முதல் 200 வரிகள்.
Diterjemah oleh - Albex -
Lapor kepada pangkalan kamu serta merta.
Ini bukan latihan. Kita diserang!
Kita diserang!
Celaka!
Jaga bahasa!
Jarvis, bagaimana pemandangan dari atas?
Bangunan utamanya dilindungi oleh sejenis perisai tenaga.
Teknologi Strucker jauh melampaui pangkalan Hydra yang pernah kita tumpaskan.
Cokmar Loki tentu ada disini.
Strucker takkan mampu bina pertahanan ni tanpanya.
Setelah sekian lama.
"Setelah sekian lama" itu agak lama, korang.
Ya. Aku rasa kita dah kehilangan elemen kejutan.
Sebentar.
Sesiapa pun tak peduli yang Kapten kata "jaga bahasa"?
Aku tahu.
Terlepas cakap.
PANGKALAN PENYELIDIKAN HYDRA SOKOVIA, EROPAH TIMUR
Siapa beri arahan menyerang?
En. Strucker, mereka Pasukan Avenger.
Mereka mendarat di pedalaman hutan. Pengawal kawasan panik.
Mereka pasti mencari cokmar.
- Boleh kita tangani mereka? - Mereka Pasukan Avenger.
Kerahkan semua kereta kebal.
Tumpukan serangan pada yang lemah.
Kecederaan akan merapatkan jarak mereka.
Segalanya yang telah kita capai...
Tapi sekarang kita berada diambang pencapaian terbesar...
Jadi mari kita tunjukkan mereka apa yang telah kita kecapi.
Hantar Si Kembar.
Ia terlalu awal.
Itu matlamat asal mereka.
Orang-orang aku boleh tangani mereka.
Tuan, terdapat serangan di bandar.
Kita tahu yang Strucker takkan pedulikan korban awam.
Hantar masuk Iron Legion.
Kawasan ini tidak selamat. Sila jauhkan diri.
Kami disini untuk membantu.
Kawasan ini tidak selamat. Sila jauhkan diri.
Sila jauhkan diri.
Kami mahu elakkan kecederaan yang tak diingini. - Costel!
Kami akan maklumkan anda apabila konflik ini selesai.
- Kami disini untuk membantu. - Avenger, berambuslah!
Kami disini untuk membantu.
Kita takkan menyerah!
Pihak Amerika hantar badut sarkas mereka untuk uji kita.
Kita akan hantar mereka pulang dalam beg mayat.
- Jangan menyerah! - Jangan menyerah!
Aku akan menyerah.
Kau padam semua data.
Kalau kita serahkan senjata pada Avenger...
mereka mungkin takkan korek apa yang telah kita...
Si Kembar.
- Mereka belum bersedia untuk... - Tak, tak. Maksud aku...
Si Kembar.
Kau tak nampak kedatangannya?
Clint!
Ada golongan "Enhanced" disini. - Clint ditembak.
Ada sesiapa nak hancurkan kubu tu?
Terima kasih.
Stark, kita kena masuk kedalam.
Aku hampir masuk.
Jarvis, aku dah hampir ke?
Kau nampak sumber tenaga bagi perisai tu?
Terdapat gelombang zarah dibawah menara utara.
Bagus, aku nak hentam dengan sesuatu.
Perisai dah lumpuh, korang.
Golongan "Enhanced"?
Dia sangat laju.
Dalam banyak-banyak musuh kita hadapi, yang ni aku tak pernah nampak.
Hakikatnya, masih begitu.
Clint cedera teruk, korang. Kita kena berundur.
Aku boleh bawakan Barton ke jet. Lagi cepat kita pergi, lagi bagus.
- Kau dan Stark dapatkan cokmar. - Arahan diterima.
Nampaknya mereka sedang berbaris.
Mereka teruja.
Cari cokmar.
Dan demi Tuhan, jaga bahasa kau!
Usikan tu tak akan sudah.
Korang, berhenti. Mari kita bincang.
- Perbincangan yang bagus. - Tak, mana ada.
Oh.
Mod berjaga.
Okey, Jarvis. Aku nak salinan penuh. Pastikan kau hubungi Hill di ibu pejabat.
Kami dah selesai disini.
Cari Banner. Masa untuk alunan menenangkan.
Aku tahu kau sembunyikan lebih dari sekadar fail.
Hei J, bagi aku imbasan inframerah bilik ni, lekas.
Tembok sebelah kiri tuan.
Saya mengesan tetulang besi...
dan aliran udara.
Tolonglah ada pintu rahsia.
Tolonglah ada pintu rahsia. Tolonglah ada pintu rahsia.
Yeay.
Hei, lelaki gergasi.
Matahari hampir terbenam.
Baron Strucker.
Penyangak nombor satu Hydra.
Secara teknikalnya, aku penyangak S.H.I.E.L.D.
Jadi secara teknikalnya, kau menganggur.
Mana cokmar Loki?
Jangan risau, aku tahu aku dah kalah.
Aku harap nanti kau akan beritahu yang aku telah beri kerjasama.
Aku akan sabitkan dibawah eksperimen haram ke atas manusia.
Ada berapa ramai?
Ada "Enhanced" kedua. Wanita. Jangan cuba lawan.
Kau harus lebih cepat dari...
Oh.
Korang, aku dah dapat Strucker.
Ya, aku dapat sesuatu yang lebih besar.
Thor...
Cokmar ada depan mata aku.
Kau... sepatutnya boleh... selamatkan... kami.
Kenapa kau tak berusaha lebih lagi?
Kita nak biarkan saja dia ambil?
AVENGER
ZAMAN ULTRON
Hei, alunan itu lebih berkesan dari kebiasaan.
Cuma tak sangka yang aku kena bertukar.
Kalau kau tiada, dah tentu korban akan jadi dua kali ganda.
Kawan baik aku tu akan jadi kenangan terindah.
Kau tahu, kadang-kadang apa yang aku nak dengar...
bukan sebetulnya apa yang aku nak dengar.
Berapa lama lagi untuk kau percayakan aku?
Bukan kau yang aku tak percaya.
Thor, laporan mengenai Hulk.
Gerbang Hel dipenuhi dengan jeritan mangsanya.
Tapi bukan jeritan yang terkorban. Tak, tak, jeritan yang tercedera.
Kebanyakannya merengek, penuh rungutan...
dan hikayat pergelangan terseliuh serta gout.
Hei Banner, Dr. Cho dalam perjalanan dari Seoul.
Boleh dia guna makmal kau?
- Ya, dia dah biasa. - Terima kasih.
Suruh dia sediakan segalanya. Barton perlukan rawatan penuh.
- Baiklah, tuan. - Jarvis, ambil alih.
Baik, tuan.
Destinasi ditetapkan.
Senang hati?
Maksud aku, lama kau cari benda ni sejak keruntuhan S.H.I.E.L.D.
Bukannya aku tak suka misi serbuan kita, tapi...
Tak, tapi ini... Ini membawa kita lebih hampir.
Sebaik saja kita dapat tahu mereka gunakannya untuk apa lagi.
Aku tak maksudkan cuma senjata.
Sejak bila Strucker mampu cipta manusia yang tinggi upaya?
Aku dan Banner akan menelitinya sebelum ia dikembalikan ke Asgard. Kau okey?
Beberapa hari saja sehinggalah parti perpisahan.
Kau akan hadir, kan?
Ya, ya, dah tentu. Kemenangan harus diraikan dengan acara suka ria.
Ya, siapa yang tak sukakannya? Kapten?
Semoga ini menjadi penamat kepada Chitauri dan Hydra. Jadi...
...ya, acara suka ria.
Makmal dah sedia, bos.
Sebenarnya, dia bos.
Aku cuma biaya semuanya dan rekabentuk segalanya...
dan buat semua orang nampak lebih gempak.
Bagaimana dengan Strucker?
- Pihak NATO dah uruskan. - Si "Enhanced" berdua tu?
Wanda dan Pietro Maximoff. Kembar.
Yatim piatu diusia 10 tahun setelah letupan bom ranapkan rumah mereka.
Sokovia mempunyai sejarah buruk.
Ia cuma bandar biasa, tapi berdekatan dgn tempat istimewa.
Kebolehan mereka?
Yang lelaki bermetabolisme tinggi dan homeostasis haba yang dipertingkat.
Yang wanita antaramuka neuroelektrik, telekinesis, manipulasi minda.
Seorang laju dan seorang lagi pelik.
Mereka akan muncul semula.
Setuju. Fail menyatakan yang mereka sukarela bagi eksperimen Strucker.
- Gila betul. - Benar.
Raksasa jenis apa yang rela dieksperimen oleh saintis Jerman...
demi melindungi negara mereka?
Kita bukan dalam peperangan, Kapten.
Mereka sebaliknya.
- Macam mana keadaan dia? - Malangnya, dia masih Barton.
Dahsyatnya.
Dia okey. Dia haus.
Okey. Bersemangat, Jarvis. Masa untuk bermain.
Kita cuma ada 2 hari dengan cokmar ni, jadi mari kita manfaatkan.
Kemaskinikan struktur dan campuran analisis.
Cokmar ini benda asing.
Terdapat elemen yang tak dapat saya kenalpasti.
Jadi, ada elemen yang kau boleh?
Nampaknya permata itu adalah pelindung bagi sesuatu didalamnya...
- Sesuatu yang berkuasa. - Seperti reaktor?
Seperti komputer.
Saya percaya saya mengesan kod.
Kau pasti dia akan sembuh?
Berpura-pura memerlukan dia ni memang merapatkan pasukan.
Tiada kemungkinan kemerosotan.
Fungsi molekul nano adalah serta merta.
Selnya sedang bercantum dengan sel buatan.
Dia mencipta tisu.
Kalau awak bawa dia ke makmal saya...
...Buai Regenerasi boleh bereskan dalam 20 minit.
Oh. Dia sedang nazak. Umumkan. Waktu kematian?
Tak, tak, tak. Aku akan hidup selamanya.
Aku akan diperbuat dari plastik. - Minuman kau.
Awak akan sama saja, En. Barton.
Kekasih awak pun takkan perasan sebarang perubahan.
- Saya tak ada kekasih. - Itu saya tak dapat tolong.
No comments yet. Be the first to leave one.