The first 200 lines.
(Semua orang, organisasi, lokasi, dan kejadian...)
(di dalam ini hanyalah rekaan semata-mata.)
(Penggambaran dilakukan mengikut garis panduan pencegahan COVID-19.)
(Staf memastikan keselamatan pelakon kanan-kanak dijaga.)
- Terima kasih. - Silakan menjamu selera.
Terima kasih.
Selamat hari jadi
- Tahniah kerana dapat kerja baru. - Selamat hari jadi
Bunga ini sangat cantik.
- Selamat hari jadi, Soo Ah. - Makanlah sepuas hati awak.
Selamat hari jadi
- Selamat hari jadi - Tiup lilin itu.
Ini hadiah awak, Soo Ah.
Tak guna.
Ada orang cakap yang...
jika awak tengok dunia dengan terbalik, semuanya nampak berbeza.
Langit menjadi tasik,
dan gunung menjadi bayang-bayang yang memantulkan tasik itu.
Kehidupan saya yang kucar-kacir.
Adakah begini penamatnya?
Saya kena terbalikkan semuanya dan lihat dengan cara berbeza.
Dengan itu, saya boleh lihat apa kebenarannya.
Di mana saya patut mulakan kisah saya?
Ya. Mari mulakan dari hari itu.
Kali pertama saya melihat dunia dengan cara terbalik.
Sebelum ini dia campak rakannya keluar dari tingkap, awak...
Awak pergi berjumpa rakannya, meminta maaf,
dan bayar ganti rugi, jadi semuanya telah selesai.
Kali ini, kedua-dua pelajar dan guru tidak sedarkan diri.
Ya. Apa pun, kami...
Hei! Awak mahu pergi ke mana?
Saya dibuang dari sekolah ketiga yang saya dipindahkan.
Atas sebab yang sama.
Saya gagal untuk menyesuaikan diri dan melanggar peraturan sekolah.
Mereka cakap saya merosakkan suasana belajar di sini.
Apa yang penting adalah...
tidak ada sekolah lagi yang sudi menerima saya.
Do Be Man.
Awak tak guna.
Kenapa dengan awak ini?
Be Man. Awak sengaja mahu dibuang sekolah.
Kerana pelajar yang dibuang sekolah tak boleh masuk tentera.
Kenapa tak minta saja nama awak dipadam dari pendaftaran keluarga?
Awak tak boleh masuk tentera juga kalau begitu.
Mak cik satu-satunya saudara yang saya ada.
Apa yang awak akan lakukan?
Awak dah ada rancangan?
Saya dilahirkan tanpa apa-apa.
Satu-satunya cara saya boleh sampai ke puncak piramid.
Lulus peperiksaan perundangan.
(Pelajar Yang Dibuang Sekolah Lulus Peperiksaan Perundangan)
(Lesen Pengkhususan: Undang-Undang Jenayah)
(Undang-Undang dan Satu Permohonan Kerja, Do Be Man)
- Encik Do Be Man? - Ya?
Awak pelajar yang dibuang pertama memohon ke firma guaman kami.
Bukankah itu bermakna awak tak boleh berkhidmat dalam tentera?
Saya mahu menghapuskan diskriminasi termasuk dalam pendidikan.
Sebab itu saya memohon dalam Undang-undang dan Satu.
Saya ada soalan.
Bukankah orang mahu menemu duga awak...
tentang lulus ujian perundangan itu sedangkan awak tak habis belajar?
Semasa saya dengar pelajar lulusan sekolah menengah lulus,
saya menjadi kagum.
Apa yang awak boleh lakukan dengan tahap pendidikan begitu?
Sedangkan kerani kedai pun ada sarjana muda sekarang ini.
Adakah awak boleh percaya peguam yang...
hanya ada kelulusan sekolah menengah?
Waktu itu saya sedar, lulusan sekolah menengah...
adalah satu halangan yang saya tak dapat atasi...
untuk lulus ujian perundangan.
Saya pernah dengar orang bersetuju untuk menemu bual perempuan...
secara suka-suka berdasarkan gambar resume mereka.
Itu yang berlaku kepada saya.
Awak sengaja memanggil saya untuk temu duga kerana tahu keadaan saya?
Oh Tuhan.
Ibu, selamatkan saya!
Awak sudah puas melihat saya sekarang?
Saya dah nampak muka awak semua...
dan saya akan ingat betul-betul.
Pada hari temu duga di firma guaman ke-10 saya musnah,
saya berjumpa orang yang boleh mengubah kehidupan saya.
Sebagai balasan kerana menerima kes mangsa itu, dia menerima...
rasuah dan bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang.
Satu penyiasatan telah dijalankan,
dan banyak syak wasangka itu yang terbukti benar.
Hai, mak cik kesayangan saya.
Nada suara yang kuat menunjukkan awak tak dapat kerja itu.
Oh, tolonglah. Mereka semua merayu agar saya bekerja dengan mereka,
tapi syarat mereka tidak memuaskan.
Jika itu kerja yang saya mahu, saya pasti sudah dapat.
Balik awal.
Kita akan makan malam doenjang jjigae dan soju.
Ya, Detektif Do Soo Kyung,
Tak guna.
Bagaimana awak boleh makan ramen tanpa kimchi?
Riak wajah awak menunjukkan awak mengenali saya.
Awak ialah Yong Moon Gu,
rakan kongsi pengurusan di Undang-Undang dan Satu.
Betul, dan anggap saja saya memang mencari awak.
Apa? Tapi temu duga itu sudah tamat.
Nama, Do Be Man.
Kedua-dua ibu bapa adalah anggota tentera,
tapi mereka mati dalam satu kemalangan kereta.
Mak cik awak mula menjaga awak pada usia 10 tahun.
Awak sudah menghadiri 10 temu duga pekerjaan termasuk hari ini,
tapi tiada satu pun yang berjaya.
Belajar untuk menjadi peguam membuat awak banyak berhutang,
dan kad kredit awak tak lama lagi akan mencecah had.
Awak... Adakah awak mengintip saya?
Apa makna semua ini?
Ingat yang awak telah lulus temu duga hari ini.
Minumlah.
Awak pernah mendapat tawaran yang tak boleh ditolak?
Itu dialog popular dari filem "The Godfather."
Itu yang saya sedang tawarkan kepada awak.
Lebih kurang 1.5 juta dihabiskan untuk bilik ini.
Duit boleh menyelesaikan banyak masalah,
tapi saya lebih berminat dengan benda...
yang tak boleh dibeli dengan duit.
Boleh awak berterus terang?
Ini.
Berkhidmat dalam tentera.
Sebagai pendakwa raya tentera. Bagaimana?
Saya seronok melihat awak berbangga dengan duit awak.
Tapi saya lulusan sekolah menengah, jadi saya terkecuali.
Bekerja sedikit dan dapat banyak, tuan.
Awak sudah dengar tentang pendakwa tentera yang ditangkap itu?
Adakah awak tahu...
berapa banyak dia dapat semasa bekerja dengan saya?
Awak akan dapat komisen sebanyak 10 peratus...
dan diberikan lima kali ganda gaji peguam sombong...
yang memandang rendah awak semasa temu duga kerja itu.
Bukankah itu perjanjian yang boleh mengubah hidup awak?
Betul rasanya.
Ia boleh mengubah hidup awak sepenuhnya.
Mereka yang belajar undang-undang mungkin bijak,
tapi mereka juga terkenal kerana kekurangan empati.
Awak tak jumpa apa-apa semasa menyiasat latar belakang saya?
- Tabik! - Oh Tuhan.
- Ibu. - Ya?
Saya juga akan sertai tentera apabila saya besar nanti.
Benarkah? Itu idea yang bagus.
Anak kita akan menjadi salah seorang tentera yang bijak.
Ayah, ada trak!
Be Man...
- Be Man... - Ibu?
Be Man...
Saya minta maaf.
Ibu? Buka mata awak.
Tolong buka mata awak.
Ibu!
Ibu bapa saya mati dengan memakai pakaian tentera mereka...
di depan mata saya.
Saya? Darah saya mendidih bila memikirkan tentang tentera...
tapi awak mahu saya masuk tentera secara sukarela?
50 kali ganda gaji pun tak akan membuat saya masuk tentera.
Awak nampak seperti orang yang boleh menerima pukulan,
tapi mesti hati awak agak lemah.
Awak tahu kenapa tentera adalah lombong emas?
Kerana bagi mereka yang berkuasa di negara ini,
tentera adalah seperti bom masa yang berdetik.
Mereka tak mahu anak mereka masuk ke tentera,
tapi kalau tak pergi, orang akan persoalkan.
Tugas saya adalah untuk meredakan bom...
yang boleh meletup bila-bila masa saja.
Secara ringkasnya,
tentera adalah titik tekanan bagi orang kaya dan berkuasa.
Tiada dewa yang boleh menggemukkan dompet awak.
Disebabkan awak boleh buat begitu untuk saya,
perlukah saya lakukannya awak?
Awak dapat pergi sejauh ini seorang diri,
tapi siapa ada di sisi awak?
Awak tak pernah ada kenalan sebelum ini.
Bagaimana? Apa kata saya menjadi orang itu?
Berkhidmat selama lima tahun saja di dalam tentera,
kemudian awak bekerja sebagai rakan kongsi di Undang-Undang dan Satu.
Namun,
perjanjian hanya berjalan jika awak memuaskan hati saya.
Saya pasti banyak firma awak...
berbesar hati untuk dapatkan peluang begitu.
Adakah terlalu kejam untuk mengatakan apa yang saya perlukan...
adalah hati awak yang terluka?
Kerana ada sesuatu yang duit tak boleh beli.
Awak balik lewat hari ini.
Mak cik, saya dapat kerja.
Dapat kerja konon.
Benarkah?
Benarkah? Tunggu sekejap.
Firma guaman yang mana? Beritahu saya.
Cepat. Beritahu saya yang mana.
Tentera.
Teruknya. Saya tahu awak menipu saya.
Tentera di tempat ibu ayah saya berkhidmat dengan penuh semangat.
Tempat apakah itu?
Saya akan berikrar.
Saya, Cha Woo In,
pegawai yang baru dilantik,
tapi berbangga dengan diri sebagai penjaga undang-undang tentera.
Dengan rasa tanggungjawab,
saya akan melaksanakan undang-undang dengan tegas...
No comments yet. Be the first to leave one.