200 บรรทัดแรก
Nama saya Rahul
Berusia 40 tahun
Selalunya usia begini akan terjadi sesuatu dalam hidup seseorang
Saya juga mengalami sesuatu yang besar
Saya maksudkan.. benar-benar besar
Sesuatu yang mengubah hidup saya
Apa kata, kita mulakan dari awal
Sejak saya kecil, saya tinggal di rumah ini bersama..
datuk, nenek, emak dan ayah
Emak dan ayah saya meninggal ketika saya berusia 8 tahun..
Datuk dan nenek saya menjaga saya
Ketika saya kecil saya sangat comel..
Orang selalu mencubit pipi saya dan berkata..
Manisnya..!
Dan kemanisan ini ada di kedai datuk saya
Y. Y. Mithaiwala (Penjual Manisan).
Bilangan kedai kami melebihi dari pokok-pokok yang ada di Mumbai
Abang, sila bungkuskan 6 samosa dan setengah kilo manisan goreng
Abang!!
Kenapa?
Kenapa? Mithaiwala!!
Dan datuk saya juga selalu masuk campur dalam kisah cinta saya..
Ada masa dia akan telefon..
Atau muncul secara tiba-tiba
Saya tak pernah ada peluang untuk ada hubungan,
.. dan soal perkahwinan terpaksa di tolak ketepi
Enam, enam!!
Rahul nampak tak cara Sachin bermain?! Wow!
Walaupun datuk saya ialah peminat berani "mati" Sachin Tendulkar..
dia tak pernah mempraktikkan perkataan "mati" dalam hidupnya
Masa berlalu tapi bukan bagi dirinya
Semua saudara saya tinggal di luar negara
Dan tibalah tahun 2013
Hari jadi Datuk saya yang ke 100
Selain datuk saya, ada dua tragedi lagi dalam hidup saya..
Kawan saya Bobby dan Salim
Hi Rahul.
Hi.
Semuanya sedia untuk ke Goa?
Goa?
Bila kamu sampai ke sana jangan nakal-nakal
Dan kamu berdua, jaga urusan kamu sendiri!
Tanu, boleh kamu bantu saya sekejap?
Cerita apa yang kamu sedang reka ni?
Bukan mereka berdua, tapi termasuk kita semua
Rahul, ini hari jadi datuk tapi hadiah ini untuk kamu
Wanita NRI yang seksi!
Saya dah pun berbincang dengan mereka
Di Goa, kita akan bersama mereka selama 6 -7 malam dengan pakej penuh!
Kawan jenis apa kamu ni? Seminggu?
Macam mana Datuk nak lepaskan saya pergi selama seminggu?
Sekejap
Bodoh betul dia!
- Tapi kamu pun bodoh juga - Rahul..
Mari ke sini
Datuk
Encik, ikut saya
Ya, Datuk
Ya, kamu bawakan saya hadiah kan?
Kamu tak buka lagi hadiah yang dibawa oleh Vimal, Renu dan yang lain..
Mereka orang lain.. bukan 'kita'
Saya akan berusia 100
Saya akan cakap perkara penting
Mereka cuma sukakan saya kerana kami ada tali persaudaraan
Kamu sayangkan saya dan itulah ikatan kita!
Saya tertanya-tanya apa akan jadi pada kamu selepas ini
Datuk..
Dengarlah! Saya dah bercakap tentang masa untuk pergi..
tapi usia saya tidak berkata begitu..
Untuk apa kita bincangkan perkara yang akan terjadi 20 atau 25 tahun lagi?
Mari, berikan pada saya
ya
Wow!
Pemukul yang ditandatangani oleh Sachin!
Mari, pukul!
Ini idea Rahul untuk buka kedai francais di Goa
Ya, pergi dan bukalah
Kenapa kamu bazirkan masa kamu di sini?
Datuk, kami dah tengok tanah yang sesuai di Panjim
Kami akan pergi ke dengan Rahul untuk melihat tanah tersebut
Pergilah
Cepatlah Sachin, pukullah keluar dari sempadan
Enam! Sachin berada di 99
Sachin berada di 99!
Sachin berada di 99!
Kenapa nenek? Ianya keseronokan untuk abad ini
Ianya cuma permainan. Dia akan lakukannya lagi
Datuk!!
Datuk dan Sachin 'tumbang' pada angka 99!
Ianya perasaan yang aneh!
Tapi saya ada terbaca yang..
kematian seseorang telah pun ditentukan sebelum ia lahir
Saya terfikir sendiri apa yang..
sudah terjadi dan apa perbezaan yang berlaku?
Lagipun datuk dah hidup sejak dari penemuan Radio India..
... dan juga wujudnya Twitter
Dia hidup dengan baik
Cukuplah!
Dan ketika itu..
Saya dah buat keputusan.
Projek Goa diteruskan!
Nenek, saya nak buat sesuatu yang lebih lagi dalam hidup
Saya nak buat sesuatu mengikut kata hati saya
Saya tak boleh uruskan Y.Y Mithaiwala sekarang ni
Nenek, saya juga ada impian. Ketika ini saya hanya biarkan usia saya berlalu
Tapi sekarang saya nak tengok dunia dan belajar banyak perkara
Nenek, saya nak hidup mengikut kemahuan saya
Rahul, dengan harta ini kamu dah boleh tentukan arah hidup kamu
Hiduplah dengan sekehendak hati kamu, tak ada yang akan menghalang
Tapi kamu kena tolong saya
Cakaplah, nenek
Ia adalah permintaan terakhir datuk kamu..
selepas kematiannya..
separuh dari abunya perlu di semadikan di sungai Ganga..
dan bakinya di Rameshwaram
Rameshwaram?
Ya, saya akan ikut sekali dengan Anshu untuk taburkan abunya di sungai Ganga..
tapi kamu kena pergi ke Rameshwaram..
.. untuk taburkan separuh lagi abunya di sana
Nenek, saya?
Ya, kamu!
Ini adalah permintaan terakhir datuk kamu, dan kamu kena penuhinya
Rameshwaram terletak di penghujung India!
Dan arahnya bertentangan dengan Goa!
Sekejap!
Salim, berikan saya itu
Air dari Goa mesti mengalir ke Rameshwaram kan?
Apa maksud kamu?
Maksud dia, jika dia taburkan abu datuk ke sungai di Goa..
ia akan terapung dan mengalir ke Rameshwaram
Ya, tapi jarak Goa dan Rameswaram berbatu jauhnya
Oh, kita akan buatnya selari..
Apa maksudnya?
Teruskan ke Goa!
Ya, Rahul
Bobby, tukar rancangan
Apa? Kamu akan datang ke Goa kan?
Sudah tentu saya akan datang
Tapi untuk memperbodohkan nenek, kita akan mulakan perjalanan dengan menaiki keretapi
Apa?
Nenek akan hantar saya pergi
Jadi 2 jam lagi..
.. saya akan beli tiket keretapi ke selatan India
Saya akan naik keretapi, dan saya akan turun dia stesyen Kalyan
Kamu tunggu saya di sana, dan kita akan teruskan melalui jalan darat
Maksudnya, ke Goa!
Mari pergi, datuk
Chennai Express?
Ya, Chennai Express
Setahu saya, Chennai Express tak pergi ke Rameshwaram
Kamu tak faham
Bukankah saya dah cakap, saya nak habiskan banyak masa dengan datuk?
Jadi saya ikut jalan jauh bukan naik keretapi yang salah
Saya akan turun di Chennai dan naik bas ke Rameshwaram
Rahul...
Kamu tahu kenapa saya bawa abu datuk kamu ke Ganga?
Sebab saya tak percayakan sesiapa di sini
Tapi saya percaya sepenuhnya..
yang kamu akan laksanakan tugas ini dengan sedaya upaya kamu..
dan penuh keikhlasan di sungai Rameshwaram
Saya tak suka menipu nenek
tapi, saya dah pun lakukannya
Hello.
Rahul kamu di mana? Kami dah sampai ke Kalyan
Ya, saya baru naik keretapi selepas ucap selamat tinggal pada nenek
Saya akan sampai sekejap lagi
Rahul dah sampai
Rahul, kamu ke mana?
Saya datang kan?
Tentu seronok!
Ya!!
Abu!
Kenapa pula?
Abu!
Abu datuk!
Tidak Rahul.. tidak
Rahul, dengar cakap kami!
Terima kasih
Tak mengapa
Saya dah pernah buat sebelum ini
Sebenarnya, maaf saya kena pergi
Meenamma, apa yang kamu fikirkan?
Kamu ingat kamu boleh lari dari kami?
Apa yang kamu buat ni salah!
Jangan nak mengajar kami
Maafkan saya
Apa yang kamu gaduhkan?
Orang tertinggal keretapi kerana kamu, dan saya dah terlepas hentian
Hi!
Tak mengapa
Hi.
Itu tempat duduk saya
Tempat duduk saya.. - um
Boleh saya?
Terima kasih
Maaf!
Minta maaf, tuan, Sekejap..
Bukalah... mengarut betul!
Saya minta maaf
Saya agak gemuk
No comments yet. Be the first to leave one.