200 บรรทัดแรก
Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -
6 NOVEMBER 1983 - HAWKINS, INDIANA
- MAKMAL KEBANGSAAN HAWKINS - JABATAN TENAGA AMERIKA.
Sesuatu akan datang. Sesuatu yang sukakan darah.
Bayangan menjelma di dinding belakang awak, menelan awak di kegelapan.
- Makhluk ini... dah datang. - Apa itu?
Bagaimana jika itu Demogorgon?
Oh, oh Tuhan, kita pasti teruk jika itu Demogorgon.
Itu bukan Demogorgon.
Sekumpulan Troglodytes yang menyerang ke dalam bilik!
- Troglodytes? - Saya dah kata.
Tunggu sebentar.
Awak dengar itu?
Su... suara itu?
Bum... Bum...
Bum!
Itu bukan suara dari Troglodytes. Bukan, itu...
itu bunyi benda lain.
Demogorgon!
- Teruklah kita. - Will, bertindak!
- Entahlah! - Serang bola api!
Dadu saya kena dapat 13 atau lebih tinggi!
Terlalu berisiko. Lancarkan jampi perlindungan.
- Jangan takut. Serangan bola api! - Jampi perlindungan.
Demogorgon bosan dengan pertengkaran awak, manusia mengarut!
Dia menyerang cepat ke arah awak.
- Bum! - Serangan bola api!
- Serangan lain, bum! - Jampi perlindungan.
Dia mengaum dengan marah!
Bola api!
- Oh, sial! - Mana dadunya?
- Mana dadunya? - Entahlah!
- Betul ke 13? - Entahlah!
- Mana dadunya? - Oh Tuhan!
- Mike! - Oh Tuhan! Oh Tuhan!
- Mike! - Awak dah jumpa belum?
Belum, saya tak jumpa!
- Mike! - Oh Tuhan! Oh Tuhan!
Mak, kami sedang bertempur!
Maksud awak selesai? Sudah lebih 15 minit.
- Oh, oh Tuhan! Susahlah! - Kenapa kita kena pergi?
- Mak, tunggu, lagi 20 minit! - Besok sekolah, Michael.
Saya baru menidurkan Holly. Awak boleh sambung minggu depan.
- Tapi akan merosak masa permainan! - Michael.
Saya serius, Mak.
Pertempuran perlu rancangan dua minggu.
Bagaimana saya tahu ini akan mengambil masa 10 jam?
Awak sudah main selama 10 jam?
- Ayah, awak rasa 20 minit lagi.. - Ayah rasa awak kena dengar cakap mak.
Tak guna.
Oh, saya dah jumpa!
- Tujuh dikira ke? - Betulkah tujuh?
Mike nampak ke? Maka itu tak masuk kiraan.
Yo, hei, kawan.
- Ada sesiapa yang nak ini? - Tidak.
Ya.
Tidak, saya ingat tidak.
Ya, dia kelakar.
Barb, tidak, saya rasa tak begitu.
- Barb, awak tidak.. - Hei, Nancy.
Ada lebih sepotong, kalau awak nak.
- Sosej dan pepperoni! - Tunggu.
- Ada yang tak kena dengan kakak awak. - Apa maksud awak?
- Dia sangat sombong. - Ya.
Kerana dia telah berdating dengan si sial itu, Steve Harrington.
Ya, dia berubah jadi sama sial.
Dia memang selalu sial.
Tidak-uh, dia dulu bagus.
Masa itu dia berpakaian seperti elf untuk kempen pokok Elder kita.
Empat tahun yang lalu!
- Saya cuma kata. - Jumpa lagi.
- Dapat tujuh. - Huh?
Dadu, dapat tujuh.
Demogorgon, dia mengalahkan saya.
Jumpa besok.
- Selamat malam, perempuan. - Kirim salam pada mak awak.
Kita lumba balik ke tempat saya? Yang menang dapat komik.
- Komik mana pun? - Ya.
Hei! Hei!
Saya belum kata "mula"!
Balik ke sini!
Saya akan membunuh awak!
Saya akan mengambil "X-Men 134" - awak!
Sial.
Mak?
Jonathan? Mak?
Hello? Hello?
BAB SATU. - HILANGNYA WILL BYERS -
Sampai di penghujung rancangan.
Terima kasih kerana bersama kami.
Kami serahkan sekarang pada Liz di meja berita.
Baiklah, terima kasih, Donna.
Kami sekarang beralih ke berita tempatan.
Kami mendapat laporan masalah bekalan tenaga elektrik di kebanyakan daerah.
Malam tadi, ratusan rumah di East Hawkins telah terlibat.
Menyebabkan ramai penduduk dalam kegelapan.
Punca masalah elektrik masih belum diketahui.
Kami menghubungi syarikat Air dan Elektrik Daerah Roane, ...
dan jurucakapnya berkata bahawa mereka yakin ...
elektrik akan dipulihkan ke semua perumahan terlibat ...
dalam beberapa jam nanti.
Mmm.
Berita lainnya, awak mungkin ingin tinggal di rumah malam ini ...
atau setidaknya sedia payung.
Kami beralih ke jurucakap cuaca pagi kegemaran semua orang, Charles.
Di mana barang itu?
- Jonathan? - Periksa sofa!
Ugh, sudah.
Oh... saya jumpa.
Okey, sayang, saya akan jumpa awak malam ini.
- Ya, jumpa nanti. - Di mana Will?
Oh, saya belum membangunkannya.
Dia mungkin masih tidur.
- Jonathan, awak kena pastikan dia bangun! - Mak, saya sedang buat sarapan.
Saya dah kata banyak kali.
Will! Ayuhlah, sayang. Bangunlah.
- Dia balik malam tadi, kan? - Dia tidak di biliknya?
- Dia balik atau tidak? - Entahlah.
- Awak tidak tahu? - Tidak.
Saya balik terlambat. Saya bekerja.
Awak bekerja?
Eric tanya jika saya boleh menggantikannya. Saya kata ya.
Saya rasa kita mungkin boleh dapat duit belanja lebih.
- Jonathan, kita sudah bincang tentang ini. - Saya tahu, saya tahu.
Awak tak boleh ambil syif kerja, ketika saya bekerja.
Mak, itu tak ada masalah. Mungkin, dia main basikal setiap hari.
- Saya yakin dia cuma berbasikal. - Saya tak percaya awak.
Saya kadang-kadang susah nak percayakan awak.
Itu menjijikkan.
- Awak yang menjijikkan! - Hello?
Hai, Karen. Ini Joyce.
- Oh, Joyce, hai. - Sial awak, Mike?
- Hei! - Diam!
- Jaga bahasa awak. - Awak bergurau?
Itukah Will yang saya dengar di belakang awak?
Will? Bukan, bukan, itu cuma Mike.
Will tidak tidur sana semalam?
Tidak, dia balik dari sini setelah pukul 8.
Kenapa? Dia tidak balik?
Um, awak tahu? Saya ingat dia balik awal untuk... untuk sekolah.
- Terima kasih banyak. Babai. - Okey. Babai.
Pelik juga. Saya tak melihatnya.
Saya dah kata, mak dia betul.
Dia mungkin sudah masuk ke kelas lebih awal.
Ya, dia selalu tertekan, takut Gursky akan beri kuiz pop.
Maju ke depan, tuan dan puan.
Maju ke depan dan dapatkan tiket untuk pertunjukan orang pelik.
Siapa awak rasa, akan dapat lebih banyak duit di pertunjukan orang pelik?
Kulit gelap, Muka katak, atau Tiada gigi?
Saya rasa Tiada gigi.
Saya dah kata jutaan kali, gigi saya sedang tumbuh.
Ini disebut cacat tulang rahang.
"Saya dah kata jutaan kali."
buat sesuatu dengan lengan awak.
Buatlah, budak pelik!
Oh Tuhan, seringkali membuat saya jijik.
- Sial. - Saya rasa itu bagus.
Rasanya awak ada kekuatan super atau apa pun.
Seperti Mr. Fantastic.
Ya, kecuali, saya tak boleh lawan kejahatan dengan itu.
Jadi, dia menelefon awak?
Pelankan suara awak.
Ada tak?
Saya dah kata, tak seperti itu.
Okey, maksud saya, ya, dia menyukai saya, tapi tak seperti itu.
Kami hanya...
temujanji beberapa kali.
"Kami hanya... temujanji beberapa kali."
Nance, seriuslah...
Awak akan jadi sangat hebat sekarang, percayalah.
Tidak, tidak.
Awak lebih baik kekal berkawan dengan saya, itu saya rasa.
Jika awak berkawan dengan Tommy H. Atau Carol..
Oh, itu menjijikkan!
Okey, saya kata ya, itu hanya satu kali...
dua kali.
Jumpa saya. Di bilik mandi. - Steve -
Itu awak rasa?
- Steve. - Mmm-hmm?
- Saya kena pergi. - Sekejap lagi.
Steve. Saya serius, saya..
Serius, saya kena pergi.
Tunggu, tunggu, tunggu. Ayuh...
Ayuh kita lakukan sesuatu malam ini, ya?
Uh... tak, saya tak boleh. Saya kena belajar untuk ujian Kaminsky.
Oh, ayuhlah. Berapa GPA awak? 3.99.
Ujian Kaminsky itu susah lah.
- Baiklah, biar saya menolong awak. - Awak kan gagal Kimia.
- C tolak. - Ya, dalam hal itu..
Jadi saya akan ke sana, anggap, pukul 8?
- Awak sudah gila? Mak saya takkan.. - Saya akan memanjat tingkap bilik awak.
Mak awak bahkan takkan tahu saya ada. Saya senyap, seperti ninja.
Awak gila.
Tunggu, tunggu. Hanya.. Okey, lupakan itu.
Kita boleh..
Kita boleh, seperti, lepak di kereta saya.
Kita boleh cari tempat yang tenang dan parkir, dan..
Steve... saya kena belajar.
Saya tak bergurau.
Ya, awak nak saya nampak bagus dan senyap?
No comments yet. Be the first to leave one.