Maelezo ya toleo

Deaw13 Thai Stand Up Comedy (2022) NF WEB-DL
Maoni na Ridz
Sub Retail Netflix

Lebo

other
Yamechapishwa tarehe: 2022-10-11
Upakuaji: 21
Wenye Ulemavu wa Kusikia: No

Hakikisho la manukuu ya Malay

Mistari 200 ya kwanza.

SEBUAH KOMEDI ISTIMEWA NETFLIX

Sila beri tepukan untuk Udom Taephanich!

Saya baru nampak papan tanda itu.

Terima kasih banyak.

Jika anda gembira Tepuk tangan

Saya rindu berada di atas pentas.

Kami rindu awak juga.

Saya amat gembira.

Boleh saya…

Boleh tumpukan lebih banyak lampu pada saya?

Sudah lama saya mahukan ini.

Sekarang saya faham perasaan Srisuwan Janya.

Pertama sekali, saya nak minta maaf

atas semua prosedur yang anda lalui untuk masuk ke sini.

Kita harus patuh langkah-langkah kerajaan.

Ia mungkin agak menjengkelkan.

Trafik amat sesak.

Ada bantahan

terhadap seseorang yang kita nak keluar.

Baiklah…

Mungkin kita boleh maafkan pembantah itu sebab mereka membantah bagi pihak kita

sementara kita duduk berehat di sini.

Saya berjanji akan buat anda lebih gembira perlahan-lahan.

Jika kita tak ikut peraturan, rancangan ini akan ditangguhkan lagi.

Pasukan saya merayu saya tinggalkan tokong untuk buat rancangan ini.

Seluruh syarikat datang.

Seluruh syarikat duduk di sana, merayu,

"Ini masanya awak berhenti jadi sami."

"Jika tak, awak takkan sempat buat persediaan."

Jika saya berhenti jadi sami dan rancangan ini ditangguhkan lagi,

saya mungkin takkan tinggalkan biara lagi.

Semasa menjadi sami, saya belajar banyak perkara.

Ia antara keputusan terbaik yang saya pernah buat dalam hidup.

Banyak kisah tak boleh dilupakan.

Namun kisah yang paling tak boleh dilupakan ialah

berfikir tentang kematian.

Tok guru selalu kata,

"Kita akan mati tak lama lagi."

Apabila kata-kata itu diulang setiap hari, anda menghayatinya.

Kemudian saya sedar, "Aduhai. Saya akan mati tak lama lagi."

Saya dilahirkan dan semakin meningkat usia.

Penyakit.

Sekarang saya dalam peringkat berpenyakit.

Orang berusia 50-an akan faham.

Kami mengalami perkara seperti

sakit lutut, sakit kaki, masalah cakera spina,

ketakcernaan dan refluks asid.

Kami buat pemeriksaan dan buat perkara yang tak disangka,

seperti menerima vaksin kancing gigi, vaksin kayap,

menjalani kolonoskopi dengan satu tiub

dimasukkan melalui mulut, satu lagi melalui dubur.

Kedua-duanya bertemu di tengah-tengah.

Jika anda tanya saya, saya tak nak lakukannya lagi.

Namun apabila masanya tiba, kami terpaksa.

Baru-baru ini, ia agak teruk.

Saya pergi jalani ujian prostat.

Anak muda takkan faham.

Semasa saya sebaya anda, saya tak tahu apa-apa tentangnya.

Apabila anda masuk 50 tahun, ia wajib dibuat.

Saya sangka doktor buat ujian prostat

dengan menggunakan stetoskop

untuk merasa testis anda

dan periksa jika ia normal atau ada kanser.

Namun ia langsung tak begitu.

Mereka akan masukkan jari

ke dalam dubur anda.

Apabila saya tahu, saya fikir, "Alamak."

"Saya tak nak lakukannya."

Anda faham?

Saya terpaksa cari doktor lelaki serta-merta.

Saya tak nak doktor wanita yang cantik…

buat ujian ini.

Orang wanita pasti faham.

Apabila anda buat ujian pap smear,

anda tak nak ia dibuat oleh doktor lelaki.

Lebih memalukan jika doktor itu kacak.

Mereka bukan pasangan anda. Entah mengapalah anda peduli.

Begitu juga bagi lelaki.

Jadi saya cari doktor lelaki di Internet.

Saya jumpa Dr. Arkanay.

Saya telefon, berikan nama dan buat janji temu.

Dia nampak nama "Udom Taephanich."

Dia kata, "En. Note,

apabila awak datang, boleh bawa barang dagangan awak?"

"Seperti set hadiah?"

"Selimut, patung dan koleh. Tolong bawa semua barangan itu."

Saya balas, "Awak seorang peminat? Saya berbesar hati."

"Bukan, untuk jururawat, pembantu saya."

"Dia suka dan meminati awak."

"Dia peminat tegar."

"Dia akan bawa buku dan CD lama awak untuk ditandatangan."

"Bawa barang dagangan awak."

Jadi saya bawa.

Apabila saya tiba, dia menjemput saya di tempat letak kereta.

Anda tahu kelakuan peminat apabila bertemu selebriti kesukaan mereka?

Dia tak boleh duduk diam dan cakap, "Note!

Dia cakap dengan nada suara yang tinggi.

Kami bergambar. Saya berikan dia barang dagangan,

tandatangan saya dan sebagainya.

Semua yang seorang peminat mahukan. Dia amat gembira.

Kemudian dia bawa saya ke bilik pemeriksaan.

Biliknya tak luas.

Rupanya seperti bilik yang kita akan jangkakan.

Kemudian saya diminta tanggalkan seluar.

Jadi saya tanggalkan seluar dengan baju masih dipakai.

Saya diminta berbaring

sambil memeluk lutut.

Wah. Banyak interaksi di sini.

Saya nak pesan sesuatu.

Anda perlu bersimpati dengan saya.

Pengalaman membuat komedi berdiri amat berbeza buat saya kali ini.

Kebiasaannya, semasa buat komedi berdiri saya akan nampak penonton ketawa

atau nampak reaksi mereka, jadi saya tahu mereka faham jenaka itu.

Letakkan diri anda di tempat saya.

Apabila saya pandang ke bawah dari sini, semuanya suram dan tak bertenaga.

Saya cuma nampak mata.

Mata itu cuma

ikut saya dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri.

Mata anda takkan tersembul dan beritahu anda faham jenaka itu.

Membuat orang ketawa dah cukup sukar.

Namun ia lebih sukar apabila orang ketawa dan menutupnya.

Seperti, "Saya takkan beritahu awak. Apa-apa sajalah."

Sekarang, saya nampak… Contohnya gadis ini.

Saya cuma nampak mata dan…

Dia seperti cakap, "Apa-apa sajalah."

Amat menakutkan.

Tolonglah, apabila saya bertanya, sila berikan respons.

Sedikit saja.

Dengar cakap saya. Supaya saya tahu anda faham jenaka itu.

Begitulah maksud saya.

Anda sangat baik. Terima kasih.

Itu lebih baik.

Jadi doktor minta saya baring sambil memeluk lutut saya seperti ini.

Bayangkan saya tak memakai seluar. Dubur saya di sini.

Saya baring dalam posisi itu.

Saya gementar dubur saya akan dimasukkan sesuatu.

Kemudian saya dengar bunyi sarung tangan getah.

"Tarik."

Pada ketika itu,

saya sangka doktor

telah sapu sedikit Vaseline.

Kemudian,

saya sedar…

Bilik itu sunyi sepi.

Namun saya baru sedar bukan hanya saya dan doktor di dalam bilik itu.

Saya boleh rasakan

ada sejenis tenaga

yang kuat.

Saya sedang baring dan rasa bukan hanya ada doktor di situ.

Ada sesuatu mengeluarkan tenaga yang kuat.

Jadi saya menoleh ke belakang.

Peminat tegar saya ada di sana.

Peminat tegar saya berdiri tak jauh dari dubur saya.

Sejauh satu jangkauan.

Saya nampak mukanya dan dia teruja!

Boleh anda bayangkan?

Ini tak sepatutnya berlaku.

Jadi saya tutup punggung saya.

"Nanti dulu, doktor."

"Apa halnya?"

Saya kata, "Rasanya ini tak sesuai."

"Apa yang tak sesuai?"

"Jururawat berdiri di sana."

Dia balas, "Tak mengapa. Dia peminat. Biarlah dia lihat."

Seorang peminat tak patut lihat perkara seperti ini, bukan?

Jika dubur saya ialah mata,

kami umpama saling berpandangan.

Seorang peminat tak patut lihat perkara seperti ini.

Saya tak tahu tanggapan dia terhadap saya sebelum ini

dan dari mana dia ingat saya.

Namun, apabila peminat telah lihat dubur anda yang berbulu…

Cuba bayangkan.

Kononnya anda peminat Nont Tanont,

Tik Jetsadaporn

atau Nadech.

Anda seorang jururawat

dan dubur Nont Tanont ada di sini.

Sekali anda lihat imej seperti ini,

anda akan mengingatinya sampai bila-bila.

Waktu seterusnya anda hadiri konsert dia

atau berselisih dengannya di kedai serbaneka,

anda takkan lihat Nont Tanont saja,

anda akan lihat Nont Tanont

dan duburnya yang berbulu.

Lagunya takkan kedengaran sama lagi.

Saya cakap, "Tak, doktor. Ini tak boleh berlaku."

"Boleh awak minta dia pergi?"

"Bagaimana kita nak buat ujian? Seseorang perlu pegang Vaseline."

Saya kata, "Kita berdua boleh buat."

"Nah. Celup tangan awak di dalamnya."

Jururawat itu ketawa berdekit-dekit

sambil keluar.

Saya tak pasti jika dia rakam situasi itu.

Selepas ambil sedikit salap,

Dr. Arkanay

masukkan jarinya ke dalam dubur saya.

Ya, Tuhan.

Sebelum ini ia hanya laluan keluar.

Umpama jalan sehala.

Tiada apa-apa yang pernah masuk melawan arah.

DEAW #13 Udom Taephanich Stand Up Comedy Show subtitles in other languages

Maoni

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left