The first 200 lines.
Pada pukul 1:00 tengah hari ini,...
...Ahn Chan-soo, salah seorang pelajar gred-12...
...akan cuba bawa pulang kemenangan kedua yang telah lama dinantikan...
-...dalam cabaran di Kuiz Saluran YGN. -Saya nak selesakan diri dulu.
Saya harap semua orang bersorak supaya dia boleh menang minggu ini.
Biar saya tengok.
-Semua orang ada di sini? -Ya.
Kerusi kosong itu milik siapa?
Itu kerusi Ahn Chan-soo.
Bukan yang itu, tapi di sana.
-Itu kerusi Choi Dal-po. -Dal-po?
Dia ponteng kelas lagi?
Ia sudah bermula.
Semua orang senyap.
CABARAN RANCANGAN KUIZ
Apa khabar? Nama saya Im Seong-hoon.
Mari kita mulakan Cabaran Rancangan Kuiz...
...pada minggu kedua bulan Oktober, 2005.
Hari ini, Ahn Chan-soo...
...dari Sekolah Tinggi Cheong-Po akan cuba memenangi cabarani...
...pada minggu kedua.
Berikan tepukan kepadanya.
Siapa yang awak mahukan jadi lawan awak minggu ini?
Sejujurnya,...
...saya nak berlawan dengan orang yang boleh beri cabaran kepada saya.
Ya, baiklah.
Adakah lawan barunya seseorang yang boleh berikan cabaran sebenar?
Mari kita berkenalan dengannya.
Saya datang ke sini untuk menghalang Ahn Chan-soo...
...dari membawa pulang kemenangan kedua.
Apa?
Dia dari sekolah yang sama dengan Ahn Chan-soo...
...seorang pelajar pintar yang berada di kedudukan ke-34 di seluruh sekolah.
Choi Dal-po.
Persaingan sengit antara pelajar yang pertama dan ke-34...
...dari sekolah yang sama.
Perlawanan yang hebat ini...
...bermula sekarang!
Sila tunggu dan lihat.
Apa yang Dal-po buat di TV dan bukannya duduk di mejanya?
Tak mungkin.
Dia memang teruk.
Tapi nampak macam dia bangga.
Mari kita alu-alukan pencabar kita,...
...Choi Dal-po.
Itu memang pengenalan yang mengagumkan.
Macam mana? Awak sukakan pengenalan itu?
Ya.
Tapi ada sesuatu yang saya nak jelaskan.
Saya bukan pelajar bijak.
Awak di kedudukan yang ke-34 di sekolah, bukan?
Itu bijak namanya.
-Ada 34 orang pelajar semuanya. -Apa?
Kalau ada 34 pelajar di sekolah itu, maknanya awak...
Saya dapat gred yang paling teruk di sekolah.
Sebab itulah mereka panggil saya Si Kosong.
Saya dapat kosong dalam setiap kategori.
Jadi, saya Si Kosong.
Saya rasa saya faham.
Gred paling teruk di sekolah?
Macam mana ini boleh berlaku?
Saya ingatkan sekurang-kurangnya ada 300 orang pelajar,
Bukankah ini sebenarnya lebih menarik?
Perlawanan antara pelajar paling bijak dan pelajar paling dungu.
Saya sajakah yang rasa begitu?
Baiklah, En. Choi Dal-po.
Awak kena jawab lima soalan dengan betul...
...untuk turunkan juara terkini daripada pentas itu.
-Awak sudah bersedia? -Ya.
Ini soalan yang pertama.
Dikatakan bahawa...
...kira-kira 43 orang di negara kita mengalami gejala ini.
Ia merujuk kepada tersedu apabila menipu...
...disebabkan gangguan sistem saraf autonomik.
Oleh kerana reaksi yang jelas ketika menipu,...
...ia dinamakan sempena karakter kisah dongeng yang terkenal.
Apakah nama sindrom ini?
En. Choi Dal-Po.
Ini soalan tahap pertama, jadi bertenang dan jawablah.
Saya nak gunakan kad peluang.
Betulkah awak nak gunakan...
...kad peluang awak untuk soalan yang pertama?
-Okey, baiklah. -Dia sudah hilang akalkah?
Dia bukannya hilang akal. Tapi dia cuba nak menghibur.
Mungkin saya saja yang rasa begitu kali ini.
Okey, inilah Peluang Rakan.
Ada sesiapa yang datang bersama awak untuk bersorak?
Tiada sesiapa yang nak bersorak untuk saya.
Tapi ada seseorang yang boleh tolong saya.
-Siapa dia? -Ahn Chan-soo.
Saya?
Awak dan Ahn Chan-soo rakan sekelas, bukan?
Tapi hari ini, dia lawan awak.
Awak ingat dia akan tolong awak berikan jawapan yang betul?
-Saya akan tolong dia. -Ya, baiklah.
Nampaknya dia seorang kawan yang pemurah.
Okey, 30 saat bermula sekarang.
Ahn Chan-soo.
Kalau saya kalahkan awak hari ini,...
...awak kena benarkan saya pukul awak di kepala 10 kali.
Apa?
Mari kita bersatu!
Tapi kalau awak kalahkan saya, saya biarkan awak pukul saya 10 kali.
Awak kena berjanji dengan saya, okey?
Awak ini...
Baiklah!
Tapi saya rasa semua orang tahu orang yang akan menang.
Saya tak pasti. Kita kena tunggu dan lihat.
Choi In-ha.
Awak.
Kalau saya jadi juara,...
Malangnya,...
...30 saat itu sudah tamat.
Adakah awak tak kisah bazirkan peluang awak begini?
Tak apa. Saya sudah tahu jawapannya.
Jadi awak gunakan peluang awak sedangkan awak tahu jawapannya?
-Awak buat saya terkejut. -Saya tak rasa terhibur.
Tak ada kemahiran persembahan atau gaya.
Dia cuma gila. Budak yang gila.
Cepat sediakan penahan itu.
Baiklah.
Jawapannya ialah...
Jawapannya ialah...
...Pinocchio.
Awak kata Pinocchio.
Tepat!
Episod 1 - Pinocchio
Baiklah. Permulaan yang bagus.
Pernahkah awak berjumpa dengan orang yang menghidap Sindrom Pinocchio?
Ya, pernah.
Yakah?
Ramai orang yang mengalami Sindrom Pinocchio...
...mengelak dari bercakap untuk sorokkan tawak-tawak menipu...
...dan mereka juga mengalami fobia sosial.
Adakah itu benar?
Orang yang saya kenal berbeza daripada penghidap Pinocchio yang lain.
Sifatnya memang berlawan.
Dia cakap banyak.
Dia sangat lantang dalam semua perkara. Jadi nama panggilannya Ahli Sihir Lancang.
Hei, Choi In-ha.
Saya rasa Si Kosong bercakap tentang awak di TV sekarang.
Dia tak bercakap tentang sayalah.
Aduhai, dia mula dah.
Tengok? Dia tersedu apabila dia menipu.
Awak sendiri pun mengaku yang awak Ahli Sihir Lancang, bukan?
-Betul tak? -Mana ada.
Dal-po, siap awak nanti!
Ahli Sihir Lancang?
Itu nama panggilan yang menarik.
Okey, ini soalan kedua.
Kelaskan tahun dengan 10 Tangkai dan 12 Cabang...
...yang dipanggil kitaran "sexagenary".
Seperti yang kita sedia maklum, tahun ini ialah 2005.
Ini soalannya.
Menurut kitaran "sexagenary", 2005 adalah tahun apa?
Tahun Ayam.
Kamu boleh kira sepantas itu?
Mari kita tengok memawakngkan tahun ini Tahun Naga,...
...jadi 2005 ialah...
Betul! Tahun Ayam!
Ki Ha-myung, kamu genius!
-Ini sukarkah bagi ayah? -Ya.
Sangat sukar untuk ayah.
Jae-myung.
Kamu pun rasa ini senang?
Boleh kamu kira sepantas itu?
Itu senang saja!
Jae-myung dan Ha-myung,...
...kamu berdua patut sertai MENSA. Betul tak?
Aduhai. Dia buat lagi.
Jangan nak melebih-lebih. Tolong saya keluarkan barang.
Saya nak sedekahkan kek beras ini kepada jiran-jiran.
Kek beras? Berikan kepada saya.
-Kami akan berikan. -Apa?
Biar saya ambil.
-Kami? -Kami?
1935 ialah tahun apa?
-Tahun Khinzir. -Betul!
Saya dilahirkan pada Tahun Khinzir.
Mengagumkan, bukan?
Saya pun boleh buat.
Aduhai.
Jangan menipu ibu!
Dia ada sindrom Pinocchio.
Sindrom yang tersedu ketika mereka menipu?
Saya tak menipu.
Semua orang boleh kira itu.
Saya rasa awak tak boleh buat benda yang semua orang boleh kira...
...apabila tengok awak tersedu macam itu.
Abang.
Ayah takkan suruh kita buat ini sepanjang hari, bukan?
-Makanlah kek beras ini. -Abang harap ia berakhir hari ini.
Tahun 35273?
-Tahun Lembu. -Tahun 43000?
Ha-myung, kalau kamu dapat jawab, ayah bawa kamu ke festival bunga api.
Festival bunga api?
Ayah cakap tahun berapa tadi?
Tahun 43000.
-Tahun Tikus! -Tahun Tikus!
Kamu semua dengar, bukan?
No comments yet. Be the first to leave one.