Release info

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐—˜๐—ž๐—ข (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—™๐—ซ ๐—ช๐—˜๐—•
A Commentary by Coffee_Prison
๐‘๐„๐“๐€๐ˆ๐‹ ๐๐„๐“๐…๐‹๐ˆ๐— >> ๐ŸŽ๐Ÿ:๐ŸŽ๐Ÿ“:๐Ÿ๐Ÿ’ *๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ ๐˜๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ช๐˜ด

Tags

webdl
Published on: 2026-08-02
Downloads: 4
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

PERJALANAN BUKAN DESTINASINYA

Hei, saya tak ada "The Times of India". "The Hindu" okey, ya?

Hei, Mohan Pothan dalam bilik mana?

Bilik 203.

Tuan Mohan Pothan?

- Appootty? - Itu saya.

Tuan Thomas minta saya datang sini pada pukul lapan.

Wah, tepat pada masanya!

- Dah makan? - Ya, saya dah makan sebelum datang sini.

- Baiklah. Jom pergi. - Baik.

- Pergi letakkan beg-beg ini dalam jip. - Okey.

Awak pernah dengar tentang hutan Brahmagiri di Karnataka, betul?

Tempat yang awak cakap, bukit-bukit Kaattukunnu, terletak di seberangnya.

Jadi awak boleh nampak Karnataka dari situ.

Betul!

Awak tahu roda gear itu apa, betul?

Kawasan itu macam roda gear pergunungan.

Semuanya saling berjalin.

Kalau ada satu bukit di Kerala, yang seterusnya terletak di Karnataka.

Namun awak balik ke Kerala.

Macam mana tuan dapat tahu tentang tempat ini?

Daripada kawan lama.

Dulu kami bekerja bersama-sama.

Dulu dia cakap dia ada rumah dan tanah yang luas di situ.

Tanah dan rumah siapa kalau bukan Kuriachan?

Saya maksudkan Kuriachan sendiri.

Pembiak baka Kuriachan?

Betul.

Jadi awak berdua kawan? Begitu rupanya!

Alamak!

Alamak!

Ada apa di dalamnya, tuan? Singa?

Bawa beg-beg ini dan pergi dulu, Appootty.

Saya akan bawa yang ini.

Tak ada hantu yang akan melompat keluar, Appootty.

Jangan takut.

Itu cuma anjing yang tengah berahi.

- Anjing betina. - Faham.

LEENAMOL

Idea ini memang luar biasa, tuan.

Apa?

Rancangan jahat untuk menghasilkan anak haram ini.

Ada ramai orang datang untuk lihat atau letakkan perangkap,

dan kata anjing di bukit-bukit Kaattukunnu ialah anjing baka tulen.

Macamlah helah-helah mereka berkesan ke atas binatang-binatang buas itu!

Dulu baka ini ada di Malaysia saja.

Anjing itu nampak sama macam anjing-anjing terbiar kita,

tapi bakanya berbeza.

Saya dan Kuriachan pernah pergi ke Malaysia untuk mengkajinya.

Mana saja Kuriachan tak pernah pergi untuk mencari anjing!

Semua anjing di sini anak anjing-anjing yang dia bawa balik dari Malaysia.

Zaman sekarang, baka tulen pun tak boleh dicari di Malaysia.

- Kenapa? - Semuanya telah dikacukkan.

Cuma bukit-bukit Kaattukunnu awak saja yang masih ada baka tulen.

Kuriachan biasanya pandai buat masalah.

Sekurang-kurangnya baka anjing ini terselamat kerana jasa dia!

Patutkah kita pergi lebih dalam?

Tanah awam sampai sini saja.

Dari sini, 150 ekar tanah ini milik Kuriachan.

Jadi tak payahlah.

Jangan ceroboh tanah orang lain.

- Appootty, pergi turunkan barang. - Okey.

Lagipun, lebih baik kita tak pergi lebih dalam.

Tiada gunanya buat nenek itu terkejut tanpa sebab.

Nenek yang mana?

Mlaathi Chettathi.

Isteri Kuriachan dari Malaysia.

Awak berdua rapat dan awak tak pernah jumpa keluarga dia?

Berapa ramai isteri dia yang saya kena jumpa?

Saya pernah jumpa isteri-isteri dia di Thiruvalla dan Thrissur.

Saya dengar dia tak hubungi mereka sangat

sejak ada isteri dari Malaysia ini.

Ya, itulah kuasa Mlaathi Chettathi.

Boleh dikatakan rezeki Kuriachan berubah selepas dia berkahwin dengannya.

Ceritanya nenek itu tahu sihir dari Malaysia sikit.

Macam mana dengan pencarian Kuriachan?

Pencarian apa?

Sekarang dah berapa lama? Lima, enam tahun?

Ada berita surat khabar cakap dia pergi jumpa kekasih dia di Perumbavoor.

Di sini, nenek itu cuma dapat surat saja.

Di mana pun dia,

Kuriachan boleh hilangkan diri lama sebelum polis dapat menjejaki dia.

Dia cantik, bukan, Appootty?

Mesti dia akan buat semua anak bujang di sini terliur, bukan?

Saya tak tahu apa-apa tentang sains membiak anjing.

Tuan rancang nak tinggal dalam hutan sampai dia bunting?

Kalau saya tak ada di sini untuk tengok, macam mana saya nak tahu dia bunting?

Macam mana dengan makanan?

Saya dah bawa bekalan cukup untuk tiga minggu.

Lagipun hutan selalu ada buah-buahan dan beri.

Saya dah biasa hidup macam itu.

Sesiapa yang luangkan masa dengan Kuriachan

mesti akan terbiasa juga!

LAPAN BULAN KEMUDIAN

Doktor, kalau kita mendaki lebih tinggi, enjin akan mati.

- Awak atau enjin dulu, Chetta? - Diamlah.

Selesaikan saja ini dan hantar doktor balik.

Kita kena turun bukit sebelum hari gelap.

Rumah itu kira-kira 100 meter dari pokok asam jawa itu.

Macam mana dengan jarak 200 meter hanya untuk pergi ke pokok itu?

Saya akan datang balik.

Dia doktor betul, ya?

Mestilah!

Apa pun, duduk saja dengan Chettathi sementara dia memeriksanya.

Okey.

Awak masih cuba sesuaikan diri dengan tempat ini, ya?

Ya.

Saya dah agak.

Kebanyakan orang yang ditugaskan di sini datang dari selatan.

Rasa tak cukup nafas?

Berdasarkan bunyi ini, awak rasa apa?

Kita di altitud yang agak tinggi, betul?

Awak perlukan lebih banyak Vitamin E.

Makan buah mentega dan betik.

Tengoklah saya.

Begitu.

Hei!

Tepi!

Anjing-anjing ini awak punya?

Tak, anjing-anjing ini selalu melepak di sini saja.

Telinga awak tak rasa kedap, betul?

Saya makan roti yang direndam dalam susu.

Baiklah.

Awak akan baik-baik saja.

Jangan mengiring. Baring terlentang saja, okey?

Semua orang panggil saya Mlaathi Chettathi.

- Doktor tanya nama saya, betul? - Ya.

- Jadi ini masalah keseimbangan telinga? - Ya.

Dia biasanya tak ada masalah mendengar, betul?

Masalah mendengar?

Nak fikir apa-apa yang jahat tentang dia pun saya takut.

Dia ada pendengaran supersonik.

Baiklah.

Saya akan hantar doktor ke jip.

Okey.

Saya tahu jalannya. Tak apa.

Tak, saya akan pergi dengan doktor.

Anjing mungkin masih berkeliaran.

Anjing boleh jadi agak agresif dengan orang yang tak dikenali.

Anjing lebih tenang apabila saya atau Chettathi ada.

Di altitud ini, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah keseimbangan telinga.

Begitu.

Dia pernah jalani pembedahan jantung, betul?

- Dua. - Begitu.

Dengan semua penyakit dia, tinggal di tempat macam iniโ€ฆ

- Doktor. - Ya?

- Untuk jip? - Tak, saya dah bayar upah dia di kedai.

Awak kena bayar tambang penuh untuk sampai ke sini.

Kalau tak, mereka tak nak mulakan perjalanan pun.

Tolong tarik.

Siby? Siapa yang telefon?

Siby, dengar tak?

Ya, Appootty Chetta. Ini Shajan. Teruskan.

Ya, Shajan.

Saya baru saja mula turun bukit dari sini.

Bertolak pada pukul 7.15.

Pukul 7.15. Okey, baiklah. Faham.

Okey, faham.

Semua itu untuk apa?

Ini sistem yang polis tetapkan.

- Kita bertolak pada pukul 7.15, betul? - Ya.

Kalau jip tak sampai kaki bukit pada pukul lapan,

orang di situ sepatutnya beritahu polis.

Nah.

Saya tak dapat beli gula-gula batu.

Saya terlupa.

Saya bergegas panggil doktor sebelum dia balik rumah.

Saya akan beli lusa.

Kenapa lusa?

Saya akan pergi ke pejabat pos lusa.

Dia macam ini sejak pagi ini.

Ada masalahkah?

Dia akan beranak tak lama lagi.

Sebab itulah.

- Chettathi! Hei! Chettathi! - Apa?

Panggil saya kalau awak kena pergi tandas.

Awak tak perlu pangkukan saya macam budak untuk buat saya kencing.

Jangan layan saya macam saya dah tak boleh bangun hanya kerana saya pening sikit!

Selamat pagi!

Awak dah bangun?

Saya akan ambilkan kopi untuk awak sekarang.

BIDADARI

Hei, Peeyoos!

Isu baharu "Lustful Flower" dah sampai, betul, Chetta?

Saya dah pesan sepuluh naskhah.

Semuanya habis dijual sebelum air sempat masak.

Orang bandar awak yang kuat nafsu memang macam itu!

Yalah itu! Macamlah awak datang sini untuk beli ubat herba!

Lagi satu, Tuan Pappachan cari awak.

- Kenapa? - Awak ingat dia nak beritahu saya?

Dia keluarkan saja kepala dia dari kereta dan tanya.

Kalau dia datang, beritahu saja dia saya di pejabat pos.

Hei, hari ini hari gajikah?

Ya.

Siapa budak ini?

Itu Peeyoos.

Awak tahu orang Malaysia itu, isteri Kuriachan?

Anak mereka upah Peeyoos untuk jaga dia.

Mereka takut orang yang memburu Kuriachan mungkin akan apa-apakan dia.

Kalau apa-apa terjadi kepada dia,

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left