Kura

Kura

Pakua Manukuu ya Malay

Msimu wa 1

Maelezo ya toleo

The Lord of the Rings The Rings of Power S01E08 WEB-DL
Maoni na Ridz
Sub Retail

Lebo

other
Yamechapishwa tarehe: 2022-10-14
Upakuaji: 22
Wenye Ulemavu wa Kusikia: No

Hakikisho la manukuu ya Malay

Mistari 200 ya kwanza.

Pisau itu milik siapa, Galadriel?

Abang saya. Dia dibunuh oleh khadam Sauron.

Selepas Morgoth tewas, makhluk yang kau gelar Sauron

mahu cipta kuasa bukan saja untuk mengarah tapi untuk menguasai minda.

Aku bunuh Sauron.

Aku tak percaya.

Á kuita!

Dilly, mari sini!

Namun, walau apa jua yang kami buat, ia makin cepat merosot.

Mithril ini satu-satunya penyelamat kita.

Tiada apa-apa dapat memudarkan cahayanya.

- Raja Durin... - Cukup!

Ayah tak mahu Bangsa Dwarf mati untuk membantu Elf mengelak maut.

Saya akan pergi ke Buana Tengah.

Hanya kegelapan yang menanti.

Berlindung!

Tidak!

Mana anak saya?

Adar!

Mari kita lupakan kejadian hitam ini.

- Berlawan di samping awak, saya rasa… - Saya juga rasakannya.

Luka ini perlukan ubat Elf.

Hidup raja!

Kamu nak ke mana?

- Nak beri amaran. - Seorang diri?

Dia takkan berseorangan.

ERYN GALEN BELANTARA ZAMRUD

Saya ancaman.

Awak baik.

Nori?

Kami mahu berkhidmat untukmu, Lord Sauron.

Gil-galad akan tiba esok.

Baginda pasti mahu tahu cara untuk menyelamatkan Elf.

Tapi satu cara pun tiada.

Kalaulah ada cara…

lebih mudah untuk hasil lebih besar.

Pada mulanya, Suria pun lebih kecil daripada tapak tangan saya.

Mana mungkin kita menandingi kuasa pencipta Suria.

Kita kesuntukan masa, Tuan Celebrimbor.

Kita perlu maklumkan raja yang kita dah gagal.

Kemudian, Elf perlu bersedia untuk meninggalkan tempat ini. Selama-lamanya.

Galadriel?

Elrond.

Apa yang dah berlaku?

Tombak musuh. Enam hari lepas.

Kami berjalan berterusan.

Awak boleh bantu dia?

Á tulë koivienna...

Raja Benua Selatan? Bagaimana awak menemuinya?

Kenapa awak di sini?

Kenapa awak di sini?

Mari. Kita perlu berbincang.

Saya tak sepatutnya hantar awak ke Valinor.

Saya sepatutnya percaya cakap awak. Kesilapan itu takkan berulang.

Saya terjun dari kapal itu…

Kerana saya tahu saya belum layak mendapat keabadian hakiki.

Saya tahu bahawa tugas saya belum selesai,

dan apabila saya timbul, saya hanya mampu berenang

dan berdoa agar pilihan saya tepat.

Saya tak merentasi lautan dingin itu…

Hanya untuk lemas sekarang.

Saya juga takkan abaikan awak.

Saya rindukan awak.

Apa kita patut buat?

Satu-satunya pilihan yang ada.

Berjuang.

Itu siapa?

Itu siapa? Tunjukkan diri awak.

Galadriel ada di sini?

Tidak.

Bukankah awak sepatutnya berehat?

Tempat apakah ini?

Dulu, ia bengkel Celebrimbor.

Celebrimbor agung itu?

Dia tiada sini, bukan?

Sebenarnya, dia di sini sekarang.

Celebrimbor…

Guru saya

kerap puji akan keajaiban hasil kerja awak.

Saya tak sangka akan berpeluang melihatnya sendiri.

Awak tukang besi?

Ya, tapi saya taklah semahir awak.

Batu permata ini, saya tak pernah lihat batu seperti ini.

Awak nak gunakannya untuk apa?

Begitu mahirnya Feänor hingga dia berjaya mengabadikan inti sari Valinor.

Saya pun mahu buat untuk Buana Tengah.

Peliknya bijih ini. Ia apa?

Tak cukup.

Cukup untuk apa?

Pulangkannya.

Awak dah cuba gabungkan dengan bijih lain? Untuk mendapatkan hasil terbaik?

Bijih ini tak sesuai untuk tujuan itu.

- Kenapa? - Kami perlukan jumlah yang banyak.

Nanti hilanglah kesannya ditenggelami sifat bijih lain.

Maaflah kalau cadangan ini kurang bijak,

tapi tidakkah gabungan yang tepat akan menguatkan sifatnya?

Menguatkan?

Di tempat saya belajar, logam berharga sukar didapati.

Jadi, kami cuba memanfaatkan kekuatannya dan menyembunyikan kekurangannya.

Campuran nikel dan besi boleh menghasilkan pedang yang ringan dan keras.

Mungkinkah ada gabungan yang boleh menguatkan sifat bijih awak?

Menariknya cadangan itu.

Anggaplah ia… satu anugerah.

Kelak, tuanku akan membuat perjalanan yang menamatkan kehidupan.

Bendera hitam akan berkibaran.

Kita bertanggungjawab membina makamnya.

Makam batu lambang keabadian, yang tiada sesiapa,

mahupun raja, mampu miliki dalam hidup ini.

Pelukis dari seluruh Númenor dipanggil untuk menghasilkan lukisan wajahnya

agar rekaan boleh disyorkan.

Antara semua pelatih,

kamu telah dipilih untuk mengesyorkan rekaannya.

Nanti,

setiap seorang akan diberi masa sejam dengan raja.

Gunalah sebaik mungkin.

Ayahanda tahu apa kamu buat pada waktu malam

- ketika kamu fikir semua orang tidur. - Maafkan patik.

Dayang tuanku akan datang sebentar lagi.

Jadi, kita masih ada masa.

Masa untuk apa?

Untuk mengingatkan kamu, Míriel sayang.

- Tuanku silap. Patik bukan… - Belum jadi ratu? Tidak.

Kamu akan jadi ratu, maka, ketahuilah,

bahawa sekiranya tradisi lama tak dikembalikan,

pulau kita akan hancur.

Tolong!

Raja terjaga! Tolong!

Mari. Kamu perlu naik.

Tapi jangan ikut ayahanda. Ayahanda tercari-cari terlalu lama.

Sekarang, ayahanda keliru antara masa kini dan masa silam,

masa silam dan masa depan.

Satu objek. Untuk seluruh Buana Tengah.

Bunyinya memang aneh, tuanku.

Tapi kita memang patut cari semua penyelesaian yang ada.

Ia objek yang bagaimana?

Ia lebih kecil daripada yang kita bayangkan.

Boleh dipegang…

- Cokmar. - Pedang?

Atau mungkin… Mahkota.

Kenapa mahkota?

Bulat ialah bentuk terbaik.

Cahayanya akan melengkung semula ke arahnya tanpa sekatan,

dan menghasilkan kuasa yang tidak terbatas.

Kamu sanggup letakkan kuasa itu atas kepala satu makhluk?

Bukan makhluk sembarangan, tuanku. Tapi tuanku.

Kata-kata itu sangat berbahaya…

Kadangkala, bahaya saja pilihan yang ada.

Jika tidak, patik takkan ada di sini.

Kamu tak patut langsung berada di sini.

Tuanku, berilah kami masa

untuk kami kumpulkan tukang dan cuba teori Celebrimbor…

Kita kesuntukan masa.

- Ya, sebab itulah… - Ia terlalu suntuk.

Sejak gunung itu meletus, banyak daun Pokok Besar yang gugur.

Tak lama lagi, daun terakhir akan gugur.

Melainkan orang kita berpindah, kita juga akan gugur.

Tiada Elf lain yang terdesak mencari jawapannya berbanding beta.

Tapi jika ini boleh menyelamatkan kita, ia sepatutnya dibuat lebih awal.

Memang pun.

Tapi cuma selepas orang Benua Selatan itu…

Lelaki marhaen itu? Ini ideanya?

Cadangannya cuma pencetus yang membuka jalan kepada jawapan.

Kita di ambang penciptaan kuasa baru.

Bukan kuasa kekuatan, tapi semangat.

Bukan untuk mengarah, tapi menguasai minda.

Ini…

Ini kuasa Alam Ghaib.

Maaf, Lord Celebrimbor.

Beta perintahkan kamu agar membubarkan kota

dan pulang ke Lindon serta-merta.

Semuanya sekali.

Perkataan itu, "menguasai minda."

Dari mana awak mendengarnya?

Semasa berbincang dengan tukang, saya…

- Rasanya ia kata-kata saya sendiri. - Halbrand ada ketika itu?

Kenapa awak mahu tahu? Ia dah berakhir.

Tuanku, tunggu!

- Maaf… - Beri patik tiga bulan.

Patik berhak diberikan masa.

Kamu tak berhak dapat apa-apa.

Jika begitu, jangan anggap ia ganjaran.

Anggap ia satu permintaan.

Ia harapan palsu, Elrond.

Palsu semata-mata. Itu hakikatnya.

"Jangan memperlekehkan harapan. Walaupun ia sekecil zarah."

Tuanku dah lupa nasihat tuanku sendiri?

Saya mahu salasilah keluarga diraja. Apa-apa saja berkaitan Benua Selatan.

Kita tak simpan banyak rekod kerajaan manusia.

Saya perlu kaji kubur bawah tanah untuk rekodnya.

- Mari. - Tiga minggu.

Tiga minggu untuk kerja yang memakan masa tiga abad.

Kadangkala, keperluan melahirkan ciptaan.

Pergi. Jangan beritahu sesiapa.

Jangan takut.

Celebrimbor akan jumpa jalannya. Saya pasti.

Tiba-tiba saja, kalian berkawan rapat.

Saya cuma beri bantuan setakat yang saya mampu.

Terus terang, saya masih sukar percaya.

Lelaki seperti saya, di sini,

bekerja dengan tukang besi Elf di Eregion.

Maoni

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left