The first 200 lines.
Inilah dunia Beyonder.
Dengan meminum ramuan,
manusia mampu mencapai pelbagai kuasa Beyonder,
melangkah ke arah kedewaan.
Terdapat 22 Laluan iaitu yang paling lemah,
Sequence Nine.
Semakin rendah Sequence,
semakin kuat kebolehan Beyonder.
Beyonder bertaraf tinggi
boleh menggunakan kuasa kuat untuk menyaingi para dewa.
Laluan evolusi ini dipanggil:
Laluan Kedewaan.
Di tengah merah darah,
Dunn Smith di atas mayat Kenley White.
Ketua…
Ketua tengah hisap darah Kenley?
Apa ini?
Dia dah tunjuk tanda-tanda awal nak hilang kawalan?
Tak mungkin.
Ketua memang berlakon jadi Nightmare.
Klein.
Kenapa?
Tiada apa-apa.
Aku rasa agak penat.
Jangan biar sedih habiskan tenaga hati kau.
Kau kena cepat biasakan diri dengan perkara ini.
Sementara roh Sharon Khoy belum lenyap, buat siasatan dengan penyeruan roh.
Baik, ketua.
Ketua nampak normal.
Adakah tadi hanya ilusi?
Bukan.
Bukan ilusi.
Mayat Kenley…
macam kehilangan sesuatu.
BOM ESOK ATAU MALAPETAKA SELALU ADA YANG DATANG DAHULU
Kenapa…
Kenapa jadi macam ini lagi?
Kenley…
Dia baru bertunang bulan lepas.
Kenapa nak jadi Beyonder?
Kenapa asyik ada bahaya?
Semoga Dewi sentiasa lindungi kau.
Moga kau tidur dengan tenang.
Apa yang telah ketua lakukan?
Dia suruh aku selesaikan kerja di bawah
sebab dia nak jauhkan aku?
Kenley.
terkorban akibat diserang balas oleh artifak 3-0217.
Ketua yang serahkan…
3-0217 kepada Kenley.
Apa yang aku tengah fikir?
Masa itu, itu saja pilihan yang ada.
Tetapi…
3-0217…
juga merupakan cadangan ketua.
Menurut hasil panggilan roh Klein pada Sharon Khoy,
Kultus Penyihir mungkin bekerjasama dengan Aurora Order.
Ada kaitan dengan kes Lanevus dan Hari Kemusnahan Tingen.
Ikut petunjuk ini, siasat betul-betul.
Faham.
Ketua,
sekarang Sharon Khoy dah mati.
Bolehkah krisis Tingen terkawal buat sementara?
Sharon Khoy mungkin kunci penting Hari Pemusnahan.
Tapi organisasi jahat
tak akan ambil satu langkah saja.
DUA BULAN LALU
JALAN HOWES
NO 62, JALAN HOWES
COUNT KEMBALI, JALAN LUPA TONTON
JANGAN LEPASKAN CERITA MENARIK INI NANTIKAN PEMENTASAN ANDA
HARI PERTAMA PENJUALAN TIKET COUNT KEMBALI
Klein, kau dah balik?
Kau sangat sibuk?
Ada sarapan di dapur. Nak makan?
Baik. Biar aku habiskan kerja dulu.
Surat telah dihantar.
Harap Tuan Azik dan Puan Daly cepat balas surat.
Aku tak tahu apa dah berlaku.
Aku pun tak tahu keadaan ketua.
Hanya kamu boleh beri aku jawapan.
PUNCA KEANEHAN DUNN SMITH
Punca keanehan Dunn Smith.
Tak ada respon?
Maksudnya tak cukup maklumat. Ramalan tak jadi.
Biasanya, ramalan yang melibatkan keselamatan diri
perlukan maklumat paling sikit.
Kalau aku mula dari ramalan tentang keselamatan diri aku…
Keanehan Dunn Smith
akan membahayakan aku.
Sudah pasti.
Keanehan ketua akan membahayakan aku.
Malah tahap bahayanya agak tinggi!
Tuan Azik dah balas.
Situasi yang kau gambarkan
mengingatkan aku tentang puntianak dan makhluk asing.
Sebelum naga dan gergasi berundur dari lipatan sejarah,
puntianak semula jadi dah hampir pupus.
Tapi aku ingat,
satu Sequence dalam satu Laluan,
nama satu ramuan ialah Puntianak.
Tentang makhluk asing,
orang rasa dia manusia biasa
yang tercemar atau disumpah
dan menjadi makhluk asing dalam keadaan tertentu.
Ketua kau mungkin juga makhluk asing yang menyamar.
Memang ini cuma sangkaan aku.
Tapi apa pun,
jelas yang ketua kau sekarang tak stabil
dan sangat bahaya.
Kau harus berhati-hati.
Klein.
Ketua?
Klein.
Pergi ke No.62, Jalan Howes.
Leonard dah jumpa rumah Lanevus.
Dia perlukan bantuan kau.
Dah sampai?
Tidur tak lena?
Macam mana kau dapat tahu?
Kau dapat petunjuk daripada Hood Eugen
dan syak Lanevus ada kaitan dengan Sirius.
Sirius kerap berurusan dengan penghuni Jalan Howes.
Aku semak satu-satu.
Seorang lelaki tua lihat gambar Lanevus
dan kata nampak seperti penyewa No.62.
Tapi dia dah lama tak balik.
Aku rasa sini ada bilik rahsia.
Ruang tersembunyi atau bilik rahsia di rumah ini.
Surat lagi?
"Tahniah! Akhirnya kamu jumpa surat ini."
"Nampaknya kamu tak terlalu bodoh
dan layak untuk sertai permainan hidup dan mati yang aku reka ini."
KEGILAAN PASTI AKAN MEMBAWA BALASAN
Kegilaan pasti akan membawa balasan.
DOSA PENODAAN TAK BOLEH DIMAAFKAN
Dosa penodaan tak boleh dimaafkan.
Kemiskinan,
penyakit,
anak-anak buruh yang meninggal awal.
Pekerja jarang hidup lebih 30 tahun.
Setiap kilang di kota ini
dilingkupi oleh rasa dendam yang tak terhingga.
Permainan kita akan bermula dalam suasana macam ini.
Si bodoh sekalian,
bersedialah.
Aku pasang satu bom di pusat Tingen.
Ia akan jadi lebih kuat dari masa ke masa.
Bom?
"Carilah ia. Kawan-kawanku."
Masa suntuk.
Kita perlu cepat balik dan beritahu ketua.
"Kalau permainan gagal,
meletup!"
Seluruh Tingen akan jadi abu.
Yang paling suka bagi kawan-kawan kejutan,
Lanevus!
Tak pernah aku dengar
bom yang makin lama makin kuat.
Bom ini dalam konteks ilmu misteri,
contohnya beberapa ritual jahat yang sentiasa kumpul tenaga.
Aku setuju dengan sangkaan kau.
Mungkin dendam Lanevus gambarkan
punca kuasa yang buat bom ini makin lama makin kuat.
SYARIKAT KESELAMATAN BLACKTHORN
Masalahnya, bom…
ada di mana?
Apa yang berlaku?
Mana ketua?
Adakah bom di atas altar dalam dunia minda Hood Eugen?
Tapi di mana altar?
Bawah tanah Pusat Tingen?
Hai, semua.
Cik Megose?
Tunang Lanevus?
Sebelum ini, dia macam ada masalah mental.
Dia kata anak dia dari dalam perut lagi dah pandai bersiul.
Cik Megose,
kenapa kau datang ke sini?
Tak tahu kenapa,
tiba-tiba aku terfikir nak datang ke Jalan Zouteland.
Tiba-tiba nak datang tengok sekejap.
Masalah mental dia makin teruk.
Masa itu tak sempat guna pandangan rohani.
Tak boleh tengok!
Tak boleh tengok!
Tak boleh tengok!
Aku akan mati kalau nampak!
Bom Lanevus bukan di altar,
tapi kejahatan di dalam badan Megose!
REVOLUSI INDUSTRI YANG AKU MULAKAN ZAMAN WAP DAN JENTERA YANG AKU BINA
Revolusi Industri yang aku mulakan…
BAKAL JADI SARANG KELAHIRAN KEJAHATAN
Zaman Wap dan Jentera yang aku bina,
bakal jadi sarang kelahiran kejahatan.
Wisel Tembaga telah dikawal.
Azimat Matahari tak terjejas.
Cik Megose,
kau ada apa-apa pesanan?
Aku nak sembang tentang Lanevus.
No comments yet. Be the first to leave one.