The first 191 lines.
Ji-woo.
Satu-satunya benda yang
saya boleh berikan kepada awak...
Apa?
- ialah... - Apa?
stiker.
Young-guri, sayang!
Tuan! Terima kasih!
Sumbangan untuk Ferrari awak.
- Hesy! - Tak guna betul!
Kami takkan hormat awak hanya
dengan stiker itu!
Awak tipu pengguna WAG untuk beli kereta itu?
Tak guna!
- Saya dah cakap saya tak tipu! - Bos, bos, sabar!
Awak semua, saya, pahlawan keadilan,
akan belasah pembuli Kim Han-sung...
Itu dia, ikut saya, jom!
Ajar dia.
Dia dah keluar! Dia di sini!
Inilah si tak guna yang membuli Kim Han-sung.
Ibu bapa dia tiada di sini!
Muka dia macam muka penjenayah!
Buli merosakkan jiwa orang!
Masa untuk keadilan.
Bukan dia.
- Sini awak, tak guna! - Sayang, sayang, sayang!
Dia kata bukan dia!
Bukan dialah...
Melli, pembunuh dengan kata-kata.
Karutan Melli membawa maut.
Kalau awak betul-betul terjun, saya hormat awak.
Hai, ini 2-Minit-atau-Kurang.
Jom kita rungkai platform penstriman paling hangat, WAG.
Sistem WAG sangat mudah.
Pencipta kandungan adalah pihak yang diperhatikan,
dan pemerhati menghantar 'hormat' jika ia menghiburkan,
dan jika mereka menyokong pencipta itu,
mereka menghantar 'stiker.'
Setiap stiker bernilai 1 sen, mudah, bukan?
WAG hangat kerana polisi perkongsian hasilnya yang unik.
Ia membahagikan pendapatan daripada derma
dan iklan sebanyak 50/50 dengan para pencipta.
Tetapi jika awak mendapat tempat teratas untuk sesuatu minggu,
awak tidak perlu membayar sebarang komisen.
Selama seminggu, awak dapat menyimpan 100% pendapatan awak
daripada penstriman langsung dan semua kandungan yang dimuat naik.
Pemenang dapat semua.
Pendek kata, ia adalah struktur yang kaya semakin kaya.
Itulah sebabnya pencipta akan buat apa sahaja untuk dapatkan no. 1.
Mereka sudah mula membuat strim yang berisiko dan kreatif.
Strim yang melampaui batas.
Seseorang memperoleh satu bilion stiker dalam masa sehari!
Satu bilion, satu bilion!
Awak percaya?
Jadi mereka akan buat apa sahaja untuk dapatkan nombor satu.
Nombor satu, nombor satu!
Nombor satu!
Menjejaki syaitan tersembunyi,
Saya ialah Pemburu Jenayah Woo Sang.
Mari bercakap tentang pembunuh yang memotong secebis pakaian.
Ada banyak yang boleh dibualkan tentang
'Pembunuh Kelim' ini.
Tapi sebelum itu,
takziah kepada pengguna WAG Melli,
yang meninggal dunia dengan tragis.
Ini adalah tragedi yang tidak sepatutnya berlaku lagi.
Kenapa ia berlaku?
Kerana dia memprovokasi seseorang yang tidak sepatutnya diprovokasi.
Dia mengkritik pembunuh itu secara terbuka,
mendakwa bahawa dia ialah si pengecut yang teruk.
Kemudian pembunuh itu meninggalkan anak patung kucing,
maskot Melli, di tempat kejadian.
Mereka yang melihatnya, menyalahkan Melli
kerana memprovokasi pembunuh itu dan mencetuskan pembunuhan itu.
Tidak tahan dengan kecaman itu,
dia membunuh diri.
Awak semua, menganalisis pembunuh bersiri
tak semua orang boleh melakukannya.
Hanya profiler seperti saya saja,
yang sudah bertahun-tahun mengkaji
dan menyelidik, boleh melakukannya.
Untuk Melli, pembunuh ini terlalu berat untuk ditangani.
Dia bukan pembunuh biasa, dia istimewa.
Dia teliti, genius, macam Steve Jobs.
Yang akhir tadi bagus.
Macam Steve Jobs.
Pastikan awak zum bahagian itu untuk kemudian, ya?
Baik, bos.
Saya seorang saja yang mampu berdepan dengannya.
Para penonton, mari kita mulakan.
Tekan butang 'perhati' di bawah.
Pembunuh itu baru saja melakukan pembunuhan kelimanya di Hongdae.
Saya akan paparkan beberapa imej yang mengerikan.
Jika awak lemah semangat, sila ambil perhatian.
Pada 7 Mei 2024, Han Ji-woo
pergi ke kelab bersama rakan-rakannya di Hongdae,
dan pulang seorang diri pada pukul 1:45 pagi.
Dan kira-kira empat jam kemudian,
mayatnya ditemui di bawah laluan atas
berhampiran Yanghwajin.
Punca kematiannya ialah asfiksia.
Sila lihat di sini.
Ini adalah kesan ikatan.
Dia diikat dengan kemas,
pada masa yang panjang.
Kaedahnya sama.
Apa maksudnya?
Memotong secebis pakaian mangsa
adalah tanda pengenalannya.
Saya tanya sekali lagi, kenapa dia potong kelim itu?
Dia rogol mereka?
Tidak.
Berdasarkan analisis saya, dia mungkin pembunuh bersiri,
tapi dia tiada motif seksual.
Ada bukti lain?
Serat rambut sintetik sepanjang 3cm
ditemui pada pakaian Han.
Polis sedang menyiasat pengilang
dan pengedarnya,
tapi masih tiada hasil.
Seperti seorang artis yang mementingkan kesempurnaan,
dia mengawal setiap perincian.
Empat jam antara 1:45
dan 5:50 pagi,
dia tidak meninggalkan sebarang kesan semasa
bergerak dari kelab ke Yanghwajin.
Langsung tiada dalam CCTV, dan ini ialah Hongdae!
Kamera papan pemuka kenderaan?
Polis sedang mencari kamera papan pemuka.
Tapi melihat pada keadaan lorong belakang Hongdae,
sukar untuk mencari kenderaan yang sentiasa diparkir.
Jadi...
Saya telah mencari sendiri laluan
yang tiada sebarang liputan CCTV.
Dan ia mengambil masa 15 hari.
Saya telah memetakan laluan itu di Hongdae.
Pembunuh itu berada di laluan ini.
Tapi kenapa dia pamerkan mayat itu?
Kalau dia lupuskan mayat itu, tiada siapa akan perasan.
Dia menganggap tempat kejadian jenayah
sebagai pentas dan menyusun mayat itu.
Ingin diiktiraf,
mahu menunjuk-nunjuk.
'Tengok, saya yang buat.'
'Hebat, bukan?'
Dia mementaskannya, dan menikmatinya.
Macam seniman pemasangan, dia betul-betul gila.
Tapi biar saya ulang sekali lagi, dia sangat teliti.
Adakah kaedah siasatan konvensional
berkesan pada orang seperti ini?
Tidak, ia tak berkesan.
Saya akan guna pendekatan berbeza.
FBI Amerika Syarikat.
Unit Kes Dingin melakonkan semula kes
dengan menjadi pelakon dan memainkan
peranan pihak yang terlibat dalam kes.
Pada dasarnya, para penyiasat menyelami
pemikiran pembunuh dan mangsa.
Sangat tak saintifik, bukan?
Ia betul-betul tak saintifik.
Tapi seorang ejen berjaya selesaikan
satu kes dingin berusia 40 tahun menggunakan kaedah ini.
Ia adalah kuasa intuisi dan inspirasi.
Para penonton, saya juga akan cuba.
(Pertama P, 24 / Pekerja pejabat)
(Kedua P, 22 / Pelajar Universiti)
(Ketiga P, 25 / Pereka)
(Keempat - P, 26 / Pelajar Universiti)
(Tanda pengenalan pembunuh? Dia memotong secebis kain)
(4 Gaun Merah / Pembunuhan Ke-4...)
(Tragedi berterusan bagi mereka yang memburu pembunuh itu...)
(Melli dikritik kerana memprovokasi pembunuh itu)
(7 Mei 2024, 5:50 pagi Satu lagi pembunuhan berlaku)
(Han Ji-woo (P, 23 / Pengguna WAG) Ji-woo TV)
(Keluar dari kelab Hongdae sekitar 1:45 pagi)
(Bagaimana pembunuh itu mengelak semua kamera CCTV kelab itu?)
(Apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu?)
(Mereka yang menentang raksasa mesti merenung ke dalam jurang)
(Saya akan gunakan pendekatan berbeza)
(Kes Dingin Selesai dengan Kaedah Lakonan Semula)
(Kaedah BARU PendekatanSiasatan)
(Semua ini hanya boleh dilakukan oleh Pemburu Jenayah Woo Sang)
Awak semua, tengok.
Lelaki yang memakai topi baldi itu, badannya agak tegap.
Mungkinkah ini pembunuhnya?
Awak rasa apa yang dia fikirkan sekarang?
Mari kita selami mindanya.
Awak semua, awak di mana?
Saya perlu tahu!
Wanita yang bercium itu ialah teman wanita saya!
No comments yet. Be the first to leave one.