House of Cards

House of Cards

ดาวน์โหลดคำบรรยายMalay

ซีซั่น 1

ข้อมูลรุ่น

House of Cards (2013) - 01x07 - Chapter 7
ความคิดเห็นโดย badh182

แท็ก

other
เผยแพร่เมื่อ: 2017-07-30
ดาวน์โหลด: 53
ผู้พิการทางการได้ยิน: No

ตัวอย่างคำบรรยาย Malay

200 บรรทัดแรก

SIRI ASLI NETFLIX

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Letak di sini.

PERSATUAN PEMULIHAN ARAK DUA BELAS LANGKAH DAN TRADISI

Kongres Amerika Syarikat PENDAFTARAN RANG UNDANG-UNDANG

Kongres Amerika Syarikat ke-113

DUA BELAS TRADISI

RANG UNDANG-UNDANG

Naib Presiden Matthews.

- Bob. - Tuan Naib Presiden.

- Tuan Naib Presiden. - Frank.

Tuan, sila berdiri di atas tanda nama tuan.

Saya nak berdiri di sini.

Dua minit, semua.

Mereka tarik saya dari kereta.

Kedua-dua kaki patah, tengkorak retak, paru-paru bocor.

Jantung saya terhenti.

Selama dua minit.

Mereka pam dada saya. Tiada tindak balas.

Mereka ambil defibrilator...

Tiada tindak balas.

Kali ketiga, jantung mula berdegup.

Doktor cakap ia adalah satu keajaiban.

Sebenarnya itu petunjuk dari Tuhan.

Kalau ia berlaku lagi, saya akan mati.

Presiden Amerika Syarikat.

Selamat pagi.

"Pembaharuan Akta Pendidikan dan Pencapaian

yang saya akan luluskan hari ini

akan memberi kesan kepada setiap pelajar dan ibu bapa di Amerika Syarikat,

akan memastikan tenaga kerja berpendidikan tinggi pada masa depan

dan akan mengukuhkan keunggulan Amerika sebagai kuasa besar intelektual.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada seseorang

yang tak pernah tersasar dari matlamat sebenar,

yang menerajui rang undang-undang ini sejak dari mula lagi,

Yang Berhormat Frank Underwood."

Tetamu jemputan, sila sertai kami di Bilik Timur untuk jamuan.

Pihak media, kita akan berjumpa sebentar lagi di Bilik Taklimat

untuk persidangan.

Linda, terima kasih banyak sebab bantu rang ini diluluskan.

Tak, terima kasih pada awak. Ini usaha awak sejak dari mula lagi.

Saya hargai awak mempertahankannya.

Saya akui kesalahan saya.

Kita kena jumpa setiap minggu supaya Frank boleh maklumkan kita tentang Dewan Negara.

Itu idea yang bagus.

Tahniah, tuan.

Garrett, saya nak tanya jika kita boleh berbual sebentar?

Tentang kredit cukai pekerjaan yang saya cakap sebelum ini...

Saya dah fikir tentang itu, Jim. Saya rasa ia satu idea yang baik.

Tapi saya nak semak catatan saya dulu supaya saya lebih jelas lagi.

Tuan, ada panggilan dari Perdana Menteri.

Dia lelaki yang sibuk.

Ya, memang pun.

Frank,

saya dengar awak sedang mengetuai pilihan raya istimewa di negeri asal saya.

Peter Russo.

Kami tak nak hebahkan selagi beliau tak diumumkan secara rasmi.

Pejabat saya juga tak digunakan selagi hari itu belum tiba.

- Di mana awak bekerja? - Di ruangan bawah tanah rumah saya.

Kenapa Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik tak minta nasihat saya tentang calon?

Saya sangka, mereka atau Linda dah tanya tuan.

Tiada siapa tanya pun.

Itu tak boleh diterima.

Saya sangat ragu-ragu dengan Russo.

- Sebab kurang pengalaman? - Ya.

Lagipun, dia dah biasa di bandar.

Saya tak pasti dia boleh tarik pengundi luar bandar.

Saya pun bimbang pasal itu.

Kami sedang mengusahakannya.

Tapi jika tuan nak keluar dan berkempen dengan dia,

mereka akan bertambah yakin...

Saya tak boleh berkempen untuk orang yang saya tak percaya.

Masih awal lagi. Tuan kena berfikiran terbuka.

Beritahu saya jika tuan nak buat perjumpaan dengan dia

sebab sokongan dari tuan akan memberikan makna yang besar untuk dia.

- Gembira dapat berjumpa tuan. - Frank.

Yang Berhormat Underwood?

Cik Barnes,

saya ingat awak tak nak buat liputan tentang Rumah Putih.

- Slugline baru dapat akses semalam. - Saya tahu.

Saya tinggalkan The Herald sebab tak nak buat laporan Rumah Putih.

Tapi sekarang saya di sini.

Akses tak sama macam sekatan.

Saya akan jumpa awak di majlis tandatangan sajakah?

Dah tiga minggu tak dengar khabar awak.

Saya tak suka orang yang tak yakin.

Saya pun tak suka sikap angkuh.

Rumah awak, petang ini. Saya akan mesej bila dah nak sampai.

Bagaimana jika saya sibuk?

Awak takut saya tak jadi datang lagi.

Saya cuma nak pastikan ia berbaloi.

Ia pasti berbaloi.

Ini balasan untuk tempoh hari.

Barang bersejarah.

Dari tangan Presiden ke tangan awak.

Awak percaya tentang

kekuasaan Tuhan yang mereka ceritakan dalam bilik itu?

Saya percaya ada sesuatu di luar kawalan kita.

Siapa atau apa yang mengawalnya, saya tak tahu.

Saya tak percaya pada Tuhan.

Syurga, neraka. Langsung tak.

- Lama sangat masuk sekolah Katolik? - Mungkin juga.

Saya bukan nak suruh awak percayakan Tuhan,

atau percaya apa-apa pun.

Tapi awak tak patut menafikan semua itu.

- Saya kena pergi. - Kempen yang taja.

Doug Stamper Dewan Negara, Washington, DC

Saya perlukan duit lagi. Jangan sumbat dalam mulut saya.

Kajian kami menunjukkan 81 peratus pengundi

mungkin sudi mempertimbangkan bekas penagih alkohol.

Jumlah itu berkurangan sedikit

kalau dia penagih kokain, tapi tak banyak.

- Randy? - Ia berisiko, tapi akan jadi hangat.

Liputan percuma ke seluruh negara.

Kisah itu seperti satu penebusan. Kebangkitan semula dari kegagalan.

Jangan fikir tentang kegagalan saja.

Kita tak nak orang ramai fikir Peter seorang yang teruk.

Tak. Kita sebarkan mesej-mesej positif saja.

"Permulaan baru" dan "permulaan bersih", kedua-duanya bagus.

"Permulaan bersih" bunyi macam "dah bertaubat".

- Saya suka "permulaan baru". - Ya, saya pun sama.

Bagaimana dengan pengumpulan dana?

Isu alkohol itu akan kurangkan penderma negeri,

tapi ini pemilihan kecil.

Kita boleh jangka penderma biasa di New York dan California.

Walter,

bagaimana kedudukan kita?

Saya tak bersedia untuk menjawab soalan itu.

Saya dan Peter masih belum membuat pengakuan dosa.

Kita juga perlu jelaskan tentang penutupan limbungan itu.

Claire uruskan hal itu.

Kami akan mewujudkan sebuah rang

yang dipanggil Akta Tadahan Air Sungai Delaware

dan saya fikir ia akan mewujudkan kira-kira 5,000 pekerjaan

dalam daerah Peter untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Kami dah ada draf yang lengkap.

Peter pula tengah cari penaja bersama.

Siapa yang awak dah hubungi?

Saya dah hantar e-mel, tapi mereka nak lihat rang itu dulu.

Awak dah aturkan mesyuarat dengan pembina kapal?

Mereka takkan sokong saya.

Itulah tujuan utama rang undang-undang kita, Peter.

Jika saya jumpa mereka dan saya kata,

"Hei, sebahagian daripada kamu mungkin akan dapat kerja semula.

Bukan esok, tapi tiga tahun lagi

dan sebahagian besar daripada kamu takkan..."

Kita tangguh dulu sampai kita dapat lebih banyak penaja.

Saya perlu ke pejabat. Jumpa lagi nanti.

Mari beralih kepada rancangan lapangan kita.

Saya nak semak kawasan satu demi satu...

Francis.

Kami habiskan enam minggu untuk rang itu.

Semuanya okey. Dia akan setuju.

Jumpa lagi malam ini?

Saya ada janji temu.

Jadi saya takkan jumpa awak sampai pagi.

Saya akan balik sebelum awak bangun.

Saya hargai tuan dapat meluangkan masa hari ini.

Tuan dah terima memo kredit cukai dari pasukan penyelidikan ekonomi?

Awak tak suruh saya ke sini untuk cakap tentang memo.

Saya tahu ini cuma perbualan kosong.

Presiden meminta tuan berundur dari Pennsylvania.

Tuan selalu ke sana, bermesyuarat dengan penggubal...

Ia negeri asal saya.

- Ada krisis pekerjaan. - Kami tak boleh pilih kasih.

Mesejnya adalah 50 negeri, satu penyelesaian.

Bukannya satu negeri, 50 penyelesaian.

Saya tak pernah menjangka akan terlibat dalam setiap dasar atau keputusan,

tapi saya betul-betul disekat dalam semua perkara.

Kami menghargai pendapat tuan, tapi kami tak boleh...

Jangan melampau.

Tiada orang tanya saya, siapa yang saya nak untuk ganti saya.

Mengapa Frank Underwood yang jadi ketua dan bukan saya?

Itu adalah isu JKD.

Kami tak nak masuk campur dan tuan juga patut buat begitu.

Saya cuma perlu potong reben dan pergi ke pengebumian?

Tuan tahu apa tugas tuan.

Terima kasih, Tuan Naib Presiden.

Saya tak dapat pen saya.

Pen tuan?

Dari majlis tadi.

Kami akan lihat apa yang kami boleh buat.

RESTORAN PIZA, SANDWIC, BAGEL DAN KOPI NINO

- Saya boleh nampak pengawal awak. - Meechum?

Dia comel.

Dia takkan tergoda dengan awak.

Kenapa pula?

Awak terlalu menakutkan.

Tapi dia yang pegang senjata.

Tapi awak yang tidur dengan ahli Kongres.

Lepas ini kita bincanglah.

Kita kena bincang sekarang.

Peter Russo.

Daerah pertama Pennsylvania. Dia akan bertanding sebagai Gabenor.

Mengisi kerusi Matthews.

Ia merupakan satu profil eksklusif.

Tapi orang tak berapa kenal dia.

Apa kisah dia?

Alkohol, dadah. Dia membesar di jalanan.

Saya nak profil itu disiarkan lepas dia diumumkan

More Malay subtitles for House of Cards

ความคิดเห็น

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left