Mistari 200 ya kwanza.
Hello, hello, semua. Terima kasih, terima kasih.
Terima kasih banyak-banyak.
Kami dah kembali!
Kami dah kembali, dengan wajah Top Gear yang baru.
Kami dah tukar segalanya.
Bagi memberikan petunjuk apa yang bakal mendatang,
kami telah menyediakan satu montaj.
Tally-ho, tally-ho, chaps.
Mereka ada dimana-mana!
Di Twickenham, untuk England!
Kita mungkin berpeluang untuk menang.
Ayuh lakukan untuk Carroll Shelby, ayuh!
Kamu akan jumpa permulaan sungai Nil.
Kita dah sampai dekat kelab bowling. - Oh, bagus.
Berhenti. Oh, saya dah berjaya.
Tiada orang memandu!
Orang terakhir sampai akan menyeberang ke Mexico...
Hello. Saya dengan tak sengaja melukis alat sulit lelaki dalam longkang.
'Oh, alamak.'
Lompatan besar, whoa!
Kita tak tukar apa-apa pun, kan? - Tidak.
Saya beli jaket baru. Awak beli kasut baru.
Saya berumur 50an sekarang. - James, kamu dilahirkan di tahun 50an.
Untuk pengetahuan, James mencapai umur 50 minggu lepas.
Ya.
Kenapa anda tepuk tangan?
Untuk capai umur 50, dia cuma perlu jaga diri,
dengan kelajuan pemanduannya, ia mudah bagi dia.
Kita ada kisah menarik bakal datang, ada perlumbaan menarik,
cabaran besar, dan semestinya kereta yang habat.
Dan kita mulakan dengan yang terbaik.
Pagani Zonda adalah kereta super kegemaran saya.
Tapi ia sudah lama muncul,
dan sejak beberapa tahun lepas, Pagani telah beberapa kali
berjanji untuk menggantikan dengan kereta baru.
Dan akhirnya mereka menunaikan janji mereka.
Ia dipanggil Huayra.
Harganya 800,000 Pound dan memiliki kelajuan maksimum 370kmj.
Nama Huayra datang dari nama dewa angin Amerika Selatan.
Mungkin anda tak nak dengar pasal tu.
Apa anda nak dengar adalah enjinnya 6 liter twin-turbo V12,
dibuat khas oleh AMG.
Dan bila digabungkan dengan petrol, ia menghasilkan 733 bhp.
Apa anda nak dengar dan lihat adalah kesan kuasa itu.
Aaaargh, ha-ha!
Roda tergelincir sepanjang masa!
Saya berada dalam raksasa!
Ha-ha-ha!
0 to 100kmj dalam 3.2 saat kemudian ia berlepas ke angkasa!
Itu 289kmj.
Ia sangat ganas.
Saya belum puas. Saya nak buat lagi.
Tapi ia bukan setakat kelajuan.
Sebab di dalam Huayra, ia seperti ciri Victoria abad ke 23.
Dan perinciannya sangat melampau - hampir setiap benda
dibuat dari titanium.
Lencana namanya mengambil masa 24 jam untuk diukir
dari seketul aluminium padu.
Setiap roda, juga dihasilkan dari seketul blok aluminium,
mengambil masa 5 hari untuk dihasilkan.
Dan lihat pada batang gear.
Semua mekanisma didedahkan supaya anda dapat lihat cara ia berfungsi.
Ia dibuat dari 67 bahagian, semua disusun
supaya anda dapat mendengar bunyi gear sedang ditukar.
Anda tak perlu gunakannya - sebab sudah ada pedal di stereng -
tapi mereka buatnya untuk buat ia rasa lebih istimewa.
Kegilaan terhadap perincian semakin berterusan.
Malah badannya berteknologi lebih tinggi
dari kereta Formula One.
Ia dibuat dari carbotanium. Malah saya tahu maksudnya!
Sebab ada orang beritahu saya.
Ia gabungan gentian karbon dan titanium,
ia sangat ringan tapi lebih kuat dari gentian karbon
dan tidak berkecai bila berlanggar.
Menjadikan ia lebih selamat...
kalau kereta berkuasa 730bhp ini
terhempas ke dinding.
Tapi bukan semua perkara adalah yang terkini.
Pagani tidak menggunakan klac plat berkembar,
walau pun ia lebih cepat menukar gear.
Sebaliknya mereka guna klac plat tunggal sebab ia lebih kecil
dan 100kg lebih ringan.
Malah, berat Huayra hanya 1,350 kilogram
dan nisbah kuasa kepada berat adalah 541 bhp per tan,
iaitu lebih daripada Bugatti Veyron.
Tapi Bugatti Veyron menggunakan pacuan 4 roda, kereta ini hanya pacuan belakang,
dan lebih membimbangkan, sekarang tiba masa
untuk lihat kereta ini mengambil selekoh.
Saya faham kebanyakan penonton muda dan yang berjiwa muda
mahu melihat saya menggelongsorkan belakang kereta ini.
Jadi inilah dia.
Menakjubkan, anda boleh mengambil selekoh dengan gila-gila
tapi masih terselamat.
Sebab ada ilmu hitam yang dipanggil aerodinamik yang menjaga kereta ini.
Nampak tak sayap di luar tu?
Ada 2 di belakang dan 2 di depan. Ia mengukur kelajuan kereta
dan terbuka untuk menstabilkan kereta.
Hebat sekali!
Semua kuasa dari roda belakang - Saya menyukainya!
Tapi kawalannya bukan bergantung sepenuhnya kepada sayap ajaib itu.
Ia tidak terasa besar, macam Lambo,
ia telah diatur dengan baik
hingga saya boleh membelok dengan laju tanpa perlu menjerit ketakutan.
Oh, tuhan, ia begitu kemas.
Zonda biasanya sukar untuk diramal,
tapi Huayra berjaya mengatasinya.
Pemanduannya lebih baik, lebih cantik dan masih ada keunikan.
Selain itu ia mempunyai sesuatu,
yang Ferrari dan Lamborghini, sudah tiada.
Mungkin ia kedengaran agak pelik,
Ia masih ada kesucian.
Ferrari dan Lamborghini tidak ada
Lamborghini sudah dibeli oleh Audi,
Ferrari pula menjadi alat untuk menjual topi dan rantai kunci.
Pagani seperti Ferrari dan lamborghini 30 tahun lalu - tiada unsur korporat,
tiada cenderamata, mereka cuma buat poster.
Dengan sedikit kegilaan seperti ditunjukkan Lamborghini beberapa dekad lalu.
Dan anda dapat rasakannya!
Mungkin ada di kalangan penonton sekarang
yang mampu membeli kereta ini.
Dan menjadi tugas anda, saya dan semua orang untuk bersama-sama
bersorak "Beli, beli, beli!"
Ia kelihatan menakjubkan. Gila tapi menakjubkan.
Kamu tahu tak bandar mana di dunia ini
yang paling banyak menempah kereta ini? - Tak tahu.
Wakefield. - Betul ke? - Saya reka saja.
Adakah ia sepantas rupanya?
Ya, ya! Kamu tahu jalan lurus antara selekoh Chicago
dan Hammerhead? - Ya. - Dengan kereta ini ia terasa pendek saja.
Tiba-tiba sampai!
Ia tersangat laju.
Jadi kita harus tahu kelajuannya di litar kita,
ini bermakna ia perlu diserahkan kepada pemandu kita.
Ada orang kata, kami dah fikirkan cara baru
untuk perkenalkan dia.
Tapi kami tidak.
Dia adalah Stig!
Dia berlepas, dengan lembut pada permulaan,
kemudian tayar berpusing, sayap mula terbuka.
di selekoh pertama, dan dia... memberi isyarat,
dia berjaya mengawal.
Sikit lagi.
Semenjak sukan Olimpik, Stig menjadi obses dengan lagu negara.
Dia melalui selekoh Chicago dan menuju ke Hammerhead.
Betul kata Hammond, sangat pantas.
Dengan tenang membelok ke kiri dan kanan.
Menekan minyak. Dapatkah anda dengar bunyi turbo membuang angin?
Jalan lurus - tak mungkin dia dapat pecut sehingga maksimum.
Nampaknya ya. Dia tekan brek dekat tayar,
mungkin dengan kaki kiri atau kaki tengahnya.
Dua selekoh lagi. Dia laju.
Tenang, Stig, selekoh Gambon. Sangat lancar.
Dan melintasi garisan.
Baiklah, Pagani, Pagani...
Huuuugh.
Huuuugh.
Huayra.
Huuuugh. Ia nama yang bodoh.
Kenapa ia bodoh?
Ia langsung tak ada konsonan.
Konsonan adalah asas bahasa. Kalau tiada konsonan dalam nama kamu,
bunyinya adalah... I-a.
Dan saya jadi... Eey.
Lama orang tunggu rancangan ini kembali, dan itu yang kamu cakap.
Kereta terpantas di litar kita adalah
Ariel Atom V8. 1.15.1.
Jadi kamu kata kereta ini lebih laju dari itu?
Pada pendapat saya, ia sama pantas.
Kamu silap.
Sebab catatan masanya adalah 1...
13.8. Saya tak bergurau.
Betul-betul menakjubkan.
Saya memang tak sangka rekod itu dapat dipecahkan.
Masa untuk berita. Dan ini adalah berita baik
sebab Dacia Sandero sedang dijual di UK dan heboh diperkatakan.
Bagus! Sekarang, Mercedes SLS, itu dia.
Kini muncul versi hitam, itu gambarnya dan ia berwarna kuning.
Mempunyai 60hp lebih dari model standard, lebih laju, lebih ganas.
Adakah iklannya mempunyai kesan peluru?
Tak, ia diukir ke muka kamu dengan pisau memburu. - Ya ke?
Adakah mereka dah selesaikan masalah sebelum ini - ia tak boleh terbabas.
Yang ini tak boleh berjalan lurus.
Kawan saya baru beli Mercedes black series,
setiap kali jumpa dia, saya cakap, "Apa khabar?"
Dia akan cakap "Baik! Sangat gembira!"
"Tapi kamu kelihatan makin tua."
"Saya tahu! Tapi saya menyukainya!"
Ia sama macam, "Saya ada anjing pengawal baru, ia hebat!
"Tak tahu bila ia akan menyerang atau siapa! Tapi saya suka"
Itulah ia. Ia seekor anjing berwarna kuning. - Sangat bodoh.
Boleh saya bercakap tentang novel 50 Shades Of Grey?
Biar betul?
Siapa yang dah bacanya? Jawab dengan jujur,
siapa dah baca? Kita dah nampak coraknya.
Ia dibaca oleh perempuan, kan?
Tiada pencabar bagi pihak lelaki.
Tapi saya dah jumpa saingan 50 Shades Of Grey.
Tremendous Tractors.
Kamu pasti menyukainya.
Apa kurangnya ia?
No comments yet. Be the first to leave one.