Ice Age

Ice Age

Download Malay Subtitle

Release info

Ice Age 2002 All Bluray
A Commentary by castello
Layan versi bluray

Tags

BluRay
Published on: 2015-11-26
Downloads: 206
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kenapa tak panggil saja kesejukan melampau atau era kesejukan?

Maksud aku, bagaimana kita tahu ini Zaman Ais?

Sebab semua ais ini.

Cuaca semakin sejuk.

Tolong.

Anak-anak, mari pergi. Trafik sedang bergerak.

Tapi, ayah.

Tak ada tapi-tapi. Kamu boleh main lain kali.

Okey. Ayuh, semua.

Jadi, mana Eddie?

Katanya dia di ambang satu perkembangan evolusi.

Yakah?

Aku boleh terbang!

Ada perkembangan.

Awas. - Kau salah arah.

Mamot gila.

Bertimbang rasalah sikit! Keluar dari laluan ini!

Jika belalai aku sekecil itu, aku takkan berkelakuan begini, kawan.

Jangan pukul aku. Kami penat berjalan seharian.

Pergilah. Ikut mereka semua.

Lebih aman bila kau tiada.

Mari. Kalau dia nak mati kesejukan, biarkan.

Aku dah bangun.

Bangun, semua. Zak? Marshall?

Bertie? Pakcik Fungus?

Mana semua orang? Cepatlah, kawan-kawan, kita akan terlepas migrasi kali ini.

Mereka tinggalkan aku. Mereka buat begini tiap-tiap tahun.

Kenapa? Tiada sesiapa sukakan aku?

Tiada sesiapakah yang peduli pada Sid, si Sloth?

Baiklah, aku akan pergi seorang diri.

Benci.

Si gemuk, kawal sikit lain kali.

Oh, Tuhan. Geli.

Aku tak percaya. Sayuran liar segar. Frank, dari mana kau...?

Silakan, makan. - Dandelion.

Aku ingat ais dah musnahkannya. - Semua kecuali yang ini.

Aku sungguh...aku nak...geli.

Hari ini memang bukan hari aku. Faham maksud aku, kawan?

Kotornya. Badak sumbu ada otak yang kecil. Kau tahu tak?

Ini fakta. Jangan terasa. Kau mungkin takkan faham apa aku cakapkan ini.

Sedapnya.

Dandelion. Pasti yang terakhir dalam musim ini.

Carl. - Sabar, Frank.

Dia rosakkan salad kita.

Salah aku. Semua salah aku. Biar aku...

Jangan, serius, biar aku selesaikan. Apa ni?

Buah pain. Oh, Tuhanku. Buah kegemaran aku.

Sedapnya. Berkhasiat.

Jangan biar aku makan semuanya. Nah, makanlah.

Sedap, bukan? Selamat menjamu selera.

Sekarang?

Sekarang.

Buat macam aku tak ada di sini. - Aku nak tanduk dia dengan kelajuan tinggi.

Tak apa, kita akan berseronok dengannya. - Jangan biar mereka sula aku. Aku nak hidup.

Lepaskan aku. - Sudahlah, jangan nak berdrama.

Kami cuma nak ambil mainan berbulu kami dan pergi.

Kalau bukan oleh mereka hari ini, mungkin oleh orang lain esok.

Aku lebih suka bukan hari ini, okey?

Kami akan patahkan leher kau agar kau tak rasa apa-apa.

Tunggu dulu. Aku sangka badak vegetarian.

Hujah yang bagus. - Diam.

Siapa kata kami nak memakannya selepas kami membunuhnya?

Aku tak suka haiwan membunuh untuk keseronokan.

Cakaplah pada mamalia yang prihatin. - Aku mamalia yang prihatin.

Jika salah satu dari kamu dapat menyeberangi pasir jerlus itu, sloth ini jadi milik kamu.

Betul tu, pengalah. Bergerak selangkah, kau mati.

Kau temberang, ya? - Ya, itu cuma temberang.

Kejar dia.

Dandelion?

Kita berjaya.

Mata kau cantik. - Turun dari muka aku.

Kita berdua pasukan yang hebat. Apa kata kita ke selatan bersama?

Bagus. Naiklah belakang aku dan berehat sepanjang jalan.

Yakah? - Tidak.

Tunggu, kau tak pergi ke selatan? Perubahan musim, naluri penghijrahan.

Ada sesiapa ingatkan kau? - Aku rasa tak ada. Selamat tinggal.

Okey, terima kasih kerana membantu. Aku boleh pergi sendiri.

Musang gemuk. Tunggu hingga kami turun ke bawah.

Perkara selatan terlalu diperbesarkan. Panas, sesak, siapa yang nak pergi?

Bukankah bagus begini? Kau dan aku, dua bujang mengembara ke alam liar.

Tidak, kau cuma mahu pengawal peribadi agar tak menjadi makanan haiwan lain.

Kau mamalia yang sangat bijak.

Boleh kau jalan dulu, En. Gemuk? Tak tahu nama.

Manfred. - Manfred?

Bagaimana dengan Manny si Mamot Muram? Atau Manny si Murung...Manny...

Berhenti ikut aku.

Okey, kau ada masalah. Kau takkan tahu aku ada di sini. Aku akan tutup mulut.

Lihat bayi comel itu, Diego.

Bukankah bagus kalau dia sertai kita untuk sarapan pagi?

Tak bermakna sarapan tanpanya.

Terutama sejak bapanya membunuh separuh kawanan kita...

...dan memakai kulit kita untuk panaskan badan.

Hutang darah dibayar darah, kau tak fikir begitu?

Mari tunjukkan padanya apa akan berlaku apabila dia mengganggu harimau saber.

Maklumkan pada yang lain. Kita serang pada waktu subuh.

Diego, aku mahu bayi itu hidup-hidup.

Jika aku ingin menikmati dendamku ini, aku mahukan yang segar.

Penatnya.

Itukah tempat berteduh kau? - Kau besar, kau dapat banyak kayu.

Aku kecil. - Kau dapat separuh ranting.

Tapi dengan kayu kecil ini dan otak yang pintar, aku akan nyalakan api.

Menarik.

Kita akan lihat sama ada kepintaran dapat mengatasi kekuatan. Sekarang, boleh tak?

Rasanya aku nampak percikan api.

Ada ruang tak untuk aku menyelit bersama kau di situ, Manny, kawan lama?

Tak ada haiwan lain yang kau nak ganggu?

Kawan? Keluarga? Reptilia berbisa?

Keluargaku dah tinggalkan aku. Mereka bermigrasi tanpa aku.

Kau patut lihat apa mereka buat tahun lepas.

Mereka bangun awal dan ikat kaki dan tangan aku...

...dan sumbat mulut aku dengan tikus, menyekat pintu gua...

...sembunyikan jejak mereka, berjalan dalam air, jadi aku hilang bau mereka...

...dan siapa perlukan mereka lagi?

Bagaimana dengan kau? Kau ada keluarga?

Okey, kau dah letih. Aku faham. Kita cakap lagi pagi esok.

Manfred? Manfred? Boleh kau ke dalam sedikit?

Tolonglah, tiada siapa tidur secepat itu.

Manny.

Diego di sana. Berundur.

Mana bayi itu? - Aku kehilangannya di air terjun.

Kau kehilangannya?

Aku mahu bayi itu, Diego. - Aku akan dapatkannya.

Baik kau dapatkannya, melainkan kau mahu jadi penggantinya.

Kita akan ke Half Peak. Jumpa di sana.

Lagi bagus kalau dia masih hidup.

Boleh kami percayakan kau, Diego?

Mari pergi.

Dia cabut bulu di bahuku dan berkata, "Jika kau ada tarian memikat yang lain...

...sekurang-kurangnya pilihlah pasangan dengan warna bulu yang sama, okey?"

Aku fikir, dia akan bermesra dengan aku. Kau faham, kan?

Jika kau ada pasangan, kau perlu setia. Dalam kes kau, bersyukurlah.

Sekarang pergi dari sini. - Aku rasa berpasangan seumur hidup itu bodoh.

Ramai lagi untuk Sid jadikan pasangan.

Manny?

Tengok tu. Dia okey.

Dia dah hilang.

Manny, kau terlupa sesuatu? - Tidak.

Tapi kau baru saja selamatkan dia.

Aku cuba untuk tinggalkan perkara terakhir yang aku selamatkan.

Kau tak boleh tinggalkan dia di sini.

Lihat, ada asap. Pasti kawanannya ada di atas bukit.

Kita patut pulangkannya. - Mari perbetulkan. Bukan "kita".

Tak pernah ada "kita". Malah, tanpa aku, takkan ada "kau."

Atas bukit itu saja. - Dengar baik-baik, aku takkan pergi.

Baiklah, teruslah pentingkan diri.

Aku akan jaga dia. - Baguslah tu.

Diri sendiri pun tak terjaga. Aku nak lihat yang ini.

Aku akan hantar kau pulang. Kita tak perlukan mamot berlagak tu lagi, kan?

Kita tak perlukannya.

Kau patut malu pada alam. Kau tahu tak?

Ini mudah saja. Aku okey.

Aku akan mati.

Manny.

Benda pink itu milik aku.

Bukan, benda pink itu milik kami.

"Kami"? Kamu berdua pasangan yang pelik.

Tak ada istilah "kami".

Aku faham. Kau tak boleh dapat anak, jadi kau nak ambil anak angkat.

Maaf sebab ganggu snek kau, tapi kami mesti pergi.

Bayi itu? Tolonglah. Aku nak pulangkan pada kawanannya.

Oh, yalah tu. Cubaan yang bagus, gigi jongang.

Kau kata aku penipu? - Aku tak kata begitu.

Kau sedang fikirkannya.

Aku tak suka kucing ini. Dia boleh baca fikiran.

Namaku Diego, kawan. - Manfred, dan aku bukan kawan kau.

Baiklah, Manfred.

Kalau kau cari manusia, kau cuma buang masa. Mereka dah pergi.

Terima kasih atas nasihat itu. Sekarang berambus.

Aku akan bantu kau pulangkannya, tapi tinggalkan aku selepas itu.

Okey, setuju. Apa masalah kau? - Kaulah masalah aku.

Aku rasa kau tertekan, jadi kau makan terlalu banyak.

Susah nak gemuk kalau vegetarian.

Aku bukan gemuk. Semua sebab bulu ini. Ia buat aku nampak gemuk.

Baiklah, kau ada bulu yang gemuk. Bila kau sedia nak bercakap, aku di sini.

Apa kau buat? Letak saja atas belebas.

Kita kena pastikan mereka jumpa dia. - Idea yang bagus.

Jangan, jangan. Tunggu, tunggu.

Jangan tikam aku.

Ini ada masalah. - Sekarang apa?

Sangat bagus.

Aku dah kata mereka tak ada. - Lihat siapa datang.

Kau tak ada haiwan malang untuk dirobek perut?

Mereka belum jauh lagi. Mereka ke arah sini, atau sini?

Banyak kau tak tahu pasal menjejak, betul tak?

Aku seekor sloth. Aku lihat pokok, makan daun. Itu cara aku menjejak.

Kau tak ditinggalkan mereka terlalu jauh.

Ia masih hijau. Mereka menuju utara dua jam lalu.

Kau tak perlu tanggung masalah rumit ini.

Berikan aku bayi ini. Aku boleh menjejak manusia lebih pantas dari kau.

Dan kau rakyat budiman yang sedia membantu, bukan?

Aku tahu ke mana manusia itu pergi. - Glacier Pass.

Semua orang tahu mereka ada penempatan di sana.

Melainkan kau tahu cara menjejak, kau takkan jumpa mereka sebelum salji menutup laluan.

Yang sepatutnya berlaku esok.

Jadi, kau boleh bagi bayi itu padaku, atau sesat dalam ribut salji. Terpulang pada kau.

Ambil bayi kecil kau. Kita akan pulangkan pada manusia.

Harimau jahat kena tinggal. Kesian kau, harimau.

Sid, harimau ini akan tunjukkan jalan.

Manny, boleh kita berbincang sekejap?

Tak boleh. Lagi cepat kita jumpa manusia, lagi cepat aku bebas dari En. Muka Busuk...

More Malay subtitles for Ice Age

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left