İlk 200 satır.
Dah sedia?
TELUK FALSE, AFRIKA SELATAN 2001
25 tahun yang lalu
Kamera Shark Week merakam jerung putih besar pertama
yang melompat keluar dari air.
Wah!
Ya Tuhan...
Awak dapat rakam?
Air Jaws pun tercipta.
Tahun demi tahun berlalu.
Kamera, masuk.
Kamera dan umpan semakin baik.
Ya!
Merakam setiap gerakan
pemangsa puncak yang hebat dalam aksi akrobatik ini.
Namun...
Pakar percaya jerung hanya melompat keluar dari air
di Afrika Selatan dan New Zealand
sehingga sekarang.
Akhirnya, terakam gambar yang sukar dilupakan.
Tunafoto yang takkan dipercayai sesiapa
kalau tiada gambar untuk membuktikannya.
Seekor jerung putih besar dirakam melompat keluar dari air
berhampiran pantai Los Angeles.
Laporan dari California Selatan ini
mula membuat kita mempersoalkan
semua yang kita sangka kita tahu mengenai Air Jaws.
Okey, mari kita tengok.
Besar kemungkinan ini fenomena global.
Tapi apa yang berlaku di sini dan kenapa ia berlaku di sini?
Mungkinkah Air Jaws kini menemui tempat baru...
Lompat!
Di Amerika?
Tak percaya, bukan?
Air Jaws Amerika!
Selamat datang ke California Selatan
Tempat kepada jutaan pengunjung pantai
dengan ombak luncur yang terkenal
dan populasi jerung putih besar yang semakin meningkat.
Tengok bawah sekarang, betul-betul bawah drom.
Ia datang ke arah awak.
Walaupun serangan jarang berlaku
pertemuan dekat begini kerap berlaku.
Dekat betul.
Itu dia.
Tapi bukan peningkatan jumlahnya saja yang menarik perharian.
Duduk saja di situ. Jangan bergerak.
KAYAK 15 KAKI, JERUNG PUTIH BESAR 14 KAKI
Ada satu tingkah laku unik jerung putih besar
yang belum pernah direkodkan di sini
sehingga sekarang.
Buat kali pertama
jerung putih besar melompat keluar dari air
dilihat di perairan California Selatan.
Pembikin filem Jeff Kurr, orang pertama yang merakam Air Jaws.
Anjing laut selamat di sana, tapi di sini sangat berbahaya.
Saya dah merakam jerung melompat keluar dari air selama 25 tahun
terutamanya di Afrika Selatan dan juga New Zealand.
Tak sangka ia benar-benar melompat dari air di pesisir ini
di California Selatan, atas sebab yang belum kita ketahui.
Kami nak tahu sebabnya...
Saya terpaksa panggil Andy untuk datang.
Jeff ditemani veteran Shark Week
Andy Casagrande.
Jerung putih besar semakin banyak di sepanjang pantai California.
Kalau kita betul-betul dapat merakam Air Jaws
di California, Amerika Syarikat, itu memang luar biasa bagi saya.
Mereka turut disertai saintis Air Jaws
Dr. Alison Towner.
Alison mengembara lebih 10,000 batu
untuk melihat sendiri fenomena ini.
Saya benar-benar kagum.
Laporan yang kami terima dari California Selatan
memang sukar dipercayai.
Saya pun tak pasti bagaimana nak mentafsirkannya.
Ini mungkin buat kita persoalkan semula
semua yang kita tahu tentang Air Jaws.
Tengok.
- Memang ikonik. - Memang hebat.
Meremang bulu roma saya.
Ini betul-betul dekat dengan pantai yang sangat popular.
Tepat di luar, PCH, Pacific Coast Highway.
Seluruh badannya keluar dari air.
Jelas itu jerung putih.
Jerung putih biasanya guna perairan yang sangat dalam
untuk melompat keluar dari air di Afrika
tapi di sini jelas berbeza.
Di AS, kita nampak ia berlaku di air yang sangat cetek.
Malah, betul-betul dekat dengan pantai.
Saya tak nampak ia mengejar apa-apa.
Macam ia tiba-tiba saja melompat keluar.
Ya. Menarik. Tak ada bot pun.
Ia terus melompat ke udara.
Apa yang menarik perhatian saya ialah
tiada mangsa jelas kelihatan di mulutnya.
Jerung putih tahu apa yang berbaloi untuk gunakan tenaga
dan apa yang tidak.
Ini peluang kita untuk faham dengan lebih baik
apa mekanisme yang mendorongnya?
Apa yang menyebabkan ia melompat keluar dari air ini di California?
Saya rasa dah tiba masanya kita keluar ke sana
dan tengok sendiri
dan jumpa lelaki yang merakamnya.
Walaupun jerung putuh besar ada di sepanjang pantai California
laporan tentang jerung melompat
tertumpu di bahagian pantai ini.
SANTA BARBARA
Pasukan itu bertemu pengendali drom
yang selama ini merakam aksi ini, Carlos Gauna.
Dia dah merakam perairan ini selama lima tahun
dan menjari orang pertama yang merakam
jerung putih besar melompat keluar dari air di California Selatan.
Carlos, apa khabar?
Bagaimana keadaan sekarang?
Banyak aksi berlaku.
Ada jerung putih 14 kaki lebih kurang 150 ela dari sini.
Besar betul. Tengoklah.
Penglihatan dalam air ini memang luar biasa.
Tengok parut pada jerung itu.
Jerung ini kerap melompat keluar dari air dan begitu konsisten
sampai kita boleh agak bila ia akan melompat.
Jerung ini juga sering berada dekat dengan manusia.
Ya.
Ia datang tepat ke arah awak.
Ia betul-betul di belakang awak.
Lebih dekat.
Ke kanan awak! Kanan!
Namun serangan di California Selatan
amat jarang berlaku.
Saya rasa jerung di sini sudah biasa dengan manusia.
Ia sangat unik sebab kebanyakan aktiviti
yang saya rakam berlaku betul-betul dekat dengan perenang.
Mari lihat apa yang jerung itu buat.
Ada begitu ramai orang dalam air bersama jerung
yang buat aktiviti harian berdekatan manusia.
Mungkin ada yang sedang tidur.
Jerung pula mungkin sedang memburu.
Itu tak semestinya ia datang untuk cari makanan
tapi ia akan mengambil kesempatan
apabila ada peluang untuk makan.
Jadi kita tak tahu kenapa ia begitu dekat dengan pantai
terutama jerung besar yang saya selalu rakam.
Saya dah rakam banyak aksi jerung yang luar biasa
termasuk aksi melompat keluar dari air.
Kalau dapat rakaman sempurna
kita mungkin boleh tahu kenapa ia buat begitu.
Carlos telah melihatnya berpuluh-puluh kali.
Saya perasan sekurang-kurangnya satu atau dua ekor jerung
melompat keluar yang saya lihat sendiri setiap hari.
Tapi melihat jerung melompat itu mudah, nak merakamnya
jauh lebih sukar.
Kawasan kecil pantai ini paling banyak memberinya hasil.
Mungkin awak dah merakam lebih banyak aksi jerung melompat
berbanding sesiapa pun di pantai California.
Saya dah rakam 18 kali ia melompat di sini.
14 kali berlaku antara batu ini dan tebing itu.
Jadi inilah zon jerung melompat.
Zon ini kira-kira 50 hingga 150 ela dari pantai.
Kawasan ini biasanya
mempunyai perubahan mendadak pada kedalaman air.
Kedalaman boleh berubah daripada 10 kaki
kepada 30 kaki dengan cepat.
Biasanya aksi ini berlaku antara pukul 10:00 hingga 2:00 petang.
pada waktu petang
dan ia berlaku secara semula jadi.
Cabaran terbesar ialah merakamnya dalam bingkai kamera
dan itu memerlukan kesabaran yang tinggi.
Apabila ia berlaku, memang mengagumkan.
Ini kawasan tumpuan, tapi kenapa ia buat begitu?
Apa yang menyebabkan ia melompat?
Saya rasa satu-satunya cara untuk siasat lebih lanjut
ialah kita kena pergi lebih dekat.
Saya bawa kayak
tapi saya perlukan bantuan awak untuk mendekati jerung
dan arahkan saya kepada jerung.
Saya boleh bawa awak dekat dengan jerung. Itu saya boleh jamin.
Kita biarkan mereka terus memerhati jerung di luar pantai
sementara kita siapkan kayak dan bawa awak ke air.
- Mari kita buat. - Semoga berjaya.
Awak boleh.
Zon jerung melompat yang dikenal pasti Carlos sangat luas.
Di Afrika Selatan, kami biasa merakam jerung melompat
berhampiran koloni anjing laut yang besar.
Merakam aksi ini menggunakan umpan pun dah cukup sukar
tapi apabila kita tak tahu
bila jerung akan melompat keluar dari air
ia menjadi lebih sukar.
Inilah pusat jerung, Amerika Syarikat.
Kami ada pusat kawalan kayak yang hebat ini.
Ia dilengkapi kamera di depan, kanan, kiri dan tengah.
Kamera 360 darjah dan kamera bawah air.
Teruskan. Tolak lagi.
Saya bercadang mendayung ke zon jerung melompat
dan harapnya saya boleh jadi sasaran yang berpotensi.
Dengan kamera sebanyak ini, kalau jerung melompat
pasti saya dapat merakamnya.
Mari kita mula.
Air Jaws Amerika!
Sementara Andy menuju ke kedudukannya
Carlos dan Alison mula memantau dari udara
No comments yet. Be the first to leave one.