İlk 200 satır.
SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX
DRAMA INI DIILHAMKAN DARIPADA PERISTIWA SEBENAR.
BEBERAPA NAMA DAN KEADAAN TELAH DIUBAH
UNTUK TUJUAN DRAMATIK
DAN MENGHORMATI MANGSA SERTA KELUARGA MEREKA.
SEMUA DIALOG ADALAH REKAAN.
Pada 1997, seorang kru berita Amerika menjejaki Charles Sobhraj ke Paris
dan dia hidup bebas di situ.
Adakah awak berbahaya?
Persoalan pertama ialah sama ada saya lakukan pembunuhan.
Adakah awak lakukannya?
Mahkamah telah memutuskan... tidak.
Saya telah dibicarakan.
Saya telah hadapi pertuduhan.
Mahkamah juga telah memutuskan.
Itu tak menjawab soalan saya, bukan?
Itu jawapan saya.
Ada yang cakap awak terlepas.
Itu yang majalah Time tulis.
Mungkin ia benar.
Lagi pun, sekarang saya tak boleh hadapi perbicaraan...
di mana-mana di dunia.
RUMAH KANIT
Masa untuk berparti, para gadis.
Ayuh.
Sekejap.
Alain!
Inilah Alain yang saya ceritakan itu.
- Selamat datang ke Rumah Kanit. - Helo.
- Ambilkan mereka minuman, Ajay. - Baiklah.
Nampak seperti malam yang menyeronokkan.
Macam biasa, sayang.
Relaks, kita mesti redakan demam ini.
Saya nak balik.
Boleh awak bawakan beg dia?
PEMERIKSAAN PASPORT
Rumah kami di Bangkok,
tapi musim panas depan kami akan buka pejabat di Paris dan Zurich.
Kami ada rangkaian kurier di seluruh Asia dan Eropah Barat.
Itulah caranya kami mampu tawarkan harga yang menarik.
- Maaf. - Tak apa.
Awak membeli untuk siapa?
Saya bukannya membeli.
- Awak orang Belanda? - Ya.
Tapi bukan kwailo sepenuhnya, kan?
Awak macam saya.
Ya. Bapa saya dari Indonesia.
Bapa saya dari India,
dan ibu saya dari Vietnam.
Tapi saya orang Perancis.
Ada kalanya ia mengelirukan.
- Saya Alain. - Willem.
- Wim. - Isteri saya, Monique.
- Hai. - Selamat berkenalan.
- Wim. - Awak tak nak tahu kosnya?
Okey, ya.
Yang itu.
Awak memang membeli untuk seseorang.
- Ya. - Siapa namanya?
- Lena. - Lena?
- Wah, dia ini profesional? - Memang pun.
Awak dalam jagaan yang baik.
Berapa?
Kalau awak nak, saya boleh dapatkan harga ini.
Terima kasih. Maaf, saya...
Saya patut pergi. Maaf.
Sahabat?
Dah berapa lama awak tak balik?
- Setahun. - Awak belum kehabisan wang?
Tak, kami cermat.
Tapi, awak masih nak beritahu Lena yang awak cintakan dia.
Ya, tentulah.
Jika saya beritahu awak...
saya boleh suruh awak buat set batu nilam dalam berlian
pada cincin platinum dengan harga yang saya baru tunjuk tadi,
apa kata awak?
A. GAUTIER PENIAGA BATU PERMATA
Kami ke sini bukan untuk barang kemas.
BUATAN BELANDA
Duit itu boleh bawa kita ke Kathmandu, malah Kabul.
Nanti kita perlu balik juga.
Awak nak balik?
Apa saja selepas ini untuk kita.
Sebuah pangsapuri?
Mungkin rumah bot.
Macam pasangan suami isteri yang tua?
Pasangan suami isteri yang tua?
- Helo, Wim. - Lena.
- Hai. - Hai.
Ya Tuhan! Cantiknya awak.
Tak wajib.
Cubalah pakai.
Wah!
Ia masih mahal.
Kami faham.
Awak tak perlu buat keputusan sekarang. Kan?
Tentulah tidak.
Kami akan jumpa kamu berdua di Bangkok, kan?
Baiklah.
Betul kami boleh menumpang?
- Ya, mestilah boleh. - Rumah kami sentiasa terbuka untuk rakan.
Biarlah dia belikan awak cincin itu, Lena.
Tak mengapa?
- Awak pasti? Tidak... - Ya, tentulah.
Mari kita menari!
DUA BULAN KEMUDIAN KEDUTAAN BELANDA, BANGKOK
- Ya? - En. Knippenberg?
Ya, Lawana?
Pukul berapa yang lain beredar?
Dah lama, ya?
Ia cuma lelaki ini, En. Hilgers,
minta tolong cari adik iparnya, Helena Dekker
dan teman lelakinya, Willem Bloem.
Untuk membantu kita, dia juga hantar satu bungkusan
gambar percutian dan surat yang dikirim.
Tapi bungkusan itu belum sampai.
Bagaimana kita nak tolong dia kalau gambar mereka hilang?
Mungkin jika awak tinggalkan ia dengan saya?
Tentulah.
Apa mereka kata, Yotin?
Mereka bercakap tentang Komunis, encik.
Di Vietnam, Laos, Kemboja.
Mereka tanya jika Thailand pun mungkin tewas kepada revolusi.
Ia mungkin memperbaiki keadaan trafik.
Bunga melur, encik?
Tidak, terima kasih.
Tak guna.
Yotin, ia bermula jam 4:00 petang dan sekarang dah 15 minit berlalu.
Mesti lebih cepat berjalan kaki. Ini Jalan Athidhaya.
Kelab itu cuma tiga atau empat blok ke utara.
- Tapi, En. Knippenberg... - Saya tak boleh duduk saja.
Maaf.
- Herman! - Hai.
Awak tak apa-apa?
Tuan Duta. Maaf, trafik teruk tadi.
Kami tak bergerak selama 30 minit, dan hujan...
Ini En. Knippenberg, Setiausaha Ketiga saya.
Knippenberg, ini Giles Easton, rakan sejawat saya dengan pihak British.
- Apa khabar? - Selamat petang.
- Pukulan yang bagus! - Tuan, boleh kita bercakap...
Itu Pn. Knippenberg.
Saya suruh Angela bermain dengan De Jongh. Sebab awak lambat.
- Awak tak cakap dia belajar bahasa Thai. - Yakah?
Untuk tambah kepada empat atau lima bahasa lain yang dia tuturkan.
Saya akan tawarkan dia pekerjaan jika dia bukan orang Jerman!
Jika awak bukan orang Belanda, mungkin saya terima.
Tuan Duta, boleh saya bercakap dengan tuan tentang satu perkara konsular?
Saya sangka pejabat ditutup.
Ya, memang, tapi saya fikir ini agak mustahak.
Dua pengembara beg galas Belanda.
Keluarga mereka dah dua bulan tak dengar khabar mereka.
Knippenberg, bila kali terakhir awak berbual dengan ibu awak?
Ada dia tulis surat mengatakan kehilangan awak?
Bukan tugas diplomat untuk mencari hipi berambut panjang.
Itu tugas polis Thailand.
Serahkan kepada mereka jika awak risau sangat.
Ya, baiklah, Tuan Duta.
Pukulan yang bagus.
Sekali lagi, seorang Belanda mengatasi orang British.
Ya!
Hei, Herman.
Tahniah.
- Helo. - Apa semua itu tadi?
Dua rakyat Belanda hilang.
Keluarga risau. Tapi ia urusan polis.
Ibu saya pernah beri amaran tentang ini.
"Dia terlalu serius bekerja.
Dia takkan bercuti untuk berasmara dengan kamu
...di tingkat 15 bangunan Siam Point."
Ia cuma ada lapan tingkat, jadi, secara teknikal, dia betul.
BANGKOK DUA BULAN SEBELUMNYA
HONG KONG - MENDARAT
HOTEL SANTA CRUZ
Kenapa awak tulis itu? Alain kata kita boleh tinggal di rumahnya.
Ia keterlaluan. Terlalu pemurah.
Tapi Alain tunggu kita.
Kita boleh jumpa mereka kemudian.
PEJABAT LAPANGAN TERBANG
Wim!
Lena?
Itu awak?
Ya.
Saya Ajay.
- Alain hantar saya. Saya pekerja dia. - Bagaimana awak tahu kami orangnya?
Baiklah, ini warna oren.
Tapi, sebenarnya... yang itulah.
Biar saya bawakan beg. Kami semua menanti awak.
Kami nak pergi ke Santa Cruz dulu.
Hotel Santa Cruz?
Tidak. Alain takkan benarkan. Bukan untuk kawan-kawannya.
Tempat itu makin teruk saban minggu.
Air mandian keluar terus dari terusan.
Orang dirompak.
- Kami tak mahu pergi ke... - Tidak.
Selamat datang ke Bangkok. Ayuh.
RUMAH KANIT
Lihat siapa saya temui.
- Hei. Selamat datang. - Lena!
Sampai pun.
- Gembira dapat bertemu awak. - Awak pun. Selamat datang.
No comments yet. Be the first to leave one.