Far from the Madding Crowd

Far from the Madding Crowd

Download Malay Subtitle

Release info

Far from the Madding Crowd
A Commentary by Machtnix12
Malay

Tags

other
Published on: 2016-03-30
Downloads: 44
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Hei.

Bathsheba Everdene.

Bathsheba.

Nama itu sentiasa pelik bunyinya bagi saya. Saya tak suka ia disebut.

Ibu bapa saya meninggal ketika saya kecil, jadi entah dari mana asalnya nama itu.

Saya dah biasa bersendirian.

Malah sesetengah orang kata terlalu biasa.

DORSET, ENGLAND 1870 200 BATU DARI LONDON

Terlalu bebas.

Cik!

Cik!

Selendang saya.

Ia hilang.

Awak tentunya Peladang Oak.

Ya, saya Gabriel.

Makcik saya beritahu pasal awak. Saya bekerja di ladangnya pada musim sejuk.

Ini tanah awak.

Saya menceroboh.

Awak dialu-alukan di sini.

Selamat tinggal, Peladang Oak.

Selamat tinggal, cik.

Balik ke sini, George.

George, jangan dekat! Cukup, George!

Cukup!

Berhenti. Berhenti.

George, berhenti.

Pergi!

Pergi!

George, pergi!

Dia tak tahu bila mahu berhenti. George muda.

Apa nama yang ini?

George Tua.

George Tua.

Jadi awak dapati saya ini menghiburkan, bukan?

Alamak, itu En. Oak.

...selepas itu dia nak jadi pengasuh. Tapi dia terlalu liar.

Perangainya memang begitu.

Cik Bathsheba Everdene.

Saya bawakan seekor biri-biri.

Oh.

Terima kasih, En. Oak. Comelnya ia.

Ia lahir terlalu awal dan tak mampu mengharungi musim sejuk,

jadi saya fikir awak boleh membelanya.

Terima kasih, awak sungguh baik hati.

Saya akan bancuh teh.

-Biri-biri itu bukan sebab saya datang. -Teruskan.

Sebenarnya, Cik Everdene, saya nak tanya,

jika awak sudi berkahwin dengan saya?

Saya tak pernah tanya sesiapa sebelum ini.

Tidak.

Saya harap tidak.

Baiklah,

mungkin saya... Saya patut...

-Mungkin saya patut pergi. -Ada banyak perkara untuk dipertimbangkan.

Awak sudah berpunya?

Tidak, tapi tak bermakna saya akan mengahwini awak.

Jika begitu, selamat tinggal.

En. Oak!

En. Oak! Tunggu!

Saya juga tak kata saya tak akan mengahwini awak.

Cuma saya belum terfikir nak kahwin lagi.

Saya ada 100 ekar tanah dan 200 ekor biri-biri.

Jika saya langsaikan hutang saya, ladang itu milik kita.

Awak boleh memiliki piano dalam setahun dua.

Tanam bunga dan bela burung dan struktur untuk mentimun.

Menimang seorang dua anak.

-En. Oak... -Atau lebih ramai anak.

Saya akan sentiasa ada di sisi awak.

En. Oak, saya tak mahukan suami.

Saya tak suka dijadikan harta milik kaum lelaki.

Saya tak kisah menjadi pengantin di majlis jika boleh berkahwin tanpa suami.

Itu mengarut.

Awak lebih berada daripada saya, En. Oak.

Saya cuma berpelajaran dan tiada apa lagi.

-Ada ramai wanita yang jauh lebih baik. -Itu bukan sebabnya.

Saya terlalu bebas bagi awak.

Jika berkahwin, saya nak suami yang boleh menjinakkan saya dan awak tak mampu.

Awak akan membenci saya kelak.

Saya tak akan buat begitu.

Tak mungkin.

Selamat tinggal, Cik Everdene.

Apa dia, anjing tua?

Tunggu sini.

Tunggu sini, George Tua. Tunggu sini.

George!

George!

Tidak!

Ambil semuanya.

Kami menumpang simpati.

Jaga diri, En. Oak.

Bathsheba.

Apa dia?

Sayang. Wasiat pakcik awak yang malang itu.

Apa isi kandungannya?

Baca.

Bacalah!

Dia tinggalkan semua hartanya untuk awak. Semuanya milik awak.

Aduhai.

Jaga diri.

Jalan.

Bye.

Jadi siapa nak menyertai kami, nak?

Siapa di antara awak semua anak muda akan memakai seragam merah

dan berkhidmat untuk Ratu dan negaranya dengan bangga?

Menjelajah dunia.

Berbaris dengan teratur di depan, tuan-tuan.

Saudara yang memakai topi jerami, tolong ke depan, tuan.

Itu buah hati saya, di sana.

Awak, tuan, di sebelah gadis cantik itu.

Awak lelaki yang tegap.

Sertai kami, tuan.

Pergilah. Awak akan menjadi askar yang baik.

-Kami perlukan lelaki berkaliber macam awak. -Ada tempat tinggal. Makanan.

Siapa nak gaji lumayan?

Maafkan saya.

Awak boleh cuba Weatherbury. Jika awak mencari kerja,

ada sebuah ladang di situ yang memerlukan tenaga kerja.

Saya akan buat begitu. Terima kasih.

Awak patut pakai jubah dalam cuaca begini.

Francis akan memenuhi keperluan saya.

Kami akan berkahwin tak lama lagi.

Selamat tinggal.

Ayuh, gaji berpatutan. Buat keluarga awak bangga.

Makanan, tempat tinggal. Siapa nak sertai kami?

Pergi dan kejutkan mereka di ladang lain!

Suruh mereka datang! Kita perlukan lebih ramai lagi!

Kita perlukan lebih ramai orang! Kejutkan mereka!

Pergi dan panggil adik-beradik Smith dulu.

Lindungi diri awak, api sedang merebak!

Siapa yang berkuasa di sini?

Kita akan kehilangan jerami itu! Jerami dah hangus.

Kita mesti selamatkan bangsal. Cepat, tolong saya!

Cepat, ambil air lagi! Ambil air lagi!

-Kita mesti tolak ini keluar. Cepat! -Tolak!

Tolak!

Tolak!

Ayuh, tolak!

Semua orang keluar! Semua orang keluar!

Air! Air lagi di sini! Bangsal sudah terbakar!

Bawa guni itu semua keluar. Bumbungnya dah nak runtuh!

Apa dia buat di atas sana?

Jika bangsal kita hangus, kita kehilangan segala-galanya.

Joseph, ambil penyapu dan bersihkan ini.

Cepat sikit, kalian, pemilik ladang dah datang.

En. Oak, itu awak ke?

Mungkin puan nak cari penggembala?

Saya sangat terhutang budi kepada awak, En. Oak.

Jika saya kehilangan semua ini, maka saya kehilangan ladang saya.

Ladang awak?

Diwariskan kepada saya. Rumah saya juga, buat seketika selepas ibu bapa saya mati.

Bila pakcik saya meninggal, dia tinggalkan kepada saya.

Memanglah, ia agak usang sekarang,

tapi seketika dulu ini adalah ladang terbaik di kawasan ini.

Dan saya berniat untuk menjadikan ia begitu sekali lagi.

Mungkin awak rasa idea itu mengarut.

Saya tidak mempunyai hak itu lagi.

Saya bersimpati tentang kehilangan awak, En. Oak,

tapi jika nasib kita yang bertentangan menjatuhkan air muka awak...

Tidak sama sekali, puan.

Billy Smallbury? 9 dan 8 peni.

Joseph Poorgrass?

-Teruskan, Joseph. -Teruskan, nak.

Tanggalkan topi.

-Dan apa kerja awak, Joseph? -Saya buruh kasar.

Pada musim bunga, saya tembak burung gagak dan sembelih khinzir, tuan.

Maksud saya, puan.

7 dan 9 peni. Dan tambah 9 lagi kerana saya bermurah hati.

Terima kasih, puan.

Fanny Robbin?

Mana Fanny Robbin?

Mana dia?

Dia dah lari, puan.

Dia dah pergi bersama seorang askar, puan.

Bukan askar, seorang sarjan.

Pembantu pengurus Pennyways?

Ini 10 syiling dan tambah 10 lagi.

Kenapa?

Kerjasama antara kita berakhir di sini. Awak diberhentikan.

Saya tak faham, cik.

Ketika pakcik saya masih hidup, ladang ini elok dan produktif.

Sejak kematiannya, semuanya tak terurus.

Dengar sini, cik.

Awak tak boleh pecat orang begitu saja.

Saya tak perlukan pengurus dan akan uruskan sendiri.

En. Pennyways, tolong dengar dulu.

En. Pennyways, bangsal itu hampir dijilat api sedangkan awak entah di mana.

Saya tak perlukan orang seperti awak, En. Pennyways.

Awak diberhentikan.

Keluar selagi boleh, jika saya jadi awak.

Baiklah, awak semua dah kenal penggembala baru kita, En. Oak.

Awak faham tugas awak, En. Oak?

Jika saya tak tahu, saya akan tanya, puan.

Mulai sekarang awak ada seorang majikan wanita, bukan tuan.

Saya belum arif tentang berladang tapi saya akan buat yang terbaik.

Jangan ingat, saya seorang wanita,

saya tak tahu bezakan perkara baik dan buruk.

Saya akan bangun sebelum awak terjaga.

Saya akan berada di ladang sebelum awak bangun.

Memang niat saya untuk membuat awak semua kagum.

Tolong kembali bekerja.

More Malay subtitles for Far from the Madding Crowd

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left