The first 200 lines.
Semasa aku masih kecil, planetku, Krypton menghampiri kemusnahan.
Aku dihantar ke Bumi untuk melindungi sepupuku.
Tapi podku tersasar dari laluan
dan ketika aku sampai,
sepupuku sudah dewasa dan menjadi Superman.
Jadi aku sembunyikan kuasaku, sehingga..
baru-baru ini terjadi satu kemalangan yang memaksa aku mendedahkan diri kepada dunia.
Bagi kebanyakan orang aku lebih dikenali sebagai pembantu di Catco Worldwide Media.
Tapi aku bekerja secara rahsia bersama kakak angkatku untuk DEO
bagi melindungi Bandarku dari ancaman makhluk asing
atau sesiapa saja yang berniat jahat.
Akulah Supergirl.
Sebelum ini dalam Supergirl...
Semua senjata ini, ianya tidak setanding dengan kemampuan Tuan.
Saya tak boleh selalu gunakan kuasa. Ianya terlalu berisiko.
Lebih lama saya menjadi Hank Henshaw, lebih kurang saya rasa kehilangan.
- Um. - Aku dilamun cinta pada kau.
Aku tak mahu semuanya berubah.
Siapa A. Foster, Pn. Grant?
Adam Foster ialah anak lelaki saya.
Tak dapat bersama Adam merupakan penyesalan terbesar saya.
Kita semua melakukan kesilapan, rasa sesal pada hal yang telah berlalu,
Perkara silam yang jika boleh kita mahu mengubahnya...
Bagi diriku, penyesalan terbesarku ialah tiada di sana bersamamu.
Aku tahu kau mungkin terluka dengan keputusan yang telah aku buat
dengan cara yang mungkin aku tidak faham...
Tapi, jika kau mahu,
Aku mahu cuba memperbaiki kembali hubungan kita.
Ia pasti sukar.
Semuanya juga begitu.
Tapi, hidup ini singkat. Dan dalam segala hal dan perkara,
tiada yang lebih penting selain dari keluarga.
Dari seluruh jiwa ragaku, Ibumu.
- Di mana kau letakkan mereka? - Di tepi tasik yang indah tanpa api.
Baiklah, tapi apa terjadi pada gaya 'hero' kau selepas menyelamatkan orang?
Adakah Winn masih tidak berbual dengan kau?
Sepatutnya dia tak cium aku. Sepatutnya aku tak lukakan perasaannya.
Aku rindukan teman rapat aku, Alex.
- Beri dia sedikit ruang. Dan masa. - Aku benci ruang dan masa.
Hai. sudahkah latte Pn. Grant siap?
Maafkan aku.
Maaf?
Aku kata, maaf. Kerana kau terpaksa bekerja untuk Cat Grant.
Aku dengar berbagai cerita tentang dia.
Tentang reputasi kebanggannya.
Adakah dia benar-benar teruk seperti yang diperkatakan?
Kau tahu, bernafas api, makan bayi..
Pn. Grant memang tegas, tapi dia juga menakjubkan.
Bukan hanya dalam soal kerja, tapi juga sebagai seorang manusia.
Hebatnya dia.
Adakah dia bayar kau untuk katakan itu semua?
Tidak.
Mungkin suatu hari kau akan jumpa dengannya dan bina pendapat sendiri,
berbanding dengan mendengar khabar angin.
Dia beruntung memiliki kau.
Aku rasa lattenya sudah siap.
- Oh. - Baik kau cepat.
Terima kasih.
Tolong beritahu yang kau sedar dia mengurat kau tadi kan.
Tidak.
Aku takkan katakan itu mengurat.
Dia... Dia peramah.
Oh. Kau memang teruk.
Polis National City menjangkakan kehadiran pengunjung yang ramai
pada perhimpunan anti makhluk asing anjuran Senator Miranda Crane tengahari ini..
Panggilan tugas DEO.
Winn. Hei...
Kau nak ke mana? Turun bawah?
Jangan. Tolonglah.
Semoga harimu ceria, Kara.
Miranda Crane ada di bandar ini.
Dia adalah tunjang golongan penentang, hippies dan makhluk asing,
dan ya, ia mengikut turutan tahap kebencian saya padanya.
wartawan terbaik kita buat kesilapan besar meninggalkan Catco
untuk merebut wang tunai di Vanity Fair.
Dia akan terima nasibnya tanpa belas kasihan, terima kasih pada Lucy,
yang akan menyerahkan tuntutan saman menjelang akhir hari ini.
- Bukan begitu caranya.. - Menjelang akhir hari ini.
Sementara itu, kita perlukan seseorang di perhimpunan tersebut. Ker-rah,
dapatkan saya senarai sesiapa yang mungkin boleh pergi.
Biar saya saja yang lakukan.
- Kau ada tugasan untuk dibuat. Ker-rah. - Uh, Ms. Grant...
Ia sekadar sekitar 1 jam saja.
Dan dengan segala hormat, Saya seorang jurugambar paling berpengalaman di sini.
Dan hubungan saya dengan
beberapa makhluk asing popular, mungkin membolehkan saya
mendapat beberapa ulasan terbaik dari Senator Crane.
Kau mesti dapatkan ulasan yang akan menyinggung hampir semua orang.
Itu saja.
Pn. Grant...
Jika kau benci penentang melebihi makhluk asing, jadi, kenapa kau beri Senator Crane
terlalu banyak perhatian? Dia amat mengerikan.
Kerana, Ker-rah, sementara penentang selalu mendapat emas di podium pemenang
penghinaan ini, mereka menjadi umpan klik yang bagus.
Juga, lebih banyak mereka cakap, lebih banyak mereka sabotaj diri sendiri.
Ianya ibarat letupan sihir yang berlaku di depan...
- Siapa di pejabat saya? - Saya panggil sekuriti.
Tidak. Jangan.
Adam?
Hai.
Hai.
Saya, Uh,
maaf sebab, Uh, datang semasa awak sedang bekerja.
Itu...
Itu bukan masalah. Itu bukannya masalah langsung. Saya...
Awak ok?
Tapi, kenapa? kenapa? Kenapa hari ini?
Saya dapat surat awak.
Surat saya.
Huh. Sudah tentu.
Saya gembira awak terimanya.
Terima kasih kerana menghantar berita.
Oh. Terlalu banyak yang mahu diperkatakan.
Tapi saya ada berjuta perkara yang perlu dilakukan sekarang.
Ya, Saya maklum. Um,
saya akan berada di kota ini selama beberapa hari.
Awak ada masa untuk makan malam?
Saya akan peruntukkan masa.
Terima kasih.
Pastikan gadis sorak awak e-mel saya.
Ker-rah!
Apa yang telah awak lakukan?
Memandangkan Puan pun telah banyak menulis surat tapi kemudian membuangnya..
Dan minggu lalu puan dan buang satu,
Saya tak kata dalam fikiran saya, tapi secara umum. Dan saya telah membacanya,
saya lihat ia untuk Adam, dan mungkin...
Saya selesaikannya untuk Puan.
Saya tahu.
Saya tahu ini memang teruk. Saya tak sangka dia akan datang begitu saja.
Siapa arahkan awak untuk berfikir? Awak menulis kepada anak lelaki saya.
Sekarang, pergi berambus. Awak dipecat.
Saya hanya mahu bantu Puan. Puan tahu ibu saya sudah mati.
Saya tak dapat peluang kedua bersamanya.
Saya tak mahu ia berlaku pada Puan dan Adam pula.
Awak dah melampaui batas, Ker-rah. Awak tak kenal dia.
Saya langsung tak mengenalinya. Saya tak pernah melihatnya sejak bayi lagi,
Sejak ayahnya membawa dia lari merentasi negeri.
- Saya beritahu awak... - Puan beritahu saya yang
kehilangan Adam adalah penyesalan terbesar Puan dalam hidup.
Pn. Grant, saya sudah mengenali Puan agak lama,
dan saya fikir yang puan memang tak akan hantar surat tersebut.
Dan bertambah lagi setahun puan terlepas peluang mengenalinya begitu saja.
Maafkan saya.
Kadangkala lebih mudah menghadapi masa lalu dengan sedikit bantuan.
Omong kosong sentimental apa yang awak telah tulis kepadanya?
Oh. Tapi, ini taklah teruk sangat.
Dia betul-betul datang. Dia ada di sini.
Oh, tuhanku, dia ada di sini.
Jadi, Uh, perlukan saya buat tempahan makan malam, atau adakah saya dipecat?
Uh... Um.
Buat tempahan.
Dan Ker-rah?
Saya akan buat hidupmu penuh penderitaan.
Ianya berbaloi. Keluarga selalu begitu.
Terima kasih. Terima kasih semua kerana hadir.
Makhluk asing.
Dari luar angkasa. Bukan manusia.
Sama ada mereka memakai jubah merah atau tidak,
mereka adalah ancaman kepada negara ini, kebebasan kita, dan nyawa kita.
Bermula hari ini, kita perlukan penyelesaian.
Kawasan sekitar selamat.
Cuba lagi.
Kita perlu tahu di mana mereka tinggal,
apa mereka lakukan dan siapa yang mereka makan.
Paling penting, kita mesti hentikan mereka dari terus mendarat di negara kita.
Jika ia perlukan kubah, mari kita binakan kubah.
Sekarang masa untuk berhenti bercakap dan mula bertindak.
Raksasa telah datang memburu keluarga kamu.
- Ke tepi, ke tepi, ke tepi! - Semua tunduk!
Ke tepi!
Hank...
Itu Supergirl.
- Hati-hati. - Ah.
- Ke mana dia pergi? - Saya tidak tahu. Tadi dia di sini.
Supergirl, kau nampak apa-apa?
- Dia di bawah sana? - Tidak.
Apapun ia, ia sudah tiada.
Sarikata oleh: johnjenin2020
Bawa Senator Crane ke ibu pejabat, sekarang.
- Benda apakah itu? - Makhluk yang takkan biar sesiapa terselamat.
Kita perlu pindahkan dia sekarang, sebelum ia datang kembali.
- Apa yang ia lakukan pada Tuan? - Tiada apa. Saya baik-baik saja.
Jangan tipu. Tuan terkaku tadi.
Awak dengar tak saya kata kita perlu bawa dia balik ke ibu pejabat sekarang?
- Hank. - Itu yang lebih utama...
Hank!
Apa yang terjadi pada Tuan?
Saya beritahu awak apa terjadi.
Kamu semua gagal dengan meriah.
Dan saya takkan dikurung di sini.
Puan Senator, saya beri jaminan ini untuk keselamatan Puan.
Saya tahu kawan awak Sam Lane bayak mengarut
mengenai DEO, tapi kami ingin membantu.
Jeneral beritahu saya di sebalik cakap besar kamu mengenai memantau makhluk asing,
kamulah yang pertama membenarkan mereka masuk melalui pintu depan.
Saya rasa kamu lupa bahagian di mana saya selamatkan nyawa kamu.
Mmm. Apa yang saya rasa, itu semua lakonan kamu saja.
Sama seperti semua makhluk asing.
Maafkan saya?
Kamu semuanya sama. Serangga menjijikkan yang datang merayap dari penyakit
No comments yet. Be the first to leave one.