Maelezo ya toleo

Crash Landing on You Netflix Complete
Maoni na 53k54
Netflix

Lebo

other
Yamechapishwa tarehe: 2020-09-08
Upakuaji: 67
Wenye Ulemavu wa Kusikia: No

Hakikisho la manukuu ya Malay

Mistari 200 ya kwanza.

SIRI ASLI NETFLIX

SEMUA WATAK, INSIDEN, ORGANISASI, DAN LATAR BELAKANG ADALAH REKAAN

EPISOD 1

LOMBONG

100 PERATUS ASID KARBONIK TULEN

RASA BIR SEBENAR

Ya, berita itu akan disiarkan pukul 7:00 pagi ini.

Tapi saya beritahu Despatch,

mereka cuma berpegangan tangan. Tak semestinya bercinta.

Lagipun, awak cuma pegang pergelangan tangannya.

Jadi, saya nafikan sekeras-kerasnya.

Kami kata kamu kawan rapat yang suka bergurau.

Itu gurauan?

Ya, saya kata itu cara kamu bermesra…

Maksud saya, bersenda.

TAK SYAK LAGI

Ya, kami rapat.

Tapi semua itu dah berakhir.

SAYA NAK BALIK

Baiklah.

Dah berlaku. Biarlah.

Biarkan saja,

tapi boleh betulkan kesan samaran itu?

Nak samarkan lagi muka awak?

Bukan.

Subang saya pun tertutup.

Itu aksesori paling penting untuk promosi kali ini.

Cuba betulkan kesan samaran itu.

Suruh mereka kecilkan

supaya subang saya menonjol.

Kalau boleh, guna gambar penuh.

Biar orang nampak beg dan kasut saya.

Baik.

Pengurus Pembelian.

Apa peranan awak di sini?

- Maaf? - Subang, beg dan kasut.

Pastikan stok mencukupi.

Pesanan pasti bertimbun-timbun.

Baik.

Siapa dia? Kenapa heboh?

Dia kekasih Cha Sang-u, pelakon itu?

Ya.

Pengawal peribadi?

Tak cantik pun.

- Tak sesuai. - Tentu kerana duit.

Kenapa lebih ramai yang memerhati daripada biasa?

Kenapa awak upah pengawal peribadi?

Peminat Cha Sang-u mungkin akan serang awak kerana marah.

Marah?

Saya yang patut marah, bukan mereka.

Cik Yoon, bertenang.

Keuntungan hari ini bersamaan untung purata setahun.

Wah, macam selebriti.

Siapa ini?

Abang sulung!

Nombor abang sendiri pun tiada? Angkuh betul.

Kenapa?

Dulu, dengan pemain besbol.

- Bola sepak. - Ya, bola sepak.

Kali ini, dengan penyanyi?

- Pelakon. - Pelakon?

Ini tujuan awak telefon?

Mungkin awak tak tahu hal keluarga kita

sebab terlalu sibuk malukan kami,

tapi, awak tak tengok berita?

Kalau tiada waktu perayaan atau hari peringatan pun,

awak kena ada hari ini.

Ini nombor awak?

Ya, tolonglah simpan.

Jangan tukar nombor. Leceh nak sekat dua kali.

SEKAT NOMBOR

Tak guna.

- Dia letak? - Budak tak guna.

Biarlah.

Sudah bertahun-tahun Seri tinggalkan keluarga.

Saya telefon dia atas arahan ayah.

Ayah yang panggil kita berkumpul hari ini?

Tentu sebab hal itu.

- Pilih pewaris. - Pilih pewaris..

Pengerusi Kumpulan Queens. Yoon Jeung-pyeong,

yang ditahan Mac lalu di bawah Akta Jenayah Ekonomi

dibebaskan setelah diletakkan di bawah percubaan selama 283 hari.

Pengerusi Yoon mendakwa akan melepaskan jawatannya

yang dijangka diwarisi anak sulungnya, Yoon Se-jun,

manakala anak kedua, Yoon Se-hyeong,

dikatakan akan meneraju pucuk pimpinan kumpulan itu.

- Tuan. - Dia dah sampai.

- Sila beri komen. - Komen.

- Mohon penjelasan! - Komen!

Apa semua ini?

TAHNIAH ATAS PEMBEBASAN

Ayah, saya buat kek tauhu ini

untuk raikan pembebasan ayah.

Isteri saya memang bijak. Tahniah, ayah.

Angin kamu nampak baik hari ni.

Saya gembira ayah dah bebas daripada penjara.

Orang sibuk tentang perebutan kuasa adik-beradik

dan soal waris syarikat.

Kenapa dengan mereka?

Mungkin mereka fikir orang kaya macam kita

tiada hubungan kekeluargaan.

Padahal, kita sangat rapat.

Betul, Sang-a?

Sudah tentu.

Oh, Se-jun,

awak dan ketua kesatuan sekerja bertumbuk. Dah selesai?

Mereka sedang cuba selesaikan dengan aman.

Biasalah lelaki. Kasar sedikit.

Ya, biasalah.

Sang-a, khabarnya,

Se-hyeong terjerat oleh sindiket pelaburan.

Bila?

Harga saham jatuh 50 peratus. Apa boleh buat?

Tapi orang persoalkan kredibiliti awak sebagai pemimpin.

Geram sungguh dibuatnya.

Awak cuma mangsa fraud bernilai tinggi, tapi, orang kata awak

bodoh dan cetek akal.

Siapa yang kata adik saya bodoh?

- Orang kata. - Bukan fraud,

tapi kawan saya itu belum dapat dihubungi.

Selesaikan

atau pemegang saham saman awak.

Jangan menyibuk.

Ayah, Se-jun patahkan gigi ketua kesatuan sekerja.

Saya tanggung kos implan giginya.

- Bangga? - Bangga apa, bodoh?

- Dasar tak guna. - Awak caci saya?

Di mana Seri?

Ayah suruh kamu panggil Seri datang.

Dah beberapa kali saya cuba telefon,

tapi budak itu sekat nombor saya.

Ayah, tahniah kerana telah bebas.

Saya dengar ayah nak saya hadir.

Ada apa?

Ayah nak kamu balik ke rumah.

Itu saja…

Rupa-rupanya.

Ayah nampak sihat.

Jagalah kesihatan.

Saya datang untuk bertegur sapa. Minta diri dulu.

Ayah nak kamu ambil alih tempat ayah.

- Ayah. - Ayah.

Sayang.

Dengar dulu.

Kamu keluar untuk bina syarikat sendiri sepuluh tahun lalu.

Ayah nampak kebolehan kamu.

Jadi…

Ayah nak kamu jaga syarikat ini.

Baiklah.

- Kamu cuma budak mentah! - Betul!

Sebagai pewaris, saya berhak

lantik CEO baru untuk anak syarikat kita?

Tentulah.

Baguslah.

Saya dah lama rasa beberapa CEO kita kurang layak.

Ada yang kerap berbalah dengan pekerja.

Ada yang kerap disaman.

Ada yang buat syarikat rugi besar atas kebodohan sendiri.

CEO seperti ini mesti dipecat tanpa ragu-ragu.

Ayah serah kepada kamu.

Terima kasih.

Tapi beri saya masa.

Saya sedang kembangkan syarikat dengan koleksi pakaian sukan ekstrem.

Saya akan cari pakar pengurusan yang bagus.

Baiklah. Jumpa di pejabat ayah esok?

Esok tak boleh. Kami sedang jalankan ujian akhir untuk produk baru.

Ayah nak umumkan dalam mesyuarat agung dengan pemegang saham.

Kita jumpa sebelum itu.

Baiklah.

Selamat makan malam, semua.

Kalau saya tak balik, susah kamu nak menelan.

- Cik Yoon, awak pandai luncur udara? - Saya tak cakap?

Saya ambil sijil di Interlaken, Switzerland.

Begitu rupanya.

Kami boleh uji dan lapor. Tak perlu uji sendiri.

Tak sempat tunggu laporan.

Selepas ini, saya sibuk nak naik.

Naik ke mana?

Naik ke atas.

Awak sudah di atas. Ke atas mana lagi?

Pagi-pagi esok,

saya akan muncul dalam berita.

Jangan terkejut.

Skandal lagi?

Bukan.

Okey, boleh kita mula?

Hari ini angin kencang.

Kami dah semak ramalan cuaca. Awak pasti akan selamat?

En. Hong.

Kenapa angin bertiup?

Saya tak tahu.

Angin bertiup untuk maju ke depan,

bukan terperuk di takuk lama.

Apabila angin bertiup kencang…

Barulah saya dapat terbang.

Cik Yoon, hati-hati!

Awak benar-benar hebat.

Awak dah bekerja keras, Seri.

Sekarang, saya boleh terbang tinggi.

Cantiknya.

Maoni

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left