The first 200 lines.
Kamu duduk menghadap komputer.
Tekan 'suka' pada gambar bayi-bayi yang senyum.
Kongsi ayat-ayat inspirasi.
Tapi apa yang kamu mahu lihat sebenarnya adalah kematian.
Kamu klik pada tajuk berita yang mengerikan;
kekejaman, kemusnahan, keganasan, peperangan!
Sebab ia membuatkan hidup kamu yang menghampakan itu
nampak lebih kurang menghampakan.
Kamu nak viral?
Skizm adalah virusnya.
Menunggu Strim Langsung...
Apa cerita semua!
Nama aku En. Longshot!
Dan aku Daddy Doubletaps,
dan kami membawakan pada korang sukatan harian
- bagi hukuman mati! - Okey, sekarang,
kalau korang baru di sini, secara ringkasnya,
apa yang kami buat di sini adalah kami ambil
penstriman Skizm untuk berikan korang komen-komen kami
sebab kami bagus dalam memberikan komen!
Inilah dia.
Vadim lawan Nix. Satu lawan satu.
Siapa yang akan mati hari ini?
Dia memandu macam raksasa!
- Nix. Nix. - Nix. Nix.
Matilah. Pergi mampus.
Tak guna!
Bunuh dia.
Sejak bila boleh bawa geng dalam 1 vs 1? Aku taruhkan duit untuk Nix bunuh dia-
Terima kasih kepada jabatan teknologi Skizm
kerana memuat naik rakaman ini!
- Tentu sekali! - Ya.
Bunuh dia.
Nix menang.
Dunia di luar sana boleh jadi sangat teruk, bukan?
Skizm? Itu memang teruk sehinggakan
ia boleh mengancam ketamadunan seperti yang kita tahu.
Ia memang tak boleh dihentikan...
sampailah aku terlibat.
Hei. Aku Miles.
Ini adalah kisah tentang hari yang terburuk dalam hidup aku.
- Buta. - Maaf.
Hari aku menjadi terkenal.
Waktu aku kecil dulu aku mahu menjadi seorang wira.
Seorang pendekar.
Tapi sebaliknya aku menjadi orang yang tak penting.
Belek-belek tiga aplikasi yang sama dalam telefon aku
sampailah masa untuk tidur.
Aku pernah bekerja dalam bidang permainan video.
Bunyi macam hebat, bukan?
Tidak, bila kau hanyalah tukang kod
untuk permainan telefon yang bodoh lagi buat kau ketagih
yang direka untuk mencuri duit dari kad kredit mak ayah.
Tapi satu tempat yang aku masih boleh menjadi wira
adalah di papan kekunci aku.
Mengejek si pengejek.
Oh, tak guna.
Um?
Hei.
- Apa kej... - Bro!
Alamak, tidak. Jangan tekan. Tidak.
Celaka...
- Aku tak mengganggu bukan? - Tak. Tak, tak. Cuma, uh...
- cuma periksa benda sikit. - Hei, uh...
boleh kau tandatangan kad hadiah ni?
Uh, yeah.
Oops.
Uh, kejap. Apa... Apa ni?
Kita sedang mengurangkan pekerja sekarang.
- Apa? Berapa ramai? - Hanya seorang.
- Aku tak... Tapi... - Hei, relaks, hombre.
Buat lawak saja!
Aku cuma bergurau dengan kau!
Oh, okey.
Oh, tengoklah muka kau. Dah terkena!
Tapi kalau aku dapat tangkap kau curi tulang lagi...
kad seterusnya adalah yang sebenar. Faham, amigo?
Si. Ya.
Serius ni, boleh aku... Boleh aku pinjam pen?
- Pergi mampus. - Whoa!
Kemudian satu malam, aku jumpa sesuatu.
Skizm.
- Satu lagi Skizm... - Skizm...
- Skizm... - Skizm...
Skizm mengutip mana-mana orang psiko, pelik, dan penjenayah
dan buat mereka berlawan antara satu sama lain sampai mati.
Ianya penuh dengan kejutan dan menjijikkan.
Lee menang.
Sisi terburuk dalam diri manusia dijadikan pertunjukan.
Ya!
Jadi, internet sangat sukakannya.
Skizm!
Dalam realiti, nak pukul lalat pun aku tak sanggup.
Tapi di belakang papan kekunci, akulah si Terminator.
Korang ni semua penyangak terencat. Pergi jahanam.
Aku pemburu pengejek yang paling hebat.
Aku tahu aku patut biarkan saja,
tapi aku tak boleh tahan.
Yeah.
Yeah, marahlah aku.
Jom gaduh.
Baguslah tu, penghuni bawah tanah.
...kau fikir punggung kau sakit sekarang...
*sembang kencang dengan kata-kata kesat di ruangan komen Skizm*
Korang ni senang sangat.
Okey.
SKIZM_ADMIN: Lelaki Besar di belakang papan kekunci huh?
Apa?
SKIZM_ADMIN: Berambus, kalau tak aku akan patahkan tangan-tangan kau tu.
Siapa kau ni, bro?
Sumbatkan zakar kau...
dalam pengisar.
SKIZM_ADMIN: 17.7.15.256 - Amatur betul
Alamat IP: 17.7.15.256
Okey.
Nova.
Hei Miles, saya nampak awak hendap instagram saya.
Ya ke? Mesti saya ter'suka' gambar awak.
Iyalah...
Saya rasa bersalah dengan cara kita abaikan hubungan kita.
Mungkin kita boleh jumpa bila-bila nanti?
Ok, jumpa di taman?
Ya. Mestilah.
Yeah, boleh, jumpa pukul 10?
Harap awak suka. Ini dakwat kekal.
Saya sukakannya.
Seriuslah, kenapa awak tak lukis komik sebagai kerja awak?
Iyalah, berhenti saja kerja saya dan jadi seorang lagi artis
yang makan Ramen, rendam diri saya dalam tangisan saya sendiri.
Saya tak kisah, awak patut buat saja,
karya awak memang terbaik.
Saya belum dapat jayakan watak adiwira saya lagi.
- Apa maksud awak? - Itu! Awak!
Lelaki ini? Lelaki kacak ini?
Um.
Uh, okey, apa kata, macam, uh...
- Saya dah pernah beritahu yang ini... - Oh, tidak. Janganlah.
...tapi Lelaki-Jantan.
Dia seorang lelaki yang telah digigit oleh seorang lelaki radioaktif.
Dan dia mendapat kuasa manusia super iaitu kejantanan.
- Maksud saya... - "Deria lelaki saya meremang."
Jangan risau, okey?
Ini... Ini bukan satu lagi kisah
pasal seorang lelaki kaki permainan video cuba dapatkan awek
seperti dia tu suatu pencapaian Xbox untuk dibuka.
Datang.
Ini bukan kisah cinta.
Uh...
Hai, saya... saya rasa kamu salah apartmen.
Apa kejadah. Siapa kamu ni?
Itu pun dia. Lelaki Besar.
Kau dah takut?
Oh, celaka. Apa, komen tadi? Tak. Tak, tak guna. Tak.
Itu... Itu... Tadi tu cuma lawak yang sangat bodoh
yang saya... saya... saya tak maksudkan.
Uh, boleh tak kita, cuma, lupakan saja?
Oh, haish. Ini memang gila, bukan?
Kami ni macam, teruk pula sekarang.
Apa kata aku berambus saja
dan kau... nikmati waktu malam kau, bro.
Oh, apa, sungguh?
Aduh. Baru lepas tarikh waranti.
Oops. Tak sengaja.
Sekarang, tangan-tangan kau yang sibuk tu
ia perlu diajar.
Tak, tak, tak! Tolong jangan hentak tangan saya.
Tak, tak, saya betul-betul suka menggunakannya.
Taklah, relaks, Miles. Kami bukan datang untuk hentak tangan kau.
Jadi kenapa kau suruh aku bawa tukul besi?
Aku ada sesuatu perancangan yang lebih baik untuk kau.
Pengsankan dia.
Nanti, tak, tak. Serius ni korang,
korang tak perlu buat macam ni pada saya. Saya... Saya...
Tak guna!
Itu biasanya buat mereka pengsan!
Menyusahkan betul.
Apa?
Apa?
Celaka, celaka, celaka!
Apa?
Fakta menarik: tembakan senjata api
adalah lebih kuat daripada dalam filem.
Dalam kehidupan sebenar, Rambo takkan
membunuh askar perang gerila,
dia akan belajar bahasa isyarat.
Oh, tak guna, aku rindu kau, oksigen.
Hei Lelaki Besar! Selamat datang ke SKIZM.
Lawan kau adalah NIX.
Dan kau ada 24 jam untuk bunuh dia.
Kalau kau gagal, kau mati.
Cuba tinggalkan bandar, kau mati.
Berjaya, kami benarkan kau turut serta.
Siapa kejadahnya Nix?
Inilah NIX.
Nix menang.
Itu dia, itu satu lagi kemenangan
untuk Nix melawan Gask.
Dan itu membawa dia ke kedudukan tertinggi
di papan pendahulu.
Yeah, sekali lagi, kita betul-betul terkejut ke?
No comments yet. Be the first to leave one.