Ashfall

Ashfall (백두산)

Download Malay Subtitle

Release info

Ashfall 2019 BLURAY (02:08:11)
Ashfall 2019 720p BluRay DD5 1 x264-PbK
Ashfall 2019 BluRay 1080p TrueHD 5 1 x264-MTeam
Ashfall 2019 KOREAN 720p/1080p BluRay H264 AAC-VXT
A Commentary by Sanzoryu
🔹SUBS MALAY PENUH --- ALL BLURAY --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Runtime 02:08:11 | Manual translated from miss_p1nky | Rate kalau suka🙂

Tags

BluRay
x264
1080
HD
720p
720
Published on: 2020-05-27
Downloads: 118
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

CJ Entertainment dan Dexter Studios mempersembahkan

Untuk mengalihkan 6 bom nuklear ICBM yang berbaki,

USS Watson akan tiba di Pelabuhan Chongjin Korea Utara.

Ini menandakan peringkat terakhir bagi denuklirisasi Korea Utara.

LEE BYUNG HUN

HA JUNG WOO

MA DONG SEOK a.k.a. DON LEE

JEON HYE JIN

BAE SU ZY

ASHFALL

Halangan, akses umum disekat.

Raksasa berkarat di depan saya ini

adalah sebuah AN-M64 yang ditinggalkan dari Perang Korea.

Putarkan penutup itu menggunakan sepana paip kemudian perlahan-lahan...

buangkannya.

Boleh kamu cakap perlahan sedikit?

Saya bekerja di sini.

Bom yang tak meletup dipanggil begitu sebab ia tak pernah meletup,

dan saya tak pernah dengar sebuah bangkai bom meletup

dalam sepanjang kerjaya saya di EOD.

Kenapa dengan dia hari ini?

Mungkin kegugupan pra-tamat perkhidmatan.

Saya tak tahu kenapa kita perlu pakai pun benda ni.

Ianya tebal tapi ia tak menghangatkan kamu.

Masih juga berkesan.

Mestilah.

Kalau kamu fikir,

tiada kerja yang lebih selamat daripada kerja kita.

Ji-young cuma tak memahaminya.

Kamu bukannya akan turun ke lapangan lagi.

Saya rasa macam...

Saya ada lupa sesuatu hari ini.

Makan malam sekali malam ini?

Ah, mestilah! Saya harap kita tak makan di Tembok Besar lagi.

Kita akan makan di Tembok Besar.

Saya beritahu kamu, Profesor Min ada saham di tempat itu.

Tapi bukan itu saja. Ada benda lain lagi...

Suami kamu lewat lagi?

Entahlah. Mungkin dia dipanggil bertugas.

Kenapa awak tak mahu beritahu saya?

Awak memang nak buat saya tunggu sampai minggu ke-32?

Itulah perundangannya.

Macam mahkamah pula, bukan hospital.

Dah tak sabar nak tahu?

Jadi ianya putera atau puteri?

Kapten CHO - 12 Panggilan tak berjawab

Hei, intan payung!

Jadi, beritahulah abang, lelaki atau perempuan?

Maafkan saya,

saya kenal awak ke?

Jangan macam tu, sayang.

Abang dah nak sampai, dah sampai selekoh ni.

Abang dipanggil untuk buat kerja?

Um... tak?

Kenapa abang tak pernah beritahu saya bila abang dipanggil ke lapangan?

Sebab itu akan buat awak risau.

Saya tahu abang dipanggil.

Mulai dari sekarang, mereka takkan panggil abang kalau abang mahu pergi sekalipun.

Sekarang, apa yang doktor itu cakap tadi? Beritahulah abang.

Beritahu apa?

Pasal kita punya...

Oh, doktor itu.

Dia tak boleh cakap sebab abang lambat lagi.

- Bedebah itu kata begitu? - Dia seorang perempuan.

Perempuan? Betul ke?

Tak, doktor itu perempuan.

Oh... menghampakan betul...

Saya nak masuk dalam lif ni.

Saya akan beritahu bila abang balik rumah.

- Tapi... - Pergi dulu.

Sekarang, wakil YTN kami bersiaran langsung di Pyongyang.

Saya di Pusat Kebudayaan 425 di mana

Kongres Parti Pekerja sedang berlangsung.

Pegawai rasmi berpangkat tinggi hadir

bagi melengkapi program denuklirisasi,

yang akan disahkan dan diumumkan secara rasmi hari ini.

USS Watson akan tiba di Pelabuhan Chongjin pada 16 haribulan

untuk kutip baki 6 ICBM yang terakhir.

Tindakan ini akan menunjukkan denuklirisasi lengkap...

Sedang saya bercakap, kami sedang mengalami gempa bumi!

Pusat Kebudayaan sedang musnah!

Saya ulang...

Ya Tuhan! Pusat Kebudayaan 425

telah runtuh!

"AMARAN: Gempa 7.8 telah berlaku. Awas dengan gempa susulan."

Ji-young!

Tuhan...

Berita Tergempar.

Gunung Baekdu telah meletus.

Kekuatannya pada tahap 8, kelas letusan tertinggi.

Kelas Letusan Maksimum adalah VEI-8. YTN ada rakaman eksklusif.

Bencana ini dijangkakan untuk berlangsung dalam skala yang tak dijangka.

Gempa bumi telah disahkan pada tahap 7.8.

Keseluruhan semenanjung Korea berada dalam pengaruh gempa itu.

...telah mengumumkan Bencana Negara.

Arahan evakuasi telah dikeluarkan di Seoul, Gyeonggi, Gangwon.

Pakar memberi amaran bahawa banyak lagi letupan akan datang.

Dengan semua jalan udara disekat, jalan besar telah dimusnahkan.

Bandar Pyongyang telah menjadi debu

dan menjadi huru-hara.

Kerajaan China sedang menggerakkan tentera di sekitar sempadan Korea-China

di bawah label pengurusan risiko.

Rumah Putih telah keluarkan amaran keras kepada pergerakan tentera China,

pada 10 AM waktu Korea, telah diumumkan

satu arahan evakuasi bagi penduduk AS di Korea.

Profesor Kang Bong-rae?

Robert... Saya Robert...

dan bukan lagi seorang profesor.

Saya baru serahkan surat letak jawatan.

Saya Jun Yoo-kyung, Setiausaha Tinggi Presiden.

Untuk apa awak ke sini?

Nasihat awak.

Lamanya ambil masa.

Maafkan saya, tapi saya kena pergi. Arahan evakuasi.

Saya warga AS. Nampak helang itu?

Kenapa ni...

Tolonglah...

Boleh saya?

Awak kuat. Mengagumkan.

Jumpa lagi.

Saya dah baca tesis yang awak terbitkan tiga tahun lalu.

Dan bukankah saya dah bagi amaran dari dulu lagi?

Tapi apa yang saya dapat hanyalah gelak tawa dan nama panggilan "Profesor Udara Panas".

Dan sekarang awak mahu nasihat saya.

Dekan universiti ini sedang dibicarakan atas tuduhan salahlaku.

Saya boleh keluarkan arahan untuk menghalang pergerakan awak kerana awak saksi penting.

Awak cuba ugut saya ke?

Ya, saya dan saya akan buat lebih lagi kalau perlu.

Saya cuma perlukan tiga jam dari masa awak. Tolonglah.

Ada empat buah ruang magma di bawah Baekdu.

Tiga ruang yang berbaki itu akan meletup mengikut turutan,

selepas yang pertama, yang sudah pun meletup.

Berapa banyak masa yang kita ada?

Ini adalah anggaran garis masa bagi letusan itu.

Skala bagi letupan kedua dan ketiga mungkin lebih lemah.

Masalah sebenar di sini adalah letupan terakhir.

Letusan yang berturutan sudah pasti berlaku,

tapi yang terakhir itu akan menyebabkan gempa bumi pada 8.0 skala Richter,

membawa kemusnahan sebanyak 48% bagi semenanjung Korea.

Profesor Kang dari Universiti Princeton.

Aduhai.

Jadi, ini berasal dari simulasi saya terhadap pelbagai lapisan batu lebih tiga tahun lepas.

Dalam kes bagi letupan tiruan sekuat 600-kilotan

dalam lingkungan 5km bagi ruangan itu,

dianggarkan bahawa tekanan bagi ruangan itu

boleh berkurang sebanyak 45% dengan kadar kebarangkalian 3.48%.

Apa maknanya itu?

Biar saya...

Boleh saya... Terima kasih...

Secara ringkasnya,

letupan yang kuat begitu boleh merendahkan tekanan ruangan itu.

Kamu runtuhkan tanah di sekitar ruang itu

dan buat laluan bagi tekanan itu untuk menyusut.

Ia memerlukan kiraan yang sangat tepat bagi jarak dan ketumpatan,

yang mana saya telah mengusahakannya selama tiga tahun lepas.

Tentulah ia hanya teori buat masa ini.

Ia bukannya macam saya boleh gali terowong ke apa.

Timbalan Pengarah Pertama bagi Perkhidmatan Risikan akan bagi keterangan.

Terdapat sejumlah 12 lombong di sekitar Baekdu.

Lombong bawah tanah ini sangat kompleks

sampaikan pekerja sendiri pun boleh sesat.

Ianya tak sepadan dengan keadaan ideal bagi penyelidikan Profesor Kang,

tapi kita patut pertimbangkan kalau mana-mana lombong ini berbaloi untuk diperiksa.

Lombong 9 ada lubang yang dianggarkan sedalam 3.5 km.

Itu lombong tembaga?

Betul tu.

Menarik. Jadi, ketumpatan tembaga adalah...

Kamu kata letupan yang terdorong sekuat 600 kilotan? Itu skala...

Yeah. Kamu perlukan ledakan nuklear.

Kamu baru kata 'nuklear' ke tadi?

Adakah kamu cadang untuk lancarkan letupan nuklear di sempadan Korea-China?

- Macam mana kamu boleh kata begitu? - Itu seperti menuang minyak pada api!

Kamu dengar tak apa yang kamu cakapkan?

Kita dah hilang semua perhubungan dengan Korea Utara.

Kita tiada sekutu untuk mengerjakan misi ini.

Apa yang kita boleh buat adalah tunggu bencana itu berlaku, kemudian bertindak.

Apa yang kamu akan buat kalau kamu adalah saya, Profesor?

Adakah kamu akan ambil risiko atas rancangan bahaya kamu?

Tuan, kalau saya adalah kamu, saya takkan buat apa-apa.

Lebih baik daripada terlepas titik sasaran itu

dan mengganggu ruang magma,

lebih bijak untuk menunggu dan bersedia bagi impak

dan hadapi bencana itu.

Rancangan saya ada kebarangkalian untuk berjaya sebanyak 3.48%.

Ianya mustahil secara praktikal.

3.48%...

Saya pernah dengar nombor itu sebelum ini.

Itulah rekod waktu saya pertama kali

diumumkan yang saya bertanding untuk jawatan presiden.

Tapi saya fikir

1% sudahpun berada dalam ruang kebarangkalian.

Saya dapat 42.7% dari undian itu pada akhirnya.

Profesor Kang, usahakan untuk naikkan peratus itu.

Itu... um... tuan...

itu bukannya sesuatu yang mudah ditingkatkan.

Walaupun jika kamu telah kira titik sasaran yang tepat,

kamu masih perlukan letupan nuklear sekuat 600 kilotan.

Dan dari mana kita boleh mendapatkannya?

Kalau kita tiada pilihan lain, kita boleh mencurinya.

USS Watson dijadualkan untuk tiba

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left