The first 200 lines.
Maaf atas kelewatan hari ini, semua,
tapi pusat kawalan maklumkan saya
kita kena tunggu dalam 15 minit lagi
sehingga kita boleh mulakan proses penurunan.
Jadi duduk dulu
dan kami akan turunkan kalian secepat yang boleh.
Tali pinggang.
Puan. Puan. Tali pinggang.
Tumpang tanya...
Sila terus duduk sehingga kita tiba di pintu.
Aduh! Apa benda?
Maaf. Tak, Ayah kena ambil...
- Kamu tertidur di bahu Ayah. - Kenapa saya nak buat begitu?
Bila kita mendarat?
Ini saya lagi, semua.
Sekarang saya diberitahu yang tangga yang mereka ada
di atas jalan ini tidak sesuai dengan pesawat kita.
Jadi kami akan turunkan kalian
sebaik saja kami tahu apa maknanya itu.
Oh...
Saya rasa isyarat tak kuat
sebab ia asyik tulis enam minit.
Saya tahu kami dah hampir tapi...
Helo?
Boleh dengar tak? Terputus ke? Helo?
Helo?
Alamak. Panduan arah pun bermasalah.
Aduh, apa...
Hei, telefon kamu...
Telefon Ayah tiada signal. Ayah tak boleh...
Kalau Ayah tiada signal, kenapa saya nak ada?
Oh, uh, sekejap. Tak apalah, Ayah...
Ayah ada arah yang mereka e-melkan.
Boleh naikkan tingkap?
Ayah tak boleh tahan dengan debunga.
Terima kasih.
Jadi, dengar sini, Ayah cuma nak kata,
terima kasih sekali lagi sebab...
yalah, datang sekali.
Berhenti picit.
Hei, berhenti picit. Sudah. Jangan.
Ayah cuba pukul saya?
Tolonglah, tiada sebab untuk berdebar.
Awak datang nak bergembira.
Itu semestinya bukan... sebab kita di sini.
Ya. Tapi kamu tetap boleh, betul?
Huh? Hayati alam,
mungkin ikut Ayah pergi lari atas trek?
Atau tak.
Tapi kamu yang rugi.
Gunung-ganang jauh di utara ini,
tidak tercemar. Sungguh. Tak disentuh manusia.
Ayah faham kamu tak mahu berada di sini
tapi Odell, keluarga Leopold,
mereka ini orang yang pentingkan hubungan keluarga
dan mereka andaikan yang kamu dan Ayah
sangat rapat
kerana segalanya yang, kamu tahulah,
kerana segalanya yang berlaku pada kita.
Kerana segalanya yang berlaku pada kita?
Ya.
Atau Ayah cuma maksudkan satu hal itu?
Maaflah. Saya cuma tak mahu jadi bahan belas kasihan
- untuk kisah Ayah tunggal... - Oh, tolonglah. Itu...
...yang Ayah gunakan dengan bos-bos Ayah. Itu saja.
Tak, Ini bukan pasal itu.
Tak. Kita boleh... Tapi kita boleh gunakan itu.
Kita boleh dapatkan simpati mereka.
Saya boleh berpura-pura tempang.
Mungkin saya boleh siapkan cerita sedih tentang Ibu.
Tapi entahlah, Ayah mungkin kena semak dulu
dan kita perlukan lebih masa untuknya.
Baiklah. Cukup. Walau apa pun ini,
luahkan semua sebelum kita sampai.
Ayah maksudkan personaliti saya?
Baiklah. Saya akan duduk sana dan senyum
sementara mereka rancang harga cekik darah mereka di meja makan.
Aktiviti harian mereka bukan sekadar meletakkan harga ubatan.
Dan mereka peduli tentang banyak benda,
bukan hanya farmaseutikal.
Yalah, seluruh hutan simpan ini didermakan oleh mereka.
Ya, tapi Ayah tahu yang kedermawanan ini hanya...
Itu cara membersihkan reputasi bagi oligarki.
Ya. Baiklah. Baiklah.
Mungkin dalam kawasan kesenian,
tapi dalam dunia sebenar, kamu kena bertolak ansur.
Sebaik saja Ayah dinamakan wakil dan duduk dalam lembaga ini
selama lima ke enam tahun,
10 tahun paling lama,
kemudian Ayah akan dapat cukup untuk pastikan kita okey
walau apa musibah menimpa kita, baik?
Yalah.
[ Memasuki Hutan Simpan Leopold, Hidupan Liar Terlindung ]
- Uh. Odell. - Ini Griffin.
En. Leopold dah tunggu awak lebih sejam.
Apa? Awak tak dapat mesej saya?
- Tak. - Aduh, talian merayau.
Um, tak,
beritahu dia kami akan sampai bila-bila masa saja lagi.
Elliot, di mana kamu?
Oh, ya. Ya, saya minta maaf sangat pasal ini, En. Leopold.
- Kami... Tadi ada... - Ayah perlu perlahan sedikit.
Tak. Ayah perlukan perkhidmatan. Helo?
Elliot, berapa lama lagi nak sampai?
Helo? Boleh dengar tak? Boleh dengar tak?
Suaranya macam robot kena tekup dengan kain basah? - Helo?
Nah. Hubungi dia semula.
Ayah buatlah sendiri. Lagipun semua ini untuk Ayah.
Apa? Apa kamu katakan...
Aduhai! Gunalah tisu. Jijiklah.
Kamu tak apa-apa? Kamu tak apa-apa?
Ayah tak boleh tengok jalan tadi?
Uh... Tak apa, tak apa. Kita tak apa-apa.
KIta ada pelepasan kerosakan. Ini...
Apa jadahnya benda tadi?
Saya tak rasa ia dah mati.
Tunggu di situ.
Apa?
Apa?
Apa, uh, ini, uh...
Ia terseksa.
Kamu rasa ia haiwan terancam atau...
Um, kita, kita tak boleh tinggalkan saja ia di sini, bukan?
Maksud Ayah...
Tak guna!
Kalau seorang renjer menjumpainya...
Yalah, tiada siapa guna jalan ini.
Aduh, aku lewat dan akan masuk penjara.
Ridley, kamu tak apa-apa?
Lepaskan!
Ridley!
Berhenti! Berhenti!
KEMATIAN SEEKOR UNIKORN
Maaf kami lambat.
Selamat datang ke rumah kecil ini.
Rumah kecil? Wah.
Kaunselor! Apa yang terjadi?
Awak berjalan dari lapangan terbang ke apa?
Awak takkan percaya.
Lupakan. Itu gurauan. Saya uruskan dari sini, Shaw.
Lucu sekali, Shepard.
Saya minta maaf kami lewat.
Awak apa khabar? Mak ayah awak ada di sini?
Tak tahu di mana lagi kalau bukan sini.
Saya nak pergi masuk tab tadi,
tapi masuk sini untuk ambil barang bagus.
Oh, terima kasih.
Uh, ini anak saya, Ridley.
Shep Leopold.
- Selamat berkenalan. - Itu Elliot ya?
Masa yang sangat sesuai.
Saya baru lepas selesai panggilan Zoom
dengan Yayasan itu tentang pelarian,
kami memindahkan mereka.
Atau kami nak vaksinkan mereka?
Gembira berjumpa...
Saya nak minta maaf awal-awal.
Odell sangat sensitif tentang berita
keadaannya tersebar,
sebab itu tak ramai staf di sini.
Oh, ya. Kami semua berkorban.
Ah, sampai pun dia.
Kami hampir fikir yang bukan-bukan.
Maaf sebab buat awak menunggu, Odell.
Hal begini biasa berlaku.
Bagaimana memandu melalui genting tadi?
Bertuah tak, ada perasan haiwan besar dalam perjalanan ke sini?
Uh, malangnya, tidak.
Tapi ia memang indah.
Uh, gunung-ganangnya, kan? Udaranya...
Kamu tak apa-apa, nak?
Apa?
Ya. Maaf.
Cuma, um, tak rasa sihat.
Oh, tidak.
Kamu nak baring?
Griff boleh tunjukkan bilik kamu.
- Tak. Saya, uh... - Kamu pasti?
Dia suka melakukannya.
Mungkin itu cadangan yang baik.
Saya cuma tak rasa macam kami boleh tinggal...
Apa dia?
...sepanjang hujung minggu.
Kamu mesti tinggal untuk makan malam, sayang.
Griff nak buat masakan moussaka terkenal saya.
Mmm.
Entahlah, Ibu. Dia nampak tak sihat.
Ada sesuatu pada muka awak,
saya beritahu saja.
Mungkin kamu patut pergi basuh muka,
tengok kalau itu membantu.
Saya macam itulah waktu di usia itu.
Hormon.
Uh-hmm.
- Griff? - Griff?
- Griff! - Odell nak bergerak.
Setelah habis mencuba semua rawatan tradisional,
saya dah pun menerima kematian saya.
Oleh itu, dalam bersiap sedia untuk itu,
saya bertafakur tentang siapa penghubung terbaik di antara keluarga saya
No comments yet. Be the first to leave one.