Pa Paandi

Pa Paandi (ப பாண்டி)

Download Malay Subtitle

Release info

Pa Paandi (2017) HD 720p Tamil Movie Watch Online - www TamilYogi cc
A Commentary by Cocobutter

Tags

720p
720
HD
Published on: 2019-06-02
Downloads: 59
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -

Hello, Paandi! Dah dua hari tak nampak kamu?

Saya berjogging di pantai

Betul tu!

Paandi, makanlah idli dulu

Selepas berjoging, saya patut bersenam, mandi dan barulah makan

Oh, wow.

Hello, tuan!

Terima kasih kerana menangkap pengedar dadah tempohari. Kami yang dapat nama baik, tuan!

Saya hanya jalankan kerja saya

Siapa dia tu? Nampak hebat di usianya

Namanya "Power" Pandian

Dia guru lagak ngeri di dalam filem

Dia terkenal di kawasan kita

Bungkuskan daging untuknya

Tengok, tuan dah datang. Berikan dia daging

Saya bungkus seperti biasa

Kali ini ada sedikit hati dan perut juga - Terima kasih!

Saya dah lama menunggu - Tunggu giliran kamu!

Saya dah pusing seperti yang kamu suruh. Tapi tiba-tiba ia jadi kuat!

Saya tidur lewat siapkan kerja malam tadi dan baru saja tidur, ayah

Saya kena masuk kerja tak lama lagi

Saya perlukan tidur

Kenapa ayah macam ni?

Kami hanya dapat tidur lama bila hujung minggu saja. Anak-anak pun tidak bersekolah hari ini

Ayah kamu baru saja balik dari pengambaran waktu malam

Kamu akan bangunkan dia nanti!

Dia susah nak dapat tidur. Perlahankan suara

Datuk!

Si kecil! Mari sini

Tumbuk!

Tumbukan tepi!

Varun, jika kamu tak belajar, kamu tak boleh makan - Jadi biar saja saya berlapar

Jangan ganggu saya, ayah. Saya akan belajar nanti

Kamu selalu bermain dengan IPhone kamu tu! Turun bawah!

Baiklah, ayah! Janganlah menjerit

Jadi, Varun. Kamu dah dapat dos yang cukup hari ini?

Kenapa kamu tak mahu belajar?

Kamu pun tidak berpelajaran

Kamu hidup dengan baik saja

Selalu bermain dengan iPhone kamu!

Kamu patut berlari dan bermain! Badan kamu akan cergas nanti

Saya dah makan vitamin saya. Saya dah cukup cergas

Masa saya muda, 10 -15 orang akan bermain bersama, bermain kabaddi, bola tampar

Kami ada tubuh yang cergas

Saya tak pernah nampak kamu bersenam, bermain kriket pun tak pernah

Bila kamu bercakap dengan orang tua, kamu selalu mulakan dengan "masa saya dulu...."

Kamu berlatihlah menumbuk

Kamu berlawan dengan siapa sebenarnya?

Pergi belajarlah

Ayah, jus herba ayah

Boleh bawa anak-anak ke pasaraya?

Saya tak boleh nak uruskan mereka semasa hujung minggu!

Kamu cakap begitu sedangkan baru saja anak dua?

Emak saya besarkan 6 orang anak! Saya yang bongsu

Betulkah? Jadi kenapa ayah berhenti bila dapat seorang anak?

Pilih kasih ya?

Bersiap sekarang. Kita sarapan

Kita tak boleh dapat anak lagi selepas ini

Jadi kenapa? Kita akan gembira dengan seorang anak saja

Bukan begitu..

Bila kita ada ramai anak, jika seorang tidak boleh jaga kita, akan ada anak yang lain

Anak saya tak macam tu. Dia akan jaga kita dengan baik. Tengoklah nanti

Bawalah mereka pergi

Mari pergi - Ya, jom!

Ayah, kopi

Dah bertahun saya tengok ayah..

.. membazirkan masa membaiki motorsikal yang tak pernah ayah tunggang!

Satu hari, ayah akan bawa ia bersiar-siar

Ada masalahkah?

Kereta ini tak mahu hidup - Betulkah?

Apa yang kamu dah buat?

Kereta tak nak hidup, jadi saya tolong tolak

Itu kereta saya!

Tuan..

Adakah ini rumah ahli lagak ngeri, "Power Paandi"?

Ya. Ada masalahkah?

Kenapa dia menyibuk bila orang lain sibuk jual beli?

Anak-anak kamu ya?

Keluarga yang bahagia

Kamu tak mahu hidup dengan amankah?

Usia sebegini, suruh saja dia pergi tinggal di kuil atau di mana saja

Dia dah tua. Kenapa dia buat macam ni?

Saya dah jalankan tugas saya. Minta dia tarik semula aduannya

Atau kamu akan ditimpa masalah

Mari pergi

Pergi naik dan bawa datuk kamu turun

Apa lagi?

Apa yang kamu dah buat?

Baiklah, jangan hanya berdiri di situ. Pergi

Kamu panggil ayahkah?

Ayah buat aduan apa di balai polis?

Ya..

Mereka jual dadah. Di kawasan kita!

Ayah tak boleh mendiamkan diri

Adakah itu masalah kita? Tak bolehkah ayah tak masuk campur?

Macam mana ayah nak buat macam tu?

Anak-anak muda akan rosak dan hilang nyawa!

Pihak polis menyebelahi mereka, ayah tahu tak?

Mereka ugut kita agar menarik semula aduan

Jadi?

Kita tak boleh berdiam diri dan tengok saja

Kamu pun ada dua orang anak

Jika mereka terdedah kepada dadah, kamu boleh terimakah?

Ayah, saya tak berminat dengan khidmat sosial

Tolong tarik balik aduan tu esok

Kenapa ayah marah atuk?

Pergi masuk blik!

Kenapa kamu marah saya?

Pergilah naik dulu. Nanti atuk datang

Hati-hati

Apa yang kamu nak dari ayah?

Tarik balik aduan esok pagi

Saya merayu. Tolonglah

Kamu pergi ke sekolah untuk belajar. Tapi kamu asyik saja bergaduh

Dia pukul saya dulu, ayah

Cikgu kamu marahkan ayah, meminta ayah agar tidak mengajar kamu aksi pertarungan di wayang

Maaf, ayah

Bagaimana perkataan maaf boleh melupakan semuanya?

Biarkan. Dia pelajarinya dari kamu

Ada juga benda baik yang boleh di pelajari dari saya!

Okey

Saya akan tarik balik kes tersebut

Tandatangan di sini

Saya tak buat apa-apa. Tolong beritahu inspektor!

Baliklah dulu, atuk

Jaga urusan kamu saja sekarang

Jangan masuk campur urusan yang tidak penting

Jangan datang ke balai polis lagi

Jadi, atuk!

Takut ye?

Kamu buat aduan seperti seorang pahlawan. Sekarang kamu lari seperti kucing yang ketakutan

Apa?

Booooo! Orang tua tu merenung saya

Nak berlawankah?

Satu lawan satu

Ayuh. Nak berlawankah?

Tarik aduan ayah esok pagi

Bagus untuk kamu. Pergi!

Orang tua dungu!

Dia cari fasal dengan kita, di kawasan kita!

Saya dah tunjukkan pada dia

Ayah!

Ayah dah tarik balik aduan?

Sudah

Okey

Kenapa kamu tak tidur lagi? Kamu dah bekerja sepanjang hari

Ia fail yang penting. Saya perlukannnya esok pagi

Tuan, dapat dos yang berlebihankah?

Di usia begini, kenapa kamu sibuk buat semua ini?

Kamu sebut lagi pasal umur saya, saya akan patahkan gigi kamu

Kamu tak nak mengaku ya?

Itu bir kah?

Ya. nak rasa?

Dan rosakkan kesihatan saya?

Kamu tak buat apa-apa yang menyeronokkan. Apa gunanya hidup 30-40 tahun lagi?

Di rumah pun kamu tak bahagia. Apa gunanya hidup?

Apa yang tak kena dengan hidup saya? Dia berikan saya bilik sendiri dan saya bebas

Dan dua orang cucu yang comel? Apa lagi yang saya mahu?

Kamu hidup untuk anak dan cucu kamu. Pada pendapat saya, kamu tak ada hidup

Tak kisahlah. Asalkan kamu gembira

Itupun dia datang. Si Hitler

Atuk, jangan bercakap dengan dia

Kamu adalah salah satu sebab kenapa datuk saya selalu dalam masalah

Atuk, lebih baik atuk ikut saya sekarang!

Cucu kamu dah beri isyarat

Dia akan marah saya lagi. Lebih baik saya pergi

Dia akan rosakkan pemikiran atuk!

Si tua dungu!

Kenapa ni?

Dia kena hantar fail penting ini, tapi dia tertinggal di rumah!

Dah telefon dia?

Dia tak akan jawab panggilan semasa memandu

Berikan pada ayah. Biar ayah hantarkan

Ayah nak pergi naik apa? - Ayah naik teksi roda tiga saja

Tak mengapakah? - Tak jadi masalah langsung!

Terima kasih ayah

Sekejap, tuan. Tunggu!

Nak jumpa siapa? - Saya nak berikan fail ini pada Pengurus Raghavan

Berikan saya kad pengelanan. Jika tidak, kamu tak boleh jumpa dia

Ia fail penting. Saya kena berikan padanya

Kamu tak boleh berjumpa dia begini, tuan

Saya, Power Paandi, pelagak ngeri..

Jadi kamu ni tuan Paandian? - Ya

Kenapa tak beritahu awal-awal? Silakan masuk

Kenapa ayah datang ke pejabat?

Kamu tertinggal fail di rumah

Kenapa ayah bawa?

Kamu kata ianya fail penting?

Bukan hari ini, saya kena hantar esok

Tak mengapalah, terima kasih

Bagaimana ayah nak balik? - Ayah naik teksi saja

Pasti? - Sudah tentu

Baiklah. Balik dengan selamat! - Okey!

Tuan, ini pengawal dari tingkat bawah

Ayah tuan dah menunggu hampir satu jam

Saya rasa dia tak dapat tahan teksi

Boleh tuan turun dan tengokkan dia?

Kenapa ayah masih berdiri di sini?

Kamu keluar dari pejabatkah?

Pa Paandi subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left