200 บรรทัดแรก
Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -
Sindrom Tourette (TS) adalah gangguan neurologi yang berciri pergerakan berulang, stereotaip,
pergerakan sukarela dan penyuaraan yang dipanggil 'tics'.
Gangguan itu dinamakan sempena Dr Georges Gilles de la Tourette..
..perintis neurologi Perancis yang pada tahun 1885. Pertama kali menggambarkan keadaan itu pada..
..seorang bangsawan Perancis berusia 86 tahun.
Puan, tuan nak jumpa puan sekarang.
Terima kasih.
Cik Naina Mathur. Silakan duduk.
Dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Dan Sarjana Sains. Mengagumkan.
Terima kasih, tuan.
Nak minum air? Ia boleh hilangkan sedu awak.
Ianya bukan sedu, tuan. Saya ada sindrom Tourette
Huh? Sindrom apa?
Ia adalah satu gangguan neurologi.
Kadangkala apabila wayar di otak kita tidak dapat berhubung..
...ia akan berikan satu kejutan.
Jadi, bagaimana ia boleh dihentikan?
Tuan, ianya bukan sesuatu yang boleh dihentikan.
Keadaan akan jadi lebih teruk bila saya gementar, seperti sekarang..
Jadi awak akan buat bunyi semasa tidur juga?
Tidak tuan, bila saya tidur, otak saya juga tidur.
Tapi berapa lama kami boleh tidur?
Kami?
Ya tuan. Saya dan Tourette saya.
Adakah ia menjejaskan pola pemakanan dan minum?
Kami uruskannya dengan baik puan.
Saya akan makan, dan dia yang akan minum.
Baiklah Cik Naina, kami akan telefon awak nanti.
Okey tuan. Terima kasih kerana luangkan masa.
Terima kasih kerana datang.
Ini nasihat ikhlas Cik Mathur, jika awak tak kisah.
Kerja mengajar mungkin agak sukar dengan penyakit ini.
Awak boleh cuba kerjaya yang berbeza.
Harap awak faham.
Tuan, boleh saya tanya sesuatu?
Ya.
Adakah awak semua tahu tentang sindrom Tourete sebelum ini?
Tidak, tidak pernah..
Dan sekarang?
Sekarang kami tahu.
Jadi, jika saya boleh ajar sesuatu yang baru pada Pengetua dan Ahli Lembaga..
.. saya juga pasti boleh menguruskan kanak-kanak, tuan.
Terima kasih.
Burung yang berkicau, akan berterbangan.
Burung yang berkicau, tidak akan berada di satu tempat.
Burung yang berkicau, dia akan terbang jauh.
Burung yang berkicau, dia tidak akan berada di satu tempat.
Tidak bergerak walau seinci,
Bagaimana ia berubah haluan dan bergoyang!
Perlahan-lahan ia akan bersatu.
Kenapa pelepahnya kusut?
Takdir pasti akan menentukan.
Kenapa bimbang?
Naina, jangan buat kerja di dalam gelap!
Kenapa awak tak pernah nak dengar? Mata awak akan rosak nanti.
Mak!
Ini ialah ayam Amritsari, ini pula kentang sumbat.
Dan kakak, tengoklah isinya, ini daging hancur yang di perap di dalam cuka.
Tinggalkan ujikaji awak tu di dapur restoren.
Dapur ini, ialah dapur mak.
Tengoklah ayat mak, dapur ini dapur mak!!
Jilat jari mak tu sebelum mak marah saya!
Perlahan-lahan ia akan bersatu.
Kenapa kusutkan pelepah kau?
Cik Mathur,
.. pelajar tak boleh berhenti ketawa dengan bunyi yang awak buat.
Bila mereka akan belajar?
Puan, saya akan pastikan, selain dari mereka tertawakan saya..
.. saya akan ajar mereka untuk ketawa bersama saya.
Jangan mengalah sekarang, kita dah pun separuh jalan ke sana.
Jalan memanggil, beranikah kau?
Saya boleh tawarkan awak pekerjaan..
.. tapi awak kena berhenti buat bunyi begitu.
Tuan, bukan saya, tapi tuanlah masalahnya..
JAHIL!
Selain dari memerlukan guru baru..
.. sekolah ini juga perlukan pengetua yang baru!
Kenapa bimbang?
Kenapa bimbang?
Semut yang kecil tergelincir dan jatuh.
Tapi dia masih membawa setiap gandum mendaki dinding.
Diam!
Diam semua.
Bangun Naina.
Kenapa awak buat bising di dalam kelas?
Wak! Wak! Setiap masa!
Dan awak juga, kenapa awak asyik ketawa padahal ianya perkara kecil saja!?
Duduk.
Semut dengan gigih memberi kekuatannya..
Diam saya kata!
Dengar, biar saya berterus terang.
Dengan keadaan dia, sukar bagi murid lain di dalam kelas..
.. dan sukar bagi Naina juga. - Tapi tuan..
Saya akan berikan sijil berhenti sekolah tanpa menyatakan sebabnya.
Mungkin dia memerlukan sekolah khas, Puan Mathur.
Ayah, yang ini.
Naina?
Ayah, saya..
Satu kek coklat.
Kenapa awak tak faham, Sudha?
Naina perlukan sekolah khas.
Naina perlukan sekolah biasa. Kehidupan yang normal.
Dia gadis yang normal, Prabhakar.
Normal! Dengan sedu begitu!?
Dia sentiasa merasa malu bila dia buat bunyi begitu.
Dia yang malu atau pun awak?
Awak lupakah kenapa kita bercerai?
Dengar, Naina masih lagi anak saya.
Ya memang, tapi awak di mana selama ini?
Bila dia perlukan awak.
Kakak. Ayah datang.
Saya tak sihat.
Paling tidak keluarlah dan sapalah ayah.
Boleh saya ucap hai dan selamat tinggal sekali gus?
Ya, okey. Keluarlah sekarang!
Pergi sajalah, saya akan datang. Tolonglah biarkan saya Vinay! Tolonglah!
Apa yang tak kena? Semuanya okeykah?
Selsema biasa.
Dia tak apa-apa.
Stress. Apa lagi!
Ambil ini.
Ayah ada kawan yang bekerja di bank. Ini tawaran kerja untuk awak.
Bukalah.
Naina, pelukis kartun sambilan.
Itu bukannya kerja!
Ianya secara sambilan kerana saya perlukan masa untuk memohon menjadi guru.
Dah lima tahun awak mencari pekerjaan sebagai guru.
Dengan keadaan awak..
Vinay, roti dah habis. Kita ada roti lagi tak?
Err, okay.
Kenapa awak tak pujuk dia?
Ada doh yang cukup di dalam peti ais, Naina!
Cubalah baca sekali saja?
Maaf, tangan saya kotor. Saya akan baca kemudian.
Berapa gaji guru sebenarnya?
Ayah pernah ada guru kegemaran di sekolah atau pun di kolej?
Sudah tentu!
Ayah ingat gaji mereka?
Lupakanlah ayah.
Ayah tak akan faham.
Ya, ayah memang tak faham..
.. kenapa M.Sc, B.Ed sedang melukis kartun di rumah!
Hello, sekejap..
Kakak, dari St Notker!
Tangannya tak kotor lagi?
Tidak tuan, itu anjing saya.
Dah tiba masa dia makan.
Ya, sudah tentu, saya akan ke sana. Jam berapa?
Lusa jam 11? Saya akan datang tuan..
..tapi kenapa tuan perlukan guru di pertengahan semester?
Tidak, tidak tuan, saya tak ada masalah. Saya akan datang ke sana!
Ya, ya, sudah tentu tuan.
Apa yang berlaku?
Saya dah dapat kerja!
Tidak, tidak. Tak mungkin, kakak!!
Hidup ini umpama roda, betul ni!!
Saya dapat kerja!!
Kelayakan awak sangat cemerlang, Cik Mathur.
Terima kasih, tuan.
Dan saya sukakan semangat awak.
Kami sanggup berikan awak peluang.
Terima kasih tuan!! Terima kasih.
Dan lagipun kami, sangat perlukan seorang guru.
Encik Wadia!
Awak boleh mulakan.
Awak ada sindrom Tourette?
Ya, tuan!
Saya cuma nak tahu..
.. awak kata dah 18 sekolah awak hantar permohonan tapi tak berjaya.
Malah dah 5 kali sekolah St. Notker tolak permohonan awak.
Saya cuma nak tahu, dengan keadaan awak..
.. kenapa awak nak jadi guru?
Sebab kerusi itu, tuan.
Awak nak jadi Pengetua?
Oh! Tidak tuan.
Seperti 18 buah sekolah yang telah menolak saya..
.. malah 12 sekolah telah menolak saya semasa saya menjadi pelajar.
Sekolah ini adalah nombor bertuah saya, nombor 13.
Saya duduk di sini di depan tuan, kerana ingin menjadi seorang guru..
.. kerana Encik Khan, yang pernah duduk di kerusi itu 22 tahun lalu.
Dia yang beri pengajaran terbesar dalam hidup saya.
Siapa di sini yang begitu kejam, hingga tidak seorang pun..
Insan yang budiman, benarkan saya pergi seorang diri.
Dan demi saya, tinggallah bersama Anthony.
Tahniah atas persembahan yang hebat ini.
Sekarang cuba beritahu, semasa persembahan berlangsung..
.. ada tak awak semua mendengar bunyi yang aneh?
Siapa yang buat bunyi itu, sila naik ke pentas.
Naik ke pentas segera.
Apa nama awak?
Naina Mathur, encik.
Boleh awak hentikan sedu itu?
Saya tak boleh, encik.
Kenapa tidak?
Saya ada sindrom Tourette, encik.
Saya tak pernah dengar pun.
Encik, ia masalah Neurologi..
.. dan ia menyebabkan saya menerima satu kejutan elektrik.
No comments yet. Be the first to leave one.