முதல் 200 வரிகள்.
Pegawai Nam, apa kamu buat? Ada temubual TV?
Ah tidak, seonbaenim... Jaga diri.
Ah... di sini? Ah.
Saya dari Polis Dobok Unit Jenayah Berat 2, Pegawai Nam Geon Uk. Berumur 34.
Kes besar yang terjadi di Dobok-dong adalah tanggungjawab saya.
Ini adalah kes yang terjadi setengah tahun lalu di Timur Laut Seoul.
Pada waktu hujan, seorang pembunuh menyerang seorang wanita yg melintasi di depannya.
Sekarang, saya sudah tahu M.O si bedebah itu.
Saya sedang mengintipnya.
Ianya seperti pembunuhan bersiri. Awak tak takut ke?
Sebelum ini ianya memang terlintas di fikiran saya.
Sekarang, saya lihat wajah keluarga saya.
sambil terfikir, "Apakah saya boleh lihat mereka sekali lagi?"
Oh, itu dia...
Itu pisau, kan?
Sial!
Apabila anda menjadi seorang pegawai polis, jarang anda berjumpa org seperti ini.
Nyawa saya jadi taruhan untuk menangkap lelaki ini.
Dia bukan orang sembarangan.
Sekarang saya lihat dalam fikiran saya, anak saya. Wajah isteri saya...
Ada kemungkinan saya tidak boleh melihat mereka lagi.
Berhenti, bangsat!
Tiada siapa yang dapat meletakkan kehidupan mereka dalam bidang kerja ini.
Jika kita mati, siapa yang akan melindungi keluarga kita?
Siapa yang akan melindungi mereka?
Pegawai Nam!
Pegawai Nam! Pegawai Nam!
=Pegawai Nam dari Jabatan Polis Dobok kehilangan nyawanya kerana penjenayah=
=Berita ini memberikan Presiden satu kejutan besar.=
=Dikatakan bahawa mangsa adalah seorang pejuang jenayah yg bersemangat.=
=Beliau mempunyai rasa tanggungjawab yang luar biasa terhadap melindungi rakyat.=
=Selepas berita pemergian beliau,=
=ucapan takziah telah dinyatakan dari semua lapisan masyarakat.=
=Dalam menghadapi pesalah yang semakin bijak dan ganas,=
=beberapa langkah drastik harus dilakukan untuk menangani masalah ini.=
Atuk.
Min Jun. Kamu... jangan ikut seperti yg ayah kamu lakukan..
Faham?
Oh Gu Tak... Di mana dia sekarang?
Oh Gu Tak? Si anjing gila tu? Kenapa tiba-tiba cari dia?
=Bad Guys=-
=Episod 1=-
=Satu pengajaran bagi kes di Jabatan Dobok mengajar kita ialah:=
=Dalam berurusan dengan kes yang melibatkan orang sakit jiwa,=
=pasukan polis kita terlalu ambil mudah dan pasif.=
=Untuk melindungi 50 juta orang, hanya ada=
=100 ribu yg layak untuk menjadi pegawai polis=
=Dan hanya untuk pekerjaan tetap,=
=mereka memilih kerjaya dgn nisbah dari 50 juta hingga ke 100 ribu.=
=Lebih malang lagi=
=ini adalah realiti Republik Polis Korea.=
=Kemudian, apa yang harus dilakukan?=
=Menurut hujah anda, pasukan polis kini tidak dapat menangkap penjenayah yang ganas.=
=Saya ingin bertanya tentang langkah tindakan yg harus diambil.=
=Rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa untuk semua jenis jenayah berat.=
=Kita harus mencegah situasi ini daripada terjadi.=
= Ya. Betul. Tepat sekali.=
=Jika ada langkah tindakan, tolong beritahu kami, Pegawai Yu Mi Yeong.=
=Langkah tindakan. Jika kita bercakap tentang langkah tindakan...=
Gaya hidup kamu skrg merunsingkan saya.
Sekurang-kurangnya minum sup.
Kamu bukan muda lagi. Fikirkan kesihatan kamu.
Kata-kata kosong. Katakan pada isteri kamu dan lakukannya juga.
Apa tujuan kamu datang jumpa dengan saya?
Kamu ingin bekerja semula?
Sekarang bukannya Dog Days . Kenapa anak gampang ini cari saya?
Kamu kenal anak saya, kan? Geon Uk.
Dah kenapa? Isteri dia melarikan diri ke?
Anak orang lain tak mahu ikut jejak langkah ayah mereka.
Tapi Geon Uk saya tak seperti itu.
Dia selalu berkata, "Sama seperti ayah, saya harus berjaya dan menjadi pegawai polis yg luar biasa."
Beberapa hari yang lepas, dia meninggal dunia.
Dia ditikam dengan pisau dan meninggal dunia.
Dia pergi sebelum saya.
Si bedebah itu...
Jadi, kamu ingin hantar anjing gila macam saya
untuk bantu kamu tangkap orang yg menikam anak kamu hingga mati itu?
Tangkap orang itu hidup-hidup,
dan bawanya kepada saya.
Jika saya bawa dia semula, apa kamu rancang untuk menghukum dia secara peribadi?
Jika kamu dapat selesaikan kes ini,
Saya akan bantu kamu untuk hilangkan segala kemarahan yg kamu pendam selama ini.
Jika pukul orang yg baik, ia adalah keganasan.
Tapi jika pukul orang yg jahat, ia adalah keadilan.
Saya dengar nama samaran Oh Gu Tak ialah Anjing Gila.
Penyiasatan yg menggunakan kekerasan adalah kebiasaan bagi dia.
Hanya untuk menangkap satu orang jahat
dia pasti tidak akan membezakan antara musuh dan kita berdasarkan status.
Dia yg pertama akan tunjuk taringnya. Dia lebih suka gigit dahulu, kemudian bercakap.
Sebab itulah mereka memanggilnya begitu.
Rasuah yg diambil dari samseng ditemui oleh Oh Gu Tak.
Dia mendedahkan beberapa orang drpd mereka.
Dia bukan budak yg baru akil baligh.
Dia akan bersihkan kekacauan yang dibuatnya.
Bersabarlah. Ia tak akan ambil masa yang lama.
Jika kamu dapat selesaikan kes ini,
Saya akan bantu kamu untuk hilangkan segala kemarahan yg kamu pendam selama ini.
Kenapa?
Jika pukul orang yg baik, ia adalah keganasan.
Tapi jika pukul orang yg jahat, ia adalah keadilan.
Kenapa?
Si bedebah ni datang dari mana?!
Hanya datang entah dari mana...
Seonbaenim, berhenti sekarang.
Jika kamu terus lakukan, kamu akan membunuhnya.
Mari kita dapatkan bersama 3 atau 4 anjing gila.
Dua tahun yang lalu, puak Dong Bang dapat memegang semua Seoul.
Kamu rasa berapa lama masa mereka perlukan untuk buat semua itu?
25 hari. Satu hari, satu kawasan.
Dari Guno ke Howan, satu demi satu.
Inilah orang disebaliknya. Pak Ung Cheol.
Hanya apabila puak Dong Bang telah mendapat memegang Seoul,
dia ditangkap dan dipenjarakan. Dia menjalani hukuman 28 tahun.
Dia kini dikurung di Penjara Daejeon.
Siapa?
Apa?
Si bedebah yg memukul muka kamu, siapa dia?
Dapatkah orang seperti itu bertaubat?
Bertaubat?
Kamu ingat ini filem ke?
Adakah kamu akan meluluskannya?
Biar saya dengar apa lagi dia nak katakan. Siapa berikutnya?
Jeong Tae Su. Pembunuh kontrak.
Berkaitan dengan pembunuh kontrak Jeong Tae Su
kaedah dan di mana dan mengapa dia membunuh apakah jenis orang, kita masih tak tahu lagi.
Begitu juga dengan masa lalu.
Bagaimana dia boleh tertangkap?
Kerana satu pembunuhan.
Dia menyerah.
Saya dengar dia memakai pakaian berlumuran dengan darah mangsa
apabila beliau pergi ke balai polis dan menyerah diri.
Lelaki gila.
Dia mendapat hukuman 22 tahun. Dia kini dikurung di Penjara Jeonju.
Siapa orang terakhir?
Orang ini, Ketua, kamu pasti kenal.
Pelakunya dari kes Hwa Yin Dong dua tahun lalu.
Lee Jeong Mun?
Dia mempunyai IQ yang didokumenkan 165 pada usia 12 tahun.
Dia merupakan ahli Mensa Antarabangsa yang paling muda di negara ini.
Dia juga orang termuda yang mendapat PhD dalam Matematik.
Kamu tahu apa gelaran yang mengejutkan buat dia?
Pembunuh bersiri termuda.
Dari Disember 2011 sehingga Ogos 2012,
dia membunuh seramai 15 orang.
Tapi apa yang kamu jumpa di tempat kejadian?
Cap jari? Tiada.
Helaian rambut? Tiada.
Tapak kaki? Air liur? Sudah tentu, tiada.
Secara ringkas, tiada apa-apa yang tinggal
ketika budak itu Lee Jeong Mun membunuh seseorang.
Hanya satu sahaja perkara yang ada, mayat mangsa.
Dia seorang sakit jiwa?
Kamu tahu apa itu PCL-R? Senarai Semakan Sakit Jiwa?
Nilai tertinggi adalah 40. Dia mendapat 38.
Kenapa mesti orang seperti ini?
Tidak... Saya patut gelar mereka haiwan.
Pak Ung Cheol ada kekuatan, Jeong Tae Su ada kemahiran, Lee Jung Moon ada kebijaksanaan.
Gandingkan mereka semua sememangnya tepat.
dan tak ada jenayah di bawah matahari yang mereka tak dapat tangkap.
Haiwan ini, dengan galakan yang betul,
akan sangat setia.
Saya percaya risikonya sangat tinggi.
Kemudian, "Bantu pihak polis untuk tangkap penjenayah yang kami tak boleh tangkap."
Bukankah kamu yang kata begitu di TV?
Tapi, saya tak kata pun kaedah seperti sekarang ini.
Untuk menangkap haiwan dengan menggunakan sekumpulan haiwan.
Berikan umpan itu pada saya.
Apa? Kamu takut kotor?
Apa?
Kamu melihatnya dan buat keputusan tidak suka akannya, tapi kamu memang tak mahu menyentuhnya.
Jika kamu tak bersedia untuk menyentuhnya, kamu tak akan dapat menghilangkannya. Betul kan?
Apa maksud kamu?
Tanpa mereka yang kotor itu, saya tak boleh tangkap sebarang ikan.
Saya akan lakukan apa yang patut. Kamu hanya perlu menguruskan saja.
=Kementerian Kehakiman Pengiring Utama=-
Kita nak ke mana?
Saya tak dipindahkan ke?
Kamu semua gam mulut untuk diam ke? Celaka.
Kalau orang tanya kamu sesuatu, kamu harus jawab!
Saya cam muka kamu semua. Kemudian kamu semua mati.
Mengapa kamu minum seperti itu? Dan tanpa makanan ringan juga.
Ketua beritahu saya ini.
Ketua Skuad Oh, kamu ialah mata kail.
Pak Ung Cheol, Jeong Tae Su, dan Lee Jeong Mun adalah cacing.
Dia memang pandai bermain dengan kata-kata.
Saya harus membiarkan Ketua Skuad Oh letak cacing tersebut dengan betul.
dan kemudian selepas mereka dapat ikan, mereka kembali pada kamu.
Saya bergantung pada kamu.
Mengapa berjabat tangan? Ianya lucu. Bagaimana jika kamu tarik saya dan saya jatuh?
Apa yang kamu buat? Takkan kamu ingin tidur?
Kemudian, sebelum mereka tiba,
kita harus bermain 'kamu tembak satu, saya tembak satu?'
Bangunkan saya apabila mereka sudah tiba.
Juga, jangan berlagak seperti pangkat kamu lebih tinggi dari saya.
Kamu ingin menggunakan penampilan sopan dan tunjuk di depan saya?
Di masa lalu, mereka yg bedebah berpangkat tinggi dari saya berpura-pura menjadi "pakcik" di depan saya.
Hasilnya saya mengajar mereka semua menjadi manusia
Pakai ini.
Kenapa kamu bagi saya pakaian awam?
Jangan beritahu saya kamu nak tanam saya di tempat yang sunyi.
No comments yet. Be the first to leave one.