The first 200 lines.
sync by nsl07
sync by nsl07
sync by nsl07
Selamat pagi.
Selamat pagi.
TIADA PERKHIDMATAN
-Selamat pagi. -Selamat pagi.
Perhatian! Tunduk hormat pada cikgu.
Selamat pagi, cikgu.
Lelaki ini kawan saya selama 20 tahun.
KIM MIN SEOK KETUA KELAS, BAKAL SUAMI SORA
PANDAI MELUKIS KARTUN
Chu Geun Deok! Loceng berbunyi 5 minit lalu.
Cikgu lambat hari ini.
Chu Geun Dok. Lelaki ini juga kawan saya selama 20 tahun.
Siapa yang bertugas hari ini? Macam ini caranya?
Jang Sora. Kawan saya dan isteri Min Seok.
Ini untuk cikgu. Makanlah. Daripada, Ji Su.
Ini pula, Han Ji Su.
HAN JI SU
Dialah...
...cinta pertama saya.
Baiklah. Keluarkan kerja rumah kamu.
Kalau tak buat, mengaku dan berdiri.
Cepat.
Dan lelaki ini pula,...
...ialah saya.
Diri saya 10 tahun lalu.
Dia hidup pada tahun 2007,...
...sementara saya pula,...
...dari tahun 2017.
SeBULAN YANG LALU
Helo, Kim Min Seok. Awak di mana? Kenapa tak sampai lagi?
Tengok ke luar tingkap.
Awak nampak wanita pakai gaun putih?
-Ya. -Awak pergi ke arah dia,...
...dan berkenalanlah dengan dia.
-Pergi! -Buat itu lagi?
Tolonglah cari pasangan tahun ini, okey?
Semoga berjaya!
Aduhai. Kenapa mereka suka buat perkara mengarut?
Dia dah gila atau hilang akal?
Saya rasa kedua-duanya.
Hantar! Hantar bola itu!
Hei, Geun Deok. Saya ingat awak tak kerja esok.
Manalah tahu saya tak dapat tidur malam ini.
Sebab saya terlalu risaukan dia.
Gol!
Awak kata dia baik dan cantik!
Saya cakap dia cantik tak bermakna saya jatuh cinta kepada dia.
Bagaimana awak tahu? Awak baru jumpa dia.
Jaringkan!
Saya tahulah.
Jangan cakap ini pasal hati lagi?
Hati kita tak menipu.
Kalau kita bertemu gadis yang menarik,...
...hormon akan bertindak balas dan buatkan jantung kita berdegup laju.
Sebab itu, kan? Semuanya sebab Han Ji Su!
Hei, jangan cakap begitu.
Kenapa tidak? Betul, kan?
Awak sedar tak dia tak ada kekasih sejak jatuh cinta terhadap Han Ji Su dulu?
Itu sudah 8 tahun, kan?
Chu Geun Deok!
Bukan lapan tapi 10 tahun!
Bukannya susah nak tolak umur 28 dengan 18 tahun.
Macam mana awak boleh kira 8 tahun?
Awak bodoh?
Jangan berlagak sebab awak cikgu matematik.
Tapi Shin Woo,...
...awak masih belum lupakan Ji Su?
Hei, itu kisah lama.
Mari jumpa doktor, okey?
Apa kata dapatkan pemeriksaan penuh sebelum awak berpindah?
Hei, takkanlah nak jumpa doktor sebab membujang terlalu lama?
Masalah awak bukan sebab membujang...
...tapi sebab awak tak sukakan sesiapa.
Macam mana awak boleh tak rasa apa-apa terhadap sesiapa?
Okey, baiklah. Saya akan pergi.
Saya kenal seorang doktor yang bagus.
Saya akan aturkan janji temu untuk awak.
Baiklah, saya akan singgah di sana esok.
Mereka memang mengarut!
Mereka memang dah melampau sekarang.
Jangan salah faham.
Saya menentang segala bentuk prejudis.
Dalam erti kata lain...
...saya hormati hak LGBT.
Tapi mereka kawan saya.
Kenapa mereka anggap saya begitu?
Saya tahu mereka risaukan saya,...
...tapi mereka tak sepatutnya fikir saya begitu!
KECELARUAN PERSONALITI
-Doktor? -Ya?
Anggap saja bercakap dengan kawan.
Sebenarnya, masalah saya ialah...
Selepas cinta pertama awak, awak tak pernah sukakan sesiapa.
Dan tak ada sesiapa yang buatkan jantung awak berdebar-debar?
Ini cuma pendapat peribadi saya,...
...tapi sebagai seorang yang dah berusia...
...kalau tak ada sesiapa selepas gadis itu,...
...mungkin sebab awak masih mencintai dia.
Dalam kata lain, hati awak dah dimiliki.
Apa kata awak jujur dengan diri sendiri?
Shin Woo, So Ra cakap dia tahu Ji Su dekat mana.
Nampaknya ada orang nampak dia di Hospital Seoul.
Mungkin diri saya sendiri...
...tak nak mengakuinya.
Mungkin saya dah ada jawapannya...
...tapi saya cuba tak endahkannya.
HAN JI SU
Tetapi walau apa pun yang saya buat...
...jawapan yang salah tetap tak akan berubah.
Jawapan yang betul akan kekal begitu.
Akhirnya, kita tak boleh menipu hati sendiri.
HAN JI SU
Ji Su.
Tak sangka kita dapat berjumpa lagi.
Memang kebetulan.
Awak apa khabar?
-Ya. -Yang lain juga sihat?
Ya.
Saya pasti awak pernah nampak Geun Deok dalam TV,...
...dan So Ra dah berkahwin dengan Min Seok.
Mereka dah ada dua orang anak sekarang.
Awak buat apa di hospital?
Maaf.
Banyak pula soalan saya.
Saya di sini kerana awak.
Apa?
Saya ingatkan selepas berjumpa awak semula,...
...saya pasti ada banyak soalan untuk ditanya.
Tapi nampaknya tidak.
Saya rasa...
...cukup puas hati dapat bersama awak seperti ini.
Awak langsung tak ada apa-apa nak tanya...
...atau dengar daripada saya?
Ada sesuatu saya nak beritahu awak.
Saya rindukan awak.
Saya sangat rindukan awak.
Maafkan saya.
-Untuk apa? -Saya tak pernah...
...fikirkan tentang apa-apa selama ini.
Tentang awak, waktu dulu dan kawan-kawan yang lain.
Dah 10 tahun berlalu.
Saya faham. Saya tak salahkan awak.
Saya agak sibuk sekarang. Saya minta maaf.
Saya perlu sambung kerja.
Jangan risau. Saya pun perlu balik cepat.
Saya ada urusan lain.
Hari ini, kan? Ulang tahun kematian mak awak.
Awak masih ingat?
Saya patut pergi sekarang.
Biar saya hantar awak balik.
Tak mengapa. Saya dah ada nombor telefon awak.
Saya akan hubungi awak nanti.
Saya baru teringat.
Ada seuatu yang saya perlu tanya awak.
-Apa ini? -10 tahun lalu.
Ada sesuatu berlaku kepada awak?
Saya tak faham...
...kenapa awak pergi tanpa ucapkan selamat tinggal kepada kami...
Jadi?
Apa yang awak nak beritahu saya?
Awak salahkan saya?
Awak bencikan saya?
-Sebab itu... -Sebab itu...
...saya risaukan awak. Saya rasa bersalah.
Saya risau sesuatu berlaku kepada awak...
...dan kalau betul...
...saya minta maaf sebab saya tak tahu tentang itu dulu.
Tapi kalau tak ada apa-apa yang berlaku...
...saya bersyukur untuk itu.
Kenapa awak minta maaf?
Kenapa pula awak yang cakap begitu?
Awak sepatutnya cakap awak bencikan saya.
Awak patut marah bukannya risaukan saya.
Awak sepatutnya menyumpah dan maki saya!
Kenapa awak risau dan rasa bersalah pula?
Sebab saya...
Nampaknya kita terikat oleh takdir.
KIta berjumpa setelah apa yang berlaku.
Kalau memang ini takdir kita,...
...saya rasa ia takdir yang malang.
Awak cakap awak rindukan saya.
Tapi saya...
...berharap sangat saya takkan berjumpa awak lagi.
Seperti awak cakap, kita bertemu lagi.
Sekarang saya harap, kita takkan jumpa lagi selepas ini.
Saya rasa ini yang terbaik.
Demi diri kita berdua.
Apa yang awak harapkan? Dah 10 tahun berlalu.
HAN JI SU
Dia sama umur dengan kami?
Saya tak pernah nampak dia. Dia budak baru?
Tumpang tanya. Macam mana nak ke Sekolah Tinggi Garam?
Ikut arah sana.
Aduhai, saya lewat lagi.
Masuklah, duduk!
Mari pergi!
Cepat!
No comments yet. Be the first to leave one.