The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Kim Min-chae!
Bangun!
Min-chae! Bangun!
Min-chae! Bangun.
Bangunlah.
Kenapa awak masih tidur lagi? Sudah hampir pukul 11.
Bangun!
Kim Min-chae. Tak bangun lagi?
Kenapa awak masih tidur? Sudah hampir pukul 11.
Lantaklah.
Bangun sekarang.
Awak lupa awak ada terapi manual pukul 2 nanti?
Saya tak nak menari balet lagi.
Saya tak perlukan terapi lagi.
Awak yang selalu kata badan awak sakit-sakit.
Kenapa tak nak buat terapi?
Kalau tak nak menari balet pun, awak masih perlu berjalan.
Bersedia sekarang.
Tadi Hee-do pada usia 18 tahun?
Saya terlalu menghayati semua ini.
EPISOD 3
Kemas barang pun tak pandai, tapi nak lari dari rumah?
Awak ingat menyorok di rumah nenek
sama seperti lari dari rumah?
Bangun sekarang!
Bukankah sudah terlalu lama Min-chae tak menari balet?
Nanti keras badannya.
Dulu mak paksa saya berhenti lawan pedang,
tapi mak risau pula Min-chae nak berhenti balet.
Min-chae berbakat.
Saya tak berbakat?
Saya teruk sampai dapat tulis semula sejarah lawan pedang Korea.
Bisingnya.
Aduhai, badan awak lebih tegang daripada sebelum ini.
Awak rasa tertekan?
Tiada siapa beri tekanan, tapi dia sendiri tertekan.
Awak juga seorang atlet dan pakar dalam bidang pemulihan.
Awak pasti jaga dia.
Jangan panggil saya atlet. Saya mak Min-chae.
Itu juga buat dia tertekan.
Saya nak berhenti.
Jangan. Sesi awak dah nak tamat. Tahan sedikit saja lagi.
Awak patut bersyukur.
Zaman mak dulu, semua ini tak wujud.
Tolong berhenti ceritakan zaman mak.
Kalaulah kita boleh ubah cara awak cakap.
Bertahan sedikit saja lagi.
Nanti kita ke kedai salad kegemaran awak.
Kedai salad kegemaran saya? Tolonglah.
Tiada siapa suka makan salad.
Saya nak burger set besar dengan kentang goreng.
Saya nak minum coke yang asli, bukan yang tanpa gula.
Min-chae, betul awak nak berhenti balet?
Kenapa mak tak berhenti?
Maksud saya, lawan pedang. Mak tak berbakat pun.
Nenek yang cakap begitu? Dia kata mak tak berbakat?
Tidak. Itu cuma pendapat saya.
Kenapa mak tak berhenti?
Sebab mak suka lawan pedang.
Apabila mak di atas piste dengan pedang…
jantung mak berdebar-debar.
Apa kod pintu?
Mereka tukar soalannya.
SOALAN KUNCI PINTU SELESAIKAN KUIZ UNTUK DAPATKAN KOD
Ia 1-7-1-0.
Ia 1-7-1-0.
Ia 1-7-1-0.
Kod 1-7-1-0. Kod pintu tandas sudah diubah.
Ini untuk kegembiraan semalam.
- Helo. - Helo.
Apa?
Apa hal…
SEKOLAH TINGGI TAE YANG KELAB PENYIARAN TYBS KELAS KE-20
AIR KACANG SOYA
Awak pakai baju apa?
Ini? Saya dan rakan-rakan sekolah saya yang buat baju ini dulu.
Dulu, saya belajar di sana.
Selamat sejahtera, En. Alumni.
Saya penerbit TYBS, kelas ke-24, Ji Seung-wan.
Kelas apa?
Kelas ke-24, tuan.
Selamat berkenalan.
Saya juruhebah, kelas ke-20, Back Yi-jin.
Apa? Back Yi-jin? Awak ialah Back Yi-jin?
Bukankah dia kaya?
- Itu dulu. - Awak dah miskin?
Maafkan saya.
Awak nak ke sekolah, jadi saya boleh mandi sekarang?
Sudah tentu. Awak boleh mandi bila-bila masa saja mulai sekarang.
Tak boleh. Negara kita tak cukup air.
Orang yang baru pindah masuk…
tak boleh membazir air.
Baik-baik jalan.
Aduhai.
Dengarnya Cho Hye-won tarik diri kerana kecederaan.
Apa kecederaannya?
Meniskus dia koyak.
Aduhai. Dia perlukan setahun untuk pulih.
Jadi orang di tempat kesembilan akan mengisi kekosongannya?
Tidak. Sesi pemilihan wakil negara
akan diadakan bulan hadapan.
Mereka adakan pertandingan?
Pertandingan?
Kalau begitu,
lapan pemain pedang teratas akan jadi wakil negara,
manakala 16 pemain pedang bermula dari tempat ke-9
boleh bersaing dalam kelayakan itu, bukan?
- Sampai kedudukan ke berapa? - Ke-24.
Ke-24. Kalau begitu…
kamu semua tak layak, bukan?
Hee-do.
Apa kedudukan awak daripada 51 orang?
Saya di tempat ke-26.
Ke-26?
Sayang sekali. Beza dua kedudukan saja.
Aduhai.
Tapi antara mereka semua, awak yang terbaik selepas Ko Yu-rim.
Kamu perlu penuhi kedatangan minimum hari ini.
Belajar elok-elok dalam kelas masing-masing pagi ini
dan datang semula selepas makan tengah hari.
- Ya, puan. - Okey.
Kuat sikit.
- Ya, puan! - Ya, puan!
MINUMAN BERPERISA PAIN
Boleh beri saya autograf awak?
Siapa nama awak?
Kami rakan sekelas.
Hee-do.
Awak dah rapat dengan Yu-rim?
Awak pasti gembira berlatih dengan atlet kegemaran awak.
Apa subjek pertama kita?
Sejarah Korea.
Kenapa masih berdiri selepas loceng berbunyi?
Duduk sekarang!
Tahun depan kamu masuk tahun akhir,
tapi kamu masih tak sedar apa yang kamu perlu buat?
Buka buku teks.
Muka surat 75.
Kenapa ada yang tiada buku teks?
Yu-rim, walaupun awak atlet lawan pedang,
awak perlu jaga etika awak sebagai pelajar di dalam kelas.
Awak boleh lawan tanpa pedang?
Maafkan saya.
Atlet lawan pedang pun sama saja.
Keluar. Melutut dan angkat tangan di koridor.
Siapa lagi yang tiada buku teks?
SEJARAH KOREA
Maafkan saya.
Tak guna.
Okey. Hari ini, kita akan belajar tentang zaman Silla Bersatu.
Awak ingat saya?
Ya.
Awak ingat nama saya juga?
Apa, ya? Saya cuma ingat budak kacak dari kelas tujuh.
Moon Ji-woong.
Moon Ji-woong.
Ya, Yu-rim. Kenapa?
Apa perasaan menang pingat emas?
Kenapa tanya sebegitu semasa kita sedang didenda?
Tanyalah perasaan saya juga.
Perasaan melutut sambil angkat tangan dengan pemenang pingat emas.
Apa perasaan awak?
Hebat sekali.
Tak selesakah?
Buku lali saya tercedera, sebab itulah.
Cikgu, pemenang pingat emas negara kita, Ko Yu-rim,
menghadapi kesukaran untuk melutut kerana kecederaan buku lali.
Saya tahu cikgu baik hati. Boleh kami berdiri sambil angkat tangan?
- Hei. - Tak apa. Biar saya yang uruskan.
- Cikgu. - Buatlah sesuka hati kamu.
Terima kasih.
Nampak tak?
Budak kacak bukan setakat kacak, dia juga baik.
Kenapa awak tak bawa buku teks?
Apa yang penting tiada dalam buku teks. Ia ada di koridor.
SISTEM KERAJAAN SILLA BERSATU
Saya nak jadi wakil negara.
Bacalah.
Jom makan tengah hari sama-sama.
- Dah lama awak tak datang. - Ya.
Makanlah, Pelajar Terbaik.
Terima kasih.
Awak pelajar nombor satu?
Ya, itulah bakat saya.
Macam bakat lawan pedang awak.
Cara awak cakap macam ini hal kecil.
Saya belum tunjuk kehebatan saya lagi.
Apa yang hebat?
Entahlah.
Tapi ia akan buat saya nampak hebat.
Sesuatu yang sangat menyeronokkan dan menakjubkan.
Saya tak sabar nak tahu.
Saya pun tak sabar nak lihat kemampuan saya.
Makanlah. Makanan di sini sedap.
Ya. Memang sedap.
Awak pernah ke sini?
Dulu, saya ke sini setiap Sabtu.
- Saya dah balik. - Helo, anak mak.
Awak mesti penat hari ini.
No comments yet. Be the first to leave one.