Ah Beng vs Liang Po Po

Ah Beng vs Liang Po Po

Download Malay Subtitle

Release info

Ah Beng vs Liang Po Po 2026 CHINESE NF WEB-DL DDP5 1 H 264-CHORTLE
A Commentary by tedi
Retail NF | 2:05:02

Tags

webdl
Published on: 2026-06-22
Downloads: 13
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Berita terkini.

Ramai rakyat Malaysia dan Singapura menunjukkan simptom seperti ketawa besar,

hempas meja dan menjeling

setelah tonton Malaysia vs Singapore Showdown.

Kami nasihatkan pekerja Malaysia yang kejar duit

dan rakyat Singapura yang takut kalah

tonton rancangan ini bersama kanak-kanak agar tidak hilang kawalan.

Para penonton dari Singapura dan Malaysia,

selamat datang ke Malaysia vs Singapore Showdown .

Sejak 9 Ogos 1965, hari Malaysia dan Singapura berpisah,

kami bersiaran setiap hari.

Biarpun sepanjang 60 tahun, rakyat Malaysia dan Singapura bertelagah,

orang Singapura sambut mereka dengan tangan terbuka,

terutama apabila tenaga kerja murah amat diperlukan.

MENARIK NAFAS

Secara ringkas, semua ini hanyalah contoh paling asas

yang menunjukkan "Malaysia-Singapura keluarga bahagia." Betul?

Rakyat Malaysia dan Singapura boleh berdebat apa saja,

tapi ada satu topik

yang membawa padah jika dibincang serta-merta.

Iaitu...

Makanan!

Menarik, bukan?

Sekarang, mari beri tepukan kepada wakil Singapura!

Berdiri tegak, 158 sentimeter. Membongkok, 120 sentimeter.

Wanita yang jumpa sesiapa pun, terus tanya, "Siapa?"

Liang Po Po!

Hai, semua, saya Liang Po Po dari Singapura.

Sebenarnya, saya agak lemah sikit, jadi saya cuma buat bunyi.

Sebab saya tak boleh kawal diri. Asyik mengadu!

Orang Singapura memang suka mengadu.

Sekarang, mari sambut wakil Malaysia di sebelah kiri saya!

Seumur hidup buat satu perkara dengan sebaik-baiknya.

Makan pisang ialah perkara serius untuk dia, Ah Beng!

Maafkan saya.

Bukan makan pisang.

Pengawal keselamatan.

Betul-betul bodoh.

Mari kita teruskan topik hari ini,

Bak Kut Teh!

MENGANDUNGI KEGANASAN. TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK.

Tanpa berlengah, mari ke soalan pertama!

Adakah Bak Kut Teh dari Singapura?

Ataupun...

Memang dari Singapura!

Dulu, ada seorang mat salleh Perancis bernama Francis

tiba di pelabuhan Singapura.

Entah kenapa, dia beri sebungkus lada

kepada seorang pekerja buruh bernama Ah Seng.

Ah Seng bawa pulang untuk neneknya.

Kebetulan neneknya ada tulang rusuk khinzir,

jadi dia campak semua sekali dan masak sesuka hati.

Tiba-tiba, bum! Macam menang loteri,

hidangan itu jadi sedap gila!

Begitulah terciptanya Bak Kut Teh Singapura.

Betul-betul bodoh.

Sup lada hanyalah sup lada. Bukan Bak Kut Teh!

Semua orang, buka mata. Tengok.

Bak Kut Teh sebenarnya berasal dari Pelabuhan Klang.

Mereka bertegas yang Bak Kut Teh berasal dari Singapura.

Yang dimasak dengan herba sampai sup hitam-hitam itu

barulah panggil Bak Kut Teh!

Inilah Bak Kut Teh versi Singapura dan Malaysia.

Bantah!

Saya nak buat aduan.

Dia cuma tukar pelabuhan Singapura kepada Pelabuhan Klang.

Dia curi IP saya pada siang hari.

Saya cuma menyatakan fakta!

Berbeza dengan kamu semua yang sentiasa mahu menang dan takut kalah!

Ma... Ma... Awak itu...

- Apa "ma-ma"? - Ma...

Maksud awak, kedai Mamak?

Kami ada lebih 12,000 kedai Mamak di seluruh negara!

Baiklah, awak menang, kami akui. Kami tak nak lawan pasal ini.

Jangan lupa, sekarang ini, satu lawan tiga setengah kamu.

Satu lawan tiga pun dah cukup mengagumi.

Tapi awak orang Singapura

masih kena datang Johor untuk isi minyak

dan asyik goyang kereta di belakang.

Itu bukan goyang, tapi menolak.

Kami tolong gerakkan ekonomi awak.

Kami orang Malaysia yang pergi Singapura tolong gerakkan ekonomi awak.

Datang sini kerja jadi pekerja asing, bukan?

Awak panggil kami monyet?

Tak! Saya sumpah saya cakap pekerja asing.

Apa salahnya jadi buruh asing?

Lebih baik daripada awak bercakap pakai paru-paru.

Awak ada tuberkulosis!

Orang tua, dengar sini.

Muka awak nampak macam MRT.

Serabut dan tak dapat keluar!

Itu serangan peribadi!

Apa ayam jantan? Kami ada kari ayam di sini.

Ayam bakar garam, ayam Hainan.

Ayam Hainan dari Singapura juga?

Tak apa, Singapura ada awak, ayam tua!

Saya tak boleh tahan lagi.

Hanya awak boleh buat begini?

BABAK DI ATAS TIADA KAITAN DENGAN FILEM INI

Maaf, kalau begitu, apa tujuan rakaman Ini?

Sebab kita tiada benda lain nak buat.

SINGAPURA

Maaf!

Cuba saja.

Sekali lagi.

Boleh tahu umur awak?

Dua puluh lima tahun.

Saya 85 tahun, 60 tahun lebih tua daripada awak.

Tengok, ada CCTV di depan yang rakam kita sepanjang masa.

Kalau saya keluar sekarang,

Warga siber pasti akan kritik awak sampai rasa ke tulang.

Pandai-pandailah buat keputusan.

- Saya pergi. - Terima kasih.

Saya cinta padamu.

Jadi orang tua pun masih berguna.

Adakah nenek salah tempat?

Saya pasti betul.

Tempat ini memang betul.

Datang untuk apa?

Saya datang untuk pandang kerja.

Saling pandang-memandang.

- Kalau sesuai, kita akan berkahwin. - Kahwin?

Bukan! Ditawarkan jawatan.

Nenek, di Malaysia, orang sebaya nenek...

Awak dari Malaysia?

- Selamat datang. - Ramai sebaya nenek dah bersara.

- Betulkah? - Ada yang dah beli tempat yang baik.

Beli tempat?

Tonton wayang?

Saya pun suka dan pilih tempat elok.

Kini, ada kerusi yang boleh tidur.

Habis menonton, rasa macam selepas malam pertama perkahwinan.

Tak! Nenek tak ada!

Terpulang kepada saya.

Nenek duduk. Nanti saya panggil.

Jarang nampak orang Malaysia yang garang macam awak.

Mesti awak tak laku.

Saya dah berkahwin.

Awak pasti bercerai.

Saya sangat bahagia.

Suami awak akan curang.

Kalau betul pun, bukan dengan nenek.

Suami awak tak cuba lagi.

Maaf, bergurau saja.

Bertenang.

PEKERJA DIPERLUKAN! PENCUCI PINGGAN

Betul. Maaf, tolong tepi sikit.

Minta maaf.

Pakar feng syui kata,

saya mesti duduk di tempat ini untuk dapat kerja.

Minta maaf.

Graduan universiti?

Kenapa datang sini cuci pinggan?

Gaji permulaan graduan di Malaysia dua atau tiga ribu saja.

Cuci pinggan di sini dah dapat 3,000 SGD.

Jadi 10,000 lebih selepas ditukar kepada ringgit.

Kalau tahu, saya tak sambung belajar.

Awak memang buang masa ambil ijazah. Saya bijak.

Saya boleh belajar, tapi tak nak.

Saya sengaja gagal dari awal sampai akhir.

Universiti takut ambil saya.

Tapi bekerja di Singapura memang sangat tertekan.

Awak nak tertekan atau kaya? Satu SGD berbanding tiga ringgit lebih.

Nenek datang untuk temu duga?

Tak, saya datang nak makan Bak Kuh Teh.

- Betulkah? - Saya bergurau saja!

Awak merepek, saya pun ikut saja.

Ramainya orang Malaysia tinggal di sini.

Nenek tak tahu?

Di Jalan Orchard, satu papan tanda terjatuh pada tiga orang.

Sekurang-kurangnya, dua orang ialah orang Malaysia.

Bukan itu saja. Pekerja yang pasang balik papan tanda itu?

Memang orang Malaysia.

Pemandu ambulans pun orang Malaysia.

Apabila sampai di hospital, doktor pun orang Malaysia.

Saya sangat bersyukur

kerana Malaysia hantar semua orang berbakat kepada kami.

- Sama-sama. - Sama-sama.

Saya sangat bersyukur.

- Tentulah. - Tentulah.

Rampas rezeki kami?

- Tentulah... - Tentulah...

Bukan. Maksud saya,

kamu buat ramai orang Singapura sedar.

Mereka memilih dan tak nak kerja.

Semua kerja diambil oleh orang lain.

Sebenarnya, kamu sedang bantu kami.

Liang Po Po, giliran nenek.

Tapi saya yang terakhir.

Saya suruh nenek masuk sekarang.

Baiklah. Saya beritahu kamu yang tak ada teman wanita.

Jangan cari yang macam ini.

Kalau tak, musnah keluarga kamu.

Nenek epal beracun. Jangan meracuni orang Malaysia!

Helo.

Siapa nama awak?

Siapa? Awaklah.

Awak.

Siapa nama awak?

Liang Po Po Lolita.

Ah Beng vs Liang Po Po subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left