The first 200 lines.
Dua hari yang paling penting dalam hidup anda adalah...
...hari anda dilahirkan dan hari anda tahu kenapa anda dilahirkan.
Untuk bahagian alatan penukangan. Untuk bahagian alatan penukangan.
- Betul? - Ya, kita akan potong di sini.
Saya ingatkan awak dah selesaikan kerja ini minggu lepas.
Pemiliknya mahu lebarkan lagi jalan masuk.
- Apabila mereka membayar... - Mereka cakap. Terima kasih.
- Mereka minta pekerja baru ambil ujian. - Macam ahli bomba.
Saya rasa pekerjaan lama awak tidak perlu menolak pemunggah.
Memang benar.
Awak apa khabar, Jenny?
Lebih baik sekarang.
- Apa khabar, En. McCall? - Baiklah, Ralphie.
- Apa awak makan? - Tuna.
- Roti? - Gandum, bebas gula.
- Baiklah. Bahan-bahan perasa? - Pucuk, avokado dan mayonis sayuran.
Baiklah.
Tulang ikan tuna.
Apa? Kentang termasuk sayuran. Saya suka yang rangup.
Lobak rangup. Rumput laut kering.
Saya manusia, bukan arnab.
Untuk jadi pengawal keselamatan, awak kena turunkan berat badan.
Awak minta saya bantu awak, tapi kalau awak sendiri tidak bantu...
Ya.
Kemajuan, bukan kesempurnaan.
- Tiada lagi kerepek. - Tiada lagi kerepek.
Siapa yang perlukan perasa? Betul?
- Baiklah, jumpa nanti, J. - Semoga pekerjaan lancar, Billy.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Dia dapat ikan itu?
Mata kailnya baru mengena.
Lamanya.
Ini ikan besar. Entahlah dia mampu bertahan atau tidak.
Tidak.
Gigi dan kuku sekarang.
Ya, mungkin dia cuma terlalu tua.
Rasanya awak patut berhenti ambil gula halus.
- Memang. - Bila?
- Setiap hari sekarang. - Ya?
Tak elok untuk peti suara awak.
Tubuh, fikiran, jiwa, ingat?
Saya ada beli sebuah mesin kecil untuk buat demo.
Ya? Saya yakin awak bagus.
Apa yang buatkan awak cakap begitu?
Gerak hati.
Baiklah, jumpa awak nanti, Jake.
Baiklah. Jumpa nanti, sayang.
Awak akan ceritakan apa yang berlaku terhadap ikan itu.
- Baiklah. - Baiklah, jumpa nanti.
Awak akan berhutang 100 dolar dengan saya. Tengoklah.
Kami bertaruh akan tugasan awak sebelum awak bekerja di sini.
- Pekerjaan awak. - Saya katakan insurans, tuntutan.
Dia ada saham, di Wall Street.
- Saya seorang Pip. - Awak seorang bapa ayam?
Bukan, bukan bapa ayam. Pip. P-I-P. Pip.
- Apa benda itu Pip? - Kenapa awak kuat menyumpah?
Macam Gladys Knight dan Pips. Begini:
Tengoklah!
- Tolonglah! - Hentikan.
- Ya. Hentikan. - Jangan buat begitu sekarang.
- Berpusing? - Apa?
- Nanti dulu. - Awak nak laporkan kepada majikan?
Saya akan cari sekarang. Saya sedang mencari.
- Awak yang mana satu? - Yang sebelah kanan.
- Lakukan lagi! - Itu bukan dia.
Itu dia, bersama seorang Afro.
- Dia botak. - Dia pakai rambut palsu.
- Dia tiada. - Itu dia.
Jake. Malam yang suram.
Ya, di luar bermasalah, sayang.
Ini dia, budak.
Terima kasih.
Dia menangkapnya?
- Ikan. - Ya, dia tangkap.
Penamat gembira.
Taklah sangat sebenarnya.
Lelaki tua itu mengikat ikannya di tepian bot dan pulang ke daratan.
Ikan berdarah di dalam air,...
...datanglah jerung...
...dan makan ikan itu sampai tiada apa lagi yang tinggal.
- Ianya cuma membuang masa, kan? - Bergantung kepada pandangan awak.
Lelaki tua itu bertemu lawannya apabila dia merasakan kehidupannya berakhir.
Dia nampak dirinya pada ikan tersebut.
Datang untuk...
Datang untuk menghormatinya lebih daripada melawan.
Kenapa dia tidak lepaskan ikan itu?
Lelaki tua tetap menjadi lelaki tua. Ikan tetap menjadi ikan.
Bergantung kepada kita untuk menjadi apa di dunia ini, kan?
Tidak kiralah apa pun.
Awak ada pelanggan.
Saya tak mahu.
Apa?
Awak tak boleh cari orang lain?
Dia mahukan awak.
Tapi pelanggan ini teruk.
Dia menunggu diluar.
- Berapa? - Tak perlu bayar.
- Pergilah kerja. - Terima kasih, Jake.
Sayang! Awak apa khabar? Sedia untuk berseronok?
Ayuh. Tarik, tarik, tarik.
Tarik, tarik, tarik!
Ayuh, ayuh.
Lapan, tujuh, enam, lima,...
...empat, empat, empat.
Ayuhlah. Ayuh.
- Saya tak boleh. - Awak tak boleh?
Macam mana kalau saya orangnya?
Awak akan buatkan saya mati tersedut asap? Berat saya 90.
Macam mana nak mengeluarkan saya kalau tak mampu tarik tayar 20 meter?
Saya tak cukup kuat.
Jangan meragui diri sendiri. Keraguan membunuh. Bangun.
Siap-sedia.
Tarik.
Ayuh. Siapa akan jadi pengawal keselamatan?
Saya!
- Siapa akan jadi pengawal keselamatan? - Saya!
Siapa akan jadi pengawal keselamatan?
- Ini dia. - Saya!
Saya menyukainya. Mari kita lakukan lagi.
Dipenuhi dengan racun, seperti yang awak suka.
Ini hari lahir awak?
Bukan, ini dari rakan sekerja. Saya tak mahu bazirkan.
Selamat hari lahir, rakan sekerja.
Berapa umur awak?
Berapa umur awak?
Tak penting sangat.
Maafkan saya. Saya melanggar protokol, kan?
Tidak, tidak. Dengar, duduklah.
Duduk. Duduk.
Duduk.
Baiklah.
- Mari, duduklah. - Baiklah.
Awak pasti saya tak mengganggu?
Ya.
Jadi?
Entahlah.
Awak tahu, saya menyukai ketenangan.
Sebelum semuanya menjadi gila.
Baiklah.
Saya Teri.
Bob.
- Bagus. - Awak tak nampak macam Bob.
Ya? Terima kasih.
Awak nampak seperti Robert.
Robert membaca buku-buku begini,...
...dan Bob menonton TV.
Nama sebenar saya Alina.
Kenapa dengan muka awak?
Kerana tindakan bodoh.
Baiklah, bukan rakaman profesional. Beritahulah pendapat awak.
Alina penyanyi.
Kita sama-sama tahu siapa saya yang sebenarnya.
Saya rasa awak mampu jadi siapa saja yang awak impikan.
Mungkin dalam bayangan awak, Robert.
- Takkan berlaku macam yang awak fikirkan. - Ubahlah dunia awak.
Tiada cincin.
- Jari awak tiada cincin kahwin. - Tidak.
Tiada Puan Robert di rumah?
Tiada.
Pernah berkahwin?
Sekali.
Awak melukai hatinya?
Dia yang melukakan hati saya.
Saya melihat ramai lelaki duda.
Ada sesuatu dalam mata awak.
Bukannya kesedihan.
Ianya seolah-olah...
...kehilangan.
Awak sering membaca buku?
Isteri saya yang kerap membaca. Dia...
Dia mengikuti program 100 buku yang patut dibaca.
Dia telah baca sebanyak 97 buku, jadi saya rasa...
Saya akan mencubanya.
Dan suatu hari kami akan ada bahan perbualan semasa bersama.
- Seratus buku. - Ya.
- Awak sudah baca berapa, Robert? - 91.
Maaf, telefon bodoh ini.
91.
- Awak hampir selesai. - Hampir.
- Apa rancangan awak selepas itu? - Belajar menyanyi.
Kemudian saya akan buka kilang donat.
Ya. Apa? Kenapa awak gelak?
- Saya suka waktu begini. - Ya?
Ya. Awak tahulah, semuanya begitu gelap.
Ianya menampakkan seolah-olah semuanya membawa kemungkinan.
Ya, saya tak dapat tidur malam.
Ya, saya akan dengar cerita awak.
Apa bacaan baru awak?
Berkenaan seorang lelaki yang merasakan dia kesatria dengan perisai bersinar.
Masalahnya, dia tinggal di dunia yang tiada lagi kewujudan kesatria.
Kedengarannya macam dunia saya.
Rumah saya beberapa blok dari sini.
Saya akan cari teksi.
Terima kasih atas ketenangannya, Robert.
Sama-sama, Alina.
Ya.
- Jumpa awak lagi. - Selamat malam.
Jumpa lagi.
Apa yang awak buat?
Apa yang awak buat terhadap pelanggan itu?
No comments yet. Be the first to leave one.