Game of Thrones

Game of Thrones

ดาวน์โหลดคำบรรยายMalay

ซีซั่น 6

ข้อมูลรุ่น

Game of Thrones S06E03 HDTV x264-KILLERS
ความคิดเห็นโดย din1705
[Malaysia Subbers Crew]

แท็ก

HDTV
hdtv
x264
HD
เผยแพร่เมื่อ: 2016-05-13
ดาวน์โหลด: 78
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -

Jaga-jaga.

Jaga-jaga.

Apa yang kau ingat?

Mereka menikam aku.

Olly...

Dia menikam pisaunya ke jantung aku.

Aku tidak sepatutnya ada di sini.

Puan itu menghidupkan kau kembali.

Setelah mereka menikam kau

setelah kau mati, kemana kau pergi?

Apa yang kau lihat?

Tidak ada apa-apa.

Aku tidak melihat apapun.

Tuhan mengizinkan kau hidup kembali kerana ada sebabnya.

Stannis bukanlah putera yang telah diramalkan,

tapi pasti ada orang lain.

Bolehkah kau meninggalkan kami sebentar?

Kau sudah mati.

Tapi sekarang tidak.

Bagi aku, itu betul-betul gila.

Aku hanya boleh membayangkan perasaan kau.

Aku melakukan apa yang aku percaya.

Dan aku terbunuh kerananya.

Sekarang aku hidup lagi.

Kenapa?

Aku tidak tahu.

Mungkin kita tidak akan pernah tahu.

Apa bezanya?

Kau teruskan hidup kau.

Kau akan berjuang selagi kau boleh.

Kau bersihkan semua kekacauan yang berlaku.

Aku tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Aku ingat aku mampu, tapi...

Aku gagal.

Bagus.

Sekarang lakukanlah sekali lagi.

Mereka fikir kau Tuhan.

Manusia yang kembali dari kematian.

Aku bukanlah Tuhan.

Aku tahu itu.

Aku sudah melihat 'burung' kau.

Tuhan apa yang memiliki 'burung' sekecil itu?

Mata kau masih pucat.

Betulkah itu kau yang ada di sana?

Aku rasa begitu.

Jangan bakar badan aku dulu.

Itu kelakar.

Kau yakin kau masih ada di dalam sana?

Kau okey?

Ya. Ya, aku okey.

Pernah tak aku kata pada kau kenapa aku rasa 'laut' dipanggil 'lihat'

kerana tidak ada apapun selain air sejauh mata memandang?

Rasanya belum.

'Laut', 'lihat'.

Sebutan berbeza, tapi bunyinya sama.

Ya, memang.

Itu sebelum aku belajar membaca.

Sam, kau akan muntah?

Tidak akan lama lagi. Kita akan sampai ke selatan.

Aku sangat ingin melihat Oldtown .

Kapten kata, itu adalah bandar terindah di Westeros.

Kau akan muntah lagi?

Bukan. Bukan, bukan.

Perempuan tidak boleh masuk ke Citadel itu.

Tidak akan ada tempat bagi kau ataupun Sam kecil.

Tapi aku tinggal di Castle Black. Tidak boleh ada perempuan di sana.

Citadel itu bukanlah Castle Black.

Tidak ada Jon Snow atau Maester Aemon

yang menolong aku untuk mengendahkan peraturannya.

Kalau begitu aku akan tinggal di Oldtown.

Sendirian?

Dengan seorang bayi dan tidak memiliki duit?

Kemudian, kalau kita tidak pergi ke Oldtown,

kau akan membawa aku kemana?

Kampung halaman aku.

Horn Hill.

Ayah aku... Ya, ayah aku,

tapi mak dan adik aku baik hati.

Mereka akan menjaga kau berdua.

"Kemana pun kau pergi, aku akan ikut."

Itu yang kau kata.

Aku mengatakannya, kerana aku ingin kau dan Sam kecil selamat.

Yang ingin aku lakukan...

Adalah menjadi maester, agar aku boleh menolong Jon bila tiba masanya

supaya kau selamat.

Kita dan orang lain di dunia ini.

Aku tidak peduli akan mereka.

Sebenarnya, sedikit, tapi tidak peduli sangat.

Yang aku pedulikan hanyalah kau dan dia.

Aku tahu itu, Sam.

Dan dia juga.

Hanya kau orang yang dia ada.

Jadi, jika menurut kau itu yang terbaik,

kami mempercayai kau.

Aku akan rasa lebih baik jika kau melempar sesuatu kepada aku dan pergi.

Aku tidak akan melakukan hal itu pada ayah kepada anak aku.

Itu ayah saya.

Lelaki di sampingnya adalah Howland Reed,

ayah Meera.

Ser Arthur Dayne.

Pedang Morning.

Ayah kata dia adalah ahli pedang terhebat yang pernah dia lihat.

Tuan Stark.

Aku mencari kau di Trident.

Kami tidak ada di sana.

Kawan kau yang lambat itu

pasti sudah terkubur dalam tanah jika kami ada di sana.

Raja Gila sudah mati.

Rhaegar sudah terkubur dalam tanah.

Kenapa kau tidak ada di sana untuk melindungi putera kau?

Putera ini kami ada di sini.

Di mana adik aku?

Aku harap kau berjaya di perang yang akan datang.

Dan inilah permulaan perang itu.

Bukan.

Ini adalah akhirnya.

Dia lebih hebat dari ayah saya.

Jauh lebih hebat.

Tapi ayah mengalahkannya.

Betulkah?

Dia akan mengalahkannya.

Saya mendengar ceritanya ribuan kali.

Dia menikamnya dari belakang.

Apa yang ada di dalam menara itu?

Sudah cukup untuk hari ini.

Kita akan melawat lain kali.

- Saya ingin tahu kemana dia pergi. - Sudah masanya untuk pergi.

Ayah!

Kenapa awak lakukan itu?

Bawa saya kembali ke sana. Saya ingin kembali.

Tidak.

- Dia mendengar saya. - Mungkin.

- Mungkin dia mendengar suara angin. - Dia mendengar suara saya.

Masa lalu sudah tertulis. Dakwatnya sudah mengering.

Apa yang ada di dalam menara itu?

Saya ingin kembali ke sana.

Saya sudah mengatakannya berulang kali, jika awak tinggal terlalu lama

di tempat yang bukan milik awak, nanti awak tak boleh kembali.

Kenapa saya ingin kembali?

Supaya saya kekal cacat?

Agar saya boleh bercakap dengan orang tua di dalam pokok?

Awak fikir saya ingin berada di sini selama 1000 tahun

melihat dunia dari kejauhan

sehingga akar-akar ini tumbuh mengelilingi saya?

Kemudian kenapa?

Saya menunggu kedatangan awak.

Saya tidak ingin jadi seperti awak.

Saya tidak akan menyalahkan awak.

Awak tidak akan ada di sini selamanya.

Awak tidak akan jadi orang tua di dalam pokok.

Tapi sebelum awak pergi,

awak kena mempelajarinya.

Mempelajari apa?

Semuanya.

Hei, Yang Mulia Khaleesi. Ayuh jalan.

Selamat datang ke rumah, Khaleesi.

Pergilah.

Apa yang kau lakukan?!

Lepaskan tangan kau!

Aku akan memenggal kepala kau!

Kau membuat kesalahan

yang kau akan sesali.

Aku adalah isteri Yang Mulia Khal.

Kami tahu siapa diri kau.

Aku ingat ketika kau memakan jantung kuda.

Kenapa kau tidak kembali kemari setelah Khal Drogo meninggal?

Kerana aku adalah keturunan Daenarys,

pemecah segala ikatan, ratu Meereen dan Ibu Si Naga.

Tempat aku bukan di sini bersama kau.

Kau memang isteri Yang Mulia Khal.

Kau fikir dia akan menguasai dunia ketika kau ada di sisinya.

Tapi tidak.

Aku dulu juga isteri Yang Mulia Khal. Khal Savo.

Aku ingat dia juga akan menguasai dunia ketika aku di sisinya.

Kau masih muda.

Kita semua pernah muda.

Tapi kami memahami sesuatu.

Suatu ketika kau juga akan faham,

itu pun jika kau cukup bernasib baik boleh tinggal bersama kami.

Kemana lagi aku akan pergi?

Setiap khaleesi akan menjadi Dosh Khaleen.

Memang. Seketika setelah kematian Khalnya.

Tapi kau pergi menjelajahi dunia. Itu perkara yang dilarang.

Semua khalasars telah kembali ke Khalar Vezhven.

Mereka akan memutuskan bandar mana yang akan dijajah

dan suku mana yang akan dijadikan hamba.

Sekarang mereka akan memutuskan apa yang akan dilakukan

kepada kau Khal Drogo yang berambut perak ini.

Kalau bernasib baik, tempat kau memang di sini, bersama kami, Ibu Si Naga.

Itulah hal terbaik yang boleh kau harapkan.

Aku tidak tahu bagaimana kau boleh bertahan di dalam baju kulit itu.

Tolong tinggalkan bilik ini.

Kau nampak cantik hari ini. Sungguh.

Bagaimana kau boleh menaiki semua tangga itu tanpa berpeluh sedikit pun.

Kalau kau ingin menyeksa aku,

panggil saja mereka dan terus lakukan.

Aku bukan orang yang suka menyeksa.

Walaupun sering kali, itu hal yang patut diterima oleh mereka.

Dan hal itu memang memberikan jawapan.

More Malay subtitles for Game of Thrones

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left