Release info

Inspector Zende 2025
A Commentary by KakifilemBot

Tags

webdl
Published on: 2025-09-11
Downloads: 60
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mumbai, 1986.

Semasa Bachchan memakai mahkota bintang handalan

dan jalan-jalan Mumbai dikuasai samseng,

ada satu nama yang ditakuti para samseng.

Polis Mumbai.

Dalam era ini, ada beberapa polis nekad dalam pasukan Polis Mumbai

yang menegakkan keadilan untuk banyak kes mengejutkan.

Inilah kisah salah satu kes itu.

Kisah yang benar, tapi bagaikan fantasi.

Kisah ini diilhamkan kejadian sebenar

tapi seperti kisah dongeng.

PENTADBIRAN MAHARASHTRA SKIM SUSU MUMBAI

Pak Cik Joshi.

Apa khabar?

Hei, Zende.

Giliran awak hari ini?

Pak Cik Joshi, kalau nak pastikan Pesuruhjaya gembira di rumah,

kita perlu buat begini.

Awak ada banyak pengalaman.

Salam! Buletin Berita Khas.

Sumber telah mengesahkan penjenayah paling dikehendaki Interpol,

Pembunuh Baju Renang, Carl Bhojraj, lolos dari Penjara Tihar malam tadi di Delhi.

Hei, Zende?

Ke mana dia pergi?

- Pergi dulu, ayah. - Ya.

- Pergi dulu, ayah. - Ya.

MADHUKAR B. ZENDE ADA

Hei, mana susu?

Tiada susu, Pesuruhjaya.

Kenapa?

Hari ini kerbau minum susu sendiri.

Belum pukul 7 pagi pun. Awak dah pakai uniform?

Pergi dulu.

Hati-hati.

Apa yang berlaku?

Nama telah tercemar.

Nama siapa?

Negara ini.

KELUAR

LIMA BELAS JAM YANG LALU

16 MAC 1986, PENJARA TIHAR

Pembunuh berbahaya, Carl Bhojraj

bersama empat banduan lain,

lolos dari Penjara Tihar di Delhi malam tadi.

Dengan hari jadi sebagai alasan,

Carl beri pegawai penjara dan banduan lain

puding nasi yang dibubuh ubat tidur.

Selain Carl, banduan lain yang lolos dari penjara ialah

David Jones, Lalit Khatana, Ratan Tomar dan Subhash Tyagi.

Tihar!

PENJARA PUSAT NOMBOR EMPAT

Hei, masuklah!

Awak akan duduk di atas riba saya?

Lekaslah. Kita kena pergi sekarang.

Selamat tinggal, Tihar.

BERITA MAHARASHTRA

- Tuan. - Jai Hind,

- Patil, ada panggilan telefon untuk saya? - Tiada.

- Mereka akan telefon. - Tidak, tuan.

Telefon kita rosak sejak malam tadi.

Dia lolos dari penjara, awak goyang kaki dengan telefon rosak, Patil?

Tapi saya tak…

Panggil Dattu Mane yang tinggal di Bangunan Nombor Empat.

Baik, tuan.

Tuan, Dattu ialah tukang paip.

Abangnya, Babu, jurutera di jabatan telekom.

Panggil dia. Saya cakap dalam bahasa Marathi.

Baik, tuan. Saya faham arahan tuan.

Babu…

Hei, Babu. Berapa lama lagi?

Saya pun perlu bergegas, tuan.

Saya nak ke tandas semasa Patil menjemput saya.

Dia bawa baldi kencing.

Jangan lambat bayar bil.

Hei, si mulut becok. Berambus!

BALAI POLIS AGRIPADA

Tuan…

Hei,

mari sini.

Ajukan yang hebat, bukan?

Buat sekali lagi.

Bunyi semasa telefon sedang digunakan? Ajuklah bunyi itu.

Dia berbakat, bukan?

Hei, Parab. Bawa dia masuk.

Sebat dia dua kali dan biar dia mengajuk sepuas hati.

Dia akan terus buat bunyi itu sehingga telefon mula berdering.

Tuan, saya hanya nak buat khidmat masyarakat.

Saya juga buat khidmat masyarakat.

- Mari. - Hal remeh saja…

Saya nak tanya. Tuan tunggu panggilan kecemasan daripada siapa?

Dia loloskan diri. Dia!

Patil, tolong pegang!

Ya.

Telefon berdering. Telefon sebenar berdering!

Tidak! Patil!

Patil?

Pergilah, tuan.

Saya tolong jurutera yang jatuh.

Diam. Kenapa buat bunyi sedangkan telefon berdering?

- Hei, bawa dia keluar. - Baik, tuan.

Helo, saya Inspektor Zende dari Balai Polis Agripada.

Ya.

Ya.

Ya.

Saya akan ke sana, tuan.

Dengan segera.

IBU PEJABAT POLIS MAHARASHTRA

- Zende. - Tuan.

Mereka menulis tentang awak dalam

"Polis Bombay ada pegawai yang pernah menangkap Carl."

Awak pernah tangkap Carl dulu?

Maafkan saya, sami.

Maafkan saya, sami.

- Tuan! - Apa?

- Jangan pukul. Saya beritahu semuanya. - Cakaplah.

Rancangannya ialah rompak pejabat Agarwal.

- Siapa Agarwal? - Ceti di Jalan Merry Weather.

Siapa namanya?

- Carl. - Carl?

Lihatlah!

Chanel?

Pilihan yang bagus, En. Agarwal.

Tolonglah.

Baju saya?

Kalau awak berbogel,

awak akan hidup.

Hei!

Jangan acukan pistol ke arah wanita.

Pergi.

Minyak wangi apa?

Chanel.

Agarwal! Awak sangat nakal!

Awak patut dapat lebih bagus.

Awak tahu, bukan?

Bos, kami dah selesai.

Mungkin lain kali.

Helo, Carl.

- Siapa Carl? - Awak.

Saya bukan Carl.

Awak sememangnya Carl.

Tembak dia.

Awak ditahan!

Awak ditahan, Carl.

Kami mengesahkan berita CID,

selepas meloloskan diri dari Penjara Tihar, Carl datang ke Mumbai.

Awak boleh tangkap dia lagi?

Maaf, tuan.

Lima belas tahun lalu, Carl hanya pencuri biasa.

Tapi dalam 15 tahun ini, dia telah melakukan 32 pembunuhan.

Lima kali meloloskan diri dari penjara di empat negara.

Tak mudah untuk menangkap Carl sekarang.

Dia penjenayah paling dikehendaki Interpol.

Apa awak tahu tentang dia, Zende?

Awak dapat watak monyet ketiga Gandhi dalam filem?

Aduhai.

Mungkin kita silap pilih orang.

Karamchand Virwani Gurmukh Carl Bhojraj.

Ibunya orang Lubnan, bapanya Sindhi India.

Semasa kecil, bapanya meninggalkan ibunya

dan ibunya mengahwini lelaki warga Perancis.

Dia tinggal bersama mereka di Perancis selama beberapa tahun.

Dia kacukan India, Lubnan dan Perancis.

Dia penjenayah tegar.

Carl menjalani kehidupan lima bintang.

Hotel lima bintang, pakaian lima bintang, kenderaan lima bintang.

Dia hanya tahu satu cara untuk menampung gaya hidup mewah itu.

Jenayah.

Wajahnya sekacak Dev Anand, mulut semanis Rajesh Khanna.

Dia boleh buat sesiapa menurut arahannya, terutamanya wanita.

Tahu tak? Awak nampak macam Carl.

Penjenayah yang meloloskan diri dari penjara beberapa hari lalu.

Ada dua lelaki di dalam pesawat dari Delhi ke Bombay.

Mereka bawa gambarnya.

Pasti mereka polis.

Oh, ya.

Siapa nama awak?

Carl.

Mangsa pembunuhan pertamanya ialah gadis Amerika bernama Angela Norton.

Dia masukkan pil tidur ke dalam minumannya dan melemaskan dia di laut Thailand.

Selepas Angela, Rosy.

Selepas Rosy, Josephine. Ramai lagi mangsa wanita selepas itu.

Semua mangsa wanita itu memakai baju renang.

Sebab itulah dia dapat nama julukan, Pembunuh Baju Renang.

Dalam rekod, dia melakukan 32 pembunuhan.

Apakah motif semua pembunuhan itu?

Wang? Barang kemas? Pasport? Keterujaan? Boleh jadi apa-apa saja.

Dia ditangkap lima kali, meloloskan diri dari penjara lima kali.

Sebab itu akhbar Inggeris beri dia nama julukan Snake.

Ular.

Awak tahu cara menangkap ular, Zende?

Walau betapa berbisanya ular itu,

cerpelai sentiasa mengalahkan ular.

Jadi, awak cerpelai kami?

Tanpa ekor, dengan dua kaki.

- Tangkap dia, Zende. - Baik, tuan.

Jangan basahkan ayam saya.

Awak fikir awak duyung?

- Apa? - Lalit, David, kita kena pergi.

- Kami baru nak berseronok. - Sekarang!

Tak boleh menginap di hotel lima bintang.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left