The first 200 lines.
Alex, ikut sini!
Marilah!
Lekas!
Masuk dalam dan jangan keluar.
Daniel, aku takut.
Shh.
Daniel, tolonglah. Mereka cuba membunuh saya.
Tolong bantu saya. Daniel, tolonglah.
Dia ada di dalam ini!
Tidak, tidak, tidak! Tidak!
Tidak, Charles! Berhenti!
- Helene! - Tidak, tolong, hentikan!
Tidak! Charles!
Tidak. Tidak.
Charles.
Jangan, tolonglah. Tolong, berhenti.
Tolong. Tidak. Kamu tak perlu buat begini.
Daniel, ibu sangat bangga dengan awak.
Tolong, dengar cak...
Kamu tak perlu buat begini. Tiada apa yang akan terjadi.
Helene! Helene, tolong bercakap dengan mereka.
Helene!
Tolong, tidak! Tidak! Tidak, tolong!
Tidak!
30 Tahun Kemudian
Untuk memiliki dan bergantung harap.
Mulai dari hari ini.
Dalam senang mahupun susah.
Dalam kemewahan mahupun kemiskinan.
Dalam sakit mahupun sihat.
Hanya kematian yang akan memisahkan kita.
Dan walaupun keluarga awak lebih kaya dari tuhan,
sangat menakutkan bagi saya...
ayah awak pasti benci saya,
dan abang awak yang kaki botol itu asyik mengusik saya...
saya sejujurnya tak sabar untuk menjadi sebahagian dari keluarga awak yang sederhana teruk ini.
"Sederhana"? Itu agak terlalu baik.
- Hai. - Hei.
Alamak!
Awak kelihatan cantik sekali.
Apa yang awak buat ni?
Awak merokok? Dalam bilik lama saya?
Bagi saya itu.
Kita patut turun ke bawah itu.
Ayah awak nampak macam dia berada di majlis pengebumian.
- Dia benci saya. - Tak. Dia tak benci awak, Grace.
Dia fikir saya kejar duit awak.
Iyalah, itu betul kan. Yeah.
- Awak hanya perlu beri masa... - Sangat jahat!
Apa? Tak, betul kan.
Sayang, berilah masa sedikit. Okey?
- Okey. - Okey? Kita dah mendahului mereka.
- Yeah. - Mereka dah biasa dengan bercinta selama tiga tahun.
Dan bukan apa yang kita dah lakukan.
Saya tak tahulah, hanya 18 bulan...
Hubungan intim.
"Hubungan intim"? Okey. Yeah.
- Kita patut letak itu dalam akad sumpah setia. - Saya dah letak.
- Oh, baguslah. - Mm-hmm.
Lantaklah, siapa yang kisah apa yang mereka fikir? Mereka orang yang sangat teruk.
Sa-Saya kisah apa yang mereka fikir.
Sebab mereka adalah keluarga lelaki yang saya cintai.
Dan saya mahu mereka menerima saya.
Awak okey? Sebab saya sangat berdebar.
Tak, bukan begitu. Saya cuma...
Tanpa awak, saya...
- Salah seorang dari kami. - Hei.
- Daniel. - Aku dihantar untuk menjemput kau.
Aku akan lepaskan kau dalam kiraan tiga, dua... lepas.
Bertenang.
Belum terlambat untuk lari, kamu tahu.
Kamu tak berhak berada dalam keluarga ini.
Aku maksudkannya sebagai pujian.
Okey. Kalau kamu masih bertekad untuk menjadi seorang Le Domas,
jadi kamu berdua boleh pergi keluar. Okey?
Tahniah, muka pecah.
Terima kasih.
Saya tak percaya yang lagi setengah jam...
saya akan menjadi sebahagian dari Le Domas punya permainan...
dinasti? Empayar?
"Tanah jajahan". Kami lebih suka "tanah jajahan".
- "Tanah jajahan". - Yeah. Tapi...
Um...
Awak tahu tak, betul kata Daniel.
Kita boleh saja... pergi.
Oh, tentulah, yeah. "Terima kasih atas hadiahnya. Pergi mampus ya semua."
Tak. Saya serius, saya serius, sayang.
Saya beri awak jalan keluar.
Sekarang.
Tidak mengapa. Saya nak masuk secara keseluruhannya.
Awak sedia untuk ini?
Oh, mestilah tidak.
Sedia atau Tidak
Sila senyum.
Dia patut buat pilihan dengan lebih baik lagi.
Ayah hanya cakap begitu sebab dia anak kesukaan ayah.
Oh, tolonglah. Ayah sayangkan kamu semua... sama rata.
Dua tahun itu tempoh yang lama, Alex.
Ayah dah mula fikir kami betul-betul kehilangan kamu.
Senyum. Sila senyum.
Lebih semulajadi lebih bagus.
Okey, itu bagus.
Jangan bimbang sangat.
Mereka hanya cuba fikir sama ada kamu ni pisau cukur atau tidak.
Kamu tahulah, macam isteri aku.
Ke kiri.
Dia cukup cantik,
dari sudut "pilihan terakhir".
Tapi dia takkan pernah menjadi salah seorang dari kita.
Mestilah tidak, sayang.
Dia ada jiwa.
Mana perginya adik kamu?
Saya pasti itu salah Fitch.
Dia tak berguna. Tapi dia salah seorang dari kita.
Adakah Grace sama juga?
Itupun awak.
Hai!
Hai.
- Tolong saya nyalakan. - Oh. Okey.
Itu bekas yang cantik, wow.
Terima kasih. Ibu saya punya dulu.
Awak merokok?
Oh, tidak.
Berdebar?
Ah.
Sebab darah awak tak cukup berketurunan diraja?
Mereka kata yang sama juga pasal saya.
Iyakah?
Bertabahlah dan abaikan mereka.
Apa yang penting hanyalah apa yang Alex fikirkan.
Dan itu kami tahu.
- Saya cintakan awak. - Saya cintakan awak.
Saya ada sesuatu di mulut ke?
Alamak. Shh.
Awak ingat apa-apa yang dah terjadi hari ini?
Ia agak samar.
- Tapi saya agak pasti... - Yeah.
- Kita dah berkahwin ke? - Kita dah berkahwin.
Awak isteri saya ke?
- Alamak. Biar betul. - Ya. Awaklah suami saya!
Oh, tidak. Alamak. Oh, sayang.
- Sayang. - Hei.
Keraslah dengan benda ini.
- Saya tahu. Dengar sini. - Pegang saya.
- Saya perlu beritahu awak sesuatu... - Mm-mm.
Diam. Tanggalkan seluar awak.
Tak, saya perlu beritahu awak sesuatu.
- Grace, sayang. - Saya tanggalkan ya.
Alamak! Alamak. Ada seseorang di sini.
Apa?
Jesus, Makcik Helene! Boleh makcik beri kami masa sebentar?
Awak perlu sembunyi lebih baik dari itu.
Kami bukannya bersembunyi, jelas sekali.
Semua orang dah menunggu.
Ya, kami akan turun sebentar lagi.
- Maafkan saya, sayang. - Apa hal tadi itu?
Itu makcik saya, Helene.
Di ada, um... dia ada masalah jaga tepi kain orang.
Yeah.
Tentulah awak ada pintu rahsia.
Itu pintu orang gaji.
Ia melalui ke seluruh rumah ini.
Um, maaf, siapa yang menunggu?
Itulah yang saya cuba beritahu awak. Um...
Jadi, pada tengah malam, awak perlu main sebuah permainan.
Ia hanya sesuatu yang kami buat bila seseorang yang baru sertai keluarga ini.
- Sebuah permainan? - Yeah.
Permainan apa?
Saya tak tahu. Uh, awak tarik sekeping kad.
Boleh jadi permainan papan backgammon, croquet, dam, setahu saya.
Saya tahu. Saya tahu. Ianya bodoh.
Ia agak pelik.
Kenapa, sebenarnya kena bermain?
Saya rasa sebab kami menjana keuntungan dari permainan, ia bermula dari situ.
- Saya perlu menang ke? - Tak. Awak hanya... awak hanya perlu bermain.
- Kemudian... - Kemudian awak...
secara rasminya sebahagian dari keluarga ini.
Sejujurnya, ia lebih bermakna buat mereka daripada majlis perkahwinan itu sendiri.
- Itu saja? - Yeah, itu saja.
Saya tahu ianya mengarut.
Ia hanya upacara pelik keluarga kami.
Dan kita hanya perlu lakukannya sekali saja. Boleh?
Okey.
- Yeah. - Okey.
Kalau ia membuatkan keluarga awak menerima saya,
saya akan main sungguh-sungguh... permainan dam itu.
- Saya sangat bagus dalam permainan itu. - Okey.
Okey. Awak pergi dulu lengahkan 10 minit untuk saya siapkan... wajah saya yang bersedia.
- Saya nampak apa yang awak buat tu. Sangat bagus. - Baik.
Okey. Jadi, uh, saya akan jumpa awak di bawah. Bilik muzik.
Ah. Ya. Sebuah bilik yang biasa berada dalam sebuah rumah.
Ia cuma... Ia cuma di bawah. Pintu kedua belah kanan awak.
Okey.
Ayah dah agak akan jumpa kamu di sini.
Ayah pasti En. Le Bail ada bersama kita hari ini.
Jadi, berapa banyak yang kamu dah beritahu dia?
Tiada apa. Dan saya takkan beritahu.
Esok kami akan keluar dari sini.
Kalau dia tarik kad itu,
kamu dah bersedia untuk melakukan apa yang diperlukan?
No comments yet. Be the first to leave one.