Kita akan menyelam ke arah kepala bongkah karang yang besar.
Ini lokasi yang ada laporan
jerung menunjukkan potensi mutasi.
Ada jerung semilang.
Ia sepatutnya ada dua sirip dorsal.
Penduduk tempatan melaporkan ada jerung
yang kehilangan sirip kedua.
Betul.
Ada juga laporan tingkah laku agresif.
Saya dah buat ribuan selaman jerung di seluruh dunia.
Tingkah laku yang mereka laporkan di lokasi ini
ialah sesuatu yang saya tak pernah lihat.
Harap-harap, kita dapat melihatnya
malah menjadi orang pertama yang mendokumenkannya.
Dah tentu. Ya.
Itulah yang mengujakan tentang sains, bukan?
Kita menerima laporan
sekarang kita boleh pergi, bukan saja mendokumenkannya
tapi ambil sampel haiwan
dan cuba fikir perkara yang berlaku.
Bercakap tentang sampel, bagaimana kita nak buat?
Kita akan gunakan senapang lembing.
Ia memerlukan sedikit biopsi, dikeluarkan daripada haiwan itu
kita simpan biopsi itu dan hantar ke makmal.
Jadi, awak akan tembak jerung dan ambil sampel tisu.
Saya bayangkan jerung itu takkan gembira.
Jerung itu takkan gembira dengannya.
Baru-baru ini, seorang penyelidik digigit
serta-merta selepas mengambil biopsi
kerana jerung itu berpusing dan gigit kepalanya.
Jadi, maksud awak, ada kemungkinan kita boleh diserang?
Ia pemangsa sebenar. Ia menggigit dengan gigi sebenar.
Ada kemungkinan seseorang akan digigit.
Jadi, kita perlu berhati-hati.
Okey. Nampaknya dah tiba masanya untuk kita memakai sut.
- Ya, tuan. Mari lakukannya. - Mari lakukannya.
Semasa menyelam, kami akan mencari jerung sirip dan semilang.
Dua spesies yang dilaporkan menjadi punca
serangan aneh tanpa provokasi ini.
Matlamat kami adalah mengumpul
sampel tisu sebanyak mungkin
untuk mengetahui sama ada pendedahan radiasi
daripada ujian nuklear
telah mengubah DNA jerung ini
dan benar-benar mengubahnya menjadi mutan berbahaya.
Ini senapang lembing yang kita akan gunakan.
Ya. Ini untuk awak.
Kita akan gunakan senapang lembing untuk dua perkara.
Jadi, di hujungnya ialah hujung biopsi kita.
Ini cuma tiub tajam
No comments yet. Be the first to leave one.