The first 193 lines.
Saya...
percayakan awak.
Sebab saya...
boleh percayakan awak.
Tak masuk akal.
Itu mustahil.
Kenapa? Kamu bermimpi lagi?
Bau apa ini?
Jangan nyalakan benda ini.
Buka tingkap dan biarkan udara masuk.
Ini bilik untuk manusiakah?
Dah macam kandang khinzir.
Mustahil!
Apa yang mustahil? Tengok ini kalau kamu ada mata.
Ini kandang khinzir.
Sebab ini mak tak makan daging khinzir. Sebab ia berbau seperti kamu.
Bukan begitu.
Saya peluk lelaki yang saya jumpa dalam mimpi saya.
Saya yang peluk dia dulu.
Mak tahu, kan? Saya bukan jenis memikat lelaki dulu.
Sudah tentu.
Macam mana nak pikat lelaki dengan rupa macam ini?
Sedarlah diri sikit.
Mak. Betulkah mak ini ibu saya?
Loceng berbunyi untuk mak.
Ernest Hemingway.
Macam mana rupa dia?
Dia kacak?
Apa saya boleh buat kalau dia kacak?
Saya ada teman lelaki.
Kamu berjanji temu dan keluar dengan dia dua kali...
tapi dah jadi teman lelaki?
Kamu mungkin berkahwin kalau keluar dengan dia tiga kali.
Saya benci orang curang, jadi jangan cakap tentang lelaki dalam mimpi saya.
- Tak nak dengar. - Dia akan muncul walaupun kamu tak mahu.
Mimpi kamu selalu jadi kenyataan.
Tak naklah!
Mak dengar ada orang akan pindah di depan rumah kita. Hari ini rupanya.
Adik-beradik yang kacak.
Mereka adik-beradik?
Cepat beri kepada mereka.
Siapa beri kek beras kepada jiran baru pada zaman ini? Kolot betul.
Ini bukannya kolot. Ini perkara baik.
Cepatlah.
Itu dia.
Lelaki yang saya peluk dalam mimpi.
Apa?
[Helo. Saya baru berpindah di depan rumah.]
Tolong pergi. Jangan datang ke rumah kami macam ini lagi.
Tak perlu menyapa atau buat baik kepada kami.
Maafkan saya.
Wah. Biar betul.
Hei. Abang dah cakap orang tak terima kek beras lagi.
Abang tak senyum, kan?
Abang senyum. Abang senyum seperti orang dungu.
Betulkah?
Tak ramai orang biadab begitu.
- Perempuan? - Ya.
Abang patut keluar dengan dia. Saya rasa dia sempurna untuk abang.
Hei.
Mak patut beritahu saya kalau mak nak guna kereta.
Saya akan lambat kalau naik bas.
Mak.
Lelaki itu.
Lelaki dalam mimpi saya.
Cik. Boleh awak bergerak ke sana?
- Saya tak boleh jatuh cinta padanya. - Okey?
Saya letak telefon dulu.
[Ada tiga ruang di kiri dan empat ruang di kanan.]
[Kenapa dia duduk di sebelah saya sedangkan ada banyak ruang?]
[Jangan malukan diri.}
[Saya tak nak memandai-mandai atau memalukan diri sendiri.]
[Kalau cuai, saya akan bertukar daripada jiran kepada wanita yang dia kenal.]
[Selepas itu, saya akan menjadi kekasih dia.]
- Saya tak berminat dengan awak. - Ada ruang untuk kamu duduk sekarang.
Apa awak cakap ini?
Biar betul?
- Dia fikir lelaki itu memikat dia. - Aduhai!
Cik. Awak patut naik bas di seberang jalan.
- Hentian seterusnya hentian terakhir. - Saya tahu.
Tak bolehkah naik bas sebelum hentian terakhir?
- Aduhai. - Sangat memalukan.
[Tak perlu menyapa atau buat baik kepada kami.]
Suara wanita itu...
Itu suara daripada interkom. Wanita biadab itu...
Aduhai!
Tak apa.
Ini tak memalukan.
Awak buat dengan baik.
Saya beritahu dia dulu.
[Mak. Saya rasa mimpi itu akan jadi kenyataan.]
Kamu dah jatuh cinta pada lelaki itu?
Adakah pintu hati kamu pintu automatik?
Belum diketuk tapi dah terbuka?
Ia terbuka luas.
Tidak. Dia tertarik kepada saya.
Bagaimana kamu tahu?
Kenapa dia duduk dekat dengan saya?
Kamu kata dia buat begitu untuk beri ruang kepada orang lain?
Dia seorang profesional.
Aduhai. Dia agak mahir.
Kamu langsung tak tahu apa-apa tentang lelaki.
Saya nak bayar.
Satu hidangan perut khinzir dan stu kimchi.
17,000 won.
Okey.
- Terima kasih. - Terima kasih.
- Terima kasih. - Ya. Terima kasih untuk makanan itu.
Kenapa?
Kamu kenal dia?
Saya ada bermimpi tiga bulan lalu.
Lelaki yang ada plaster di tangannya...
[Dia terbakar sebaik saja dia guna pemetik api.]
Bila? Di mana?
Saya tak tahu.
Tangan berplaster itu menggunakan pemetik api.
Ia akan berlaku tak lama lagi. Aduhai!
Encik.
Encik.
Boleh saya ambil rokok dan pemetik api awak?
- Kenapa? - Merokok boleh menyebabkan kanser.
Saya merokok atau tidak, apa kaitannya dengan awak?
Ke tepi.
Encik. Awak akan mati jika awak merokok.
Kamu berdua dah hilang akal?
Ke tepilah.
Dengar sini!
Saya dah kata awak akan mati jika awak merokok.
Tolonglah dengar cakap saya.
Malangnya nasib saya.
Hei. Mak ambil ini daripada dia. Ini memadai?
Lupakan saja. Tak guna.
Itu pilihan dia. Ia takdir.
Tergamak kamu cakap begitu? Kalau tahu, kita patut cuba mengubahnya.
Kita tak boleh mengubahnya.
Siapa yang akan percayakan saya?
[Bagaimana saya nak beritahu dia yang saya nampak dia dalam mimpi?]
Mana pemetik api?
[Tapi mimpi saya sentiasa jadi kenyataan.]
[Siapa yang akan percaya kata-kata gila itu?]
[Ayah pun tak percaya dan meninggal dunia.]
[Kita tak boleh mengubahnya hanya kerana kita tahu.]
Saya nak kek ini.
Berikan banyak lilin.
Hari jadi siapa?
Hari ini hari pertama Pendakwa Raya Jung masuk kerja.
Jadi, kita patut raikan.
Kenapa tiba-tiba kita perlu raikan?
Lihat ini.
Kita patut raikannya. Mari kita raikan.
Kita patut jadikannya perayaan negara.
- Dia nampak bijak. - Betul, kan?
Pendakwa Raya Jung nampak bijak, bukan?
Saya sangat sukakan dia.
Tengoklah dia.
Saya sangat kecewa dengan awak, Hyangmi.
Semasa awak bekerja dengan saya, awak selalu cakap begitu tentang saya?
Sekarang bukan main mesra awak sebut nama Pendakwa Raya Jung?
Pendakwa Raya Lee...
Tidak, Peguam Lee.
Saya akan bayar untuk semuanya.
Tak mengapa.
- Awak tak perlu buat begitu. - Tak mengapa.
Ini hari pertama Pendakwa Raya Jung di tempat kerja.
- Saya patut ucapkan tahniah juga. - Awak kenal Pendakwa Raya Jung Jae Chan?
Sudah tentu.
Saya pernah jadi tutor dia.
Pendakwa Raya Jung nampak macam tak perlukan tutor.
Apa awak cakap ini?
Dia di tempat terakhir di sekolahnya.
- Betulkah? - Betulkah?
Tak sangka.
[Okey. Apa maksudnya? Baca.]
["Just" bermakna sekarang dan "ice" bermakna ais.]
Tak mungkin.
Dia begitu dungu?
Habislah. Jika dia pendakwa raya dungu, susahlah hidup awak nanti.
Tak mungkinlah.
Dia seorang pendakwa raya, takkanlah dia begitu dungu.
Saya benci itu.
Hei. Pendakwa Raya Jung.
Yoo Bum.
Dua tahun lalu, kan?
Semasa saya baru jadi pendakwa raya...
saya terima anugerah daripada Pengarah Pendakwa Raya...
bagi kerja saya dalam kes Hamba dan kes pembunuhan bersiri.
Saya cuma letak sudu di meja yang awak sediakan...
tapi saya terima anugerah untuk itu.
Aduhai.
Saya Penyiasat Choi Dam Dong.
Ya. Gembira jumpa awak. Saya Jung Jae Chan.
- Dan ini... - Saya penolong Moon Hyang Mi.
Ya. Gembira jumpa awak.
No comments yet. Be the first to leave one.