Maelezo ya toleo

The King Loves E12 HDTV H264 540p
Maoni na maliq_98
[100% Malay] Diterjemahkan secara manual dari sarikata English. p/s Sarikata ini didedikasikan khas buat isteri saya~my Love~

Lebo

HDTV
hdtv
HD
Yamechapishwa tarehe: 2017-08-29
Upakuaji: 48
Wenye Ulemavu wa Kusikia: No

Hakikisho la manukuu ya Malay

Mistari 186 ya kwanza.

Adakah dia bersendirian?

Dia hanya bawa beberapa orang.

Tapi dia ada bawa orang lain juga bersamanya.

Ianya satu penghormatan untuk menerima kedatangan awak.

Saya datang tanpa meminta kebenaran daripada awak.

Adalah perkara penting ke?

Ya, dan ianya melibatkan anak perempuan awak.

Anak perempuan saya?

Nah.

Awak tahu apakah ini?

Ini adalah barang yang sangat sukar didapati.

Ia lambang salah seorang ahli kumpulan yang berkumpul atas arahan Permaisuri.

Jadi awak tahulah apa benda ni.

Adakah awak menerimanya juga?

Tentulah tidak.

Awak boleh beli benda ni seberapa banyak yang awak mampu dengan kekayaan awak.

Tiada siapa pun di dalam rumah kita yang layak untuk menghadirinya.

Anak perempuan awak akan kecewa jika dia dengar awak cakap macam tu.

Anak perempuan saya tidak berminat dengan majlis keramaian yang besar.

Seperti yang awak tahu, muka dia berparut.

Ini untuk dia.

Saya dapatkan khas untuknya.

Terima kasih, tetapi...

Ada sesuatu yang lain yang saya dah buatkan untuknya.

Saya dengar anak perempuan awak sangat sukakannya.

Bagaimana dengan keadaan awak, Tuan?

Dia bukan pengasuh anak perempuan awak ke?

- Dia pernah jadi pengasuhnya. - Sudah 7 tahun saya tak berjumpa dengannya.

Saya dah agak.

Bila saya hantar awak pergi,

Saya percaya dan berharap yang saya tak akan jumpa awak lagi.

Panggil anak perempuan awak.

Saya nak sangat berjumpa dengannya...

dan lihat dia gembira ditemukan semula dengan pengasuhnya.

Saya nak dia sendiri yang mengucapkan terima kasih kepada saya.

Saya harap...

awak takkan tolak permintaan saya ni.

Cari San, dan pergi dari sini.

Mari kita pergi.

Mulai saat ini, dia tak boleh dilihat berada di kawasan Kaesong.

Bila dia kembali dari Gunung Duta,

beritahunya agar bersembunyi di bawah batu atau di dalam gua.

Beritahu dia hanya itu sahaja caranya untuk memastikan kita semua selamat.

Kita berjumpa lagi.

Saya tak ingat pula kita pernah berjumpa sebelum ni.

Ya pernah di kawasan pergunungan.

Saya ambil pisau awak.

Oh, yang itu ke?

Awak boleh simpan pisau tu.

Selamat tinggal.

Awak nak pulang ke rumah ke?

Saya tiada rumah. Saya hanya singgah di sini.

Menteri Kewangan tak tinggal disini.

Awak perlu pusing semula.

Saya dalam perjalanan ke sana.

Saya boleh tumpangkan awak.

Saya tak fahamlah apa yang awak cakapkan ni.

Matahari hampir terbenam ni, nanti jalan akan membeku.

Kalau awak berjalan seorang,

awak akan tergelincir dan jatuh.

Mari saya temankan awak.

Walau laju mana sekalipun awak berlari,

awak takkan dapat memintasi kuda.

Awak mungkin boleh keluarkan pisau awak untuk mencederakan saya,

tapi kita kan pernah berlawan sebelum ni.

Awak bukan tandingan saya.

Dan kemudian...

ayah awak, Menteri Kewangan,

sekarang ni sedang ditimpa masalah.

Awak mesti datang dengan saya.

Hi.

Tengok ni.

Saya dapat jubah baru.

Awak nampak cantik.

Pakaian saya semakin hari semakin ketat.

Tukang jahit tu mesti ada lakukan sesuatu pada pakaian saya.

Adakah awak ada melawat mak awak?

Dan dileteri.

Duduk.

Ini daripada So Hwa.

kepada Putera Mahkota.

Ianya nampak cantik.

Pisau awak pun nampak bagus juga.

Ini bukan awak punya.

Nak tukar dengan pedang Soyong tak?

Pedang mitos tu?

ia tak wujudlah.

Lupakanlah.

Ambil ni.

Tiket ke majlis keramaian Chaeryun?

Abang awak mesti dah ambil awak punya.

Saya bukan nak pergi pun, jadi...

- Jom pergi dengan saya. - Apa?

Dan ini...

adalah untuk So Hwa.

Boleh tak awak ajak dia pergi ke majlis keramaian Permaisuri tu?

Ya.

Semua orang di sana pun akan memakai topeng nanti.

- Tapi dia tak boleh rahsiakan identitinya. - Tapi...

Saya nak jumpa dia beberapa hari sahaja lagi.

Majlis keramaian tu merupakan alasan yang bagus.

Awak berilah dia sendiri. Dia mesti suka.

Awak tak nampak ke...

askar suruhan Mak saya diluar bilik saya ni?

Dari pagi sampai ke malam sebelum bermulanya Festival Lapan Sumpah tu,

Saya perlu temankan mak saya.

Awak sentiasa patuh arahan saya.

Dari tahun-tahun yang lepas...

Semua saat yang kita habiskan sebagai kawan,

Awak sentiasa dengar dan tidak ingkar langsung arahan saya.

Apa yang awak cakapkan ni?

Sebab itulah saya boleh harapkan awak.

Bawakan saya perempuan yang saya cinta.

Saya berani tanya awak,

sebagai lelaki lain.

Bawakan dia kemari.

Saya dengar dia beritahu yang dia akan bertolak esok.

Sebab itulah saya berikan arahan ini.

Bawakan dia.

Lakukan apa sahaja yang boleh.

Untuk tukarkan pakaian dia yang macam lelaki tu.

Suruh dia pakai pakaian yang sesuai dengan acara.

Pakaian yang...

dipakai oleh perempuan.

Saya arahkan awak.

arahan daripada Putera Mahkota.

Saya akan datang untuk awak.

Ayah awak sudah beri saya kebenaran.

Semua orang di majlis akan memakai topeng.

Tema majlis tersebut membolehkan...

lelaki dan wanita bergaul tidak kira apa jua taraf mereka.

Awak tak perlu risau dengan wajah awak.

Awak dengar tak ni?

- Ya. - Asalkan...

awak adalah siapa diri awak.

Jadi saya nak tanya,

adakah awak siapa diri awak yang sebenarnya?

Jika seseorang menyertai majlis itu dibawah...

identiti yang lain, orang itu...

akan dihukum kerana menipu Permaisuri.

Awak bercakap dengan siapa, Tuan Wang?

Siapa disitu.

Cik San, itu awak ke, atau bukan?

Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Dia tetap bercakap dengan perempuan itu seolah-olah dia adalah awak.

Saya tahu dia bukan awak.

Saya tak percaya awak sudah...

semakin besar. Awak masih cantik seperti dulu.

Saya dah beritahu awak.

Orang yang saya nampak beberapa hari lepas adalah dia.

Cik.

- Apa? - Itu nampaknya seperti Tuan Muda Lin.

Oh Tuhan. Saya ada buat salah ke?

Oh.

Saya minta maaf.

Saya dah menyebabkan awak dipersalahkan semasa di ruangan soal siasat sebelum ni.

Kenapa awak rahsiakan identiti awak?

Bi Yeon.

Tinggalkan kami.

Saya okey. Awak boleh pergi.

Duduk. Mari kita duduk...

dan dengarkan apa sebenarnya yang berlaku.

Saya mohon maaf.

Perkara tersebut berlarutan disebabkan saya...

Saya rasa inilah pengakhirannya.

Mungkin ini lebih bagus.

Disebabkan kita ni bercakap dengan bahasa yang sama,

Mari kita berbual.

Saya pasti ceritanya bermula seperti ini.

Tujuh tahun yang lepas,

Ada satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku.

Kebetulan, Tuan Muda Wang sedang melalui kawasan pergunungan,

dan dia telah menolong awak.

Itulah kisah bagaimana anak perempuan awak...

telah diselamatkan.

Tapi masalahnya...

Dia telah silap pada masa tu.

Di sangka pembantu yang luka mukanya adalah Cik Muda.

Menteri Kewangan, awak telah buat keputusan yang tepat.

"Saya boleh menggunakan salah faham itu."

"Dengan cara itu, saya boleh elakkan dia daripada dihantar sebagai hadiah."

Mereka tak boleh ambil seseorang yang mukanya berparut sebagai hadiah.

Saya takkan salahkan keputusan awak.

Jika tidak, awak mesti perlu menghabiskan banyak wang...

untuk mengelakkan anak awak diambil sebagai hadiah.

Dan saya pasti ramai orang yang sedang mengejar kekayaan awak.

More Malay subtitles for The King in Love

Maoni

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left