Interstellar

Interstellar

Malay வசனம் பதிவிறக்கம்

வெளியீட்டு விவரம்

Interstellar (2014) 720p BluRay - MIA MSC
Interstellar (2014) 1080p BluRay - MIA MSC
கருத்துரை வழங்கியவர் Mohammad Izzat
Malaysian Subber Crew (MSC) -- Visit https://www.facebook.com/subbers -- Blog Chords: http://profile.ultimate-guitar.com/aiezet -- Interstellar (2014) Menceritakan kisah penjelajahan/pengembaraan angkasa yang dilatar belakangkan dengan tema kekeluargaan d

குறிச்சொற்கள்

BluRay
1080
720p
720
வெளியிடப்பட்ட தேதி: 2015-03-15
பதிவிறக்கங்கள்: 451
காது கேளாதோருக்கானது: No

Malay வசனங்களின் மாதிரிக்காட்சி

முதல் 200 வரிகள்.

Dulu ayah saya seorang peladang.

Seperti semua orang ketika itu.

Walau mulanya dia bukan peladang.

Kawalan kata awak terlalu laju.

Di bawah kawalan. - Menyeberang Straits.

Saya terpaksa tutup, Cooper. - Hei...

Padam semua. - Tak perlu padam apa-apa.

Ayah?

Maaf, Murph. Sambung tidur.

Saya ingat ayah hantu.

Hantu tak wujud, sayang. - Atuk cakap hantu wujud.

Tak, ayah rasa itu sebab atuk pun tak lama lagi...

...akan jadi hantu. Pergi balik tidur.

Ayah mimpi pasal nahas tu?

Masuk tidur, Murph.

Semua gandum mati.

Wabak hawar melanda, kami terpaksa bakar. Kami masih ada jagung.

Kami ada banyak jagung. Tapi, banyak lagi debu.

Tak dapat saya gambarkan. Ia kerap berlaku.

Kerapkali... hembusan debu yang berterusan.

Kami pakai penutup...

...untuk lindung mulut dan hidung. Supaya kami tak hidu banyak debu.

Sebelum kami makan, kami akan letak pinggan secara terbalik.

Gelas, cawan, apa saja, secara terbalik.

Cepat bangun, Murph. - Pukul 1, kamu dan ayah di gudang.

Ketahanan Racun Rumpai 101, faham? - Ya, tuan.

Jangan main atas meja, Murph.

Ayah, boleh ayah baiki?

Apa kamu dah buat pada barang ayah? - Bukan saya yang buat.

Biar abang teka. Hantu awak tu? - Dia jatuhkan rak saya.

Dan juga buku. - Hantu tak wujudlah, bodoh.

Saya dah periksa, itu hantu.

Ayah, beritahu dia. - Sains bukan begitu, Murph.

Ayah kata, sains adalah mengakui perkara yang kita tak tahu. - Dia cakap betul.

Jaga semua barang kamu.

Coop.

Murph, mari cakap pasal sains.

Jangan tiba-tiba cakap kamu takut pada hantu. Kamu mesti fikir lebih jauh.

Kamu mesti rekodkan fakta, analisa...

...cari sebab-musabab dan buat kesimpulan. Boleh?

Boleh. - Baiklah.

Belajar elok-elok di sekolah. - Sabar dulu.

Hari ni ada pertemuan ibubapa. Ibubapa, bukan nenek-datuk.

Perlahan sikit. Itu bukan ribut pasir.

Nelson bakar semua tanamannya. - Wabak?

Dengar kata, itu tuaian terakhir okra.

Dia patut tanam jagung macam yang lain. - Jaga tingkah laku dengan Cik Hanley.

Dia bujang lagi. - Apa maksudnya tu?

Tingkatkan populasi penduduk bumi. Awak tu bukannya makin muda.

Apa kata awak jaga hal awak sendiri? Orang tua.

Baiklah Murphy, dua.

Gear tiga.

Masuklah gear, bodoh. - Tolak! - Diam, Tom!

Apa awak buat, Murph? - Dia tak buat apa-apa.

Tayar kereta pancit. - Hukum Murphy. - Diam!

Ambil tayar ganti, Tom. - Itulah tayar ganti.

Ambil pencungkil.

Macam mana saya nak cungkil dari luar sini?

Awak kena ikhtiarkan. Ayah takkan selalu ada untuk tolong awak.

Kenapa, Murph?

Kenapa ayah dan mak namakan saya sempena sesuatu yang malang? - Mana ada?

Hukum Murphy?

Hukum Murphy tak bermaksud sesuatu yang malang...

...akan berlaku. Maksudnya adalah apa yang boleh berlaku,...

...akan berlaku. Bunyinya taklah teruk sangat.

Masuk.

Masuk, mari pergi.

Macam mana dengan tayar ni?

Ya.

Itu dron Angkatan Udara India. Sel solarnya mampu jana seluruh ladang.

Ambil alih, Tom.

Cepat, cepat!

Terus hala ke situ.

Cepat Tom, kita makin jauh. - Ya.

Hala betul-betul ke situ.

Sekejap lagi, ini dia.

Bagus pemanduan kamu, Tom.

Ayah? - Hampir dapat, jangan berhenti.

Ayah! - Tom!

Ayah suruh saya jangan berhenti.

Rasanya itulah jawapan kepada senario "Jika saya suruh awak pandu jatuh gaung".

Dron itu dah hilang. - Tak, mana ada.

Nak cuba?

Cuba daratkannya di sana, betul-betul di tepi reservoir.

Bagus!

Dah berapa lama ayah rasa ia dah terbang di atas sana?

Pusat Kawalan Delhi lumpuh semasa kawalan kita lumpuh, 10 tahun dulu.

Jadi, dah 10 tahun?

Kenapa ia terbang rendah? - Entahlah.

Mungkin matahari terlampau panas atau ia sedang cari sesuatu. - Apa?

Bagi ayah pemutar skru leper. Mungkin ia menghantar isyarat?

Entahlah.

Apa ayah nak buat dengannya?

Ayah akan gunakannya untuk menolong masyarakat...

...seperti memandu jentera. - Tak bolehkah kita lepaskannya?

Dia tak cederakan sesiapa.

Benda ni kena belajar menyesuaikan diri, Murph, macam kita semua.

Jadi, kamu berdua tak ikut? - Saya ada kelas.

Yang ini, kena ikut.

Apa kamu dah buat?

Ayah akan marah dengan kamu? - Bukan saya.

Tapi tolong, jangan marah.

Rileks, ayah boleh.

Awak lambat, Coop. - Tayar kereta pancit.

Mungkin juga awak singgah di kedai jet pejuang Asia.

Tidak. Sebenarnya, itu adalah dron pemantau.

Dengan sel solar yang kuat. Milik India. - Duduklah.

Kami ada keputusan Tom.

Dia akan jadi peladang yang berjaya. - Ya, dia memang ada bakat.

Bagaimana dengan kolej?

Pihak Universiti cuma ambil segelintir. Mereka kekurangan sumber.

Saya masih bayar cukai. Mana semua duit tu pergi? Tentera dah tak ada.

Yang pasti, bukan ke universiti. Coop, awak kena realistik.

Awak nak nafikan peluang anak saya ke kolej sekarang? Dia baru 15 tahun.

Markah Tom tak cukup tinggi. - Berapa saiz pinggang awak?

Mungkin 32 atau 33? - Saya tak faham maksud awak.

Awak cuba cakap ia perlukan dua angka untuk ukur pinggang awak...

...tapi cuma satu untuk masa depan anak saya?

Awak seorang yang berpelajaran, Coop...

...dan jurusawat terlatih. - Jangan lupa jurutera.

Sekarang ni, kita tak perlukan lebih ramai jurutera.

Kita bukan kekurangan skrin atau TV, kita kekurangan makanan.

Dunia perlukan peladang. Peladang yang bagus, macam awak.

Peladang yang tak berpelajaran. - Kita penjaga generasi kini, Coop.

Keadaan dah makin baik. Mungkin cucu awak akan berpeluang...

Dah habis cakap?

Tak. Cik Hanley nak bercakap pasal Murph.

Murph budak yang bijak, dia pandai. Tapi kebelakangan ni dia buat masalah.

Dia bawa ni dan tunjuk pada pelajar lain. Bab pendaratan di bulan.

Ya, itu buku teks lama saya. Dia suka semua gambar tu.

Ini buku teks persekutuan lama. Kami dah ganti dengan versi sebetulnya.

Versi sebetulnya? - Menerangkan bagaimana Misi Apollo sebenarnya dipalsukan untuk...

...memufliskan Kesatuan Soviet.

Awak tak percaya kita dah berjaya ke bulan?

Saya percaya ia satu propaganda agung sehingga Soviet sendiri muflis...

...akibat melabur wang untuk semua roket dan mesin tak guna tu.

Mesin tak guna?

Kalau kita tak mahu ketirisan dan pembaziran abad 20 berulang,...

...kita mesti ajar generasi kita agar sayangi planet ni. Bukan meninggalkannya.

Salah satu mesin paling tak guna yang pernah dicipta adalah MRI.

Kalau betul mesin tu berguna, doktor pasti akan jumpa...

...kanser di dalam otak isteri saya sebelum dia mati, bukan selepas dia mati.

Kemudian, tentu dia yang akan duduk di sini mendengar semua ni...

...yang mana itu perkara yang bagus sebab dia biasanya, lebih penyabar.

Saya bersimpati mengenai isteri awak, En. Cooper.

Tapi Murph terlibat dalam pertelingkahan dengan rakan-rakan sekelasnya...

...disebabkan hal Apollo karut ni.

Sebab itu kami panggil awak ke sini dan mungkin awak ada kaedah tertentu...

...untuk atasi kecelaruan tingkah laku anak awak bermula dari rumah.

Ya, awak tahu tak, esok ada perlawanan.

Dia semakin meningkat dewasa, pasukan kegemarannya akan bermain.

Akan ada gula-gula, soda....

Rasanya saya akan bawa dia pergi tengok.

Bagaimana? - Kamu didenda.

Apa? - Cooper.

Ini Cooper, cakaplah. - Coop, jentera kamu rosak lagi.

Tetap semula kawalan. - Saya dah buat, tapi marilah tengok sendiri.

Banyak jentera hilang kawalan dan rodok kawasan lapang.

Ada sesuatu mengganggu kompas.

Masalah magnetik.

Tiada yang istimewa pada mana-mana buku. Saya dah kaji, macam ayah suruh.

Saya kira ruangnya. - Kenapa?

Mungkin hantu cuba berkomunikasi. Saya cuba Kod Morse.

Morse? - Ya, titik dan sengkang...

Ayah tahu Kod Morse, Murph. Tapi ayah tak fikir...

...rak buku kamu cuba berkomunikasi dengan kamu.

Kena tetap semula jam kompas dan GPS untuk imbang anomali.

Yakni? - Entahlah.

Kalau rumah kita dibina atas bijih magentik...

...kita pasti dah tahu dari awal kita hidupkan traktor.

Dengarnya perjumpaan kamu di sekolah tak berjalan lancar.

Awak dengar? Rasanya macam kita dah lupa siapa kita, Donald.

Kita pelopor, peneroka. Bukannya penjaga.

Semasa saya kecil, rasa macam setiap hari ada benda baru dicipta.

Gajet atau idea.

Macam setiap hari adalah Krismas. Tapi 6 bilion orang,...

...cuba bayangkannya.

Dan setiap seorang di antara mereka cuba merebut semuanya.

Dunia ni taklah teruk sangat.

Tom akan berikhtiar hidup. Kamu saja yang fikir bukan-bukan.

Lahir 40 tahun terlalu lewat atau 40 tahun terlalu awal.

Mujur anak saya dah pergi. Syukur.

Anak-anak kamu akan selamat, terutamanya Murph.

Dulu kita selalu merenung langit dan tertanya-tanya...

...kedudukan kita di atas sana.

Sekarang kita cuma pandang bawah,...

...dan risaukan kehidupan kita di bawah sini.

Cooper, kamu pakar dalam bidang kamu,...

...dan kamu tak berpeluang lakukan sesuatu dengannya.

Maafkan saya.

Kamu tak sangka pasir yang selama ini membuahkan makanan untuk kamu...

...untuk berubah sebegitu dan memusnahkan kamu.

Bulan, April, tak silap saya. 15hb April.

Waktu itu pukul 1:30 bila ia jatuh dari atas gunung.

Zaman atuk dulu kita ada ramai pemain handalan. Siapa mereka ni?

Zaman atuk dulu, orang sibuk...

...bergaduh pasal makanan semasa perlawanan besbol.

Bertih jagung tak sesuai masa besbol. Saya nak hotdog.

Pihak sekolah kata kamu akan ikut jejak langkah ayah.

Ayah rasa itu bagus. - Ayah rasa itu bagus?

More Malay subtitles for Interstellar

கருத்துகள்

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left