Worlds Most Dangerous Drug

Worlds Most Dangerous Drug

Pakua Manukuu ya Malay

Maelezo ya toleo

NatGeoWorlds Most Dangerous DrugMethamphetamine 2006
Maoni na aidilskr
Duration 0h:51m:17s. Kenali dadah tapi jangan menghisap dadah.

Lebo

other
Yamechapishwa tarehe: 2011-11-11
Upakuaji: 43
Wenye Ulemavu wa Kusikia: Yes

Hakikisho la manukuu ya Malay

Mistari 200 ya kwanza.

Ia adalah dadah yang tiada penghalang.

"Ia merampas anak-anak saya, kebebasan saya."

"Gigi saya."

Rupa saya, kemampuan saya untuk berfungsi dalam masyarakat.

Ia ada banyak nama.

Kristal,

Kristal, Ais

Kristal, Ais, Tina,

Kristal, Ais, Tina, Crack.

Tapi kebanyakan orang memanggilnya meth.

Singkatan kepada Methamphetamine.

Ia lebih berkuasa dan lebih murah dari Kokain.

"Pengambilan biasa boleh buat seseorang khayal

selama 6 ke 12 jam."

Dan anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

"Kalau anda boleh buat biskut cip coklat,

maka anda boleh buat Methamphetamine."

Koresponden Lisa Ling mendapatkan pandangan dari dalam

mengenai cara meth berfungsi.

Dimana ia mengena,

dan siapa yang terkena.

Kita akan mendedahkan bagaimana meth memusnahkan mangsanya.

Kepada badan,

minda,

dan jiwa.

Kita melihat secara dekat apa yang dipanggil

dadah paling berbahaya di dunia.

Pada suatu malam yang sejuk di Geneva, Nebraska.

Seorang polis menahan sebuah trak yang tiada lampu belakang.

Di dalam trak, Janelle Hornickel, 20 tahun, pelajar di universiti Creighton.

Dan teman lelakinya, Michael Wamsley.

Polis: Kamu ada lesen dan dokumen pendaftaran kereta?

Polis: Kamu tak beri isyarat tadi dan lampu belakang kamu padam.

Polis itu mengingatkan mereka untuk membaiki lampu itu.

Tapi mereka kelihatan seperti keliru.

Janelle: Saya nak ke Omaha. Jalan mana paling baik?

Mereka bertanyakan jalan.

Polis: Kamu sedang menuju ke selatan, Omaha di timur.

Michael: Dimana jalan Pacific?

Michael: Dimana jalan Pacific? Polis: Pacific? Di Geneva?

Michael: Di Omaha.

Jalan yang mereka cari berada di Omaha, 100 batu dari situ.

Kerana salji sedang turun, polis itu menunjukkan mereka arah lebuh raya

dan biar mereka beredar.

Apa yang dia tak tahu adalah,

pasangan itu sedang khayal dengan dadah yang semakin popular di kalangan anak muda.

Ia dipanggil Methamphetamine.

Dan sebelum malam itu berakhir,

pasangan itu sekali lagi dilanda masalah

Merayu kepada operator 911 supaya menyelamatkan nyawa mereka.

Janelle: Tolong saya.

Janelle: Mereka menyekat kami dalam semak di apartment Mandalay di jalan Pacific.

Janelle: Kenapa mereka tak nak lepaskan kami?

Methamphetamine adalah sejenis dadah yang kuat

ia mempunyai kesan 3.5 kali ganda lebih kuat dari Kokain.

Ia dadah yang murah.

Satu paket Meth, lebih kurang sesuku gram.

Berharga lebih kurang 25 dollar.

Pengguna dadah ini menyedutnya,

menelannya,

menghisapnya dan menyuntiknya terus ke dalam salur darah.

Sekali guna boleh membuatkan seseorang khayal sehingga 12 jam.

Tidak hairanlah dalam 10 tahun lepas, penggunaanya meningkat mendadak.

Di US, dadah ini meyerang negeri barat dulu,

dan dengan kuat sekali.

Di Oregon hampir 10 ribu pengguna meth mendapatkan bantuan dalam 1 tahun sahaja.

Bergerak ke timur, ia melanda negeri perladangan seperti Nebraska.

12 juta rakyat Amerika berkata

mereka pernah mecuba meth sekurang-kurangnya sekali.

Ia baru mula menembusi bandar besar di timur.

Methamphetamine tidak mengenal sempadan

ia menjangkau peringkat global dan semakin berkembang.

Dianggarkan dalam 26 juta penggunanya di seluruh dunia.

Dalam kelab menari di London, ia dikenali sebagai dadah parti, Tina.

Sementara pengguna Afrika Selatan terperangkap dengan versi yang dipanggil Tik.

Australia memiliki lebih kurang 70 ribu penagih meth.

Di Portland, Oregon, mereka yang telah melihat meth sejak 15 tahun lalu

memberi amaran yang dadah ini bukanlah fenomena sementara.

Ia membenamkan taringnya ke dalam masyarakat disini.

Dan ia takkan melepaskannya.

Orang yang menggunakan meth,

adalah orang yang membuat jenayah di kejiranan ini.

"Ada barang berharga dalam kereta ni?"

Pegawai Mike Crane adalah pencegah meth dalam Jabatan Polis portland.

5 ke 6 tahun lalu...

Meth tidak sebanyak sekarang.

Tidak ramai penagihnya dan tidak banyak jenayah yang terjadi kerananya.

Saspek : Kami bukan penjenayah, kami buat kerja halal.

Polis : Saya percaya kata awak. Sila buka kaki awak.

Meth membuat pegawai Crane sibuk.

Menahan kereta, memeriksa orang,

dia mencari tanda-tanda orang yang mengguna meth.

Barang curi, jarum suntikan, pengenalan diri palsu.

Penagih meth menyumbang 85% kepada jenayah harta benda

dan kecurian identiti di Oregon.

Ia dah jadi macam penyebab utama jenayah.

Setiap orang, pasti ada yang hidup mereka terjejas akibat meth.

Adakah meth menjadi masalah di kejiranan ini?

Ya, benda tu beracun dan memusnahkan semua benda.

Berapa kerap anda saksikan kejadian seperti ini?

Setiap pagi.. setiap masa.

Mereka jadi tidak betul kerana mereka masukkan racun dalam badan mereka.

Betul-betul beracun.

Di penjara Portland, 1 dari 4 tahanan dikesan positif meth semasa ditahan.

Pertama, anda kehilangan minda.

Anda mula bercakap tentang benda yang tidak wujud.

Anda nampak benda-benda dan

akhirnya dengar bunyi ganjil.

Semakin kerap anda gunanya,

semakin teruk jadinya. Anda hilang kawalan.

Anda tidak boleh kawal dadah ini.

Saya dah bersih selama 6 bulan.

Salah seorang yang menyaksikan kebanjiran ini adalah Timbalan Bret King.

Pegawai pusat pemulihan dari pejabat sheriff Multnomah.

Bret King melihat rekod tahanan yang menggunakan meth.

Apa yang dia lihat, mengejutkan dia.

Dalam bidang kerja saya, dah bermacam jenis dadah saya dah jumpa.

Kokain,

Kokain, heroin,

Kokain, heroin, LSD,

Kokain, heroin, LSD, PCP,

Kokain, heroin, LSD, PCP, ganja,

Kokain, heroin, LSD, PCP, ganja, alkohol.

Tapi Methamphetamine mendapat perhatian khusus saya.

Kerana ia sungguh dahsyat.

Tiada orang terlepas darinya.

Ia mengatasi dadah-dadah lain.

Anda berusia 27 tahun dan anda dah melakukannya sejak berusia 12 tahun?

Dah 14 tahun?

Saya berumur 27 tahun, jadi lebih kurang 14 tahun.

King tak pernah melihat dadah merosakkan penggunanya dengan begitu teruk.

Orang-orang ini kelihatan seperti mayat hidup.

Ada beberapa orang yang menonjol bagi saya.

Yang segera menarik perhatian saya.

Orang ini yang pertama sekali menarik perhatian saya.

Dia kelihatan gagah.

Dia kelihatan macam orang yang anda tak berani kacau,

kelihatan sihat dan kuat.

Kemudian anda lihat gambar kedua,

dia kelihatan tak berdaya

ia menyedihkan.

King meneliti lebih banyak lagi rekod pengguna Meth

dan mendapati, dari gambar sahaja membawa cerita menyedihkan.

Ia segera kelihatan bila anda melihat gambar.

Saya dah boleh agak, mereka pengguna meth.

Saya cuma perlu buat sedikit siasatan untuk mengesahkan.

Tapi ia memang kesan yang nyata bagi dadah ini.

Bagi membantu mendokumen fenomena baru ini,

King mula merakam video orang yang sedang khayal dengan meth.

Video ini menunjukkan orang dibawah pengaruh dadah yang dahsyat ini.

Yang boleh membuat mereka menjadi hiper, paranoid, berdelusi dan ganas.

Dengan video dan gambar ini,

King menghasilkan program pendidikan yang dipanggil "Wajah-wajah Meth".

Matlamatnya adalah,

untuk menghalang keluarga dari dimusnahkan oleh dadah ini.

Mereka ini ada kehidupan, ada keluarga,

mereka adalah anak, ibu bapa, adik beradik seseorang.

Ini adalah orang yang sebenar yang ada masalah sebenar

mereka sebahagian dari komuniti kita.

King telah melihat sendiri,

bagaimana meth menghancurkan hidup seorang anak muda cemerlang.

Dulu saya pergi ke sekolah bersama lelaki ini.

Dia orang yang baik.

Dia masuk penjara 44 kali, di sini.

tak termasuk tempat-tempat lain.

Namanya Coby Kempe,

dan kisahnya adalah kebiasaan bagi seorang pengguna meth.

Semasa di sekolah menengah, Coby kelihatan mempunyai masa depan cerah.

Tapi meth memadamkannya.

Dulu saya seorang atlit, ada ramai kawan,

ada kereta cantik.

Lisa : Popular?

Ya, saya popular.

Semasa di sekolah menengah, Coby mula mencuba pelbagai jenis dadah.

Termasuklah kokain.

Suatu hari, Coby pergi membeli Kokain.

Tapi pengedar menawarkan dadah yang lain.

Dadah yang akan mengubah hidupnya, selamanya.

Dia menawarkan Meth Kristal, saya tak pernah mendengarnya.

Coby mencubanya sebelum sebuah acara sukan besar.

Dan mengalami rasa khayal yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Rasanya seolah-olah anda ada kekuatan luar biasa.

Rasa seperti anda adalah sesuatu yang lain.

Anda jadi lebih dari anda. Jadi lebih baik.

Rasa macam anda menang loteri, anda tak perlu berkerja lagi.

Ketahanan anda tiada batasan.

Meth menunjukkan keajaibannya. Meningkatkan degupan jantung Coby

dan membuat dia rasa lebih gagah dan lebih fokus.

Selepas mengguna meth, acara pertama adalah melontar peluru.

Dan saya telah memecah rekod sekolah bagi acara itu.

Semasa kali mencuba meth, anda memecah rekod melontar peluru?

Rekod sekolah saya.

Tapi dalam tahun-tahun mendatang.

Semakin dia mengguna dadah itu, semakin dia memerlukannya.

Dia melepaskan segalanya demi mendapatkan lebih banyak meth.

Daripada menjadi atlit berjaya atau ahli perniagaan.

Dia telah ditangkap berpuluh-puluh kali dalam tempoh 20 tahun.

Apa rasanya ada anak, bintang football, bintang sukan?

Pada mulanya ia mengecewakan,

kemudian dipenghujungnya, bila dia dijalanan.

Worlds Most Dangerous Drug subtitles in other languages

Maoni

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left