The Intouchables

The Intouchables (Intouchables)

Download Malay Subtitle

Release info

Intouchables (2011) 720p BrRip x264 - MIA
Intouchables (2011) 1080p BrRip x264 - MIA
A Commentary by Mohammad Izzat
Malaysian Subber Crew (MSC) -- Visit https://www.facebook.com/subbers -- Blog Chords: http://profile.ultimate-guitar.com/aiezet -- Intouchables (2011) Selepas menjadi lumpuh akibat kemalangan paragliding, seorang bangsawan mengupah seorang pemuda menjadi

Tags

brrip
x264
1080
720p
720
Published on: 2014-06-01
Downloads: 164
Hearing Impaired: Yes

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tepi!

Okey, mereka datang.

Philippe bangun, bertaruh 100 euro saya boleh lari dari mereka.

Philippe? -Setuju.

Mari kita buat!

Awak bertuah malam ni.

Alamak.

Awak berjaya lepas dari mereka.

Melangkah keluar dari kereta! Tangan di atas kereta!

Gandakan taruhan. -200 euro, mereka akan iring kita.

Awak akan kalah lagi.

200 euro!

Angkat tangan kamu!

Angkat tangan!

Tunggu. Saya boleh jelaskan. -Diam. Tangan atas kereta.

Tunggu. -Keluar dari kereta. Sekarang!

Sabar!

Dia tak boleh keluar. Dia tak boleh buka pintu.

Tengoklah dia!

Ada kerusi roda dalam bonet. Dia cacat. Periksalah!

Lepaskan saya.

Dia cakap betul -Jadi, macam mana..?

Apa awak ingat?

Awak ingat saya pandu dengan laju untuk suka-suka?

Saya nak ke hospital. Saya bekerja untuk dia. Dia ada angin ahmar!

Makin lama kita tunggu, makin buruk keadaan dia.

Dia tak boleh bergerak, tak boleh buat apa-apa. Itu sebabnya.

Nampaknya kita ada masalah di sini.

Tengok ni.

Apa tindakan kita sekarang? -Ya, fikirlah dulu.

Tapi sementara tu, telefonlah anak perempuan dia dan beritahu dia dah mati sebab awak!

Kalau dia tak sampai di hospital dalam 5 minit, habislah.

Tapi tak apa, bertenang dulu.

Fikirlah cepat. Dia dah nazak!

Baik, jangan buang masa lagi. Jom.

Awak nak ke mana? -Kecemasan.

Kami akan iring awak, lebih selamat. Jom gerak, kita iring mereka!

Mereka dah pergi.

Bagus.

Philippe, menjijikkan.

Tak sanggup saya lap. Macam mana awak keluarkan cecair ni...

Awak mesti siapkan lesen memandu awak secepat mungkin.

Ya tapi sementara tu "kami akan iring awak, lebih selamat".

Pengiringan yang bernilai 200 euro.

Apa? Saya tak bertaruh sebanyak tu.

Mari raikan.

"Kami akan iring awak, lebih selamat."

Sudahlah. Saya yang banyak tolong.

Philippe, kita diiring. Diiring dengan selamat!

Dia datang.

Kami dah uruskan. Pemapah akan sampai nanti.

Tiada masalah, kan? -Ya.

Salam sejahtera. -Terima kasih.

Sekarang nak buat apa?

Sekarang biar saya fikir dulu.

THE INTOUCHABLES

Berdasarkan kisah benar .

Awak ada rujukan?

Ya. Saya ada CAFARD.

Sebuah sijil dalam bidang kepakaran menjaga orang cacat.

Saya perolehnya di sebuah lembaga terkenal di Landes pada tahun 2001.

Saya ada ijazah "Perkhidmatan Sosial"...

...dan sarjana muda dalam bidang "Sosio-Ekonomi dan Ekonomi Keluarga".

Saya lebih banyak belajar daripada bekerja.

Apa motivasi utama awak?

Duit.

Kemanusiaan.

Bagi saya, semuanya demi kemanusiaan.

Bagus.

Saya suka membantu orang lain. Itu jawapan yang bagus, kan?

Saya suka persekitaran.

Saya suka orang cacat. Sejak saya kecil.

Untuk pergiat hak asasi orang cacat.

Kehidupan sosial mereka.

Sukan. Awak perlu bergerak.

Dari sudut kehidupan sosial...

...mereka ini tak mampu buat apa-apa...

Sejak awal karier saya dah hadapi semua ini...

Namanya Pn. Dupont Morathie.

Seorang wanita yang sangat tua...

Sangat-sangat tua...

Saya tolong dia...

...sampai hari terakhir, hari demi hari.

Saya juga cekap dalam bidang pentadbiran...

...pengumpulan dana, kesejahteraan,...

Saya... Entahlah.

Dah cukup syarat?

Yvan Laprade? -Ya.

Tak. Saya dah tunggu selama 2 jam. Sekarang giliran saya.

Helo.

Saya datang nak dapatkan tandatangan.

Silakan duduk.

Awak ada rujukan?

Rujukan? Ada.

Jadi?

Kami sedang dengar.

"Kool & The Gang", "Earth, Wind & Fire".

Itu rujukan yang baik, kan?

Saya tak kenal mereka. Duduklah.

Kalau awak tak kenal mereka, awak tak arif pasal muzik.

Saya sangat arif pasal muzik.

Walaupun saya tak tahu "Sool" yang awak maksudkan tu,...

"Kool & The Gang".

Macam mana pula dengan awak? Awak kenal Chopin, Schubert, Berlioz?

Awak tanya saya kenal Berlioz tak?

Saya terkejut kalau awak kenal Berlioz.

Saya arif. -Ya?

Siapa antara mereka yang awak kenal?

Bangunan mana? -Apa maksud awak, bangunan mana?

Berlioz merupakan seorang komposer terkenal sebelum awak lahir.

Penulis dan pengkritik abad ke-19.

Saya bergurau. Saya tahu siapa Berlioz. Tapi nampaknya, gurau macam muzik pada awak.

Awak tak tahu langsung pasal muzik.

Jadi, kenapa dengan kertas awak?

Saya perlukan tandatangan, sebagai bukti saya datang temuduga.

Awak tulislah, walaupun saya seorang yang layak, atau apa-apa saja,...

...tapi awak masih tak berminat.

Saya perlu 3 tanda tangan untuk dapatkan duit kebajikan.

Saya faham, duit kebajikan.

Awak tak ada motivasi lain dalam hidup? -Mestilah ada.

Ada satu di sini. Ia sangat memotivasikan saya.

Jadi, macam mana?

Tandatangan? Atau tak?

Maaf, saya tak dapat tandatangan sekarang.

Kenapa? -Kenapa?

Susahlah nampaknya.

Sebab saya perlukannya, dan saya tak ada masa.

Memang menyusahkan.

Tak bolehkah cik motivasi tandatangan untuk awak?

Tak, Magalie tak boleh tandatangan.

Sayangnya.

Kalau tak, dia boleh tulis sekali nombor telefon di kertas tu.

Awak boleh datang balik esok.

Pukul 9 pagi. Saya tandatangan kertas awak.

Saya tak nak awak terlepas duit kebajikan awak.

Maaf saya tak dapat iring awak. -Tak apa.

Tak payah berdiri. Duduklah.

Jumpa esok.

Nina? -Ya?

Dia ada? -Tak. Dia balik lewat.

Jangan!

Jangan guna sekarang, semua air habis diguna dekat sana.

Tutup paip!

Keluar.

Abang tengah mandi. Apa kamu buat? Keluar!

Halau mereka keluar.

Bitou, aku tak main-main.

Nina!

Nina. Keluar!

Bitou, mari sini.

Bitou!

Duduk.

Kamu nak apa? Coca-Cola atau ini?

Saya nak Coca-Cola.

Kamu pergi mana? -Sekolah.

Sekarang nak ke mana pula?

Tunggang kuda.

Bagus, kurang ajar.

Ini untuk emak.

Kamu pergi mana?

Bercuti. -Bercuti?

Kamu ingat orang-orang dekat sini tak bercakap? Kamu ingat emak bodoh?

Kamu hilang selama 6 bulan. Tak telefon atau tanya khabar.

Lepas tu balik, macam tak ada apa-apa, bagi emak telur?

Kamu ingat boleh bayar sewa dengan telur tu?

Barang belanja?

Kamu ingat ini hotel?

Pandang sini bila emak bercakap dengan kamu.

Bodoh.

Susah bercakap dengan mak. -Kamu nak bercakap?

Baiklah.

Mak dengar ni.

Mak tengah dengar.

Kamu tahu Driss,...

...mak banyak berharap pada kamu.

Nasib baiklah...

...mak masih ada anak lain.

Mak boleh berharap pada mereka.

Mak tak nak tengok kamu lagi.

Ambil barang-barang kamu.

Keluar dari sini.

Faham?

Pergi.

Pergi!

Dan ... dia pergi!

Lawak, kan?

Aku balik dulu.

Kau tak rasa lawak?

Ya?

Saya datang nak ambil kertas. -Ya, saya menunggu awak.

Tolong beritahu Philippe dia dah datang.

Baik.

Macam mana? -Saya tak buat lagi.

Tapi hiasannya cukup baik. -Okey. -Helo.

Cepat jalan.

Untuk pengetahuan awak, dia agak sibuk pada waktu malam.

Rasanya macam awak juga.

Kerja awak bermula pada pukul 7...

...bersama jururawat.

Dia perlukan rawatan selama 2-3 jam setiap pagi.

More Malay subtitles for The Intouchables

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left