முதல் 200 வரிகள்.
Blake.
Blake!
Maaf, Sarjan.
Pilih seorang, bawa barangan kamu.
Baik, Sarjan.
- Jangan lengah lagi. - Tak, Sarjan.
Mereka dah bagi kita makan ke?
Tak, surat sahaja.
Myrtle dah bela anjing.
Kau dapat apa-apa?
Tak.
Aku lapar teruk ni, kau tak lapar?
Aku ingat kita mungkin dapat makanan yang sedap di sini.
Itu satu-satunya sebab aku tak mahu sertai kepaderian.
- Apa yang kau makan tu? - Daging ham dan roti.
Mana kau jumpa tu?
Aku ada simpanan aku.
Nah.
Rasa macam kasut lama.
Bertahanlah. Waktu ini pada minggu depan kita akan menang besar.
Bukan aku. Cuti aku dibatalkan.
Mereka kata tak sebab apa?
Entahlah.
Lebih mudah kalau tak balik langsung.
Ada benda berlaku. Kau ada dengar apa-apa?
Tak.
Mesti berkaitan serangan itu, bukan?
Aku taruh 10 syling katakan yang kita akan maju ke depan.
Aku takkan bertaruh.
Kenapa? Sebab kau tahu aku betul?
Tak. Sebab kau tiada pun 10 syiling.
Ikutlah masa kamu, tuan-tuan.
- Ada apa-apa berita ke, Sarjan? - Berita apa?
Serangan besar.
Ia patut berlaku berminggu-minggu lepas. Mereka beritahu kami akan balik bila Krismas.
Ya, maaf sebab mengganggu jadual kamu yang padat, Blake,
tapi pegawai tertinggi tak suka dengan salji.
Sayang sekali, Sarjan, dapat makan ayam belanda pun dah cukup.
Saya akan pastikan untuk ganti ketidaksenangan kamu dengan arahan.
Jadi, apa yang mungkin berlaku ini, Sarjan?
Askar Jerman itu ada perancangan.
- Tahu tak pasal apa? - Tak.
Tapi ia akan merosakkan hari minggu kita.
Dengar sini, Erinmore ada di dalam, jadi kemaskan diri kamu.
Kita tak tahu -
mungkin ada sebutan perkhidmatan cemerlang untuk ini,
kalau kamu tak buat silap.
Mesti sesuatu yang besar kalau Jeneral ada di sini.
Lans Koperal Blake dan Schofield, Tuan.
- Yang mana antara kamu adalah Blake? - Tuan.
Kamu ada seorang abang, Leftenan dalam Pasukan Devon ke-2?
Ya, tuan. Joseph Blake, adakah dia..?
Hidup, setakat yang saya tahu.
Dan dengan bantuan kamu saya mahu ia kekal begitu.
Sanders beritahu saya kamu bagus dengan peta, benarkah?
Cukup bagus, Tuan.
Jadi.
Kita berada di sini.
Devons ke-2 sedang maju di sini.
Berapa tempoh masa untuk kamu sampai ke sana?
Saya tak faham, Tuan.
Tuan, tanah itu diduduki oleh askar Jerman.
Askar Jerman dah tiada.
Jangan gembira sangat. Rupanya itu adalah perunduran strategik.
Nampaknya mereka membuat sempadan baru, sembilan batu di belakang ini, dari pengamatan kami.
Kolonel MacKenzie adalah ketua pemerintah pasukan ke-2 itu.
Dia mengutuskan pagi semalam bahawa dia nak menyerang askar Jerman yang sedang berundur itu.
Dia yakin bahawa dia mampu menumpaskan mereka -
bahawa kalau dia boleh musnahkan sempadan mereka sekarang, dia akan mengubah nasib kita.
Dia salah.
Kolonel MacKenzie belum melihat lagi pandangan udara bagi sempadan baru musuh ini.
Mari sini, tuan-tuan.
Tiga batu dalam, benteng-benteng, pertahanan, meriam,
jenis yang kita belum pernah lihat.
Pasukan ke-2 itu dijadualkan untuk menyerang sempadan itu terus selepas subuh esok.
Mereka tak tahu langsung apa yang mereka bakal hadapi.
Dan kami tak boleh bagi amaran pada mereka - sebagai 'hadiah perpisahan',
musuh memotong semua wayar telegram kita.
Arahan kamu adalah untuk pergi ke pasukan ke-2 itu
di Hutan Croisilles, satu batu ke tenggara pekan Ecoust.
Serahkan ini kepada Kolonel MacKenzie.
Ia adalah arahan langsung untuk batalkan serangan esok pagi.
Kalau kamu tak buat begitu, akan berlaku pembunuhan besar-besaran.
Kita akan kehilangan dua batalion. 1600 orang, abang kamu termasuk sekali.
Kamu rasa kamu boleh tiba di sana tepat pada masa?
- Ya, Tuan. - Ada apa-apa soalan?
- Tiada, Tuan. - Bagus.
Serahkan pada kamu, Leftenan.
Bekalan, tuan-tuan.
Peta, lampu suluh, bom tangan, dan sedikit makanan.
Bertolak segera, ikut parit ini ke barat, sehingga Sauchiehall Street,
kemudian Barat laut bagi Paradise Alley di hadapan.
Teruskan sepanjang barisan hadapan itu sehingga kamu jumpa pasukan York.
Bagi nota ini pada Mejar Stevenson. Dia yang mempertahan sempadan
di jarak terpendek bagi tanah tak berbenteng.
Kamu akan melintasi sana.
Hari masih siang, Tuan. Mereka akan nampak kami.
Tiada apa perlu dibimbangkan. Kamu takkan berdepan dengan musuh.
Tuan, kami sahajakah?
"Turun ke Gehenna atau naik ke Throne, Yang bergerak paling laju adalah yang bergerak sendirian."
- Tidakkah kamu fikir begitu, Leftenan? - Ya, Tuan. Saya fikir begitu.
Semoga berjaya.
Blake - mari kita bincang sekejap pasal ini.
Kenapa?
Blake!
Kita cuma perlu fikir tentangnya.
Tiada apa yang nak difikirkan. Dia adalah abang aku.
Kita sekurangnya patut tunggu sehingga hari dah gelap.
Erinmore kata bertolak segera.
Erinmore tak pernah lihat tanah tak berbenteng itu.
Kita takkan selamat sampai 10 ela pun. Kita tunggu sajalah.
Kau dah dengar kan. Dia kata askar Jerman dah tiada.
Sebab itukah mereka bagi kita bom tangan?
- Mata tu pandang jalan! - Maaf.
Apa yang aku katakan hanyalah tunggu.
Ya, kau akan kata begitu, sebab dia bukan abang kau, bukan?
Dengar sini, kali terakhir aku diberitahu yang askar Jerman itu dah pergi, ia tak berakhir dengan baik.
Kau tak tahu, Blake, kau tiada di sana.
Tumpang lalu. Tumpang lalu!
Korang menuju ke penghujung paritlah bodoh.
Arahan dari Jeneral, Tuan.
Baiklah, katakanlah askar Jerman itu dah tiada.
Sembilan batu akan ambil masa, berapa, enam jam? Lapan jam paling lama pun.
Jadi kita ada masa untuk tunggu sehingga matahari terbenam...
Itu kawasan musuh, kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi.
Blake, kalau kita tak bertindak bijak pasal ini, tiada siapa yang akan sampai pada abang kau.
Aku akan sampai.
Kita dah sampai. Inilah barisan hadapan.
Sekarang kita perlu mencari askar York.
- Tengoklah siapa yang kau tolak. - Jadi ketepilah.
Kau fikir kau siapa, tolak askar yang tercedera?
Lepaskan aku!
Musibat ni jatuhkan Sarjan kami, dia dahlah tercedera!
Maafkan aku, okey, maafkan aku.
- Kami ada tugasan. - Bagi saja aku lalu.
- Arahan dari Jeneral. - Bagi saja aku lalu.
Ke tepi.
Baik. Hati-hati sedikit bila berjalan.
Senyap sungguh ni.
Macam inikah rasanya sebelum peperangan Thiepval?
Aku tak ingat.
Kau tak ingat peperangan Somme?
Tak sangat.
Kau buat dengan baik waktu itu. Sekurangnya dapat anugerah kau.
Dah tiada lagi.
Apa? Kau hilang pingat kau?
Ini penghujungnya.
Rendahkan badan.
Aduhai, hati-hatilah, kau pijak si mati.
Itu Sarjan kami.
Lebih baik bawa mereka keluar dari parit ini dengan paip besar.
Kamu tahu di mana askar York?
Lencongan seterusnya kamu akan berdiri di atas separuh dari mereka.
Ditembak mati dua malam yang lepas.
York?
Ya, Koperal.
Di mana Mejar Stevenson?
Terbunuh beberapa malam yang lalu, Koperal.
Leftenan Leslie yang mengetuai sekarang.
Di mana aku boleh mencarinya?
Parit seterusnya.
Sini.
Tuan? Leftenan Leslie, Tuan?
Apa dia?
Kami ada pesanan dari Jeneral Erinmore.
- Kamu pengganti kami ke? - Tidak, Tuan.
Jadi, bila mereka nak sampai ni?
Kami tak tahu, Tuan. Tapi kami dapat arahan untuk melintasi di sini.
- Itu adalah barisan hadapan Jerman. - Kami tahu, Tuan.
Tuan boleh ambil surat ini.
Selesaikan taruhan, hari apa hari ini?
Jumaat.
Jumaat? Dengarlah tu. Satu tekaan kita pun tak betul.
Si bodoh ini ingat hari ini hari Selasa.
Maaf, Tuan.
Mereka ni dah gila ke?
Satu malam yang sunyi, dan pegawai tertinggi fikir askar Jerman dah pulang.
Kamu rasa mereka silap, Tuan?
Kami kehilangan seorang Pegawai dan tiga orang askar dua malam lepas.
Mereka ditembak sampai mati ketika sedang membetulkan kawat itu.
Kami heret dua dari mereka ke sini. Rasanya tak perlu pun.
Tuan, Jeneral pasti bahawa musuh telah berundur.
Terdapat gambaran dari udara bagi sempadan baru itu...
Diamlah. Kami dah berlawan dan mati di setiap inci tempat ini,
sekarang mereka tiba-tiba bagi kita sebatu? Itu perangkap.
Tapi, bertabahlah. Pastinya ada pingat untuk ini.
Tiada apa selain pingat beriben untuk menggembirakan si janda.
Baiklah.
Di mana jalan terdekat untuk melepasinya, Tuan?
Kawat kami dah berterabur. Tapi ada laluan untuk melepasinya, lebih kuranglah.
Rushworth! Bagi dia tengok.
Terus ke depan, ke kiri, selepas bangkai kuda itu.
Ada ruang betul-betul di belakang bangkai mereka.
Berguna, sebab kalau gelap kamu ikut bau busuk itu.
Bila kamu tiba di kawat yang kedua, cari mayat yang membongkok.
Ada jalan kecil hanya sebelah dia.
Sempadan Jerman adalah dalam 150 ela selepas itu.
Jaga-jaga dengan kawah-kawah. Ianya lebih dalam dari yang kamu nampak.
Kamu jatuh, takkan boleh keluar. Ikut sini.
Bangun, Kilgour. Makan ruang betul.
No comments yet. Be the first to leave one.