The first 200 lines.
Terjemahan sari kata oleh: a m i n 9 9
Alamak!
Aduh!
Ini barisan untuk 'There Will Be Buns' ke?
Betul tu.
Agak-agak berapa lama kena tunggu?
Uh, mereka kata dalam dua jam.
Wow, lamanya nak tunggu roti kayu manis.
Ini roti pertama awak? Memang sedap sangat.
Sebenarnya saya tak suka sangat makanan manis.
Habis tu, kenapa awak di sini?
Oh, saya buat TaskSergeant.
Sebenarnya saya dibayar untuk beratur bagi orang lain.
Hmm, itu...
teruk sangat.
Awak pergi kolej ke?
Ya, saya pergi kolej.
Habis tu, kenapa awak kerja dobi?
Saya bukan kerja dobi. Saya buat TaskSergeant.
Keputusan kolej tak bagus ke?
Hei, ya, saya masih tunggu roti tu.
Mereka kata mungkin kena tunggu sejam lagi.
Nak jadi apa bila dah besar nanti?
Saya nak jadi ahli arkeologi.
Nak saya beritahu macam mana nanti?
Awak akan ambil jurusan arkeologi,
dan kemudian awak akan keluar
dan tak ada kerja arkeologi.
Saya dah lama jadi orang dewasa.
Awak tahu berapa ramai ahli arkeologi saya jumpa?
Sifar.
Okay, Arnold, jumpa...
meja baru awak.
Jadi sekarang kau tak ada kerja, ijazah tak berguna,
dan banyak hutang.
Apa jadi lepas tu?
Saya harap awak suka di sini, sebab teka apa?
Awak akan balik rumah!
Awak perlukan duit.
Jadi awak mula buat TaskSergeant.
Awak ambil semua kerja sambilan yang ada.
Awak kerja sepanjang masa.
Tapi tak pernah cukup.
Saya tahu awak ada banyak harapan besar.
Dulu saya pun budak India juga.
Tapi saya ada berita untuk awak, dik.
Impian Amerika sudah mati.
Ya, saya mungkin tak patut cakap macam tu.
Maaf ya, semua.
- Dah habis untuk hari ini. - Apa?
Saya akan bagi tempat ni satu bintang je.
Hai, saya Arj dari TaskSergeant.
Uh, saya minta maaf sangat, mereka dah habis jual roti.
Ya, awak takkan dikenakan bayaran untuk roti tu,
tapi tolong jangan batalkan tugasan tu.
Sebab nanti saya tak dapat gaji,
dan, awak tahu, saya dah tunggu, macam, dua jam.
Okay. Terima kasih sebab faham. Bye.
- Itu roti saya! - Hei.
Yo. Terima kasih banyak.
- Sama-sama. - Ooh. Beg ni masih panas.
-Saya suka. Jumpa lagi. -Jumpa lagi.
Siapa lelaki tu? Macam mana dia dapat roti?
Dia salah seorang pelabur kita.
Dibatalkan?
Kau kata kau takkan buat macam tu!
Aduh, David H!
Alahai, malangnya hidup aku.
Hai. Boleh saya cakap dengan awak sekejap?
- Boleh. - Elena dari bahagian kayu.
Arj, pembantu jualan.
Kadang-kadang bahagian peralatan elektrik.
Awak gembira dengan persekitaran kerja kat sini?
Tak.
Betul.
Maksud saya, kita tahu mereka boleh buat lebih baik kat sini,
dan sebab tu saya cuba nak mulakan kesatuan sekerja.
Saya cuma kerja sambilan kat sini
-untuk simpan duit dan lepas tu saya nak pindah. -Okay.
Walaupun awak takkan berada di sesuatu tempat tu selama-lamanya
tak bermakna awak tak boleh buat ia jadi lebih baik.
Tiada apa pun yang pernah berubah.
Jadi, apa jawapan awak?
Mengalah?
-Saya tak ada jawapan. -Hmm.
Okay, Arj, pembantu jualan,
semoga berjaya.
Terima kasih.
Baunya sedap.
Oh. Korang dah habis suadero. Alahai!
Saya paling suka suadero.
Um, okay. Selamat malam.
Hai. Saya ada empat. Awak nak sikit tak?
- Ya. - Baiklah.
Mari sini, Elena dari bahagian kayu.
-Awak okay dengan bahan-bahan ni? -Okay.
Saya terlebih letak sos hijau.
-Okay ke? -Sentiasa bagus.
Macam mana tidur kau, nampak macam penat sikit.
Wah, terima kasih sebab perasan.
Ini gaya baru yang saya cuba.
Maaf.
Uh, tak, saya tak berapa nak tidur nyenyak.
-Ada apa-apa petua? -Sebenarnya, ada.
Saya guna cerita pengantar tidur
-dekat telefon saya. -Oh.
Saya cuma dengar orang ni bercakap,
dan dia sangat membosankan sampai saya terus terlelap.
-Saya kena cuba ni. -Berkesan setiap kali.
Jadi, apa kau buat sepanjang hari bila dah cukup rehat ni?
-Saya buat perabot. -Oh.
Ya, sebab itu saya mula kerja dekat Hardware Heaven
supaya saya boleh dapat diskaun.
-Mmm. -Kau pula?
Kau buat apa?
Um, saya seorang editor.
Saya sunting dokumentari, benda-benda macam tu.
Saya suka dokumentari. Kau tengah buat apa sekarang?
Sekarang ni, saya cuma buat kerja bebas.
Saya harap dapat kerja tetap lain secepat mungkin.
Kau akan dapat kerja lain. Teruskan impian kau.
Saya pernah keluar dengan seorang perempuan
yang ada tatu tu dekat bahagian bawah belakang dia.
Oh, ya? Dia dekat mana sekarang?
Rasanya dia keluar dengan DJ ni.
Elena, dengan lelaki roti kayu manis tu?
Kau pernah pergi rave?
- Tak, tak pernah. - Jangan ambil dadah.
Saya rasa saya ambil dadah
dan tak pergi rave.
-Macam mana dengan pilihan tu? -Suka sangat.
Hei, macam mana dengan rumah baru tu?
Um, selesa.
Bagus, bagus. Saya baru bercakap dengan Mak Cik Ayesha.
Sepupu kamu Naveen dapat kerja bagus dengan Microsoft.
Dia dapat banyak duit.
Baguslah untuk Naveen.
Mungkin dia boleh tolong kamu dapatkan kerja.
Saya seorang editor. Saya kerja buat dokumentari.
Apa saya nak buat dekat Microsoft?
Mungkin kamu boleh buat dokumentari tentang Naveen.
Dia sangat bijak, berjaya, berpakaian kemas.
Okay. Um, baiklah, saya akan fikirkan.
Selamat datang ke Sleep Town,
podcast bantuan tidur.
Sekarang, perlahan-lahan rasakan setiap bahagian badan kamu berehat untuk hari ini.
Kaki kamu, bahagian bawah kaki, bahagian atas...
Nak dengar pod tanpa iklan?
Pergi ke saluran kami dan langgan sekarang.
Dapatkan cerita tidur eksklusif, meditasi dan banyak lagi.
Hanya $5.99 sebulan.
Baiklah. Semua, mari berkumpul.
Dan di situlah dia, jiwa yang hilang ini,
kepalanya di dalam tangan,
hampir terjun kepala dahulu ke dalam Air Terjun Niagara.
Ketika dia mengintai di tepi jurang,
matanya dipenuhi panik sewaktu dia berfikir,
'Oh, tidak. Adakah ini pengakhirannya?'
Saya meletakkan tangan saya di bahunya dan berkata,
'Kenneth, saya malaikat.'
'Nama saya Azrael. Saya di sini untuk menyelamatkan awak.'
Saya tunjukkan dia apa yang dia perlu teruskan hidup.
Gambaran yang mencerminkan harapan yang dijanjikan oleh hidupnya.
Menyokong anaknya di perlawanan bola sepak,
memeluk isterinya di sofa pada hari Ahad yang malas,
bermain di taman dengan anjingnya...
Tali kasut.
'Saya sedar sekarang bahawa hidup saya berharga seperti sebelumnya.'
'Terima kasih kerana menunjukkan jalan saya.'
'Awak malaikat yang istimewa.'
Martha?
Ya, Gabriel.
Adakah cara untuk saya mendapatkan tugas yang lebih bermakna seperti Azrael?
Saya mahu membimbing orang,
Saya mahu mengubah hidup mereka, saya mahu menyelamatkan jiwa yang hilang.
Untuk menyelamatkan jiwa yang hilang, awak perlu mencari jiwa yang hilang.
Mencari jiwa yang hilang bukan mudah, Gabriel.
Dan menunjukkan mereka jalan adalah...
Sangat sukar.
Tetapi saya lihat seseorang hari ini. Kerjanya menunggu dalam barisan.
Dia sudah bersedia untuk berputus asa dengan hidupnya.
Tetapi itu bukan tugas awak, bukan, Gabriel?
Bagaimana dengan tugas menulis teks sambil memandu?
Banyak juga. Orang ramai sangat suka melakukannya.
Apa tugas awak minggu ini?
Um, saya sepatutnya menyelamatkan seorang wanita bernama Elena,
yang bekerja di tempat bernama Hardware Heaven.
Dia hampir mengundur ke tiang telefon.
Tetapi awak tidak akan membiarkan itu berlaku, kan?
Tidak, saya tidak akan biarkan.
Satu langkah pada satu masa.
Ya. Uh...
Khidmat pelanggan diperlukan dalam bidang paip.
Tempat letak kereta untuk pelanggan sahaja, encik. Awak tidak boleh tidur di sini.
Saya tahu. Saya baru sahaja hendak pergi membeli barang runcit.
Betul ke? Nampak macam awak tutup tingkap dan terus tidur.
Saya tahu memang nampak macam itu, tetapi...
Jangan sampai saya tangkap awak di sini lagi.
Okay.
Yo, Arj, sahabat Indiaku. Apa khabar?
No comments yet. Be the first to leave one.