Chainsaw Man

Chainsaw Man (チェンソーマン)

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Chainsaw Man S01E02 AMZN WEB-DL
A Commentary by Kqrumi
00:23:55 | Source : Amazon Prime Video | Telegram : https://t.me/arakurumi | Support Me on https://trakteer.id/kqrumi/tip | Happy Watching!

Tags

web-dl
web
Published on: 2022-10-18
Downloads: 100
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 164 lines.

Perut saya yang berbunyi.

Siapakah nama awak?

Denji.

Biar saya beritahu awak dulu.

Mulai sekarang, awak anjing yang saya bela.

Awak hanya boleh jawab "ya" atau "wof".

Saya tak perlukan anjing yang tak dengar arahan.

Maksud "tak perlukan" ialah...

Kawan saya dari Bahagian Forensik kata

anjing yang tak berguna akan dibunuh secara eutanasia.

Asalnya, saya sangka dia lemah-lembut.

Saya agak suka dia tadi.

Tak sangka dia gadis yang begitu dahsyat.

Dia mengarahkan manusia seperti anjing.

Hal ini mengingatkan saya tentang kematian Pochita.

Saya dah lupa kita belum makan.

Mari makan sesuatu di stesen rehat.

Maaf, saya tiada duit.

Awak boleh makan apa-apa saja. Saya belanja awak.

Awak terlalu menonjol sebab tak pakai baju. Pakailah ini.

Nah.

Saya selalu dimarahi sebab kotor dan busuk.

Semua orang akan elakkan saya.

Ini kali pertama saya dilayan secara lemah-lembut.

Malah, dia seorang gadis yang ayu.

Saya menyukainya.

Saya nak makan udon.

Udon dan...sosej frankurter.

Boleh tak?

Boleh. Saya nak udon kari.

Mohon tunggu sekejap.

Rasanya udon kari pun sedap...

Denji, awak okey?

Wanginya.

Berapa harganya?

-Tunggu sekejap... -Denji.

Maaf.

Saya sendiri akan dipotong oleh gergaji rantai.

Rasanya saya mengalami anemia sebab kehilangan terlalu banyak darah.

Bagaimana badan awak jadi begini?

Iblis yang saya bela telah jadi jantung saya.

Awak sukar nak percaya, kan?

Saya sendiri pun enggan percaya.

Tak sangka Pochita akan mati demi saya.

Kejadian sebegini jarang-jarang berlaku dalam sejarah.

Malah, ia belum lagi diberikan nama.

Saya percaya kata awak.

Hidung saya amat sensitif.

Jadi, saya dapat tahu

kawan terbaik awak sedang hidup di dalam badan awak.

Saya bukan sengaja nak kata secara romantik.

Badan awak memang mempunyai dua bau, iaitu bau manusia dan bau iblis.

Yakah? Baguslah.

Ini terlalu....

Udon!

Udon!

Bolehkah saya makan sekarang?

Awak okey?

Dapatkah awak makan sendiri?

Da...

Tak dapat.

Mari makan.

Sedap tak?

Wof.

Awak masih rasa sedap sedangkan mi ini dah lembik.

Semangat awak patut dipuji.

Awak seperti anjing yang sebenar.

Bolehkah saya tanya...

siapakah nama awak?

Makima.

Cik Makima.

Awak suka lelaki yang macam mana?

Lelaki seperti Denji.

Denji...

Bukankah itu saya?

Awak suka lelaki yang macam mana?

Lelaki seperti Denji.

Saya pun sama.

Saya suak Cik Makima.

Denji, mari sini.

Inilah ibu pejabat pemburu iblis di Tokyo.

Di Tokyo, ada 1000 lebih pemburu iblis termasuk mereka dalam kalangan masyarakat.

Namun, polis ada banyak cuti bergaji.

Kebajikan dan insurans pun terbaik.

Cik Makima kata dia suka saya...

Maknanya, selepas kami kerja bersama, kami akan menjadi kekasih.

Selepas kami jadi kekasih...

kami akan dapat lakukan hal itu, kan?

Ya, saya nak lakukan hal itu.

Denji.

Ya.

Kita perlu memakai uniform. Ini ialah uniform awak.

Selepas awak salin baju, saya akan memperkenalkan rakan sekerja awak.

Namanya Aki Hayakawa.

Dia senior awak yang mempunyai tiga tahun pengalaman.

Awak bertindak mengikut Hayakawa hari ini.

Bukankah saya kerja dengan awak?

Mana mungkin?

Identiti awak jauh berbeza dengan Cik Makima.

Kita pergi meronda.

Saya tak mahu! Cik Makima.

Berdiri.

Tak mahu. Saya nak kerja dengan Cik Makima.

Asalkan prestasi awak bagus,

awak akan dapat kerja dengan saya.

Jadi, awak perlu berusaha.

Senior, saya nak tanya awak.

Adakah Cik Makima mempunyai teman lelaki?

Saya sedang tanya awak soalan.

Eh.

Mari sini sekejap.

Awak jangan buat kerja ini lagi.

Jika awak berani datang esok, saya akan menumbuk awak.

Kenapa?

Awak tak merasai niat baik saya?

Orang yang bersikap sambil lewa hanya akan mati pada akhirnya.

Begitu juga dengan rakan sekerja saya.

Mereka semua yang menjadi pemburu iblis demi gaji

telah dibunuh oleh iblis.

Hanya orang yang berteguh dapat hidup.

Awak ini

menjadi pemburu iblis demi Cik Makima, kan?

Tepat sekali.

Jadi, tak salah saya tumbuk awak.

Saya akan bantu awak beritahu Cik Makima.

Saya akan kata awak melarikan diri sebab takut akan iblis.

Senior sungguh lemah-lembut.

Apabila

saya bergaduh dengan lelaki,

saya hanya akan menyasarkan kelangkang.

Hari ini ialah kali pertama saya makan udon

dan juga sosej frankurter,

kali pertama ada orang melayan saya seperti manusia,

dan kali pertama ada orang menyuap saya.

Kehidupan sebegini adalah bagaikan mimpi bagi saya.

Saya memang menjadi pemburu iblis tanpa berfikir banyak.

Namun, asalkan saya dapat kekalkan kehidupan sebegini,

saya sanggup mati.

Saya tarik balik ayat ini

sebab ini bukan nyawa saya keseorangan.

Samseng seperti awak

tak layak menyukai Cik Makima!

Mengarut.

Awak pun menyukai Cik Makima, kan?

Bajingan ini... benar-benar...

hanya tendang kemaluan...

Teruk.

Kemaluan senior telah diserang oleh Iblis Kemaluan.

Bukan begitu. Orang ini menipu.

Macam mana? Dapatkah kamu bergaul dengan baik?

-Tak boleh. -Orang ini tak berguna.

Bagus, nampaknya kamu amat serasi.

Denji akan sertai pasukan Hayakawa kelak.

Pasukan?

Samseng ini?

Pasukan saya sudah ada ramai pembawa masalah.

Jika tambah lagi seorang yang pelik ini...

Semasa penubuhan pasukan, saya dah kata

hendak uji sistem eksperimen yang tiada di tempat lain.

Siapakah orang ini?

Denji ialah manusia,

tapi dia boleh ubah jadi iblis.

Macam mana? Hebat, kan?

Adakah itu benar?

More Malay subtitles for Chainsaw Man

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left